Jakarta

Mayestik, Inul & Pondok Indah, Jakarta

IMG_6219

ini dinner malam kedua di jakarta. depan our apartment, lintas jalan sajork. Pak Host sokmo makan kat sini, kalau dia malas bangat nak kuor jejauh, namanya restaurant nih is Es Teler 77, Block M, Jakarta. aku nak letak gambo dinner tp ada gambo Pak Host pulak hahahaha, ai have one special entry for him lah, tu pasal gambo nya x boleh ada dulu. kang korang tak tidur malam pulak nak menakel dia 🙂

IMG_6221

gambo atas, kamu nampak apa? bukan mata merah aku tuh, tu ha yang kuning2 tu nampak apa.

sirman kena marah dek gegirl

ayooooo tak boleh cakap bontot! kena cakap hipsssssssssss

IMG_6280

dan kami pusing2 jalan dalam FX Mall semula, mall ni dekat lah lgpun dah capek so carik dedekat jor lah. tapi kali ni kami berjalan2 sampai tingkat 7, masa ni lah sirman nak naik slide yang panjang tuh tp bukaknya jam 1015 mlm, masa ni dah 9 lebih pun dah panjang lebar q nya kan.

IMG_6283

Pak Host nya idea amik gambo nih, reflection dari cermin…

sian korang dok nunggu sapa lah Pak Hostnya kan, bilalah gambo nya nak kuor. either today or trow aku kuorkan gambo2 nya kay

IMG_6323

ini pula pagi senin, dalam itinerary patutnya kami ke Mangga Dua and Ancol. tapi aku batalkan coz aku enggak mahu ke tempat yang perjalanannya sesak. mangga dua tu di kiri kanan main roadnya ada sungai. sungai tu tak mengalir. so bila hujan, mmg kompem banjir. in fact masa balik kami melalui Mangga Dua pun banjir. bila dah banjir, macet makin menjadi2…

aku tak galad tak pergi, sbb kami berhajat nak datang lagi sblm Pak Hostnya pulang ke kl. itu hajat kami sblm tragedi dendam berdarah. tp stelah apa yang kami lalui, ai donno… 🙁

ai will just go to PD dok tepi beach dendiam gamaknya.

IMG_6330 IMG_6331 IMG_6332 IMG_6333 IMG_6334 IMG_6335

inilah Mayestik, tempat jualan kain ela…kira ala2 kat jalan tar tu kan ada euro moda, gulatis..something like this lah tpt nih. kami tuju kat satu tempat jer, yang direcommended oleh Pak Host. memandangkan Pak Host ku sangat arif dengan kain, so aku banyak berbincang dengan dia lah. sirman angguk geleng je bila aku tunjuk kaler…

IMG_6361

IMG_6364

kain ela baju melayu utk bapaku

IMG_6379

saya memang sedang menulis sesuatu, membuat perkiraan. bila saya buat entry ni saya teringat cakap saya pada Mr Team ‘kain ela ni untuk saya pakai adik beradik, waktu perkahwinan adik saya Encik’ aku nak menjual ke? aku x jual lah. kalaulah fakta kata aku nak jual kain baju buat bisnes, so wrong.

IMG_6428

habis je kat Mayestik kami singgah sebentar ke Pondok Indah. namanya sedap, x glamour x omputih. Pondok Indah. eh sedap lah. mall ni beso. on the left side, the building tu kedainya sume yang canggih2 memahal branded items. gila tol harganya lebih mahal dari kl.

IMG_6485

but there s one section of the building harganya sedang2 elok. saya happy membeli belah kat situ. ai will not reveal lah barang2 yang aku beli kali nih, tak perlu. souvenirs pun aku tak nak letak lam nih. sebenarnya aku dah tetapkan pergi kali ni kalau boleh tak yah souvenirs, hanya a few je yang akan dapat, tp perangai aku memang dari dulu lagi nak jugak belikan utk kawan.

senang je kiraan, adik beradik family 2 sides ada lebih 20 orang.

frens ada 30 orang in the list

satu barang kira darab RM40. pukul rata je nih aku suh korang agak2.

total sume berapa?

orang ni kadang2 tak tau, kadang2 main hentam je kata aku tak bagi orang buah tangan. hemm.

