Frens

The gold…

 

IMG_3650

walaupun dia lonjong, dan aku pendek but dialah kawan aku dari hari pertama kami kat ITM Jengka tuh…but of cos kita pun ada jatuh bangun sesama…my bff, Ima

Hari tu dia balik KL so dapatlah kita reronda kolumpo muahaha….ni lunch hour, jadi lunch and shopping (aku yang shopping ler dia tukang ngekor)

hah aku beli kain Variente tuh, the pink one. aritu dah ada merah kan…

IMG_3727

few nites later pulak, depa satu family datang raya rumah aku…aku pun habis kerja lambat so dapat buat spaggeti je paling laju, itupun kakak yang tolong buatkan hahaha, mak nya sampai rumah dari opis pun dah jam berapa. Thanks Kakak, sedap betul spaghetti anak dara mak merah tuh.

IMG_3741

sayang masa ni laki aku tak de ye ler dia kan odd hours sikit waktu kerjanya, jadi kekita jer lah…borak borak borak..thanks Ima Sham and kids for coming…

IMG_4041

another day pulak kita pi dating serangkai…kali ni banyak tempat pergi. Like our old days zezaman ITM, anak dara dulu. We went and watch the Fantastic Four. Mak datuk aku punya nak tertidurrrrrrrrrr ler tengok cerita tu! Kesal tengok hahahaa….sampai Ima dok ko jangan tidur oi, jangan nak membuta pulak. Aku rasa kalau aku sorang je kan, mau nya aku chow keluar panggung kot.

IMG_4044

kenapa posing camni, hah  nantilah kita cerita kat hujung2 entry hahahaa….lepas movie, eh sebelum tu kita makan ler. Pastu kita pergi reronda carik periuk kahkahkah, pun tak beli ler. Aku nak buat ketupat tahun depan so nak ler ada periuk besau belanga panjang bagak tuh.

IMG_4048

Ini mana pulak yek, oh ini le kedai periuk hiks…this was at Viva Mall. Tengok wayang kat situ senang, near by to our house jer…cam pelik le kan aku posing camni, ok kemudian sambung di hujung salam hahahaa

IMG_4053

Lepas tu kita ke HUKM, nak melawat our fren’s son, tapi dia dah discharge pulak, dah parked tapi nasib baik le tak terus terjah konon nak buat surprise kan. Udahlah HUKM tu dari parking ke ward boleh tahan mengahnya. Then kita divert ke kedai DIY Bandar Permaisuri. Hah aku beli loyang, konon nak buat ler kuih seri muka. Tapi adoi susahnya remeh ler, beli tempah je lah hahahaa…Tengoklah, kalau rajin aku belajar le lagi kuih seri muka nih (my eldest son is so lah pencinta kuih seri muka nih).

Kedai periuk Viva punya loyak seketul 15hinggit, kat kedai DIY ni 5 hinggit pun tak sampai kau! Sekali 2 aku beli.

Kita jugak pergi kedai 2 ringgit, ada le memasing beli itu ini. Kedai2 DIY and 2 ringgit ni memang best gak, masa aku baru nak pindah / dah pindah aritu, memang banyak barang aku carik kat situ jer. Masa bulan puasa kan, lagi ler walaupun kena balik masak, aku tetap gak terjah, nak barang cepat punya pasal. Tak leh tunggu laki pi beli.

Actually laki aku ler yang begitu suka ngan DIY nih, aku kemudiannya baru jadi fan, tak suka sangat dulu coz parking adoiiiiiiiiiiiii!! aku kalau tetempat yang kena park susah ni memang really lah, dah terpaksa jugak baru pergi.

IMG_4062

lastly sebelum Maghrib kita mentekedarah lagi pulak kat QBistro. Layan member jauh, aku bantai teh tarik. Baguslah berat naik. But actually akak memang sengaja naikkan berat badan, ada sebabnya. hahahaha tunggu le nanti news keluar. I ada engagement lah, i have to look fat first. Gitu kan, kena nampak gemuk pulak, apo nak buat, blogjob sume tuh. Rezeki.

