Jakarta

The Happening Kemang, Jakarta

IMG_6664

Red as Redmummy – tertinggal caption lam tuh

IMG_6584

malam ni, cerita di Kemang jugak. aritu aku bilang Kemang nih happeningnya macam kat Bangsar kan..ala2 Beach Club pun ye gak. bezanya sini jugak ada kedai yang masih berjualan macam2 ado….kalo sat nite fever, after 3am baru tutup. sangatlah ramai anak2 orang kaya, berlegar2 kat sini.

jurangnya orang kaya dan orang miskin kat indon sangat tinggi, yang kaya nya kaya kebana, yang miskinnya plak,sangatlah hiba kita melihat.

one more tip tambahan, sediakan uwang 1ribu, 5ribu dan 10ribu rupah bebanyak, biar sampai 50 ribu pun takper. setiap kali duduk dalam macet jem kat jakarta/bandung, bila ramai peminta sedekah, engko boleh senang keluarkan duit yang ko dah letak kecil2 gitu.

just give lah, derma kat diorg, sbb sian sangat daif depa tuh.

IMG_6588

aku kuor masuk kedai…dalam satu deret kedai2 kat sini, satu kedai merah aku tu je lah yang murah. lain2 harga baju tshirt macam cap ayam je aku tengok, udah 400ribu rupiah. it s around 140 ringgit gak. perkhhhh. ko meniaga baju ke meniaga cekik darah pak?

mementang tpt2 ni ala2 orang kaya melanguk.

IMG_6611

berderet motor2 orang kaya, ni kira highly standard motornya sik, so dari kedai makan The Kings kami tinggalkan je kijang Pak Host,and jalan slow. aku jalan laju, yang 2 cowok tu jalan lembab giler. sirman dah tentulah lembab kan, dia dok snap segala ceruk gambau ngan backpack dia berat dek lappy lagik. Pak Host dok pikir nak tunggu sirman ke nak kejarkan aku yang tak geti nak dendiam.

aternyer….udah makan haruslah tenaga laju je nak pi tengok segala kedai.

IMG_6593

kat sini lah aku beli dress memerah yang masa makan aku leh lari menyelinap pi soping dulu. lam kedai tuh ada gak bergambar tp sebab ada gambo dress aku tuh, so ai dont want to tepek the photos here. aci kedekut kay!

ha satu lg pesanan dari sirman,bukan dari ai yer…

brek keter kat sini sure cepat haus kan Pak Memet?

sebab asik break break break jer sebab jem semedang

ye betul betul betul…

kanan aku bediri tu jalanraya kecil, keter bersusun yer.

kalau jalan shortcut kat jakarta dipanggil jalan tikus. Pak Memet jap2 menyelinap masuk jalan kekecik tuh. itulah jalan,  itulah tempat niaga, itulah umah 2 tingkat. pekhhhh…padan kau!

IMG_6678

so apa ada jual kat sini, apa barang yang tak dijual. paip umah aku je yang tak jual kat sini. kat jakarta ada but not at this kemang. sirman tak udah2 nak carik paip air umah,nak gantikan yang lama cam nak arwah tu ngan yang baru. mai jakarta nak carik paip air, memang saje le nak kena dasdas ngan aku kan!

ai bought one handbag from Kemang, yang dress tu sume kedai lain, tp yang hbag, the only hbag yang aku bisa rembat, satu tu je dari jakarta. as ai said, ai dont go for imitiation, so aku amik hok yang no branded at all, tapi classic. sirman and Pak Host jugak setuju ngan pilihanku.

wpun bukan merah, cantik gaklah.

IMG_6646

diorg ni sporting lah, kalau masuk kedai depa suka je amik gambo

kalo kat kl silap2 kena kejar rampasan kuasa kamera.

they dont really know pun aku ni tourist ke hapa, unless aku kena bercakap ngan depa.wpun cubaan utk cakap slang indon, tp masih gak bunyik2 melayu msian tu ado gak. so fail kat situ.

kompem kena ketuk tak leh nak mintak tawar caras2.

ada gak yang masa kat emm Ambassador Mall, dia dok suh aku amik apply apa tah, depa dok buat promotion tahap zimbabwe, aritu jan aku pi pun ada gak, yang kali ni pun aku kena gak. aku ke kulu dia ikut aku ke hilir dia ikut gak.

sorry i m not local, so i cant apply.

oh u tourist? bisa ibu bisa…kita juga ada yang utk tourist

eii degil ko kan…

wa cabut aa, diapun bukan boleh kejar kita jejauh, rasanya dia leh dok kat kawasan dia and bertapak 10-15 steps from kiosk dia tuh yer.

