Ikea

TAR IKEA…

IMG_3503

sedapnya orang belakang tu makan jambu cicah asam!!! Lighting yang cantik akan buat muka make up ko tak seseram sangat ler.

IMG_3520

beza gambar berdua ngan kakak ni ngan gambar atas hanyalah 10min, tapi lain kan coz of lighting

IMG_3534

tak adil kalau kita tak bend down, coz the little king nak tidur…jadi kena hangkut stroller too. cam biasa ler, penat le kalau abang and apaknya nak mendukung.

IMG_3539

the mission aritu, pi jalan tar. patutnya balik dari langkawi, konon nak pergi. tapi laki aku cakap that was a new year eve, jangan buat giler la pergi jalan tar. so takper, ok, kita pi the next day nya. selepas solat jumaat.

Di sini, satu je nak carik tudung sarung kakak. Biasanya aku kirim2 gang2 yang rajin pi Jalan Tar tiap kali friday lunch tu, but since i was still on 1 week break, bolehlah bawak badan sendiri pergi.

 

IMG_3545

kita masuk 2,3 kedai jer. dalam kedai ni pala aku rimasnya lahai, berlonggok2 tudung melambak2, tak tau camne nak pilih. Kakak nak yang cam dia pakai kat pala dia tu. sarung je. bukanlah untuk jenjalan, tapi untuk daily, kuor rumah kejap, pi tuition. kalau yg beria punya jenjalan tu, dia pakai instant shawl, yang cantik dan anggun gitu.

Manis plak ko senyum cam ni kakak…

IMG_3553

budak mentidoq…ha ni contohnya, aku cakap gak tak yah bawak stroller, rasa macam sesak je Jalan TAR (tak sesak punnn actually), laki aku tetap nak bawak, tak larat le dia nak mendokong. Memang molek le sangat. jadi tak yah pikir cakap orang kalau bising anak dah besar pun nak berstroller.  Again, komen tu bukan tuju kat aku, but kat anak celebrity, ai cuma nak highlight gak lam nih, in case ada yang prokprek…

IMG_3564

di sini tak sampai 5min, tak sanggup, poning pala acik

IMG_3571

tapi kat sini, kita spent lama sikit.  Tudung yang dia nak tu, ada di sini, selai RM10. Amik 5 helai terus. Bukan plain, ada kekaler. Coz kat kedai yang dalam Jalan TAR awal tadi dah amik 5 helai gak, plain colour.  The brooches pun amik kat sini gak.  banyak gak lah, yang cucuk2 pin kiri kanan tu pun, asal ada urup M pun kita amik gak, for her.

IMG_3582

lepas tu lepak Insaf, nak bagi adiknya makan nasi putih ngan sup tapi sup pun takde jual kat Insaf n i. Kita minum air je, aku suap le nasi kosong kat anak aku tu. Kesal tak bawak bekal nasi + kuah pindang dia. Well….aku pun manusia biasa yang pelupa barang2 anak gak.  Nak suh laki aku ingat, hem mmg tak lah, air botol suam pun dia tak ingat nak bawak. Dia tau jalan kuor berlenggang jer hahahaa…suami oh suami.

IMG_3595

kacau je 2 orang tu…mak kau baru nak berangan

IMG_4756

lepas tu dah nak balik, dah  nak masuk area parking, nampak kedai jubah ni, hah masuk gak. I took this one, RM100 sekali ngan selendang niqab tu pun dapat. Besar size ni, tapi coz i nak gak yang design ni, amik gak, nak pi antau kat Aunty Yelly lah buat kecikkan sikit.

IMG_4765

this kimono pun, aku amik rasanya. ni boleh share aku ngan kakak.

IMG_4768

kimono jubah gak, tak amik, but if korang nak buy buy

IMG_4770

kimobo jubah lagik

IMG_4774

sesuai ko pakai kakak. For her ada satu untuk dia, takde pulak dalam gambar. Untuk pakai for the class mengaji. Takde le dok pakai jubah yang lama tu, dah naik singkat, suh pakai aku punya dia kata terlampau labuh plak. Ada yang lagi 2,3 lai jubah, si maid lama dah tereban!

