TAR IKEA…

IMG_3503

sedapnya orang belakang tu makan jambu cicah asam!!! Lighting yang cantik akan buat muka make up ko tak seseram sangat ler.

IMG_3520

beza gambar berdua ngan kakak ni ngan gambar atas hanyalah 10min, tapi lain kan coz of lighting

IMG_3534

tak adil kalau kita tak bend down, coz the little king nak tidur…jadi kena hangkut stroller too. cam biasa ler, penat le kalau abang and apaknya nak mendukung.

IMG_3539

the mission aritu, pi jalan tar. patutnya balik dari langkawi, konon nak pergi. tapi laki aku cakap that was a new year eve, jangan buat giler la pergi jalan tar. so takper, ok, kita pi the next day nya. selepas solat jumaat.

Di sini, satu je nak carik tudung sarung kakak. Biasanya aku kirim2 gang2 yang rajin pi Jalan Tar tiap kali friday lunch tu, but since i was still on 1 week break, bolehlah bawak badan sendiri pergi.

 

IMG_3545

kita masuk 2,3 kedai jer. dalam kedai ni pala aku rimasnya lahai, berlonggok2 tudung melambak2, tak tau camne nak pilih. Kakak nak yang cam dia pakai kat pala dia tu. sarung je. bukanlah untuk jenjalan, tapi untuk daily, kuor rumah kejap, pi tuition. kalau yg beria punya jenjalan tu, dia pakai instant shawl, yang cantik dan anggun gitu.

Manis plak ko senyum cam ni kakak…

IMG_3553

budak mentidoq…ha ni contohnya, aku cakap gak tak yah bawak stroller, rasa macam sesak je Jalan TAR (tak sesak punnn actually), laki aku tetap nak bawak, tak larat le dia nak mendokong. Memang molek le sangat. jadi tak yah pikir cakap orang kalau bising anak dah besar pun nak berstroller.  Again, komen tu bukan tuju kat aku, but kat anak celebrity, ai cuma nak highlight gak lam nih, in case ada yang prokprek…

IMG_3564

di sini tak sampai 5min, tak sanggup, poning pala acik

IMG_3571

tapi kat sini, kita spent lama sikit.  Tudung yang dia nak tu, ada di sini, selai RM10. Amik 5 helai terus. Bukan plain, ada kekaler. Coz kat kedai yang dalam Jalan TAR awal tadi dah amik 5 helai gak, plain colour.  The brooches pun amik kat sini gak.  banyak gak lah, yang cucuk2 pin kiri kanan tu pun, asal ada urup M pun kita amik gak, for her.

IMG_3582

lepas tu lepak Insaf, nak bagi adiknya makan nasi putih ngan sup tapi sup pun takde jual kat Insaf n i. Kita minum air je, aku suap le nasi kosong kat anak aku tu. Kesal tak bawak bekal nasi + kuah pindang dia. Well….aku pun manusia biasa yang pelupa barang2 anak gak.  Nak suh laki aku ingat, hem mmg tak lah, air botol suam pun dia tak ingat nak bawak. Dia tau jalan kuor berlenggang jer hahahaa…suami oh suami.

IMG_3595

kacau je 2 orang tu…mak kau baru nak berangan

IMG_4756

lepas tu dah nak balik, dah  nak masuk area parking, nampak kedai jubah ni, hah masuk gak. I took this one, RM100 sekali ngan selendang niqab tu pun dapat. Besar size ni, tapi coz i nak gak yang design ni, amik gak, nak pi antau kat Aunty Yelly lah buat kecikkan sikit.

IMG_4765

this kimono pun, aku amik rasanya. ni boleh share aku ngan kakak.

IMG_4768

kimono jubah gak, tak amik, but if korang nak buy buy

IMG_4770

kimobo jubah lagik

IMG_4774

sesuai ko pakai kakak. For her ada satu untuk dia, takde pulak dalam gambar. Untuk pakai for the class mengaji. Takde le dok pakai jubah yang lama tu, dah naik singkat, suh pakai aku punya dia kata terlampau labuh plak. Ada yang lagi 2,3 lai jubah, si maid lama dah tereban!

IMG_3612

membosan dah 4 beranak. Tapi abang kakak dok buat boomerang apps kat sini, abis depa bahankan aku. Macam2 gaya boomerang

IMG_3614

alrighto so kalau nak carik jubah, murah lah kot RM100. Kawan aku beli sblm tu at RM140. The next few shops tu, ada lagi lawa, quality lagi cantikkkkkkkkkkkkkkkkk sedap material pun memang tau ler mahal, RM200 paling murah. Alangkan aku dah beli 3 pcs kat kedai ni, if not aku pun sauk gak kat situ.

IMG_3618

eh kita dah sampai IKEA. hiskk…the one yang kat Cochrane Cheras tu. First time aku sampai. Dah nak sampai hujung cuti, baru dapat poi tempat nih. Dari awal2 lagi nak poi tapi laki aku dah warning, if you nak ai ada sama, you kena tunggu cuti2 panjang tu. Macam le jauh benau kan IKEA ni, ye tapi dalam tu nak berjalan pusing ke main lama.

IMG_3620

kita beria je wefie ni kan dik, the other 3 tengah buat Maghrib. Actually datang sini pun unplanned. Cadang nak pi carik tempat makan, pastu laki aku dah termasuk jalan area Pudu, so aku cakap kita pi jelah Masjid kat Pudu nun, but masjid tu pulak ngah reno kan, sekali eh eh tu IKEA!!! ler apa lagik, hah pi solat kat dalam tu teruslah, dah alang2 jommmmmmmm IKEA!!!

The husband has no choice hahahaa…

IMG_3625

sesungguh dia main memasak untuk ammi.