IMG_6697

IMG_6671

IMG_6616 IMG_6620 IMG_6629 IMG_6649

the top 6 photos, betul tak aku cakap tempat ni happening? sangat rumbu ramba.

pak host, mana orang2 yang baya kita, aternye napa sume nih budak2 umur 20s jer?

oh yang tua2 cam kita lepak tempat lain

so ni ko ngan sirman je lah yang bley cuci mata, sesingkat2 skirt cewek2 kat sini woiii

ko nak blogging kan red, so biar kitorg the boys yang sibukkan skirt2 cewek nih

huk aloh!

IMG_6741

menolak kemang dijadikan tempat hiburan dan maksiat katanya…

tapi hehehehe

kiri kanan penuh DUGEM

Dugem ialah dunia gemerlapan. wah gitu. disko le ngan kata lain. dugem dugem ko kan….

satu tempat yang aku nak snap sekali gambonya, kat stadium, dah 2 kali pergi tak dpt2 nak jengah, itu 48 jam punya dugem kay, non stop. siang malam bersambung hanya pada waktu hujung minggu. nak stay up memalam pi ngamik gambo buat review boleh ler tp nak merempuh macet jem dia yang siksa dek akal tuh yang aku tak sanggup.

IMG_6705

pak host, itu pompuan tua ramai tuh…takde laki ke hapa kat umah dok jalan2 cam orang muda ngah malam gini

oh yang group tu biasanya dia carik budak2 muda utk teman2 dia gitu,utk ehem2 ha kau!

fuiiiyoo…ala2 gigolo ek?

kalo aku kena temberang ngan pak host, saje je lah dia kan…

tp percayalah, depa punya seksa seksi peweittttttttttttt! kalo bend down 10 inci,kompem nampak celah bedah kay. btw kami duduk semula di cafe Oo La La ni pasal nak kena bertenet. aku perlu buat entry for sunday arituh mar…

IMG_6693

mata dok mengular jer, dah siap lom entry?

udah sirman, satu entry jugak sudah siap 🙂

asal satu jer? kang readers awak bising

oh ai buat entry ala2 emo. entry emo nih boleh buat pelaris ari ahad, so depa takde le suspect saya kat jakarta still, they will think ala2 saya masih merajuk marah gitu huhuuuuu

masalahnya aku dah tepu lah nak korek apa lagi nak ditulis. aku nak letak gambo, nak curi dari archive pun cam tak kuasa. kebetulan memang ada dollah yang buat panas dalam entry Mahsuri n palat nya pulak dia bikin waktu aku kat jakarta, so sedang elok le sangat kan aku taji ko yang ngah takde entry nih.

IMG_6752

2 hensem yang capek kepenatang melayan kerenahku.

yang baju merah is taken already yer

yang baju putih tu solo molo still, if nak kenalan ke ehheheheh…pengerasnya ada pada ku 🙂

nampak capek dan padat itinerary aku kan, ya kemang bukan dalam program actually, tp kerana program malampun sebenarnya depending on apa yang kami shoppingkan dan tuju di siang hari. ada jugak Pak Memet mencadangkan for us to visit the Mini Indonesia,iskk Pak Memet nih. pas 10 kali visit indon pun, tak tentu lg aku nak pi tempat2 gitu kay. Monas yang aku jejak dulu pun sbb Pak Sulis bilang…‘kalau datang jakarta jika enggak ke Monas, tidak lengkap perjalanannya ibu’

huiii….so aku dah pi Monas, makanya lengkaplah jugak jakarta trip ku. hikss.

saya bukan pencinta tengok2 tempat bersejarah ni lah, saya lebih suka membelek kain2 baju buat sejarah or melawat shopping mall. I wanna shop till I drop pasni MAS kena tukarkan temanya jadi I m broke oredi!