IMG_4065

Skang member akak Ima ni dah balik semula to Beijing ler…tapi hah kenapa le kan asyik Kak Red selfie sangat. Aku pakai gold earing baru muahahha, Ima hadiahkan for my belated birthday. Dapat jam2 tu jam2 tu gak pakai. Tapi tu lah, malam tu buat pakai tidur, sebelahnya hilang kau huwaaaaaaaaaaaaaa!! Esoknya baru jumpa, alhamdulillah.

Lepas tuh, one day tu akak bawak pi kerja, sampai opis lepas sejam gitu sampai ada member tegur kenapa sebelah je earring kau. Oh meng. ah sudah. So akak terpaksa ler jalan balik ke laluan yang dari kereta ke opis, reversekan, kot2 jatuh kat memana lah kan.

Last2 sampai kereta, hah kau, ada kat seat kereta. Lega giler! Syukur sangat. Kekdahnya aku kan dalam kereta sambil driving dalam jam tu aku dok make up, kalau pagi tu rambut basuh, wpun dah blow dry, tetap gak aku kekibas gak rambut tu kasi bebas, jadi masa ngah make up memain lepas rambut dalam kereta tu yang tercabut.

The 3rd one pulak dia tercabut masa Michael (my hairstylist) baru singkap rambut, nasib baik ler sedar. Jadi selepas 3 kejadian, malas le akak nak pergi Poh Kong kan (lain lah ada kat KLCC tuh), so laki aku playarkan kasi ketat hook tuh. Hah kau, takut kang pasni kalau loose gak ada yang tinggal sebelah jer. Thanks Ima for the lovely Poh Kong gold earing, tahun depan gelang tangan ke rantai leher pulak yek hahhahaa…

Speaking of emas, i may look rugged or modern but aku adalah sangat pencinta barang kemas/emas. Time raya ke wedding, memang mak sarung dik!

Comment: 5

One of the weddings…

IMG_6163

hallo hallo, muka pandang camera please. Mulut menceceh je akak merah kau. Banyak nak catch up ngan dear darling aku nih, asal jumpa masa kenduri Riny jer. She s my bff even used to be my roommate kat ITM Jengka dulu. Last year ada akak blogkan ai went to her brother’s wedding (yang kahwin ngan Fauziah Gous tu ler). This year pulak wedding adik bongsu, si Baby dulu akak kenal dia masa kekecik adoiyai, skang dah kawin ko dik.

IMG_6173

pakwe kecik dok main telur! seligi gak budak nih

IMG_6200

Mr Zeeshan ngan batik Jakartanya. Ko tengok pipi dia dah naik merah dek kepanasan hahahaha, dah macam pakai blusher jer. Dia memang, kalau panas sangat or even sejuk sangat (specially at winter countries) memang akan naik ler pipinya tuh

IMG_6211

The nikah was since morning tapi aku datang dari tengahari. My 2 boys, RD and Abang masa ni pi solat Jumaat, so tu yang kami berempat jer (kakak dah melepek, sorang lagi maid aku ler). Jadi pas dropped us, depa pi solat kat Bukit Jelutong tu gak lah.

IMG_6214

Orang dah abis ramai makan pun, but pastuh habis je solat Jumaat, ramai ler balik meja2 tetamu ni.

This was during the Labour Day cuti tuh. aku rasa first time gak aku pi kenduri kahwin yang buat on Friday. Eh tapi aku nikah dulu pun on Friday, cuma majlis berinai bagai buat malamnya dan esoknyalah. Macam adik Riny ni did right after nikah tuh. Itu baru 1st reception, ada 2 more receptions kat hotel and jugak kat side lelaki plak

IMG_6220

bahang panas toksah cakap ler, ada jugak at hotel depa buat, on Sunday, tapi aku skipped le part tuh. Cukup hok ni je datang, ni pun kira hebat, Riny kalau jemput so far alhamdulillah aku memang dapat hadhir. Ko Riny baca ye nih, kalau pasnih aku invite, jangan ko tak datang pulak haaaaaaaaaaaaaa

IMG_6233

Ok complete dah one family. Aku tinggalkan the boys makan sini, aku ngan the girls termasuk si handal kecik aku tu masuk ke dalam nak carik pengantin

IMG_6239

tapi tak dapat jumpa Pengantin, tengah bersiap. so kita posing je lah kat pelamin