IMG_6489

kat sini aku ngan gegirl x hilang. kami dipastikan oleh Sirman supaya kami berjalan di depan. kang kena tinggal lagi, the boys dah naik kijang, kitorg hegeh2 kat belakang lagik. weather cantik, x de ujan. sepanjang aku kat jakarta mmg x ujan, kecuali pagi aku nak balik tu mmggg lobat.

IMG_6504

dekat dengan Pondok Indah, ada banyak banglo orang kekaya. ada satu rumah ke istana ke, Pak Host bilang empunya nya lawyer paling famous kat indon. sangatlah famous gitu, memang pun umah dia fuiyooo. tp gambo atas bukan rumah lawyer tu. gambo atas ni adalah rumah Inul ehehhehehe

iya gang Inul Gerudi tuh.

IMG_6506

yang ngah katup pintu pagar tu rasanya dia nya pembantu kot, Inul idak lah pulak aku nampak. aku dikhabarin jugak oleh Pak Host yang Inul sedang hamil. hehehehehe..baru ku tahu. kalau ada rijiki lagi Pak Host bilang, kot aku mahu datang jakarta lagik, bolehlah visit Inul sama babynya.

gitu koooooo!

kalaulah nak datang lagi kan …..

IMG_6512

justeru abih jalan2 terus ke lunch di Garuda. also nasi padang. anak2 aku pun suka makan nasi padang, tengok lauk pauk membuak2 sangat kan. padahal makannya 2 jer for them. ikan or ayam n soup. gaul ngan nasi.

IMG_6516

kat sini ada udang beso, udang yang ala2 hameed klcc tu lah. harganya pun sama bih kurang hameed, sekor lam RM23 gak. satu gegirl bolot, satu aku bolot. orang lain pemalu nak makan udang hahahahahha. ada gambo reramai sama Pak Host and Pak Sulis…tp malas nak crop gambo Pak Host.

IMG_6539

btw, baju and legging gegirl pakai tuh, dari jakarta gak. legging tu dari isteri Pak Deny, adiah. see aku dpt aku terus pakai, utk kegunaan sendiri, aku bwk baju bebudak pun bukannya banyak. baju gegirl tu plak dari factory outlet kat ITC Kuningan.

IMG_6542

ini lah kijangnya yuk, tengok no tuh, so sesapa nak pakai Pak Sulis sudah dapat number teponnya kan. aku dah replied email korang yang tetanya tuh.

well aku tak tau lah entry aku nih dpt membantu kamu or not, tp ada jugak yang aku lupa, kalau aku ingat aku tulis dalam lain entry ye. aku pun terpaksa refer kat sirman, kalao dia ingat sama. kan aku dah bilang, aku ni ilang ingatan sket sejak tragedi dendam tuh.

kalau idak tunggu Pak Host kembali ke kantor semula untuk betulkan fakta yang aku silap bagi, coz he can connect to the internet pun ari jemaat sore.

Comment: 14

Natrabu, Hard Rock and ITC Kuningan Jakarta

IMG_6117

pulang dari tanah abang, terus langsung saja ke Natrabu, makan nasi padang. tempat2 nih sume Pak Host dan Pak Sulis yang usulkan. aku nye syarat makan ‘janji tempat tu halal, bersih, ala2 restaurant, tamo makan kat jalanan’ ha gitu…

IMG_6122

IMG_6123

kau nasi padangnya lauk bersepah sana sini. anak2 aku tekejut tengok gilo hapo kitorg nak makan banyak nih. tp korang tau lah kan resmi style nasi padang nih, dia kira apa yang ko makan ajer, even dia letak lah banyak mana pun. mangkuk basuh tangan pun dapat sorang satu, wah, kat kl pun kena bangun basuh tangan sendiri hehehehehe….

dan diberi jugak itu teh kosong ke hapa namanya, tawar ahahahaha, bebulu je budak2 minum air tuh. so mintaklah aqua.