Comment: 11

The Malaysian Restaurant in Jakarta

IMG_6530

baju dari bandung jugak, Rumah Mode 🙂

kami melalui jalan yang macet tahap cipan. kalau malam sblmnya dari Pondok Indah ke Kemang hanya makan masa 15 min tapi kerana malam minggu, jem dia masyallah. sampai sejam kau pun x sampai2 gak kemang nih.our supir for that nite was Pak Host sendiri. Pak Memet balik berehat. oh rumahnya pun kat daerah Kemang jugak.

ada orang YM aku waktu aku ngah lam jem nih..

kak red kat AIM ke?

tak

alah mesti kak red ada kat AIM kan, lambai la ke kiri kak, saya ngah carik akak

tak lah, aku tak pergi AIM!

so encik kambing ngembik2…waktu ko ngah mekak2 suh akak carik ko lam dewan masa AIM tuh, aku ni ha ada lam kijang menuju ke Kemang town. yenadeyy!

IMG_6570

sesampai saja di kemang, makan sapedek dulu. muak dengan makanan orang indonesia, Pak Host usul utk kami makan di King’s Corner. malaysian food, with Malaysian chef and yes it s malaysian restaurant…

apa kekdahnya ko letak nama king’s corner pak, letak le nama kemalaysian sket, barulah Malaysia boleh di jakarta!

restaurant besau nih memang betul2 kat tpt happening kemang, so memandangkan it was a saturday nite, aku sudah ribut mahu jalan2 kat sini.

IMG_6539

sblm aku nak berjalan berrsendirian sebentar, aku tinggalkan 2 cowok ni borak bagai. oh asal usul kami nak makan kat sini pun nak berinternet (aku le kan yang nak blogging) huhuuuuu….tapi sampai sudah tak dpt line. apa dah…!

jadi kami berorder makanan dahulu.

sbb menu malaysia, kita rombak bukak buku menu carik the malaysian food yer.

IMG_6561

IMG_6563

wpun kita anak malaysia, dok kat negara mana pun, kalau ko dapat makanan malaysia, memang kompem senyum sampai ke pagi yer! but saya bukanlah kemaruk sangat nak makan coz aku blom lagi dok jakarta sampai 3 taun, baru 3 ari jer masa nih, lainlah pak host, dah naik kertu je dok kat indon nih.

tapi kerana saya datang atas dasar ditaja dan dibawa khas oleh Malaysia Airlines, so ai guess why not ai promote this restaurant as well. mana tau mungkin di luar sana ada rakyat malaysia dalam jakarta yang tidak pernah ketemu tempat ini. who knows. with my thousands of readers, spreading from mouth to mouth, ai m sure mesti ada sorang 2 yang perlukan bantuan ari RM.

IMG_6552

kemudian aku menghilang selama setengah jam. aku sibuk di kedai baju merah. bila sms aku berbunyik ‘food dah sampai,cepat balik makan’ eii sirman nih.

orang nak nyoping sorang2 pun dia sibuk nak ngaco.

ai grabbed few casual dress, cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk dan murah!

n laju pulang ke The King’s Corner semula.

oh gambar atas tu saya posing sama Malaysia Airlines punya poster…betul2 kat atas kepala aku duduknya. isk isk, berjodoh betullah aku ngan MAS nih…

IMG_6547

aku sampai ajer, depa 2 dah abih makan. they ate the kueytiaw goreng and mee goreng mamak. alah depa pun makan kebulur sampai x sesempat nak ngamik gambo. me makan nasi putih, tomyam merah (they dont serve tomyam putih), telur mata kerbau (depa panggil telur mata sapi heheheheheh) n teh tarik.

oh udang masak  sambal pun ada gak aku amik, tp tengok je dah tau itu udang mesti manis.

kerana aku sudah kenyang soping, makanya makan ku pun kurang jugak.

tomyam and udang ditapau for Pak Host bawak balik. he can use for his late lunch too.

IMG_6555

ini teh tarik wa cakap lu! kaw kaw sodappppppppppp!

Jai – cafe VA, if your boss reads this message, aku siap cakap kat Pak Host ‘sedapnya teh tarik nih, lebih sedap dari buatan malaysia kedai Jai tuh lah’

kalo aku cakap sedap, percayalah sedap.