IMG_6242

beria le akak korang ni kan, abis tu pengantin busyyy

IMG_6248

dah tak tau nak amik gambar camne dah, maid aku memang suka suh posing, dok tak sesudah dia puji ngan pelamin Baby, memang cantik bangat

IMG_6257

tersentil le sikit dak Poja. thanks for having us Riny, love u dolly

IMG_6310

dan tengok kehebatan bersilat 2 orang nih, the boys

IMG_6312

depa punya ke main berlipat2 dalam kereta 2 orang nih. apaknya ngah beli barang something, kita nak balik Kapar pulak

IMG_6320

the 3 of them in batik! untuk Zeeshan aku beli 3 helai, tapi kesal pulak tak beli lebih2 untuk bapaknya dan abang. Ada gak some of them dapat ole2 batik baju ni dari aku. Heharap muatlah yek. Abah pun dapat 2 helai, but long sleeves.

Selai batik ni 25 hinggit je pun. Pakai for weddings, ok ler kan.

IMG_6267

all of us in Jakarta outfit, except Kakak yang takde pulak for her. Susah nak carik size baju kakak yang macam maknya nih kat sana.

IMG_6275

kebaya purple aku tu macam caftan but pendek cam ni ler aku suka cuma kali ni dia punya material sedap sangat and dah ada siap the brooch type, dan jugak aku paired kan ngan kain batik yang macam pario aku citer tuh. This is in Purple one, tak nampak ler pulak shot gini, nantilah tengok atas2 ada gambarnya kain nih.

Tapi kan baju purple tu, asalnya beli ngan 2 helai baju lain gak, dia tak nak bagi harga yang aku nak kau, sama ada gratisnya ler. So aku blah ngan Pak Sulis, dah few steps, baru dia panggil balik. Tu yang jadi beli. Lagipun kita dah last customers, depa nak tutup kedai pun, bagi je le harga yang aku nak tu kan, aku pun insisted gak. hiks..

Comment: 5

1st year of Eun Hee…

IMG_7798

ke Midvalley kita ye di suatu hari sedemikan.bersama my fav niece yang dari dia kecik sampai ke besau ni memang so close with me. Yang tiada hanyalah abang and kakak, dema masa ni dok masih lagi dengan cousins day out.  Kitorg adik beradik amik turn untuk semua cousins (anak dan anak2 buah) to sleep over at our houselah. So cuti 2 minggu lebih memang gitulah project depa, dari rumah ke rumah, termasuklah rumah aku gak heh…

IMG_9464

Zeeshan memang le tak boleh nak dilepaskan ikut abang kakak or cousinsnya, hang tu kecik lagik, mungkin bila dia dah 5,6 tahun kot baru aku bagi lah, but nanti2lah dulu, he kena ngekor lagi ke mana saja mak paknya berjalan buat masanih…

diorg ni bersungguh amik gambar transformer pasai nak nganto kat abangnya…

IMG_7809

daa sampai je sudah at Cititel Midvalley, a hi-tea invitation with our buddy

IMG_7812

tu ha tuh yang jadi pojaaaaaaaaaaan hatiku!

IMG_7817

takutnya nak makan tapi nak makan gak sikit…buat rasa-rasa. Dok rasa mendanya, satay ayam tu aku dok kunyah je selain the oysters pung

IMG_7821

my sweetie buddy,Carol, just came back from UK but by the time this entry is out, she and her husband and baby dah balik semula…so so sad,sekejap jer cutinya.

IMG_7826

 she macam tak pernah beranak je hoi! in fact masa dia pregnant 6 bulan kot, aku jumpa dia pun perut macam takde koooooooo00, untunglah badan senang kuruh nihh

IMG_7829

me nak kurus menghazabbbbbb! eh tak gak, lepas beranak dua aku melidi gak, pas beranakkan Zeeshan tak berapa nak mengurus sangat lerr, 3, 4 bulan ni je baru le boleh lega sikit but pun kena jaga gila. aging oi aging, baju ni pun masa zaman kurus dulu kot, hijau flare skirt ni itu datangnya dari Jakarta mar….