IMG_3612

membosan dah 4 beranak. Tapi abang kakak dok buat boomerang apps kat sini, abis depa bahankan aku. Macam2 gaya boomerang

IMG_3614

alrighto so kalau nak carik jubah, murah lah kot RM100. Kawan aku beli sblm tu at RM140. The next few shops tu, ada lagi lawa, quality lagi cantikkkkkkkkkkkkkkkkk sedap material pun memang tau ler mahal, RM200 paling murah. Alangkan aku dah beli 3 pcs kat kedai ni, if not aku pun sauk gak kat situ.

IMG_3618

eh kita dah sampai IKEA. hiskk…the one yang kat Cochrane Cheras tu. First time aku sampai. Dah nak sampai hujung cuti, baru dapat poi tempat nih. Dari awal2 lagi nak poi tapi laki aku dah warning, if you nak ai ada sama, you kena tunggu cuti2 panjang tu. Macam le jauh benau kan IKEA ni, ye tapi dalam tu nak berjalan pusing ke main lama.

IMG_3620

kita beria je wefie ni kan dik, the other 3 tengah buat Maghrib. Actually datang sini pun unplanned. Cadang nak pi carik tempat makan, pastu laki aku dah termasuk jalan area Pudu, so aku cakap kita pi jelah Masjid kat Pudu nun, but masjid tu pulak ngah reno kan, sekali eh eh tu IKEA!!! ler apa lagik, hah pi solat kat dalam tu teruslah, dah alang2 jommmmmmmm IKEA!!!

The husband has no choice hahahaa…

IMG_3625

sesungguh dia main memasak untuk ammi.

Ammi nak apa? Ammi nak teh tarik? Ammi nak soup? Ammi nak mee goreng?

yee, ammi nak spageti please, ok ammi. ammi wait tau. wait tau. Eeshan cook ni.

 

IMG_3632

semua sections dia menerai. ai is ikut belakang jer, dengan trolley. sesambil tu aku tengok ler gak apa barang yang aku amik, sambil mata kat dia. Tapi ada gak one time dia hilang, terjerit2 memanggil. Dulik ler orang dok pepandang. Zeeshan is very active boy, but dia tau, he kena berada di tempat yang mami can see him.

Tapi terlajak gak, dok galid2, meleka dalam tu yang dia tak sedar dia dah hilang dari mata maknya.

IMG_3637

Mak datuk…IKEA Cheras kau….aku peratikan sini memang lack of staff lah.

IMG_3644

kat sini dok lama sikit….

yang lagi 3 tu memang lama kat surau IKEA coz orang ramai, aku tak masuk tak tau camne the surau gomannya (ai ngah ‘cuti’) tapi RD was not happy with the design, yang dah pi situ tau la napa ye dok…

IMG_3661

akhirnya, depa dah back! apa lagik, laju le aku menonong coz dah ada batallions

IMG_4778

mana nak carik stand plates ni ek? kat IKEA tak de jual ler menda ni…where to get please?

IMG_3672

numpang rehat

IMG_3682

kakak bertukar tudung 2 kali kau, mementang baru beli tudung a while ago. Memula tukar to grey, dia main tereban je amik. Pastu aku tukarkan to yellow ni nak bagi dia sedondon sket le ngan seluarnya tu.

IMG_3694

i like this kind of katil/sofa. Contractor aku boleh customizedkan, bukan bed size lah, ikut apa yang aku nak, around RM1200, in red of corse.

IMG_3699

i love this skirt. Korang kalau suka (coz dalam IG/FB ramai suka skirt nih kan). Pi ler beli kat Subang Airport, depan food court punya booth besar/macam kedai ler. RM100, dapat RM90. Ada memacam colour tapi merah ni paling lawa coz batiknya menyenget. Aku lipat 2 tu, hakak is pendek.

IMG_3704

ha cantik ler the long skirt nih…sungguh ai is suka

IMG_3705

mak kau mulut tak hehabih citer pasal perabot kat apak kau

IMG_3736

happynya kanak2 sorang nih…

IMG_3766

abang kakak tengok adik korang jap yek, mak nak cilok apak ko jap diskas on barang

IMG_3775

we stopped for dinner, aku jaga tempat and trolley, tetiba tengok depa amik punya ler memacam mak datuk hai!! but the ayam tu tak boleh beat Nandos lah.

