Family

Kecurian…

mak ajah hilang bag surau.

kalau bag surau tu bag khas untuk mak pi surau jer, kalau bag kelas bahasa arab lain, bag UMNO lain, bag pi kelas weekend lain, bag dating ngan anak2 lain, bag segala bags.

So bag surau, ada quran, ada kunci rumah ada hp ada maknek apa tah, mak memang jenis padat barang dalam handbag.

Mak tengah baru nak solat, bag ada sebelah, ramai2 lagi jemaah ada. Mak bangun sujud habis solat, bag dah gone by gone.

Suspected 2 orang lelaki yang mak dan jemaah nampak masuk surau tapi duduk belakang berdiri tak solat pun, buat kerja mencuri nih.

So mission anak mak ajah yang merah ni ialah get a new Nokia. Last year tu pun baru beli satu untuk mak, she wants that brand that model jer. Aku pulak dah lupa ler pulak model apanya heh. Belasah je lah, aku nak upgrade hp mak aku yang lagi canggih kali ni. Mission laki aku pulak pi amik simcard untuk no lama mak.

Napa le korang ni jahat bonar, dalam surau pun mencuri.

Dapat lagi earphone set baru.

kahkahkah….asal belikan mak handphone jer, earphone set tu mak lantingkan kat aku.

Kecurian lain, aku pernah masa naik bas mini No 56, colour pink. baru kerja, baru dapat gaji. baru cucuk duit. handbags pun cap ayam jer. kan naik bas dok bergasak2 bergusti, mana nak geti beratur, masa nak berlawan naik tu, depa potong bag aku sempat lagi masukkan tangan amik purse dalam bag. Aku memang pegang 60sen kat tangan, untuk bayar tambang. Naik bas bayar, turun bas tengok dah rompong bags.

nangis. huwaaaa. IC sume lebur.

abah bagi duit belanja that month pi kerja 🙁

Abang pun baru ni hilang wallet kat sekolah. ada copy IC dia dalam tu, ada duit sket jer, tapi takde la sapa nak pulangkan balik kat Pejabat sekolah, bukan takde nama muka dia dalam tu. Ada gambar maknya, gambar dia gak dalam tu gak.  Balik kena ceramah dengan maknya – bayangkan kalau mami bagi IC original tu kat abang? that s the reason napa mami bagi copy, mak mak ni knows better pasal anaknya bang oi. Tapi ni bukan kecurian la, ni dia cuai, but orang yang jumpa kat sekolah tu tak honestlah nak pulangkan.

But big kecurian, rompakan was to our VA houselah, many years back. I did blog about it.  Langsai rumah bersepah, duit tak banyak yang amik coz rumah masa tu takde ADT takde CCTV yet so kita memang tak berani letak bebanyak, takde orang dalam rumah pun, anak2 that time kecik lagi and mak abah yang jagakan kat rumah depa.

my daily maid datang lepas orang sembahyang Jumaat tengok pintru grill dah kena pecah. Menggigil dia tepon aku. Speaking of that daily maid, oh we miss her, makcik tu malay, dia sayang sangat kami, and kami sayanggggggggg sangat dia, hari terakhir dia kerja, kami berpelukan, coz suami dia pindah kerja Klang, so she has to follow. Moga makcik sihat sentiasa dan bahaya ye makcik walau di mana makcik sekarang. Hangpa tak tau, punya ramai orang roger aku yang dok area Klang mintak no makcik ni, depa pulak nak engage. Hangpa lah…my readers.

So back to my pecah rumah case, aku laki bini pecut balik rumah, but my dad and abang dah sampai rumah dululah, police came to check our house bla bla bla….korang kalau nak simpan duit, letak lam beras, or celah bawang, barang kemas ke hapa letak lam jug gegula. Dapur memang penyangak tak geledah. Just miraclenya ada satu balang duit besar anak2, penuh lak tu, pencuri tak amik, Allah butakan mata depa dari nampak duit tu gamaknya. Passports kami semua dia tak amik, which aku suspect ni kerja orang kita, kerja rakyat Malaysia.

Udahlah masa tu bulan puasa, nak pakai duit for Raya, grill jer dah 500hinggit, dapat la duit pampasan dari Iron Lady coz aku buat amukan merah. Skang alhamdulillah, VA house merata ada cctv, dalam lift, kat tangga segala, coz for the past 8 years, too much pecah rumah. So management come out with the CCTV. lagipun rumah aku ko lalu jer, aku dah leh nampak ko nak buat apa.

