Cipela Couture

Belum Ramadhan…tapi dah pakai baju Raya

IMG_8687

Salam Ramadhan semua…

Belum raya lagi kan, dah tentu le baru 1 Ramadhan, so kot mengantuk masa lunch tu or bebila ler pas Tarawikh nanti rasa nak shopping  raya, alah sambil berak pun boleh shopping gak, skang semua gadget di tangan je kan.

Ini baju raya Zalia from Zalora, tapi dah banyak yang aku borong selamba kodok jer sejak sebulan lepas, right after depa launching untuk Pre Order Aidilfitri. Hiks…

Dan sebab tak nak kang ramai le pulak pakai sama masa raya, ai pun terus pakai for a wedding of my dear fren.

Coz this is black and white, I pakai ler ngan Cipela silver and my Anya Hindmarch silver’s clutch, lama tak menyerikan muka nih, 2 minggu cuti pindah, muka serabai betul, ini pun coz of wedding, kelambatan hadhir.

So if you wanted to have a 15% discount shopping at Zalora, kindly use this code bila do your shopping: ZBAPZDSU .

Bulan ramadhan nih, tak yah pepanjang ler entry…

Comment: 7

#ownyourcipela at Malaysia International Shoe Festival 2015!

.
RM_CIPELA_shoes

Hari tu sempat Akak pi celebrate HiDY 1st Anniversary event at their outlet kat Wangsa Melawati nun. Happening and had enjoyed the event dan yang paling best ada sales up to 60% off!

Pejam celik dah setahun rupanya outlet HiDY ni. Bangga jugak Akak dapat kenal and in fact berkawan dengan di sebalik tabir HiDY ni. Sapa lagi kalau bukan Hid, our talented local designer. Personally Akak memang kagum dengan ciptaan Hid. Memang berbakat besar. Dan Akak sendiri memang berkenan dengan ciptaan dia. Worth to buy! Bukan sahaja comfort as and when kita pakai, tapi rekaannya unik dan ada citarasa sendiri, cantik dan sedap mata memandang. Kita yang memakainya pula feel so good dan nampak lebih yakin. Inilah sebabnya Akak menyokong local product produced by local designer macam HiDY ni. Lagipun sapa lagi nak sokong kalau bukan kita sendiri. Korang pun patut cuba jugak 🙂

IMG_9140

By the way, there will be Malaysia International Shoe Festival 2015 pada 13th – 15th March ni di KL Convention Centre HALL 6. So jangan lepaskan peluang sama-sama datang dan lihat sendiri keunikan hasil rekaan-rekaan yang ada nanti. Dan sudah semestinya CIPELA Shoes will be there too with their own campaign #OWNYOURCIPELA di mana there’ll be only 4 price tags on those 3 days iaitu:
RM50
RM100
RM150
RM250
IMG_9141
Dan harga-harga ini adalah harga runtuh di mana ianya almost up to 80% OFF Retail Price. So inilah masa yang sesuai untuk korang to #OWNYOURCIPELA 🙂
IMG_9235
Di masa yang sama itu juga nanti, they willl be launching a collection of “A Contemporary Twist on Heritage” dan selama 3 hari itu, these collection designs will be selling at RM250 only. Dan sudah semestinya most designs are made of high quality textiles, genuine leather and a touch of Terengganu Songket and Batik.
IMG_9231
Omai mengiurkan sungguh si merah ni…
IMG_9230
So jangan lupa singgah di CIPELA Shoes booth, it’s next to the entrance and exits, if you are coming from Mandarin Oriental.
Print
Insyallah Akak akan datang.
Come, let support our local designers. Jumpa kita di sana 🙂 Malaysia International Shoe Festival 2015 pada 13th – 15th March ni di KL Convention Centre HALL 6.
Jangan lupa yek, hashtag #OWNYOURCIPELA

The boutique is at No 46 Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur. Enquiries boleh email cs@cipelashoes.com atapun calling-calling this number 013 380 1338.

Visit CIPELA / HiDY’s website, their Instagram ataupun their FB Page too.

Comment: 7

New Collections and Big Discounts at CIPELA!!!

 

image

Sejak dua menjak ni kan aku kurangkan sikit pangai shopping dan in tight bajet sket disebabkan income-income yang ade kena masukkan ke dalam TM punya fund.

Tapi walaupun tak bershopping tak semestinya kita tak mencuci mata tengok apa yang latest kat market sekarang. Bukannya susah sekarang semua di hujung jari. Betul tak?

image

Aku memang dah ada list or bookmark which sites yang wajib divisit, antaranya sudah semestinya CIPELA Shoes.