IMG_6131

kat dalam Natrabu ni, rasanya waktu malam ada persembahan kot, tp waktu siang enggak ada, so pentas kecil tu kami mintak ijin nak ngamik gambo, just nice lah gitu…Pak Host tolong snapkan. makasih ya pak (kitorg ckp melayu je ngan Pak Host, dah sah2 dia jiran aku kat kl lah, tp sbb dah kita dok jakarta, dia borak ngan indon pun slang indon, kenalah nak tak nak kitorg ikut jugak)

IMG_6132

ha makpaknya pulak iskkk

lupa nak kubilang awal2 entry jakarta smlm, masa bebaru sampai jakarta borak ngan Pak Sulis, abang sudah sound sama aku gini lah dialognya

mummy, cuba lah cakap betul2, abang tak sukalah dengar mummy cakap macam tu

cakap apa?

cakap macam tu lah enggak enggak, bunyik mummy cakap tak best lah

tp setelah semalam di jakarta, abang n gegirl sudah immune, diorg boleh terbabas cakap ‘berapa sik? satu juta?’ hahahahahhaa

IMG_6137

dalam natrabu tu rupanya pembesar2 negara kita juga sudah pernah makan dan singgah

our TPM

IMG_6138

our ex PM, Chedet

IMG_6139

jugak our Chedet

IMG_6140IMG_6141

tengok apa TPM kata on Natrabu

IMG_6142

natrabu yang kami makan nih, dekat dengan emm…Tanah Abang. so kalau sudah datang jakarta jangan lupa singgah santap di sini yah.

IMG_6156

ni hapa ke nama mall nih, aku lupaaaaaaaaaa

turun2 kijang, kat lobby nya je dah ada tv, tv kat bawah kaki ko tuh. wah jakun jakun, kat kl aku x penah lg jumpa gini

IMG_6163

mai sini sebab nak pi Hard Rock…

wahai cik mayang, saya nya barang pun takdak dari HRC yer, apatah lagi nak beli utk orang. saya bukan pencinta HRC, sirman ye orangnya yang suka beno ngan product HRC nih. baju yang dia pakai tu dibeli di HRC Bangkok tp yang jakarta dia amik hok lain. satu lagik baju hadiah utk Pak Host, ada jugak iringan dari kl aku bawak utk Pak Host and family Pak Deny. so 2 lai je lah baju dari HRC, short glass ke hapa glass yang korang ckp dahlah tu main pesannnnn je kan, hahahahaah nan ado aku nak beli.

eloklah aku x beli, tengok apa dah jadi ngan aku kat klia? hehehehehhehee

img_6161

oh ye masa aku nunggu sirman n Pak Host pi mana tah, dalam mall ni gak lah, kat lobby kitorg lelepak, budak 2 orang tu main menatang gambo atas tuh sampai jatuh pasu belakang gegirl tuh. duh! abih sume orang kat lobby tu pandang. anak sapa? anak redmummy!!! grrrrrrrrr, menyinga tol aku. sib baik tak pecah weiii. kalo pecah, bape juta rupah mak ko kena ganti tau

IMG_6180

dan kemudian kuor dr HRC, ke ITC Kuningan pulak. cite cam pendek je kan, tp korang tak tau bape lama macet nya. huh, serious lah macet di jakarta ni memang lah bercinta. padanlah keter kat jakarta tinted dia abih 100% sbb dok lama nungguin dalam keter. tu yang aku boleh tidur lelap lam kijang yer.

dalam ni pun sesak jugak. ha dalam ni kan this ITC Kuninangan, ada orang ilang, itu nanti aku cite ye.

kami masuk the first shop kat dalam mall nih, itu kedai perfume.

IMG_6184

bebudak pau lagi bapak nya, jam pemenan sorang satu. dah dpt sendiri dok diam. macam dah tetau je. tp doknya kejap je, pastu diorg leh tawaf kedai perfume ni and mintak kertas nak spray perfume tu and bau sendiri. ada siap dia tekan2 nya perfume tuh, buat sejibik cam orang perfume tu buat. kowang nihhhhhh

IMG_6192

sepanjang di jakarta, aku hanya berpandukan kertas currency converter yang sudah sirman siap dari kl lagik. tp wpun dah bape ari pun kat jakarta, aku masih lagi bengap nak convert pakai otak. susah weii…

IMG_6206

pastuh kami masuk 2 lagi kedai, kedai baju anak2, itu gambo atas org tu ngah buat manual calculation, aku tak nak over budget, it has to be within the budget. dan jugak kerana mahu pastikan yang ribu2 rupiah depa tu aku x silap pandang. banyak nau kosong2 kat belakang eii x yah lah pakai sume kosong tu. bilalah indonesia nak tetapkan je currency jadik 200 rupiah ha kan senang.