Masa management tak pasang lagi CCTV, aku boleh nampak orang lalu depan rumah aku dok intai2, tapi bila nampak CCTV terus ca alit but. Hamlau betul, ada hajat jahatlah tu.

Hangpa pernah kecurian?

Comment: 10

Catch up…

 

 

IMG_0568

IMG_0569IMG_0570

gelap ler gambar nih, maknya lelaju kuor amik gambar pastu sambung masuk dapur balik. Diorg mengerjakan tanah neneknya, main badminton. Bonet kereta aku tu halahai dah ke main sarat. Bilo Alphard nak sampai nih?

IMG_0571

dan kemudian depa pusing satu taman naik motor. Oh si kecik tu dah addicted naik motor, atuknya kat rumah aku tu dok bawak dia jalan tetiap petang. Pantang nampak atuk datang terus dia carik shoes ajak jalan kuor. nak naik motor.

IMG_0573

ni aku saje bebuat nak amik dokong dia, tak dibaginya.  bebuat nak naik dok depan tu pun dia tolak aku hahahaha kelakar gila muka tak senang hati je takut benau bapak tak nak bawak naik motor

IMG_0582

mak pun ikut le sama jugak.

ayu je kan yang belakang tuh

gadis kampung sungguh, ngan tocang duanya. LOL

 

IMG_0585

duduk belakang takper, jangan dok depan, mau RB ngamuk coz amik tempat dia. aku dapat pusing 2 rounds jer, pastuh depa turunkan aku, katanya berattttttttttttttttt dan sempit! ciszzzz

IMG_0615

berlenggeng! at this hour, RB belum ada gang lagi. kejap2 tu his female cousin datang, sebaya ngan dia, sakan main. Memasing berlawan cakap, macam paham je maknya kahkahkahhhhhhhhh

but tu lah, anak aku kan jantan, so agak mengganas le main ngan girl, pelepuk budak tu kena kat mukanya dibaling toy.

IMG_0651

Pastuh kami makan reramai dinner bawak mertua and family kat Papa Restaurant nih. First time pun aku datang. Nak mai sini kena melalui rumah Allahyarham Jejai (Alfatihah). Makan kat sini sedap. Betul sedap nanti boleh datang lagi. But kan kadang2 first time datang sedap, 2 kali time datang dah kureng!

Teh tarik dia muka buruk, macam kuor dari machine tapi bila minum yaaaaa hampun kau! Lazat berkrim. So jangan judge dari muka buruk, but hatinya murni.

Gitu Redmummy 🙂

IMG_0648

IMG_0633

 yang biru nak ngorat si baju pink….

gila 2 orang atas tuh, buat drama back to 15 years ago!

IMG_0670

rakan sebaya, menceceh depa borak tak paham bijik butir. makan sesama so seronok sket. Ada kalanya si Zeeshan pi suapkan cousin dia tuh, gamat restaurant!

tapi anak aku makan bersepah ler, dia ngah belajar nak makan sendiri. Kalau kat rumah mau jenuh nak kemas heh.

IMG_0696

Esoknya begini dia makan bihun. Aku lapikkan ngan suratkhabar, dudukkan dia situ, pun terkeluar gak bihun tu dari kawasan jajahan. Esoknya lagi aku bagi di makan nasi sendiri, but dok kat balkoni, aku teman sesama. pakai 3 types of spoons, mana satu yang cocok untuk dia sumbat sendiri dalam mulut dia tuh.

photo 1

aku ajak dia makan kat balcony, biar sepah kat sini kehkehkeh…but pas menyapu pun kena gak mop, melekit heh.

ini dia baru bangun tido nih, tengok abang kakaknya takde pi main beskal, boring le dia

photo 2

memanglah bersepah je but nak ajar dia belajar makan sendiri kan. Dedulu abang kakak aku rasa dah umur sekolah rendah baru geti pakai tangan, depa dok pakai spoon forks jer. Gaya macam anak omputih je but coz kita dok ajar makan pakai sudu je kan. So for RB aku nak dia expert dedua ler gak, sudu boleh, pakai tangan pun boleh.

wpun begitu nak tunggu dia makan pun, bukan duduk setempat. Kekejap2 dia pergi buat lawatan muhibbah, kekejap dia pi lari tengok tv, dia pergi main, dia sambung balik duduk makannya. Kalau aku suapkan makan dia, satu mangkuk nasi tu boleh habis but at satu jam setengah! Selagi dia menganga selagi tu dia nak makan, but banyaklah iklan dia kan. Kena sabar dan tabah sangat tunggu dia habiskan.