IMG_3778

Meriah makan, tapi aku yang makan paling laju, pastu aku tinggalkan depa coz IKEA dah nak tutup so aku kena abiskan 1 last round yang bahagian bawah…

IMG_3800

we bought this one, but bukan ler hari malam yang sama…coz bonet mana muat hoh..banyak barang dah memboli nih.

dalam IG orang dok ingat ini baby cot coz gambar laki aku bertukang kan, no lah, ini macam pangkin gitu, leh letak barang dalamnya. Boleh letak kat porch, as kerusi rehat, or for the time being kami letak kat kitchen, ada section kosong, so leh jadi tambah lagi tempat melepak mak aku dan kami sekeluarga, cewah…

IMG_3803

amboi anak-anak….

do you know the baju yang kakak pakai tu, was mine before. Dah tak berpakai, cuma she said lengannya agak pendek for her yang bertudung, so pasnih dia kena pakai dengan inner

IMG_4019

the next few days nya pulak, aku pergi lagi IKEA, during lunch break, lari waktu kerja tu. Nak pi beli few other things termasuk pangkin tu ler. RD and Zeeshan pergi dulu, amik2 barang so we met up kat sana jer. Takde le aku buang masa sangat kan…

laki aku cuti that day.

IMG_4031

wpun dah ada candles bath & bodyworks tu tetap gak kena amik candles merah IKEA coz aku pasang candles atas bawah, merata tempat nak kena ada. Sedap ler the smell of candles.

IMG_4033

jom dik kita tumpang trolley apak kau…

IMG_4053

aku mintak sikit je aiskrimnya, menjerit punya kuat kedekut ko kan…tapi lepas tu dia jilat2 sikit jer, dia tak nak, mak pak nya le gak kena abiskan

IMG_4063

Zeeshan, hari ni baru mula kelasnya. Bukan on Monday. Uniquenya coz dia ni bukan full time student, means for his school ada untuk half day or petang or till 7pm, so for Zeeshan coz bukan full day, satu batch ni start on Thursday. Tapi nanti hujung tahun, sama ler gak, lambat 4 hari gak cuti kira gantian untuk hari yang masuk lambat.

Tu pasal dia boleh le gi IKEA nih.

Jadi, what a long entry, from Jalan TAR, to IKEA then sambung lagi IKEA untuk hari berikutnya.
For me, selain kurang staff kot di IKEA Cheras, malas nak komen kondem pepanjang, bukan ada paid review pun kan. hahahah…but ai will still visit IKEA lah, coz ada barang yang kat situ, takde kat online, takde kat tempat lain. Nama pun IKEA kan, at least yang kat Cochrane tu near by with my house/office dari satu lagik.

Semalam akak tanya kipas kan, thanks yang cakap kat DIY shop ada, semalam gak laki akak pi beli, dapat harga lagi cheaper, RM33 kau!! so, back tu gambar-gambar atas nun kan, sapa tau mana nak carik yang stand plates tu?

 

Comment: 11

The red frames…

IMG_4692

Hello hello assalamualaikum

haaaa ini selambak frames merah dari rumah lama. Lama dah usianya, tak sampai la 10 taun, but definitely more than 5 years lah. Lepas je Nippon cat rumah VA dulu terus simpan lam boxes untuk simpanan bawak ke Red House.  Dah selepas 2 bulan duduk rumah baru ni baru lah nak tibai bukak balik. godek and tampal. The tampalan for any walls kat Red House was only decided impromptu, tak boleh ler macam plan yang masa awal pindah. Cos kita nak memain lagi apa yang nak kena letak bagai kan.

 

IMG_4715

Jadi the job was done by RD lah. bantuan dari si kecik. Abang kakak joined tolong later lepas habis tuition. Basically bapaknya buat sorang je pun, yang kecik tukang tolong melambatkan kerja kita jer. Tapi kemudian tak cukup pulak, yelah banyak nak ditampal dan ada beratus gak gambar yang nak kena print, coz addition baru si Zeeshan tu sian dia gambar dia tak banyak kau. Cinonit jer.

Nak select for printing tu yang malasnyaaaaaaaaaaaa lahai. Kena dedicate satu hari untuk pilih2 gambar dia, skang maybe dia tak bunyik la nanti kang sok sok dia tanya napa gambar dia seketul dua jer kan.