IMG_6194

apa ek jadik pastuh hemm….the boys, sirman Pak Host and abang jalan depan. aku ngan gegirl jalan belakang. selain dari betis aku yang dah capek, aku jalan lambat pasal dok pandang kiri kanan kedai tu lah. sambil jalan mata meliar, benti 10 saat jap ngan gegirl belek barang baru jalan. tetiba dah ujung mall dah kitorg.

wah mana pulak the boys nih

ya, kami kehilangan bapak2nya weihhhhhh!

sampai ujung pintu mall tu aku ngan gegirl mencarik jalan kuor, dahlah orang ramai. aku tepon asik x dpt je plak. sambil nalipon bila dah dpt line, aku nampak satu kedai merah, aku pun laju je lah masuk lam kedai tuh (gambo takdak coz camera kan kat sirman). sambil tu telinga dok tadah telinga lah kena bebel ngan sirman ‘tu lah jalan x geti nak pandang depan, orang dah belok kanan awak menononggggg je tengok barang2, tu kat mana tuh?’

kat kedai merah

tetengah sedap aku tried kasut, kena cubit hehehehhee, aisay pak sirmannya sudah marah sei. mau tak nya hilang bini ngan anak dara nya, aterr…kowang pun satu, patut pompuan lah kat depan, boys kat belakang, ni ha tengok kitorg dahlah capek n pancit, lagi mau jalan lelaju…lagipun masa tu diorg rupanya dah masuk kijang kay. bila baru perasan the girls 2 orang nih dah ke mana poiknya.

since then, Pak Host, Sirman and abang jalan belakang aku ngan gegirl….

gegirl masa tu dah saspens dah ‘kita hilang daddy ke mummy? macamana kita nak carik daddy ngan abang’

lek aaa girl, kita shopping je, taulah bapak ko carik kita kang.

kan betullllllll……………

*** terima kasih to our new advertiser – SecondBargainBox. ada macam2 branded barangan baby dari strollers sampai la toys. take a look  🙂  ***

SecondBargainBox

alhamdulillah, walaupun rezeki kami “diambil” tapi ade juga yg datang…

Comment: 21

Tanah Abang, Jakarta

IMG_5937

pagi ahad, sangat pagi dah bangun. host aku rajin, umah dia bersih weihhh…tp ahad cleaner tak datang, so pas makan harus kena basuh sendiri, kemas umah sendiri yer. dia gorengkan sosej, merah gila kaler sosej tuh, sosej indon. tau lah aku gila merah hahahahaha, tak sanggup abang nak makan. abang tu kan tekak dia kalo tengok ala2 lain jer mulalah dia banyak songeh.

IMG_5940

ya kamu ingat mahu duduk saja, dahlah dok umah orang. tlg2 sket ler ek….kat umah mmg lah ada fifin, kat umah orang, sendiri jadi fifin huhuuuuuu…..bak kata sirman ‘lama dah tak nampak mummy basuh pinggan’ citt!

IMG_5965

Pak sulis memandu, Pak Host di depan, Ibu dan Bapak merah di tengah

IMG_5968

anak2 merah di belakang….

IMG_5973

jalan ni jalan apa ek, tp depa tutup setiap ari ahad once a month gitu, untuk liburan rakyat tempatan. so banyaklah yang main beskal jogging kat sini

IMG_6006

kami ke emm..ini di mana yah. Tanah Abang

IMG_6010

tempat ni macam MBK mall bangkok pun ye lam bangunan beso, ada 10 tingkat, setiap floors ada macam2 barangan yang dijual. a to z ado. terus terang lah aku pi satu dua floors jer, lelain floor pun carik barang bebudak coz depa dah kemaruk bosan nak pemenan. umpan gitu kan. kalo idak kang lagi mandom x hengat.