Dapat kat bapak dia takdenya RD nak tunggu satu jam setengah tuh, aku je yang bertabah sabar suapkan dia makan selama tuh, but in between aku buat kerja lain ler….if he tak nak dah, dia sendiri akan cakap NO, geleng2 pala tak mau.

Satu lagi dia ni suka betul makan coklat! Aku boleh control makan dia selama setahun setengah eh silap setahun lah. 6 bulan pertama dulu lagi mana makan, minum susu je kan. So dah lepas2 tu sedap je orang keliling menyumbat dia makan. Redha dan pasrah je lah skang nih.

Macamana tah dia boleh makan coklat Hershe yang purple tuh, berulang amik ngap ngap2. Satu malam aku sorokkan, dalam gelap dia pergi lalu bilik kakak dia, boleh dia nampak pulak kat dapur coklat tu, mokak2 mintak! Hamboih ko!

Everyday is a new thing for him. Mana ngan menceceh berceritanya lagik…He s now 21 months, menganjak 2 years end of this year.

 

Comment: 5

1 – 2 weeks stories…

photo

Ini alkisahnya cerita recentlylah, lam seminggu dua  ni, yakni waktu laki aku takde ler kan. kali ni dia pergi tak lama, janji asalnya patut pergi 3 bulan tapi dipendekkan ke 2 weeks sahaja. pun janji lepas ni, bape lama ler pulak perginya kan. ok tu biarlah, dah gitu caranya laki aku kerja, memang expected pun sokmo overseas. takpola…pi Europe memang bini leh dapat handbagslah kan, so pergilah selalu hahahahaha.

So 3 benda ler yang memerlukan bantuan laki aku, tapi dia takde pulak.

Satunya pump tandas tetiba je melimpah ruah. dah tak tau camne aku nak godam. Tak pernah pun aku amik tau. Brothers pulak ngah sibuk kerja beraya ler, masa tu so aku jerit panggil anak sulong yang patutnya pasnih memang dia kena amik tau semua ler kan. So entah apa yang dia buat coz dia tutup pintu bilik air tetiba je bape minit dia dah kuor, settled dah mummy.

Camne ko buat bang?

Sambung tu sambung ni benda tu loose

Ok mummy tak nak tau lah, sib baik ada abang.

Kemudiannya masa family aku berturut2 datang 3 hari kat rumah aku, lampu dapur terbakar pulak. Pastu plug suisnya pun loose. hish ko masa ni ko nak buat drama. Adik Epi aku balik tapi dia lupa nak selamatkan semua tuh, so sib baik masa adik ipar aku datang aku terus suh dia zass panjat settlekan. Ni aku tak berani le nak suh abang buat coz dia belum diajarin dek bapaknya lagik.

Abah aku pun tolong sama jadi head gak untuk lampu2 dapur and yard aku yang berpadam tu. So dah terbakar lampu2nya. Memang kena beli lampu baru. lampu bilik kakak pun 1 short, kena ada 5 bulbs patutnya. Hish 2 hari le jugak la yard bergelap coz lampu yard dipindahkan satu kejap ke lampu dapur.

Esoknya habis kerja aku pi carik bulbs lah, blastlah, lampu bilik kakaklah. banyak le pulak lampunya…

photo

 

Nak beli bulbs ni pun satu hal gak, aku tak tau kat mana nak belinya. aku tau le kedai hardware banyak kat BSP tu but mana satu yang laki aku sokmo pergi bukan aku herankan. So tunggu dia bangun waktu Poland sana, tanya le maknek bagai. Habis kerja aku pergi as per his instructions.