Ammi nak apa? Ammi nak teh tarik? Ammi nak soup? Ammi nak mee goreng?

yee, ammi nak spageti please, ok ammi. ammi wait tau. wait tau. Eeshan cook ni.

 

IMG_3632

semua sections dia menerai. ai is ikut belakang jer, dengan trolley. sesambil tu aku tengok ler gak apa barang yang aku amik, sambil mata kat dia. Tapi ada gak one time dia hilang, terjerit2 memanggil. Dulik ler orang dok pepandang. Zeeshan is very active boy, but dia tau, he kena berada di tempat yang mami can see him.

Tapi terlajak gak, dok galid2, meleka dalam tu yang dia tak sedar dia dah hilang dari mata maknya.

IMG_3637

Mak datuk…IKEA Cheras kau….aku peratikan sini memang lack of staff lah.

IMG_3644

kat sini dok lama sikit….

yang lagi 3 tu memang lama kat surau IKEA coz orang ramai, aku tak masuk tak tau camne the surau gomannya (ai ngah ‘cuti’) tapi RD was not happy with the design, yang dah pi situ tau la napa ye dok…

IMG_3661

akhirnya, depa dah back! apa lagik, laju le aku menonong coz dah ada batallions

IMG_4778

mana nak carik stand plates ni ek? kat IKEA tak de jual ler menda ni…where to get please?

IMG_3672

numpang rehat

IMG_3682

kakak bertukar tudung 2 kali kau, mementang baru beli tudung a while ago. Memula tukar to grey, dia main tereban je amik. Pastu aku tukarkan to yellow ni nak bagi dia sedondon sket le ngan seluarnya tu.

IMG_3694

i like this kind of katil/sofa. Contractor aku boleh customizedkan, bukan bed size lah, ikut apa yang aku nak, around RM1200, in red of corse.

IMG_3699

i love this skirt. Korang kalau suka (coz dalam IG/FB ramai suka skirt nih kan). Pi ler beli kat Subang Airport, depan food court punya booth besar/macam kedai ler. RM100, dapat RM90. Ada memacam colour tapi merah ni paling lawa coz batiknya menyenget. Aku lipat 2 tu, hakak is pendek.

IMG_3704

ha cantik ler the long skirt nih…sungguh ai is suka

IMG_3705

mak kau mulut tak hehabih citer pasal perabot kat apak kau

IMG_3736

happynya kanak2 sorang nih…

IMG_3766

abang kakak tengok adik korang jap yek, mak nak cilok apak ko jap diskas on barang

IMG_3775

we stopped for dinner, aku jaga tempat and trolley, tetiba tengok depa amik punya ler memacam mak datuk hai!! but the ayam tu tak boleh beat Nandos lah.

IMG_3778

Meriah makan, tapi aku yang makan paling laju, pastu aku tinggalkan depa coz IKEA dah nak tutup so aku kena abiskan 1 last round yang bahagian bawah…

IMG_3800

we bought this one, but bukan ler hari malam yang sama…coz bonet mana muat hoh..banyak barang dah memboli nih.

dalam IG orang dok ingat ini baby cot coz gambar laki aku bertukang kan, no lah, ini macam pangkin gitu, leh letak barang dalamnya. Boleh letak kat porch, as kerusi rehat, or for the time being kami letak kat kitchen, ada section kosong, so leh jadi tambah lagi tempat melepak mak aku dan kami sekeluarga, cewah…

IMG_3803

amboi anak-anak….

do you know the baju yang kakak pakai tu, was mine before. Dah tak berpakai, cuma she said lengannya agak pendek for her yang bertudung, so pasnih dia kena pakai dengan inner

IMG_4019

the next few days nya pulak, aku pergi lagi IKEA, during lunch break, lari waktu kerja tu. Nak pi beli few other things termasuk pangkin tu ler. RD and Zeeshan pergi dulu, amik2 barang so we met up kat sana jer. Takde le aku buang masa sangat kan…

laki aku cuti that day.

IMG_4031

wpun dah ada candles bath & bodyworks tu tetap gak kena amik candles merah IKEA coz aku pasang candles atas bawah, merata tempat nak kena ada. Sedap ler the smell of candles.

IMG_4033

jom dik kita tumpang trolley apak kau…

IMG_4053

aku mintak sikit je aiskrimnya, menjerit punya kuat kedekut ko kan…tapi lepas tu dia jilat2 sikit jer, dia tak nak, mak pak nya le gak kena abiskan

IMG_4063

Zeeshan, hari ni baru mula kelasnya. Bukan on Monday. Uniquenya coz dia ni bukan full time student, means for his school ada untuk half day or petang or till 7pm, so for Zeeshan coz bukan full day, satu batch ni start on Thursday. Tapi nanti hujung tahun, sama ler gak, lambat 4 hari gak cuti kira gantian untuk hari yang masuk lambat.

Tu pasal dia boleh le gi IKEA nih.

Jadi, what a long entry, from Jalan TAR, to IKEA then sambung lagi IKEA untuk hari berikutnya.
For me, selain kurang staff kot di IKEA Cheras, malas nak komen kondem pepanjang, bukan ada paid review pun kan. hahahah…but ai will still visit IKEA lah, coz ada barang yang kat situ, takde kat online, takde kat tempat lain. Nama pun IKEA kan, at least yang kat Cochrane tu near by with my house/office dari satu lagik.

Semalam akak tanya kipas kan, thanks yang cakap kat DIY shop ada, semalam gak laki akak pi beli, dapat harga lagi cheaper, RM33 kau!! so, back tu gambar-gambar atas nun kan, sapa tau mana nak carik yang stand plates tu?

 

Comment: 11