IMG_7835

Eun Hee, buah hati Carol…susah nak dukung si kecik nih, asyiklah tak nak ngan strangers…

IMG_7844

Anis the tokey of mascot and kek!

kot dok tanya sapa buat kek raya akak ke, or Anis Magic Fingers tuh, hah ni ler empunya badan. Congrats Anis on your 2nd pregnancy….

IMG_7866

Kek pun by Anis Magic Fingers

IMG_7872

Proud new mama and daddy – happy birthday sweetie Eun Hee

IMG_7886

Bilalah acik nak visit ko  nak kat Aberdeen tuh

Banyak sangat flights aunty nak kena naik pi jengah ko hahahaha, tunggu yek, one day one time. Insyallah aunty sampai, sesilap ko dah besar panjang kot..

IMG_7893

Eh kebetulan pula kita sedondon ada hijau2 gitu kan RD

IMG_7902

Thanks Carol for inviting me and family, Carol is also known as Diva Darling 🙂

IMG_7912

oi oi apa main reraba nih oi…

takkan le nak reraba tengah public pung….ada balance kek terkena kat skirt aku kakakakaka….bik ke kak ngah ni makan sesepah sampai skirt ijau haku kena hah

IMG_7927

Ahah Zeeshan pun ada hijau elements. Punyalah lama akhirnya dapat gak dia mula pakai baju tuh, kan aku borong sikit punya banyakkkkkkkkkk dari Hong Kong dulu, HK tau bukan Japan bukan Europe, punya lama dah, tapi aku kan suka beli size besar, at least one year older, so puas hati.

IMG_7929

We tried to have a family potrait, bertiga, but payah betullah….budak kecik tengah naik nih

IMG_7931

since kita dah habis birthday party of Eun Hee, tiba masanya untuk kita explore Midvalley. Aku nak menyopping satu benda asalnya. Dah booked laki aku.

You sure you nak beli satu benda jer? You sure you sure?? 

soalan panas betul heh…nampak benaulah aku ni tak boleh dipercayai untuk beli satu benda je pung. coz aku pun tau i wouldn’t hehehehe

So jom kita do the things yang mak ko suka buat. Shopping.  jom hangpa…

Comment: 12

Surat Untuk Jejai (1)

Assalamualaikum  Jejai

Jai

Tak tau lah ko sudi nak baca ke tak, tapi aku rasa ko mesti baca. ko kan suka baca RM. lagipun ko kan sayang aku kan Jai. Kitorg pun sumer sayang ko jai. Blog ko pun pemes gak per..

Jai

Aku tau ko marah aku, ko marah aku share rahsia yang ko suruh aku pegang janji. Aku pegang janji tu Jai. 8 bulan aku pegang. Dari aku sarat pregnantkan RB, aku tak bagitau sapa2 pun Jai. Tapi, kondisi ko makin luluh hati aku tengok. Takkan aku nak diamkan jer. Jadi bersama Eyriqazz dan kawan2 lain, kita terpaksa kongsikan berita ni pada semua orang. Biar satu dunia bantu ko Jai.

Jai

Janganlah marah aku lagi. Aku belum habis tulis nih. Aku nak mereka bantu bukan untuk kesihatan ko je Jai, tapi untuk anak-anak ko yang 4 orang dan isteri ko. Kesian diorang Jai. Ko tak bolehlah selfish nak diamkan benda ni coz nanti kami semua bersalah coz tak bantu ko langsung. Perbualan langsung aku ngan Kak Maz wife ko Jai, memang ko tak bagi approval pun kitorang share benda ni to public, tapi la ni kita redah jugak. aku pun dah roger Nuffnang, they will help too Jai. Ko sahabat kami Jai. We will help you.

Jai

Raya pertama dulu ko ada datang rumah mertua aku. Raya kali ni aku nak melawat ko pulak, boleh ye Jai. Lama kita kenal tapi ko antara blogger yang baik ngan aku, biarpun masa tu ada yang buat jahat ngan aku, ko tetap standing on my back. Orang nak bantu ko Jai, orang akan marah lagi kalau orang nak menolong tapi tak dapat buat apa2 untuk ko Jai.

image

Jai

Tak banyak sikit bisa mengurangkan beban ko Jai. Nanti aku tulis lagi untuk ko ye Jai coz aku tau ko perlukan rehat yang banyak. Aku share Kak Mas punya account Maybank ye Jai, so orang boleh bagi sedikit donations ye Jai. Acc No Maybank : 164089741562 Mazliana Othman.