Aku bawak samples bulbs yang dah kojol. tunjuk kat nyonya, and kawtim bungkus. Siap le aku beli berextra2 untuk masa depan. dang RM234! hampehs laki aku, dia suh beli extra hamik ko…

Esoknya aku engaged orang luar ada le contact aku (coz my brothers ipar sume kerja plak) and mintak le tolong pasangkan, upah pasang RM40 semua lampu.

Lega settled 2 benda.

Benda ketiga yang aku tak dapat lagi nak buat ialah aku punya kereta dah menjerit mintak top up coolentnya. Dei dei dei! dah 2 weeks tuh. Biasa aku engage orang but orang aku tu busyyyyyyyyyyyyyyyyyy tak dapat nak pergi. Satu lagi pulak biasanya laki aku ler yang pergi kan but dah dia kat sana, hishh….pastuh skang itu je lah benda yang tak berselesainya pung. Aku nak pergi hantar sendiri on the weekend, weekends aku pun penuh dek blogging jobs covering events.

Sabaulah wahai kereta, ko tunggu RD ko balik ler….semua nak mak merah hadap memang penuh diary mak tunggul nih.

 

 

photo

Walaupun aku macam tak cukup masa ke hapa, but the kids pun masa tu masih school break, so nak aku bawak depa berjalan aku pun kerja, baik weekdays mahupun weekend. Jadi aku beli 7pcs tickets wayang kat TGV KLCC, untuk show on Fri nite, adik aku Epi (dia ni memang sokmo jadi mangsa coz dia je belum kahwin) and langsung aku mintak tolong dia bawakkan the 6 orang nephews and nieces gi tengok wayang. Kebetulan Epi balik hari tu dari Kemaman, dia kan base sana so memang dia pun rajin melayan kerenah anak2 buahnya.

Kesian Epi dah macam duda tunggal hahahha ngan 6 anak. Paling besar si abang umur 12tahun dan yang paling kecik umur 7 tahun. so memang gamatlah, 4 girls and 2 boys. Udah habis tengok wayang dia bawak pulak budak2 tu pi lepak QB kahkahkah!

Habis je selesai, dia terus campak bebudak tu tidur umah aku. memang ai dah suh pun anak2 buah aku tu sume tidur umah aku so depa leh hang out among the cousins, bleh lelepak, swimming and layan tv sampai lebam!

Depa balik batch by batch till Saturday nite.

Sunday nite my parents and 2 orang families adik aku pulak datang beraya, makan2 ler sket. Gamat rumah.

photo

Untunglah ada Tesco online kan…..aku buat order barang hari Jumaat, hari Sabtu petang depa hantar, so tu mak merah ngah check barang2 yang betul ke tidak dalam ordering list. Takde le aku buang masa tenaga dan minyak ke Tesco. Kenangkan RB yang sangattttttttttttttttttttttt melasak skang nih, syukur sangat. Penyelamat, thanks Tesco buat shopping online system.

photo

Dan ini memek2 Zeeshan dalam lasak senyum tawa tidur gembiranya. Perasankan gambar dia dok buat ala giyomi, itu cara dia posing amik gambar, bila suh snap and smile dia terus letak jari ke pipi hahahahah! banyak gila gambar dia pegang pipi tuh….dengan kita tengah makannya dia dok lalu selamba je ngan kereta dia bawah meja, teret teret bunyik keretanya. Dengan dia sarung kasut orang tua yang datang rumah kulu kilir, ngan dia mandi tak nak kuor bilik air, kena angkat dokong baru dia nak kuor hishh ko dik. Dengan nak tidur pun dia bergusti dulu kat mak nya, itupun selepas tak dapat gusti  ngan abang kakaknya.

#begitulahserbasedikitdiarymaktunggulfromredmummywithlove

hahahahhahaha

Takpe takper

Ai smell new handbag coming soon 🙂

 

 

Comment: 11

IB’s buka puasa, wajib setiap tahun!

IMG_2115

kena beli Alphard lah pasnih

padat kat belakang hah! kat depan tu RD and abah aku. So car seat kena cabut, kita bersempit kejap dok belakang.

IMG_2117

Tahun ni sekali je lah kita berbuka di IB. Tahun lepas berkali2. aku dah adjust weekends buka puasa aku properly.  Buka kali ni bawak parents aku pulak.