Aku jerit2 kat Instag and FB page….kot ada sesapa nak pergi Ikea ke kan. Not sure la Ikea ada lagi tak red frames ni coz banyak tahun gak la production ni aku beli.

Oh the red frames ni kita letak kat wall tangga tepi attic / loteng. Facing our pc/blogging area. Nice nice.

 

IMG_4893

taraaaaaaaaaaaaaa….magic!

dapat sudah the red frames, alhamdulillah.

Thanks to me sendiri pergi Ikea hahahaha….senget benget bahu aku membawak satu bag nih, coz ikea ni wajib pergi berdua bertiga coz sorang boleh jaga kat trolley untuk kita amik kereta datang ke tepi le kan, tapi dah aku sorang je, kena la usung gak. Ada satu benda tu aku nak amik, berattttttttttttttnya lahai dari rack dia, tapi tu boleh panggil je orang ikea but dah sapa la pulak nak menjaga barang2 aku while aku amik kereta, bukan kenal orang pun. Benda tu berat tak boleh nak usung longlai mak limah.

Sokaylah…tu nanti RD lah pergi.

Pasnih nak kena rajin lagi amik slot untuk pilih gambar. Dah siap nanti, ia try to tonjolkan lam nih 🙂 .

 

Comment: 6

Ni 3 locations plak…

IMG_6745

The other week, dah aku cakap setiap weekends memang kitorg keluar kan, cari barang. So contractor nak sinki. coz cabinets (not just kitchen cabinets, but for whole house’s cabinets) dah nak mula stagenya. Jadi kena ler carik sinki and taps nya kan.

Dah tetengok ler, but tak serious pun mencarik.

IMG_6754

Kita pergi kat Jalan Ipoh. Aku actually nak left one tap gini, right pulak tap gini, tapi kena beli asing ler, then cabut main tap, dah kerugian bagai. So laki aku cakap pakailah dulu ni, kasi jahanam sok sok kita ganti yang cam tekak aku nak tu ler.

 

IMG_6758

RD yang pilih sinks nih, aku macam, bapak le besauuuuuuuuuuuunya. kang tak sama match ngan tingkap. Dia pun bukak le ukuran, hallo, kecik ye, tingkap lagi panjang. Omeng, ok ler. Zeeshan pun boleh mandi dalam ni. LOL.

IMG_6760

Hook mana ko hook, ada je yang tak complete

IMG_6765

Kasi bungkus terus. Ada promo, aku rasa for banyak2 kedai yang kita cari, berbulan2, promo ni ler yang paling menarik. Habis jer kita bayau, terus depa cabut the promotion banner kat kedai tuh, rupanya ni memang last stock, rezeki. Kalau nak dapat hok macam nih, ada yang cecah ribuan gak, tengok brand le bagai jugakkan.  So hal sinks, settled.

IMG_6770

Rehat jap, laki den nak pekena roti canai luh…

Dulu pun kita datang sini gak beli apa tah, oh ye sinki merah aku, tapi kat kedai hujunggggg sekali.

IMG_6782

Menjingkit2 nak tengok meja merah nih. Langsung ke IKEA selepasnya.

IMG_6790

lawa merahnya, tapi bukan ler datang sini nak cari perabot, but ada benda kat IKEA ni yang kita nak gunapakai gak.

IMG_6795

aku paling suka tengok bebenda merah, tak kira le kat IKEA or memana furniture shops.

IMG_6802

Gobok merah pun lawa….

IMG_6804

Kerusi merah pun cun, tapi tu ler kosi IKEA ni kalau macam nih, sekejap je dah goal. Kita pernah beli and pakai, tak berapa bagus le productnya. Matik ler kan mementang tak buat ads IKEA hiks…

IMG_6805

Merah lagi…

IMG_6808

Masa ni ler anak2 tepon, nak tu nak nih, see, dah ke hujung pun trolley kitorang kosong jer…takde beli apa sangatpun kat sini

IMG_6810

kerusi merah ni, saje aku try, padahal oh yeh, kita ada amik satu meja merah kat sini. Last stock gak, takde kat display, ada uncle IKEA tu tolong check dalam system. Memang rezeki ler. So hah tu le sesatunya benda merah IKEA yang akan ko jumpa kat Red’s house nanti. hahahaaaa

IMG_6814

cermin ni pulak, laki aku ukur nak tengok sama tak ngan our measurement. failed. tak yah amik

IMG_6821

hah tangga ni kita beli, the 3 steps but kita amik yang black.. Tapi pastuh, esoknya, aku ada nampak kat kedai furniture lain, lagi cheaper than this.