IMG_6026

promosi telekung bunga2 merah

IMG_6024

aku beli telekung untuk jualan ke? aku bukan business minded yang nak jual2 barang. aku beli barang untuk kegunaan sendiri dan sedikit souvenirs utk families and frens. makanyaaaaaaaaaa…..ha ni yang aku nak relate kan ngan entry dendam kesumat ni kang. iskk

amboi korang, aku dahlah ngah gigil2 ngan gang mr team, korang boleh pulak nak mintak souvenirs, weii….korang lupa sirman cakap apa? meh ni aku paste kan balik:

ade gak aku jual balik budak2 ni punya baju tu semua sbb nak cover cost tu, redmummy punya pun sekali huhhuhuhuhu sapa nak beliiiiii? ;P

Sirman

IMG_6017

kami lama jugak di kedai ni, sepanjang kami kat tanah abang ke kat semua tempat2 di jakarta, host kami ikut sekali. kebetulan ngah cuti imlek kan…so sedang enak saja lah, dia lah tunjukkan jalan2 kedai2 yang harus dituju dahulu. ada orang boleh abihkan masa kat Tanah Abang for one day, tp aku tak boleh lah. kalau anak2 takde boleh gak aku timbang kati, tp ni sebab ada anak2 kan…budak2 tak boleh tahan lah lelama. merengek2 je budak2 ni.

ni last trip bebudak ikut mak pak nya berjalan. masalahnya…..ada lagi kee aku nak berjalan pasni setelah apa yang kualami recently 🙁

aku  masih marah! marah dengan apa yang depa buat kat kami semestinya.

IMG_6029 IMG_6030 IMG_6033

IMG_6055

kebaya murah dan mahal pun ada, tengok kualiti…

IMG_6077

ini pulak kedai pemenan kat tingkat atas jugak. kat sini pun makan masa gak coz nak tu nak ni nak pikir bagai, aku x campo pun sirman n Pak Host n kids godek toys, aku dok tepi jaga barang, penat seiiiiiii. lepas dah pilih2, sirman suh aku pi kawtim tawar harga. ah malas aku heh. bayo je lah…tp aku pulak yang bising semula bila dengo amboi sketnya bargain macam mahal je dibayo.

IMG_6100

aku tak tau lah napa le si gegirl ni cukup berkenan ngan stroller patung nih tau. kat beijing kat kl kat sini jakarta pun dia nak beli sama gak. muka muncung2 aku suh amik yang lain pun dia tak nak, ini jugak yang dia berkenan. ini dah 3 kali benda ni dia ada, serious lah suka benau dia ngan menda nih. abang lak dpt helicopter n one lagik utk babykhyre.

stroller patung tuh betul2 melembabkan perjalanan kitorg. bayangkanlah dia nak sorong menda tu, tak ke lambat. kuor masuk kijang dia bawak grrrrrrr

IMG_6110

banyak kedai2 aku masuklah, byk tengok beli tengok tp aku x larat nak upload gambo serata. nanti ada masa aku rajin aku letak lagi gambos random in jakarta lah yer. btw telekung budak kat Tanah Abang sangatttttttttt tidak cantik. lawa lagik yang Dee kasi tu tau…if im not mistaken telekung budak yang dee beli tu kat jln tar, so pasni korang beli telekung org tua ok elok lah di jakarta but for kids nya toksah lah. unless korang nak amik yang kaler kuning camni, beso lak tuh. x de size gegirl, paling kecik size budak umur 7,8 taun.

berapa lama ye kami kat sini, lam 4 jam gitu lah. it s not that long, ada yang 7,8 jam dalam mall nih. as ai said again, ai got kids so aku tak boleh explore lelama, dpt kedai kawtim beli blah.

untitled1

sambil nungguin pak sulis datang jemputin us…penat ni memanglah toksah dicakap yer, sangat2…

masa nungguin di sini, ada ramai yang penjual2 itu barang macam2 gak. jap2 dia datang kat kita. tp aku memang ngelakkan beli dari jalanan, coz once beli satu, kang ramai kerumun. so baiklah toksah. kasihan depa, bila berada di jakarta aku rasa baiklah kita dengan negara kita sendiri. yang kaya tu mmg lah kaya sangat tp yang poor tu alahai.