IMG_2121

ada small bazar lah jual kat lobby IB but ada 2,3 lai baju yang aku minat, tak dapat nak tengok smoothly coz mengejarkan RB sesambil tuh. sampai dia langgarnya patung seller tuh. berpuluh kali aku mintak maaf kat penjual tu, sib baik le tak kena marah. Tak sengaja bang. sesenyum je dia, wpun aku kejar RB, dia pun kejar aku gak dok pujuk aku beli kain baju dia but silap satu je, warna yang aku nak takde. kalau tidak, rezeki sesama kita bang.

IMG_2121

IMG_2127

tapi kan sebenarnya

sejak awal ramadhan aritu sampai la ni, aku asyik beli baju raya online. Bukan bosan dengan sponsors but…..penyakit shopping aku ni tak kira physically, online pun aku belasah. tu yang addicted sangat.

dan penyudahnya, ada le 20lai baju raya kurung caftan kebaya jubah aku pi beli. dan ada le lam 3,4 lai jugak yang aku sedekah jariahkan dek membolos!

IMG_2132

sit still!!

pat patt amik gambar

sebelum si adik lariiiiiiiiiiiiiiiii

IMG_2133

sket lagi satu lagi snapppppppp

IMG_2145

gagal! maknya duduk je dia dah tak boleh nak sit still dah, terus lari turun buat exploring! grrrr….

IMG_2160

buka puasa kali ni, dapat meja yang depan sket, memang aku requested pun coz parents aku bukannya boleh jalan jejauh kan, abah aku pun bertongkat, memang dia tak de le nak ulang alik ke buffet area but mak ajah memang akan berulang. so molek le sangat

IMG_2165

eh dah habis gambar? lahai…..

kali ni kita tak stayed lama, macam kat Tropicana aritu memang lama le jugakkan, coz masa ni ada blackout so kepanasannya ngan satu lagi issue ialah RB tak nak dok lama kat baby chair tu, didokong pun tak nak, dia nak berlarian serata IB. Agak kecapitan kami bergilir2 amik turn ikut dia yang asyik berlari, ialah tempat2 camni luas sukalah dia mengexplored tapi makpak abang kakak le yang pancit kan…

Usainya kita pulang, hantar mak abah balik, kitorg pun balik. aku sambung masak for sahur le, kedeboom tidur. laki aku stayed up, tapi sebab lauk pauk aku dah masak, dah berhidang dia tlg panaskan je and kejut us for bangun sahur.

So pikiran anak2nya, eh daddy masak sahur???

kahkah….beranganlah korang apak ko nak masak heh. Dia dok oversea 3 bulan kang ha tau lah dia google resepi ayam masak merah dia nanti!

aku dah takde mood nak update blog ni heh, orang ngah sibuk cuti beraya. KL dah makin lengang. orang nak baca blog pun dah takde bernafsu apatah lagi yang nak menulis ni pun.

Kita mulakan cuti blogging jap ler yek? Setuju ler tu….

 

Comment: 12

2 sides of buka puasa…

IMG_1947

Kosong segala, ngan paper plates je hahahahaha!

Hah meja makan rumah aku, dah tak boleh letak kain2 lapik dah. ada satu sejarah si RB dok menarik kain lapik meja and chances untuk segala yang panas2 atas meja, lauk pauk tumpah adalah sangat tinggi jadi dah tak payah pakai table runner, biar le tak lawa asal keselamatan anak aku lagi utama. Rumah ada anak kecil ni tak yah lah nak berhias sangat, tunggu dia membesar lagi sket barulah kita hias lelawa.

Specially kat new house yer.

tralala…

IMG_1956

Ini buka puasa untuk my side. adik beradik and parents akulah. kita buat tema potluck. Hari Fri, hari bekerja. so kena potluck. aku tempah Nasi Arab, suh deliver at 6pm tapi runner hantar 15bags nasi mandy only at 7.20pm! aku ingat dah lepas buka le kot baru sampai. nasib baiklah.

Thanks Isya for recommending the Nasi Arab restaurant. menu yang paling family besar aku suka jugak. Tak yah bawak ke luar, so kita potluck sudah.  Pastu memasing pun bawak juadah memasing gak, ada yang heavy ada yang ringan, dari 1 meja penuh makan, sampai tumpang ke side table. tapi tu ler, kita ada Zeeshan yang tangan ke main pantas nak mencapaiiiiiiiiiiiii

IMG_1962

Tak semualah adik beradik yang ada, 2 boys takde. Menantu cucu pun ada yang tak cukup le kan, but itupun dah riuh rumahtangga aku. Makan acara buffet, aku pun makan lelari, sebab mulut dok mengomel, menceceh semedang…yelah bila dah ramai ha paham2 je lah kan. asyik nak berborak jer.