IMG_6568

alahai gediknya nak bergambo kepit2…

eh ai dah kurus sket tak? hehehhee…ada orang kata saya sudah susut a bit 🙂

IMG_6569

sangat bangga bila beraksi di restaurant yang menjadi idaman rakyat malaysia sendiri. merasalah gak ko makan dari nasi padang ke ayam penyet sumer tuh. they oso have indonesian chef yang dah ditrained oleh malaysian chef supaya memasak dengan cara gaya malaysian gak. for our dinner, it was served by the indonesian chef coz the msian chef sedang berehat.

yang indonesian chef pun masak dah meletup, apatah lagi kalo msian chef tu yang cook for us.

so ai say yes for this restaurant, highly recommended.

IMG_6567

so cukuplah kay cite untuk seharian nih. udahlah setiap entries dari episode jakarta trip bermula aku kena naip pepanjang, ai really need a break for a while.uploading photos are all done by sirman, saya pilih tulis gambar apa yang patut diletak, and he did the uploading.

but me has to do the typing and not forgetting the thinking part yer. nak kuorkan idea and imbas kembali setiap satu saat itu, depending on the photos jugak. just for unique photos and aksi di jakarta, sirman will choose and seperti biasa jugak saya akan melakar tulisan ceritanya dalam RM.

IMG_6533

so far saya harap kamu berpuas hati dengan rakaman dan persembahan saya untuk trip saya yang disponsored by MAS ini. This entry is not the end, ai guess by this Friday all entries will be published and posted in RM. hopefully.

Being a hardcore blogger, saya akan sisipkan dengan penuh terperinci for each trips that ai went. Enggak perlu berkira sik, kalau berkira makanya saya tidak dapat bebas menaip dan berkongsi cerita sama kamu.

Layari MAS untuk bersama saya shopping di Jakarta…

**sesungguhnya aku adalah sangat perlukan rehat, menaip semua entries sedari Isnin pagi hingga ke malam tadi betul2 buat aku perlu mengqada tidurku.

Comment: 18

Ambassador Mall, Jakarta

IMG_6426

rasakan korang! dari malam tadi till now tak udah entry menyoping je wuhaiii! tu kalo aku tepek entry bandung, lagilah sarat pala korang gamaknya.

Tapi ingat ye, tujuan asas saya posting all the mall for your shopping ni nanti kamu bileh tentukan yang budget utk sekian2 jugak boleh berlibur di jakarta. a fren of mine went to bandung dengan satu ribu ringgit malaysia sahaja. same as mine, MAS hanya beri saya duit belanja satu ribu ringgit jugak.

so with RM1k equivalent to hampir 3 juta rupiah.

kamu juga bisa shopping till bengkok!

IMG_6400IMG_6399

aku paling capek bila kena pi merata orang kirim suh beli barang. kalau barang tu aku senang nak carik takpe gak. kalau barang tuh plak sekali arung ngan barang yang aku nak beli pun ok lah jugak. spt contoh MT’s make up set, aku beli so aku bolehlah belikan utk orang.

tp kalo lah aku tak beli barang tuh, suddenly orang suh pergi beli, mintak tlg beli, boring boring! n dahlah tu, bukan je barang dia je aku kena belikan, siap disuruh beli utk kawan punya kawan gak! hangin tak hangin?

so ni aku kena pi kuor bape kedai masuk kuor utk mencair XXXL size tshirt lelaki. dari bandung aku mencarik sampai jakarta susah btol nak ada. ada lah XXXL tp nak kena ada all the design yang dia nak. banyak cekadak betullah!udahnya aku tutup cerita baju orang tuh, dengan size XXL, 3 pcs. sadap u kalao size ke hapa design tak berkenan. ai m not gonna take anymore kiriman lagi dah pasni.

kenapa aku tak leh nak tolak, coz orang tu kakak aku, dia nya berzikir bertarbiah kat telinga aku, halohai. list beli barang ke main panjang, suku bag aku je penuh ngan barang dia.

IMG_6406

2 kali aku lalu kedai aksesori nih, macam berkenan2 jer gitu yo. tp 2 kali aku lalu gak, 2 kali tu lah penuh ngan orang. hok belah depan tu jual lain, aku nak jenguk hok tepi tuh, terbongkok2 nengok idak gak dpt menyelit. mana ngan barang kiri kanan lagik.

seiii! kepadatan penduduk di jakarta terlampau mampat, sampai 2 kali aku datang pun penuh je ngan orang depa menyoping. bagi lah chance ai yang tourist ni plak kak…

IMG_6431

so the red shop yang kumaksudkan ialah kodai ni ha. yang aku dok leka ngan gegirl lam kedai ni sampai kami ilang the 3 boys arituh. tp aku rasa am nak lingkup lah plak kedai nih, barang dia nan ado yang menarik ati, nan ado yang baru seii. barang2 merah dah leh kira ngan jari jor. aiyooo..

idak sampai bape saat je aku pusing

callo lah carik kedai lain.

takde rezeki ko lah kedai merah utk menjadikan aku customer luh.