bayangkan ye anak2 kecil baya abang merata buat kerja as their part time, pak sulis citer depa tu ada yang sekolah ada yang tidak. kalau yang sekolah balik umah salin baju terus buat kerja. alahaiii

abang tu nak naik lift sorang2 pun aku tak bagi, inikan pulak nak pi kerojer.

waktu kami dinner dengan Pak Deny malam sblm tu pun ada budak2 kecil pompuan baya abang gak jual majalah2, sayu je aku tengok. anak pompuan gitu dibiarkan, kalo kat kl ada jugak yang dah hilang kena culik. kes2 begitu ada jugak di jakarta, culik etcs, cuma kesusahan mereka menyebabkan mereka terpaksa bersengkang mata.

Bila kuingat kembali kata2 nya Mr Team ‘kalau kita tak buat kerja, nanti masuk blog’ , baiklah aku dermakan RM600 tu kat Pak Sulis untuk disalurkan pada anak-anak susah di Jakarta. duhh!! kamu kijam!!!

Comment: 28

Senayan City & Aditya Mansions

img_57451

sesampai di jakarta’s airport, Pak Supir @ Pak Sulis sudah menanti kami. kalo kamu di jakarta, better sesiap dapatkan transport awal2…kami dapat bantuan dari our fren yang memang menginap di jakarta, rakyat indonesia. sirman’s bestfren actually. He recommended Pak Sulis to us, setelah kami setuju dengan harga yang ditawarkan, so cecepat kami booked, all done by my fren. so kalau u nak pakai pak sulis, anto email to me, and ai will give u the details of pak sulis.

dia bisa bawa kamu juga ke bandung or jogjakarta jugak dari jakarta. not a problem. kalau kamu lebih dari 7 orang pun dia bisa uruskan. boleh pakai Pregio. kalau kamu mahu penginapan, pun Pak Sulis boleh arrangekan bergantung pada berapa budget yang kamu mahu. tepon sahaja dia and dia bergerak sendiri.

kenapa aku sokong kamu pakai Pak Sulis, kerana aku yang cerewet nih pun x dak komplen pasal dia. orangnya tidak banyak bercakap, orangnya sangat baik hati budi. very punctualed. aritu ada sapa bagi komen nak pakai dia on feb 16 kan? akak dah cakap ngan Pak Sulis, dia sedang free blom ada booking dari client, so kamu boleh email akak n dpt kan no pak sulis. he s expecting for your call.

client pak sulis kebanyakkannya dari kuala lumpur gak, ada gak dari sabah, kerabat kedah mostly and n9. dia sangat fames di kalangan orang kita coz bila org kl pakai dia, sume dok promote dia kat org2 kita jugak. termasuklah tugas aku sbb aku puas hati dengan service panduan pak sulis, keter nya bersih, Kijang.

lam Kijang tu lah gak anak2 aku tidur, ngan aku skali tidur coz banyak nau macet (traffic jam) di jakarta tuh.

so, mau no pak sulis? email saya yeah…

IMG_5791

kami tidak terus ke penginapan, tp aku sergah Senayan City dulu. quite sehaluan utk ke penginapan kami. kat sini bukan sebab aku nak shopping, tp aku nak amik barang dr despatch orang. ada barang yang aku order since kat kl lagik, so port nak jumpa ialah di Senayan City.

IMG_5808

sambil menunggu despatch yang tak sampai2 lagik, aku masuk ke mallnya, jenguk2 the perfumes floor. rimas lah lam nih. aku baru pegang satu botol, abih 3,4 orang sales assistant dia mengekor. menggangu betullah. macam ko beli kat luor, nak beli satu barang tp semua kerumun suh beli barang diorg. serious sangat2 tak suka!

aku capai satu barang and blah lari, itupun sirman yang q bayo aku bawak bebudak kuor cepat…lagi lama kat situ lagi ramai yang menyemutkan aku anak beranak. itupun sirman yang ngah beratur pun depa nak kaco gak suh amik barang diorg eiiii…

IMG_5809

dapat barang, terus cabut. x lama pun kami kat sini….