Uik rupa-rupanya they had their website enhanced with better browsing and even more friendlier.  Plus a lot of newer collections now.  Ini kena canang satu  kampung heh! That s what I did, benda bagus kena heboh sepealung 🙂

 

image

 

Koleksi-koleksi yang ada yang membuatkan rasa macam nak batal puasa shopping aku ni seperti Everyday CIPELA, CIPELA Bridal , CIPELA Evening, dan CIPELA Espadrilles. Especially Asmara in Red Satin atas nun, alahai jatuh asmara aku dibuatnya. Elegant and sexy wei!

Ada juga Koleksi A Contemporary Twist on Heritage, those yang fancy with batik design should check out this beautiful collection too.

image

Tapi kalau korang rasa koleksi atas-atas nun elegant ataupun a bit formal sangat, korang patut check out CIPELA Espadrilles yang simple dan sesuai untuk kegunaan yang lebih santai ataupun kegunaan harian.

 

IMG_5574

Me with Red Alis. Love it!

IMG_5615

 

Dan untuk pengetahuan semua, they have started with customization CIPELA Couture, so sekarang they have made ready-made collection at CIPELA Shoes catering for all sort of events. Tak kira la majlis kahwin, akad nikah, dinner dan apa jua la events yang korang nak attend. Kena la ada kasut yang matching dengan event kannn…

Just head to CIPELA Shoes for all your shoes need 🙂

IMG_5844

Tadaaa, 4 of us with the  CIPELA Espadrilles. Sesuai untuk keluar bersantai-santai

Dan akak ada good news kepada korang semua pembaca redmummy.com ada special diskaun untuk korang semua yey 🙂

Special for all of your, if you all shop ONLINE you all can get 20% OFF. Tapi make sure key in the below special code, kalau tak, tak dapat la offer ni. GRAB THE CODE NOW!!

Code: redmummy20
Code valid: Dari 26th January sehingga 25th February. Sebulan, so kena la grab cepat-cepat!

Tapi pada yang nak pergi tengok and feel sendiri bolehlah visit their outlet at No 46 Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur. Untuk pertanyaan atapun apa enquiries boleh email cs@cipelashoes.com atapun calling-calling this number 013 380 1338

Tapi lebih afdal bookmark dan visit CIPELA / HiDY’s website, their Instagram ataupun their FB Page untuk info lanjut ataupun hanya untuk cuci mata with their latest and beautiful shoe designs.

Comment: 4

CIPELA @ ISETAN KLCC and CIPELA Espadrilles @ Zalora!

shoe 7

Shopping?

Itu sedara aku tuh. Asal boleh hehari nak menyopping kan, tapi tu lah lama sangat tak buat citer shopping dan show off sini dok. Mesti hangpa pun pelik ko dah kenapa Kak, insaf dah?

ha ah insaf a bit.

Tapi bila tang sale, belum hinsaf lagi LOL

CIPELA-ISETAN 3 DAYS 1

Kan hangpa tau Cipela memang dah ada kat Isetan KLCC, so they are having 3 days special, starting this Fri 5th to Sunday 7th nih.  Kalau bukan member boleh dapat 20% tapi kalau ko member, boleh sampai 30%. Kak Red is a member of Isetan, sapa mau pakai kad akak? hah kena la jumpa kawtim ngan akak.

Bukan tu jer, nanti on the 13th Dec to Christmas Day – 25th December pulak ada clearance campaign also at Isetan KLCC, yang ni pulak depa feature old stockslah masa ni and sapa dedulu dok bising tak dapat beli, bolehlah pi do the borong-borong gak. Habis nanti, you dont bising2 sini hah.

shoe 7

Nah ni kalau hangpa beli offline ler, kat Isetan KLCC. tapi how about those yang nak beli online. Pun beres. Ada di Zalora. Hamik, lagi le main pepetik je senang keja kau.  Untuk konsep kasut di Zalora pula dinamakan CIPELA Espadrilles yakni a sister brand under CIPELA Shoes. Kekasut dalam family CIPELA Espadrilles ialah jenis konsep matchy matchy. hah macam Akak pakai sedondons sama dengan Kakak, or RD pakai sama dengan Abang (too bad takde size for Zeeshan).

IMG_3019

Cubalah tengok kat sini, boleh main matchy2 tu yang best hiks…

http://www.zalora.com.my/cipela-espadrilles/

I am very active buyer di Zalora so memang hari ni kau order, esok dah sampai. Tak pernah lagilah kalau yang akak oder delayed more than 24hours, and i have been spending jugak kat Zalora ni beribu gak weih!  Some more kalaupun tak rasa was-was dengan size, bolehlah measure, tapi pun kalau dah measured pun masih lagi terbesar dan terkecil pun boleh je tukar size, and get the smaller/bigger size yang sesuai ngan hangpa and anak2 or adik2 hangpa. Free jer pun postalnya, semua provided by Zalora.

Coz remember its a matchy-matchy concept by CIPELA Espadrilles.