IMG_6439 IMG_6444

the top 2 photos adalah PAC’s counter. itupun menarik gak…saja jenguk2. tapi aku tak dilayan pun heheheheh, adakah kerana saya nampak seperti enggak mampu berbelanja di kedainya. atau aku nya make up mata yang tebal itam buat dia rasa ‘cewek ni kok enggak soping make up lagik’ alooo, aku dah beli lah set PAC ko tuh, aku saje je nak menyibuk kot ko ada buy one free 5 ke kan…

IMG_6456

kain ela utk dibuat kurung. ada yang 4 meters. cakap sahaja dari malaysia, depa terus tau utk baju kurung. orang indon tak pakai baju kurung ya. depa pakai emm…entah. sila correct saya di sini.

mostly depa ni pakai kain 2 meters, top lak lain.

itu yang aku banyak tengoklah ….

ai spent for 5 min kat kedai nih, nak amik kang mak aku tak leh pakai kain ni lelama, dia macam kain yang not suitable for mak aku yang suka kuor berpanas tu ha. ni kain sesuai utk dok lam ekon ha kau.

IMG_6468IMG_6465

oh akhirnya saya dapat jugak menyelit kat kedai aksesori yang ngelip2 memanggilku…ada subang set, cincin and rantai. sedondon gitu. ai was thinking to get for souveniors. cantik jugak. tp harganya jugak ngelip2 wuiii…

IMG_6477

orang lain yang aku suh snap, orang lain yang dingamik gambo tau…

cewek ni ada tatoot buah epal ke strawbery kat leher dia tuh, sakan sirman nak snap. jenuh aku tunggu dia tau…ko snap tatoo dia ke ko snap dia ngan kawan2 dia yang seksi kedaung tuh?

IMG_6473

yah ini model yang patut kamu amik gambarnya…baru le fly with RM via MAS! cantik enggak set merah orennya itu?

IMG_6488

dan kemudian leka di kedai kain nih…utk ibu dan ibu mertua ku. supposedly to get for them di bandung but ai just dont like the design yang ado. mungkin cantik tp masa tu sebab dah beraturs ribu sangat kain2 aku tak leh nak pikir lah amik yang mana. kat sini dalam Ambassador Mall kedai kain tak banyak and pilihannya jugak terhad. so aku terus gamble je zap zap potong 4 meters multiply 2  terus.

IMG_6487

Ambassador Mall ni is just next door to the ITC Kuningan. kedamaian bersoping kat sini, tu pasal saya rasa saya lebih pada tempat gini. compared than Mangga 2 yang penuh sengsara idup aku dibuatnya. ai donno, at this stage, aku sudah enggak betah lagik mahu berdiri.

ai saw the chair and apa yang minah tu bebelkan pun aku enggak ingat.

yang pasti ‘ha ok, size M, ha L, ha ye size XL’

MAS – kalau ke Paris beri aku 10 ribu ringgit bisa? masuk sekali accomodation and transportnya yah. sebab mahu diconvert uwangnya sangat mahal sik. aku kan Shop till drop 🙂

IMG_6512

baru 530 petang udah rembang nak gelap. waktu jakarta ngan kita bezanya satu jam. mereka lambat sejam than kita yer. seii ponek tol seharian. so kami nak menuju ke Kemang semula. aku ada nampak satu lagi kedai merah waktu melepak buat Blogging Job dari Ole Ole Cafe, Kemang, tp waktu tu dah tutup. since malam itu malam minggu ari sabtu, Pak Host bilang kedainya masih dibuka hingga jam 3 pagi.

so dengo je 3 pagi, mehlah kita balik rumah dulu, campak barang2 ni kat umah, tukar persalinan, amik Pak Host, biarkan Pak Memet berehat awal sikit ari sabtu tuh, and kami bertiga plus Pak Host boleh beriadah semula…

IMG_6519

macam rumah hantu la pulak rumah ni kan..

told ya before that Pak Host menginap di taman perumahan yang sama dengan Inul Gerudi. Kris Dayanti pun ada rumahnya di sini, tp tidak tau mana satu cucuknya. so utk kali kedua aku paparkan sekali lagi rumah Inul Gerudi yang sedang sibuk memboyot untuk kelahiran anak pertamanya. dari hasil tabung uji kay.