IMG_5812

ko tunggu je kat lobby nanti pak sulis datang sama kijangnya. kita cuma beri estimated time, kalau kita kata kejap x delah dia pi jejauh, kalau kita lama dia akan pergi ke mana dia bawak diri dia pandailah. pak sulis x ikut kami bersoping bagai, x perlu. tugasnya sebagai supir, tp dia ikut kami wajib waktu makan. dalam agreement kita mmg x cakap or dia pun x cakap yang makan dalam tanggungan kita, tp sebagai manusia yang ada belas ikhsan, kita jemput jugak dia makan sesama.

so kowang ingat ye, kalau amik supir ke hapa, bila time makan, jemput dia makan sama. jangan korang biarkan dia pulak.

IMG_5817

Aditya Mansion this is where we stay sepanjang kami di Jakarta. it s not hotel. ianya adalah service apartment, one of the units adalah sewaan anak malaysia, rakyat kita yang bekerja di sana. mesti korang pelikkan hehehehehe…ye benar, sepanjang aku travel tidak pernah lagik aku menumpang rumah orang. tp yang ni istimewa, dia tidak mahu kami membazir wang bayo kat hotel jakarta yang menggila mahal. lagipun dia duduk sorang….

camne aku kenal dia?

rahsia…..

apapun, dia jugak adalah jiran ku di VA 🙂

IMG_5823

cantik enggak rumahnya? cantikkkkkkkkk yukk!

IMG_5824

ada tak nampak orangnya tuh? ngah borak ngan sirman. aku saje dulu tak nak jaja mukanya bebanyak kat sini, nantilah ada satu masa aku paparkan wajahnya yah clearly.

the unit has 2 big rooms, satu bilik kami berempat duduk.

IMG_5827

sebab kenapa aku amat takut dok umah orang, coz anak2 aku ni kang sangatlah teruja suka nau nak explore. umah ni bukannya murah sewanya, USD1800 per month lak tuh. tu pasal aku amat lah reluctant nak duduk, tp host aku tu dok pujuk bape kali, so kami terima lah jugak itupun sirman amik masa gak pikir.

lagi pula x lama lagik, Pak Host kami nih akan pulang ke kl jugak, contact keje nya di jakarta sudah habis, n dia pun memang saban minggu gak terima tetamu dr msia. family lah frens lah, memang akan menetap kat umah dia.

IMG_6655

ini bilik air yang kami pakai, attach ngan bilik…beso kebana, dah mmg lagik beso dr bilik hotel!

IMG_6658

ini gambo malam terakhir di sini, ngah mengemas2 seiiii tu yang bersepah sana sini

IMG_5830

so kami sesampai sahaja dah rembang….but lepas few hours kami keluar, sbb sudah ada janji temu dengan our fren. our Host tidak ikut, so kami keluar berempat, pak sulis pun sudah nungguin di lobby

IMG_5834

Pak Deny and isterinya, punya 4 anak. Pak Deny and Sirman ni kawan baik dari kat kolej nun dulu, dia pun rakyat msia gak, coz dah menetap kat msia, belajar kat msia, cuma skang dia amik keputusan utk menetap di jakarta, some more wife dia, Ibu Lina orang jakarta jugak.

kalau kamu ingat sirman dulu penah keje kat spore, ha depa ni keje sesama lah, sirman tumpang dok umah Pak Deny n family dia kat sana sesama. pi keje sesama, balik sesama. wkend je sirman takde balik kl ngadap anak bini. dengan Pak Deny kita enggak perlu bicara slang indon, coz dah sah2 dia rakyat msia jugakkan, so dia cakap melayu lor.

IMG_5852

they brought us to dinner kat mana tah hahahahhaa…ni sirman kena editkan entry nih. aku dah lost track. sejak kes dendam dek Mr Team, aku terus ilang ingatan. pdahal sblm tuh siap aku hapal segala. penangan mr team kuat betul.

IMG_5908

pas makan menjengah umah Pak Deny, coz anaknya yang 2 orang tu aku x penah dapat jumpa…masa last kami jumpa dulu pun, waktu abang baru lahir, sama bih kurang ngan anak Pak Deny jugak. sebaya…

IMG_5903

sofa nya merah ya ibu bapak semua, belakang aku tuh tengok piala hoki seket nye banyak bersusun. Pak Deny adalah seorang pencinta hoki, dia dok main merata negara…orangnya kecil, tp mulutnya jugak bisa woo.