IMG_6824

no red, no need

IMG_6828

cermin panjang anak2 aku semua settled! thanks abang contractor

IMG_6844

hah nih aku amik. lapik kaki untuk kitchen. Gila ler ko tak amik, merah tuh!

IMG_6852

ngukur lagi, tak gak samanya

IMG_6859

drawer merah ni cantik, but kita tak amik gak.

IMG_6871

Lepas tu, kita sambung ke VIVA pulak

IMG_6872

Kedai ni kan, cantik, tapi tu ler, harga dia very the unreasonable ler. Walaupun dah 30% off

IMG_6878

melopong hakak merah dengau harganya

i m looking some stuff for my daughter

IMG_6884

kedai cermin ni ok, harganya tak membunuh

IMG_0924

we might need this bed’s partition one day, skang tak perlu. Bilik aku leh main bowling kot hahahaa

IMG_6890

end up kat VIVA ini yang kita beli. Bakul merah tuh, ada roda. Aku nak buat letak kain baju kotor kat atas. Ada satu lagi size tinggi, takde merah. So memang kirim salam ler. No merah no gain.

IMG_6907

Tapi dalam tak beli apa, padat gak kereta arituh. Siap laki aku flatkan dedua seats belakang, untuk isi bembarang dari Jalan Ipoh, IKEA dan VIVA.

Tapi tak larat le malam tu gak nak hantar ke Red’s house, tu kerja bapak ngan abang and Zeeshan ler esoknya buat. Budak kecik tu pun tolong sama, tapi harap rajin sekejap jer ler, lepas tu dia buat sesepah cam biasa.  Tapi kan, tak yah ler harap2 nak aku tunjuk sangat isi Red house nih, ramai mintak. Paip and tiles merah je aku rajin tunjuk hahahaha…

Oh sinki merah dah tengokkan? hiks….

 

Comment: 4

Turqoise day…

IMG_8268

berjambang ye laki awak, tak shave ke

nama pun laki saya kan? so jaga laki sendiri boleh?

kahkahkah, pedasnya kalau aku jawab cenggitu.

IMG_8211

a day before…asal aku pakai baju yang dulu pakai masa raya, dah orang dok ingat ada event.

kalau betul2 pakai untuk event, lagi wallah kak hoi.  ni namanya tak nak membazir baju, so ulang pakai baju raya lama, bajunya jerr…kain idok

IMG_8272

pas tengok cermin, ooo aku pakai biru dari baju, suor ke kasut. baju tu baru, sebat 2 lain, cam biasaklah, kalau dah kenan memacam kaler tu yang aku balun. murah jer..

well cite pasal murah ke mahal baju sesatu kan, aku dari dulu kalau benda tu murah aku ngan honestly le cakap murah. dah kalau mahal, kita mahalkan je lah, no nasi tambah.

but there s one lady, few years ago: dia sound aku, kak red kalau benda murah jangan cakap dalam blog. coz nanti orang akan pandang rendah kat awak kak red coz awak beli benda murah, pakai benda murah. Kalau Kak Red beli baju tu kat Jakarta at 30 ringgit, kak red cakap la baju tu at RM150, baru orang respect kak red. katanya si puaka.

dah ko kenapa, kena jadi macam ko ke yang kuat menipu jugak? Ayo pompuan nih! I am happy jer beli murah ke mahal pun, none of your business, kalau orang nak pandang rendah just coz kita beli barang murah, itu pun masalah depa, but nak suh aku ‘upgrade’ myself to be a fake lady like you, excuse me???

IMG_8274

kami ni kat IKEA, bertahun tahun tahun ler tak sampai sini, taklah berapa nak sangat perginya pun. hati aku berat lagi nak ke Masjid India nun, itu insyallah cuba lagi next weekend yeah. Selama kita dalam Ikea ni kan, sekejap je aku rasa, amik pun benda kekecik jer, tak der ler nak menelek segala bagai.

paling lama pun kat q ikea, mak datuk panjangnya manusiaaaaaaaaaaaaa, aku rasa pasnih kena pergi weekdays lah, tak boleh ujung minggu.