Bersama Malaysia Airlines, saya bukan sahaja bisa mendapat terbang tinggi, sekarang pun MAS tengah buat promotion  MAS Stimulus 9 packages, bolehlah kamu pilih antaranya mengikut kesesuaian budget sendiri. Saya tidak pernah menggunakan other  airlines, bukan kerana saya ditaja MAS, tapi sedari dulu saya akan terbang hanya dengan menggunakan MAS sahaja.

ya ibu bapak semua, saya pentingkan keselesaaan. kalau kok bezanya dengan tambang flight murah itu hanya beberapa ratus ringgit, saya rela sahaja berkepit dengan MAS. kamu jugak harus begitu sik….

Comment: 21

ITC Kuningan, Jakarta

IMG_6303

ITC Kuningan!

inilah mall yang paling kucinta. wah dan dan cinta….dibandingkan ngan shopping di Bandung (entry bandung lom kuor yet) aku lebih selesa dan tenang beriadah di Jakarta. apatah lagi di ITC Kuningan. tempat ni adalah pilihan Pak Host, orangnya tau gimana selera ku dulu. so untuk kali kedua ini pun, ITC kuningan menjadi pilihan saya kembali.

IMG_6352

memandangkan saya selesa dgn ITC Kuningan, saya juga masuk kedai kanak2 yang sama spt dulu jugak. the same mall the same shop the same promoter yang membantu saya. si gadis ni masih ingati saya…selonjak suaranya bila melihatku..

waduh ibu, kembalik lagi dari malaysia!! apa khabar anak-anak kecilnya ibu?

kamu masih ingat saya?

mesti ibu! kamu yang kira manual pakai calculator kerna ibu takut budget lari.

hehehehehe, yes frens, another tip. kalo dah ko amik baju selonggok, ribu2 rupiah, haruslah ko mengira manual mintak calculator besarnya and buat calculation. ado gak yang silap budget kang…ha naya.

IMG_6361

sampai satu peringkat saya sudah tidak larat untuk berdiri. ini bukan kedai pertama yang kami masuk bila sampai di ITC kuningan actually, udah few shops. makanya aku sangatlah capek. apatah lagi sirman pulak 2,3 kali ilang pi kedai luor mencarik barang lain.

ibu duduk sahaja, ibu tunjuk yang mana baju2nya saya ambirin utk ibu yah

ha yang tu, yang nih yang merah tuh yang ujung tuh

abih dia selongkar bawak ke riba ku…

satu lg sebab aku tak boleh nak bangun, ada few bags yang aku pegang termasuk bag tanganku and backpack sirman. pakcik tu kuor pi kedai sblh melenggang kangkung. kenalah aku jaga segala barang.

IMG_6373

IMG_6366

kerna saya tidak tahu bila lagi akan kembali ke jakarta, saya bergambar sama si gadis yang membantu ku. orangnya sangat seikhlas hati menolong saya, betul2 dijadikan aku ibu besar di kedainya. aku hanya perlu duduk dan dibawanya kain baju ke tanganku…baju2 di sini qualitynya sangat tiptop, harganya reasonable price.

MAS – your 1k to me finished oledi 🙁

sedih jugak nak berpisah dengan dia coz dia sangat baik hati. aku n sirman boleh nampak keikhlasannya melayani kami berdua. untuk itu, kami berpisah dan kutitipkan tips buatnya.

wpun di malaysia, kita tidak menggunakan budaya tips tapi di jakarta saya menggunakannya. tp hanya utk promoters atau penjual yang spt kukatakan tadi, mereka berkerja sungguh ikhlas hati.

tau apa katanya bila kutitipkan tips..

ya ampun ibu, makasihhhhhhhhhh ibu. ya ampunnnnn!

adoi, satu kedai dengo dik!