Jai,

You are in stage 4 of lung cancer. Please fight it! Insyallah.

Comment: 58

Aariz @beautifulnara ‘s Aqiqah….

IMG_0975

amboi awak dah kenapa, orang lain sume pegang baby memasing, awak pegang clutch tu lupa anak ek?

eh eh …

#eh LOL

IMG_0977

tetengah orang ramai tu laki aku haukkan suh amik RB, heh lupalah….dah dia pegang anak, aku pun selamba le menyolo amik gambar. mulut wui….satu rumah dengo gamaknya tau!

IMG_0986

mana le tudung proper mak ko nih

asal nak kenduri je, baju kurung tak jumpa, tudung pun berjalan. heiii!  dahlah korang tau tak aku syak maid2 lama aku salah sorang ada cilok baju kurung yg kukira baru jugak coz masa sebelum pregnant dapat pakai 2 kali jer. there s one tuh aku tak sempat pakai lagi coz pregnant. eii kain2 cecantik tuh beli dari Medan heh.

Kain baju kurung sekarang jangan cakaplah nak sarung memang sangkut di situ di sini di sana.

IMG_0990

abang tak senonoh! dilonjakkan kaki dia, nampak nau aku pendek dari dia. ok aku redha, in few months je nanti he ll be taller than me. That s ok, standard le mak2 pendek dari anak2. Gegirl tu pun nanti panjang gak dari maknya jugak. RB pun, ko tengok kaki dia pun dah tau. tak kisahlah…

saya mak yang rendah dari anak2.

kepit clutch RD??

 

IMG_0991

ahah ni baru original height abang, dah kena kutil2 buat muka maknya baru dia steady luruskan badannya. eh eh kitorg nih beria bergambar macam umah aku pulak yang buat aqiqah ni kan…standard le yok, kita mana pernah buat aqiqah anak2 besar2 gini. paling koman pun untuk abang dulu, buat berarak marhaban je, yang pelamin2 ke buaian takde pun. itupun kebetulan sangat adik aku kahwin, so aku sekalikan paginya…

for Gegirl lagi langsung takde majlis. Rumah orang atas langit gini ler…nak buat kat bawah kena sewa dewan, nak kena kemas dewan tu sendiri. Zezaman dulu pun lagi le aku takde permanent maid.

Orait takper…

Insyallah majlis aqiqah for RB nak buat.

IMG_0987

Ke main silver lagi korang hek. Tahukah anda, baju tunang ai dulu pun silver gak. Zaman tu konon millennium year, so sume segala nak silver kan. anw anw….rumah majlis aqiqah ni keluarga Lin wife to @beatifulnara . BN nya baby hemm…anaknya tidur tak sanggup sume nak dukung, memang ko, anak kalo tidur mahal wor, jangan dikejut kang dia jaga tak jadi kerja kita. Gambar Aariz tu ada kat first and 2nd photos atas2 lam entry nih. Samo la ngan RB, melena.

Tak pakai mobywrap masa nih coz laki aku kata kat rumah orang, pegang je sudah.

Suka gila aku tengok dia punya buaian pelamin. but ai tak nak cradle gold tuh. nak kaler putih. background kaler putih pun ok jer…element merah tidak perlu too much, takde pun ok gak coz kami akan berpersalinan merah.

Dah kalo pelamin merah, langsir merah, baju merah. apa yang contrastnya? gilo ko..

Happening betul kenduri aqiqah BN, ko bayangkan sok kalau dia sambut menantu. Sib baik anak akak pun boy Wan, kalau tidak, aku ketuk 50ribu hantaran kat anak ko. #eh ?

Tak kenal Beautifulnara? ayooo pi google ler, gila punya 200k hits per day tuh! PER DAY yek. so kalau ko takat 2k or 5k per day dah heboh, baik ko cermin kat BN tu hah!

IMG_0979

mak korang sibuk berdendang borak mak mak

korang jadi emm.. ?

IMG_0978

kakak pun sama!

IMG_0974

bapaknya pung!

IMG_0973

 nasib kolah RB, menjadi mangsa keadaan bapak and abang kakak ko!

Comment: 25