IMG_3017

Biasanya mak ngan anak pompuan memang confirm akan belilah coz nak sedondon (sama ler ngan aku gak), bapak2 and anak bujang, you too boleh ler gak, takkan the girls je kan, style wei!

By the way the CIPELA Espadrilles ni the caters for casual, relax and light canvas shoes dengan plaited fibre soles, yang dipanggil ‘jute soles’. Just perfect for our daily and weekend comfortlah yek. For me kasut cenggini ai suka pakai masa weekend and travel pun wajib.

So depa ada sekarang di Zalora, boleh je terus ke link nih, akak dah menyenangkan kerja hangpa and ada size kecil untuk young girls, boys and men, of cos the ladies too from size 34 to size 45. Click tengok sini yeah, at Zalora.

Else, please visit CIPELA / HiDY’s website.

HiDY Store, address: No 46 Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur and email  hidy@hidy.com.my or  cs@cipelashoes.com  and   Contact Number: 013 380 1338.

So, jalan shopping di Isetan KLCC dan juga jalan shopping merayau online di Zalora – all for CIPELA.

 

Comment: 4

Cipela at Isetan, KLCC….

awat la some of the photos lam nih macam pecah2 je pixelnya. ada la tangan gatal aku nih dah tersilap setting apa while doing the transfer, but nak reupload memang tidak berdaya ler.

Aku sebenarnya nak cakap entry aku kan walaupun lepas raya pun takkan habis, padahal ada lagi 2 weeks nak raya, so even after raya pun yang lepas2 punya cerita pun kena upload jugak so takpelah, some have come out lam IG FB but some belum but kalau pun ada masih ler nak jugak cerita panjang lebarrrrrrrrrrrrrrr.

i know you still wanna read my long potpet menceceh in the blog.

photo 3

so amacam cantik grey tuh? it s from Cipela, dah masuk Isetan KLCC

photo 4

depa ada in black too but my size dah sold out pulak…

 

photo 1

tengok sanggul rambut aku nih, dah potong pendek dah pun, not so much, ada le sikit. rimas nak berpanjangan la skang nih…

photo 1

though Cipela is one of my sponsors, tapi aku pergi beli sendiri the grey, support the team of Cipela lah 🙂

photo 3

I need one Balenciaga in Edge lah, never have one. padahal design serupa jer, dia punya gold zip design je yang lain…but beli kat KLCC adoi, dia punya diff ngan Europe, the diff tu boleh buat bayau flight tix!

 IMG_3917

 So all please come by to Isetan KLCC, check out the Cipela shoes. yang akak pakai colour grey tu, akak pun ada in emerald green but itu customized one. So I am hoping Cipela will come out in red, purple and fuschia colour pulak. Sungguh ni, comfy gila weih walaupun 5inch.

IMG_3264

 Congratulations Cipela melangkah setapak to Isetan KLCC, kalau tak dapat mai KLCC, you can get them online too.

on another story, 3 weeks later, ada ler depa buat bazar jualan at Tower 1….ni bukan ler nak citer kasut. cite shopping dalam tu lah

IMG_3826

sket ler lagi nak membayo tapi senteng le pulak caftan nih, memang le ko kena pakai something dalamnya, long dress but nampak le pulak dress tu so tak jadi lah. Kalau labuh ke hapa mungkin akak beli, actually caftan2 gini akak pakai masa dok rumah homestay melaka tuh, dok umah mak mertua ke, gitu. Bukan bawak berjalan pun.

Hish caftan aku dah banyak bonar ler….yang tak berpakai lagi pun banyak jugak heh….

IMG_3830

si manis Lofa…

siapa sangka those yang kita nampak macam sexy maut kedaung boleh berhijrah. Hidayah tu datang dari Allah. Aku antara salute tak sangka macam Ummi Nazeera, Nastaha Hudson and Mizz Nina yang boleh berubah, dan jugak Lofa. sok sok Kak Red pulak, mana tau kan. Amin 🙂

IMG_3832

Sarung balik the Cipela yang lebih buat aku tinggi dan ranggi. Malangnya meeting didnt went well, something screwed up and aku menyampah le pulak dengan my dedication and determination so rasanya dah sampai stage tak boleh nak tolerate bila asyiklah kena taichi nih, specially kita tak dapat good treatment, you rasa dah no point u on that stage.  This is not about work etcs, ni pasal lain ler. I just want to share a little bit of thing yang tak heavy but pun tak boleh nak kekongsi sangat. Tak paham takper, laki aku pun tak paham gak, kadang2 dia pun kalau aku cite kat dia, mata dia kat hp gak, so kalau korang tak paham pun akak tak kisah 🙂 .

Anyway, boleh check out HiDY.com.my for your baju kasut etcs.

 

Comment: 9