IMG_6390IMG_6397

kerna ini kali kedua aku datang ke kedai kanak2 ini, atasnya pun ada jual kain baju adults, tp aku tak naik kali nih. capek bangat. sirman je yang naik. itupun naik sebab nak carik baju kakak aku yang dikirim utk familynya. so ai m promoting this shop for you to shop, bila sampai sahaja di ITC Kuningan, jemput ye ke kedai ini. aku lupa apa namanya si gadis manis ini, tp kamu bilang sahaja description diriku yang mengira kain baju menggunakan manual calculator sebelum kain baju ku diletak di cashier.

oh saya masih lagi buat manual calculator tu di mana2 wpun di Malaysia yer…

apa mau malu? saya sudah ada budget disediakan, jadi saya perlu berlandaskan budget yang ada.

IMG_6312

kemudian berjalan kembali, di dalam ITC kuningan ini seperti kubilang, suasananya lebih tenang dan aman. kali ni aku tukar bag ngan sirman, ai brought his b/pack and dia terpaksa bawak hbag merah ku. itu gunanya tips asal yang aku bagi smlm, should use either sling bag or b/pack. kalo bawak hbag yang satu bahu ni tak sesuailah for shopping lelama. bahu leh sakit woo

kalo bawak 2 bahu nya b/pack nih balance sket badan ko.

IMG_6309IMG_6307

shop ni best! waktu ni sirman sedang di kedai kamera, so saya menyelinap sebentar lam kedai nih and tiba2 kain baju kerjanya sangat menepati standard selera saya. jam2 tu gak lah aku nerai, sauk lam badan jer, tak yah bukak baju and tak yah tak kuasa nak masuk fitting room. siap ada satu baju tuh, dedua warna aku amik…

wuiii!

ai tell u if ai put the price lam blog nih, ada yang jeles melopong. ha x leh tunjuk skang ye, dah pakai baru bisa papar2 di sini….

IMG_6320

aku suka sama kedai ini

tp kedatanganku seperti tidak disukai atau tidak bersambut bangat. dia sedang sibuk mengira stock ke hapa, buat account. sepatah aku tanya sepatah dia jwb.

kalo biasa kita dengar ‘belanja ibu, belanja bapak’

means maksudnya, marilah berbelanja bershopping di kedai mereka. tp yang kedai nih ala2 segan je nak meniaga.

so aku callo…

kuor masuk kuor masuk kedai kau!

IMG_6340

kedai ni best..pada awalnya. tapi tahukah kamu setelah aku pilih2 amik sauk amik sauk.dia bley tak nak kurangkan langsung.

turun pun 5 ribu jer. isk. 5 ribu rupiah tu 2 hinggit pun tak sampai

so aku merajuk

lari kuor

drama kan?

heheheheeh….ai majuk tol2 kay

sib baik sirman bayo gak ngamik.

belanja di kedainya tak sampai pun harga 200 inggit duit msia, tp dapat berelai-lai lai laiiiiiiiiiiii!

saje je buat propah merajuk, bengang sebab dia tak nak turunkan 50 ribu. sib baik sirman amik gak kain baju aku tuh. kalo idak, gua lagi merajuk sama sirman!

IMG_6318

ITC Kuningan sudah capek kami susuri…

dan aku mahu berjalan lagi

to the next mall, yang juga menjadi pujaan hatiku. mall yang satu waktu dulu, aku n gegirl kehilangan sirman, abang and Pak Host. depa dah sampai masuk kijang Pak Sulis, kami masih lagi dok stranded lam red shop. wuiii…

aku mahu ke red shop itu semula.

ai m not MAS duta, but ai m so red’s duta….any red item is mine!

Comment: 14

Restoran Garuda, Jakarta

IMG_6150

masanya untuk makan2 ya ibu bapak2 semua…

abih shj shopping kat hazab Mangga 2 tuh, kami kejaran amik early lunch di Restoran Garuda. Tempat ni khususnya Pak Host yang tunjukkan. he didnt join our lunch, he took a cab back to his gym. kang dia makan kang maunya muntah plak…baik enggak hati orangnya? driver dia, dia suh anto jaga ktiorg, dia plak pi gym naik taksi. perkhhh! semoga hidup mu dilanjutkan dan rezeki mu berpanjangan ya Pak Host. baik benar hati mu.