IMG_5932

kami pulang, mengambil host kami semula dan menuju ke FX mall, coz nak blogging nya pasal lah. lam sejam balik pulak..penat sei. tu yang gegirl tertidur2 dibuatnya. bayangkanlah ni baru ari pertama, lom berjalan soping apa pun tp dok melawat kenkawan dulu.

so gitu yah citer pertama malam kami di jakarta. liburan nya enak, aman tenteram cuma diguris dengan cerita yang tak sepatutnya terjadi, pada pendapat aku lah.

aku tak tau napa korang nakkan password entry bagai, aku belum pun bukak apa2 entry berpassword, dah mintak2, ayooooooyoooooooo! bagilah aku ruang dulu yer. entry jakarta ni pun x abih upload lagik.

Comment: 20

Asian Cafe, KLIA

aku adalah sangat menggigil badan untuk membuat entry, aku masih lagi dalam keadakan terkejut dengan entry Dendam mereka. bukan sebab aku capek, tp aku hilang nafsu mood untuk memblog cuti2 di jakarta. kenangan di jakarta itu indah dan manis, pahitnya bila aku ‘disambut’ mereka di KLIA 🙁

tapi kita teruskan jugaklah ngan entry yang dah kujanjikan, kes dendam tu akan ada follow up, percayalah. someone out there is doing something bout it. aku tak galad membayar RM600 kalau betul aku tahu puncanya tapi clearly dia katakalau kami tak buat kerja nanti keluar blog pulak’ <—-statement ni yang buat kami terhiris sesangat, kami diketuk kerana blog dan dendam!

IMG_5653

this was on saturday noon. flight kami MH721 berlepas jam 155pm, so kami telah dijemput oleh Asian Cafe untuk bertemu empat mata dan berbincang serta menjamu selera. kamu ingat lagi Asian Cafe? aku tau tulisanku memang kadangkala sangat pedas, tapi semuanya berfakta. kalaupun aku tulis ringan2 tp aku cakap apa yang aku alami. Mr Team tak boleh terima, makanya mereka berdendam dan mengenakan aku.

Tidak pada Asian Cafe. mereka menganalisa tulisanku, membuat investigation dan clearly fakta aku seiring dengan perbuatan yang dicemari dek staff mereka. makanya sebagai membalas budi top level mereka menjemput ku, dan aku jugak mahu mendamaikan keadaan. we help each other coz we do need each other too.

IMG_5664

Puan Zarida turun padang, kami berbual dan mendengar kata memasing. aku taknaklah mengeruhkan kedaaan, aku nak ada good relationship with pihak2 yang lebih kepada customer service gini. tujuan entry ni jugak mahu menunjukkan bahawa tidak ada masalah dendam antara kami redmummy.com dan asian cafe.

IMG_5657

Asian Cafe adalah milik Dewina Host, ada banyak jugak cafe milik mereka, dan aku listkan jugak di sini apa yang patut kamu tahu. sekiranya ada aduan, panggil ketemu sahaja pada management Dewina Host.

Main Terminal, KLIA
– Asian Cafe, Level 5, Departure Hall
– Cafe Marche, Level 5, International Departure Hall
– Food Paradise, Level 4
– Burger King, Level 3, International Arrival

Domestic Departure, Contact Pier
– Asian Station
– Burger King

Satellite Building
– Burger King
– Sbarro Italian Restaurant
– Cheers

LCCT
– Asian Kitchen
– Cafe Espresso

IMG_5666

tamat cerita Asian Cafe.

sudah tidak ada issue lagi dah aku ngan depa. kes lama telah lama selesai ditutup. cuma sbb aku baru ada peluang ke klia utk ke jakarta, waktu itulah kami berurusan. jangan korang nak ingat plak entry dendam previously related ngan Asian Cafe. it s not them  lah yang aku cakapkan. itu gang lain.

gang asian cafe ngan aku dah takde masalah, so korang boleh kembali santap di situ kalau kerana tulisan ku on Asian Cafe yang lalu telah menyebabkan kamu was2. Service mereka sudah kembali pulih.

Settle satu kes.

Tapi kes 8 bulan masih belum usai….

Comment: 17