IMG_1968

Kita mengejar waktu yang boleh berbuka reramai coz Mak Ajah nak pi umrah, so the last Friday was the best one. Pastu reramai pi turun Terawikh kat surau VA gak…kang nak pi masjid, kuor masuk bape keter lah pulak. Yang kekecik tinggallllllllll

IMG_1993

Mak ngan 3 orang anak perempuan dan 2 menantu yang menyelit. Sorang menantu dan sorang anak mak sedang mengandung, adik aku Nana ngah early pregnancy, my SIL dah 3rd trimester. Hah banyak caftans lama aku, jubah2 lama aku masa mula aku pakai about 1-2 years ago, semua dah aku bagi mak aku, tu caftan orange by Radzuan Radziwill. Sebelum mak berangkat pun baju raya baru2 mak aku dah siap belikan jugak. For Abah too. Mak mertua punya pun dah siap dapat jugak, settled.

IMG_1997

Malam tu semua balik about midnite. seronok. nanti tahun depan boleh lagi buatlah the potluck. insyallah kalau tak sempat kat rumah yang satu lagi masih di sini pun tak per. ngan adik beradik, rumah sendiri, family sendiri biar berlaga bontot pun tak mengapa. Serik bila terkenangkan ada yang datang rumah aku kata berlaga bontot. Sememangnya yang bercakap tu pun rumah sendiri pun makpak or mertua yang belikan eh eh, but tak perlulah aku pun tak nak canang bape banyak rumah harta tanah assets yang ada. Happy je kat mana2 pun duduk, it s not an issue. orang yang buat issue.

IMG_2036

Esoknya, sibukkkkkkkkkkkkkkk dia pun nak menyelit sama si kecik nih!

IMG_2043

Sepatutnya 6, maid atas our tanggungan but nanti kena pi bayarkan for her zakat pulak

Kenapa aku dah lama tak citer pasal maid aku kan dalam nih, alah same story…this one is alhamdulillah so far

IMG_2047

The next day is our buka puasa with mertua pulak. Kat rumah mertua ngan ipar duai yang lain. Date 2 kali tukar, maklumler kan mak merah ni agak packed, so the 2nd Saturday of the fasting month, tak boleh usik, tak boleh accept any informal events, melainkan yang event payout je yang aku tak boleh nak lari, kena attend ler kan, part of my blogging job.

IMG_2082

Pun the potluck session but mak mertua ada masak jugak, so kat di bawah yang makanan reringan kuaih muih dll, tapi atas meja pulak makanan berat. Sama le jugak, sampai midnite baru balik.

IMG_2083

RB ni, kesian dia, cousins dia sume perempuan yang kekecik baik yg besau. Ada le sorang pun gap umur jauh sangat. So dia takde kawan nak main. Dok melekat ngan aku laki bini coz abang kakaknya dah lupakan adiknya bila dapat cousins lain. Sampai tertidur dia, but pastuh bila letak balik lam car seat balik malam tu dia sambung tidur lenaaaaaaa…..

So apa yek…

Shopping raya? takde dah kot coz kain baju anak2 semua aku dah tabur beli kat Milan arituh. Tinggal ada le kain baju casual kakak and her flat shoes or sandal yang blom ada yet. Pastu weekend ni rumah aku nak cabut curtains, tapi nak buat lelawa rumah ni berdeco memang tak bolehlah, coz kang kena rombak balik ngan anak kecik aku tuh. Abang kakak kalau adiknya terlepas dapat masuk bilik depa, kelam kabut semua hantar adiknya keluar semula, tutup pagar cecepat. pandai le depa tak sanggup nak mengemas.

Antara sebab jugak buat buka puasa kat rumah aku aritu for my side coz asalnya nak buat kat rumah mak aku but kenangkan makan ke mana, nak kejar RB yang surely rakus tengok barang2 rumah neneknya, dapur tak berpagar, hahahhaha sokaylah, biar buat kat rumah sendiri je lah.

Comment: 4