IMG_6171

yey ada gambo laki bini berduaan! hiks..susah sei nak amik gambo berdua, mintak tlg waiter gak snap kan…kami perlukan tenaga, so kena makan nasi. tp wpun saya makan nasi 2 kali sehari, weight saya turun mendadak bila pulang ke KL. probably kerana banyak berjalan, satu hari suntuk buat catwalk bershopping kan.

tu yang weight turun sikit.

kalo gini…

MAS, pls send me to anywhere every month…bisa enggak?

saya bisa cepat kurus 🙂IMG_6147

macamana gayanya dia bawak semua tu bebanyak kan. buatnya terjatuh, ha kau tersungkoq la pinggan mangkuk tuh. pakai pinggan kaca lak tuh. kat kl pun ada yang banyak pakai plastik ye dok. di sini servicenya bagus…

adalah satu pandangan biasa di restoran padang begini.

aku tak kisahlah apa lauknya, coz aku akan makan 2 jenis lauk jer…

IMG_6160

pak ada udang goreng?

yang kecil atau yang udang galah?

yang udang galah pak

ibu, 2 ekor udang galah utk ibu yah….

ada ibu yang terkenangkan udang galah anak daranya, anaknya sangat suka udang galah, so dia order udang galah khusus utk makan on behalf of anaknya.

bley lah ek kira gitu, on behalf lagik!

IMG_6176


sirman, dia kira camne ek nih? kalau makan sekor, yang sekor lagi dia kira tak?

kira kot, makan je lah

wuii senak kang perut

makan abih kan jer, kang dia kira 2 ekor rugi je tak makan

ha ok ok, sodap nih…2 ekor udang galah

*gegirl, sontap lah ko, mak ko makan udang galah 2 ekor kay kat jakarta!

IMG_6196

sebab kami amik early lunch, so bila waktu saya sudah abih makan, tetiba orang dah start ramai….sib baik copek. kalo hidak…mau dok meja makan kena share2 pulak.

btw, Pak Supir Memet enggak mahu join kami makan, sirman bagi dia duit makan jer. kalau pak sulis aku dulu, aku paksa makan sekali, tp Pak Memet ni dogil tau…

dia rela makan kat tepi2 jalan tu dr makan ngan kami.

IMG_6181

ops dah licin udang galahnya…

pak udang ni kalau aku makan sekor tadi, kamu kira 2 ekor atau seekor sahaja?

seekor sahaja buk.

oooooo! tau dah camne korang kira.

so fruits ni ada banyak pak…kalau aku makan sebijik anggur sahaja, yang aku tidak makan ini betik tembikai jambu gi mana sik kamu kira

kita kira sepinggan juga buk, walaupun ibu makan sebijik sahaja anggurnya.

ooo gitu.

enggak apa2 pak, aku sudah kenyang, dibungkus sahaja buah ini utk supirku.

ha mana ke gambo buah dah kena tapau daaa….

so camtu ye depa kira.

lauk2 berkuah plak, wpun ko amik secoit pun depa kira sepiring. tp yang genggoreng plak dikira ikut sekor. cam udang galah or ayam penyet goreng.

kalau buah walaupun makan sebijik, tetap dikira sepinggan.

ha paham dah anak2 semua?

IMG_6224IMG_6218

asik muka RM je lam blog, aku suh plak lah si sirman nih jadik model. kertas yang sirman pegang tuh, dia bayau utk makan2 tadik, utk kira compare conversion. harga kami makan berdua tuh lam RM60 gitu. puas hati. konyang.

dah boleh menapak lagi untuk berbelian…

Tema I wanna shop till drop harus diutilised sepenuhnya.

IMG_6299IMG_6253

melalui Monas, ada golongan pelajar yag penuh ramai sedang berdemonstrasi secara aman. polis2 menjaga keselamatan, ala FRU pun ado. ingatkan nak kuor amik gambo depa reramai jugak tp kang tetiba ada plak bomb ke hard core demonstrater buat hal kan, so baiklah dok dendiam sahaja dalam kijang.

menuju ke satu lagi destinasi…

yang bisa buat aku kembali capek…

oh enggak, memandangkan macetnya jakarta, aku menyambung tidur semula di dalam kijang beralaskan peha sirman. resmi biasa yeah ibu bapak semua, kalo dah jem kat jakarta tuh, korang jangan beranganlah nak sampai on time.

Comment: 10