Aug
23
2010
Monday, 9:00 am
bukan berdua, tapi berempat 🙂
2 tahun ko, 2 tahun INTEKMA cuba nak ajak aku buka puasa tapi memang tak boleh sesajar. tahun ke dua ni pun hampir tak jadi coz slot memang tak ngam. sampai bolehlah akhirnya itupun oh sedih, kami reached INTEKMA 5 min selepas orang dah berbuka.
so sib baik aku dah beli siap2 kat param karipap 3 inggit and ayam 2 ketul untuk kami just in case tak dapat sampai Shah Alam on time. memang patut pun, aku memanglah on time, tapi laki aku tu nun dari jauh, nunggu dia jer ke main lambat, 645pm dari Cheras nak kejar ke Shah Alam.
Jumaat plak tuh..ha paham2 je lah jem camne. Thanks to Amy from INTEKMA for the great hospitality.
kita berbuka puasa di tepi pool youuu….
sekali pelapik meja makan sama merah darrrrrrr!
gegirl cukuplah suka ngan kueytiaw, tapi boleh pulak masa first round memang banyak tapi bila dia nak tambah, dah abih ko. so aku ingat ok takde rezekii lah kan but bila chef tu cakap eh eh kita masak skang gak kak. wahh! kira dia bukan masak kol 3 petang, dia masak jam2 tu gak untuk korang. i love it lah!
INTEKMA punya specialty are murtabak nih, sodap fav sirman sesangat, mee jawa INTEKMA, nasi lemak ayam berempah, sup ekor asam pedas and kambing panggang.
tak yah risau hujan, makan kat pool nih dah siap bercanopy, tepi pool lagik. agak2 ko panas, ha sambil makan tu pi berendamlah lam pool tuh. tapi jangan marahlah kalau orang sume pandang ko kan, apakah ko dah gila, orang ngah bukak puasa ko nak berendam pulak yek. ko dah kenapa? cantik sangat nak berbikini plak?
jemu makan di tepi pool boleh makan di atas ada dewan besar….banquet yang tetiba aku leh jumpa kaum kerabat…
my biras and her family (husband dia is Sirman’s brother)…ada company dia engage bukak puasa kat sini, so dalam tuh pun ada keliling banyak buffet untuk buka puasa…
untuk solat ada kapasiti 100 orang di surau, ada kaunter zakat, dan tazkirah di setiap Jumaat & Sabtu
tak pun dah rasa bosan makan kat dalam banquet boleh je turun ke pool and tarik meja yang orang lain dah balik tuh and sambung makan buffet di pool gak…macam family BIL aku nih lah. sakan kitorg borak citer segala….
untuk family abang ipar aku kat Amsterdam tuh, takpe takpe, nanti kalau ada rezeki baliklah Malaysia yek.
sambil2 tuh boleh dengar celoteh MC or host, namanya Fuad untuk di pool nih, yang di banquet akan dapat live telecast gak, beliau akan menyanyikan lagu2 mengikut permintaan korang. dari lagu biasa, rock kapak, jiwang terhangat, dangdut mahupun lagu raya. lagu raya ni bila dah nak dekat raya, lagi happening lah weih! Semua chef di INTEKMA akan berada di buffet area jugak untuk serving kita, dan diorg pun nanti akan menyanyi sama. kira tempat nih memang takde lah protokol sangat.
macam orang kawin kalo kita pi makan kat hotel tuh, protokol gila kan? ha not for this, ko nak nyanyi sama pun boleh…
atau ko boleh dedicate lagu untuk sapa2 kat INTEKMA buffet ramadan nih lah…yang kelakarnya aku dengo ada ucapan tuh..
Boss, saya tujukan lagu ni untuk boss semoga boss bagi kami cuti panjang dan kami dapat bonus ye, raya dah nak dekat Boss!
muahahhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
satu INTEKMA dengo bang oi!
rambang tak mata ko! hai kalau baca entry nih sebelum waktu berbuka jangan ko coba2 nak culas puasa yek!
staff diorang peramah bangat, diorg akan sentiasa tersenyum dah cuba help kita bila kita macam teraba2 eh nak makan apa ek…ha lajulah depa suggest kat ko. diorg tak kenal aku RM lah, takde maknanya nak bagi special attention pung!
INTEKMA Resort & Convention Centre is located in Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 4000 Shah Alam.
Sempat lagi nih kalau korang nak bawak kawan2 opis, or company nak buat buka puasa dan juga untuk family makan di sini, harga berpatutan tak mencekik2 sampai RM100++ kat sesetengah hotel. Setiap seringgit pula akan didermakan pada badan kebajikan dan rumah anak yatim. RM43 nett for Adult and RM22 nett for kids above 6 years old.
Buffet Ramadan ini hanya sehingga 9 September, 10hb orang raya oiiiii! So kalau nak reserve ke hapa, boleh contact +603 5522 5001 / 5009 / 5066. Kalau korang tak de kawan nak makan kat buffet nih, boleh bawak RM, dengan syarat ko belanja. dah katanya ko nak dating ngan aku kan, so pendater (matiklah main suka2 jer buat english vocab kan, pastuh ada yang tazkirah ai hahahahahah) kenalah bayar for me. Murah rezeki korang 🙂
Tak pun kan, ko pi je makan sorang2 kalau ko takde gang, coz aku tengok ramai gak selamba je abang2 bujang dok sorang2 buka puasa sorang2, yang pompuan tak ramailah sorang2, pomp penyegan sket kot. dr makan sorang2 depa lagi rela tapau bawak balik.
FYI, INTEKMA nih suku sakat UITM kan?
so ai pun product ITM youuuu….. (still aku tak rasa sedap tekak guna UiTM). Menyokong INTEKMA tanggungjawab kita…cewahhhh!!! apa lagi korang yang product ITM? tak geti2?
Comment:
23
Category: [
Fasting, INTEKMA ]
RM Recent Comments