. IMG_8290

Udahlah signal very poor

IMG_8285

aku dah berkenan dah ngan cermin ni, size pun dah ngam, tapi pak encik tak suka, the border tak up to his standard.

IMG_8281

trolley pun tarak, but as i mentioned kita tak amik pun barang bebesau, ni amik main cecepai untuk anak2, ada hanger untuk sangkut tudung kakak. ada yang towel’s hanger for Zeeshan, but since in package so untuk abg kakak mak pak pun leh pakai. ada colourful plates for Zeeshan and cups too, but malamnya kakak pun pakai sama the plate hehehehe.

all tiny2 things. ada jam dinding 2inggit setengah je, pun laki aku amik 2 ketul buat extra lam bilik bebudak tu. bilik sekarang, bukan bilik rumah baru.

bayau pun tak sampai RM100. orang lain memborong macam nak gila je, aku pun boleh jadi cam tu gak cam nak gila but alangkan takde trolley 🙁

munasabah lah sangat alasankan.

 

Comment: 8

IKEA kita moh!

IMG_7707

Setahun bape kali kudatang sini, IKEA, 2 kali? entahlah, tak berapa suka nak datang sini coz ada je kubeliiiiiii….I brought my kids and my helper here, lakiku memang tak ikut, he kerja lor…

we went out for a movie, abih movie gegas pi IKEA but depa nak duduk kat tempat kids main dalam IKEA tuh. tu le kerjanya, asal datang mau lepak situ.

Anak2 Wardina pun ada sama registered masa me kat situ but diorg dibawak dek ayah Wardina.

IMG_7714

me nak carik study table yang proper for Gegirl…Dah laki aku spend on their school fees, uniform set, mailah me tolong belikan meja study ke apa2 yang molek….

payahnya aku tak jumpa pulak kertas and pencel nak ditulis, so keje aku dok main snap je gambar and code setiap meja yang aku agak2 mau beli.

Nak beli satu jer, but nak memilih tu lah…ada sejam je masa yang ada coz kutinggalkan budak2 tu kat tempat permenan tu kan…

IMG_7715

kena amik putih, coz bilik gegirl memang sumer in white set…tak adil kalau dia tak dapat meja study yang proper bila abangnya ada sebijik. ada TV besau bilik abang tu pun aku  nak get rid. memula nak bagi makpak aku tapi depa pun dah takde ruang nak letak tv, dah ado 3 bijik. umah mertua aku pung. so bagi jelah kat my bro…abih cito.

IMG03960-20101228-1528

ini menda aku nak beli, terlupaaaaaa! bila dah tengok gambar, dah kuor cashier baru pasan. eiii! bengang tol. malaslah nak patah balik. ko paham2 je lah IKEA tu besau… nak amik set nih kat tempatnya pun malas…

IMG03969-20101228-1531

tak amik pun meja nih….kecik nau!

IMG_7709

meja ni pun aku tak amik…sebab mahal sangat kot..

IMG03973-20101228-1537

aku rasa aku amik meja nih….RM379, kakinya 2 tu jer, sebelahnya ada menda drawer set tuh…

IMG03967-20101228-1531

kerusi study merah for Gegirl jugak…cantikkan. merah murah sket than hitam…

kerusi PC aku pun dari dulu aku blogkan, tak jugak aku beli baru. dah usang kusam sangat tau. biar ler anak2 pakai kerusi cantik, mak nya nanti2 lah…malas tol aku nak shopping barang sendiri apatah lagi kerusi hahahaha. kalau bags ke kain baju sedap sket.

anw, semua barang2 masih lagi dalam box, dah bape hari beli tak jugak dibukak dipasang-pasang. aku tak bagi helper aku bukakkan biar bapaknya buat coz till now aku masih lagi lom ada masa nak kemaskan bilik anak2 aku tuh…..lagipun si sirman tu hari2 balik lambat, dah malam sangat lewat baru balik, bila nak diselongkarnya.

ada banyak lagi benda aku beli, pup pap pup sampai over 1k. waaaa spending betul. punyalah nak beli kerusi meja jer kooo! tu lah aku cakap, datang IKEA ni berhantu, benda tak nak jadi nak…!

Anw, Happy New Year since kita akan bercuti esokkan….

Comment: 15