Langkawi

Dinner Day 2 in Langkawi…

gambo malam tadi, isnin malam…..nak pi dinner. it s a lovely nite, windy jer….

carik makan kat pantai chenang, restaurant yang korang dok suh carik tuh x jumpalah, sirman malas nak pusing2 lgpun kami berenti kat sini pasal nak kena tanya on something so terus jelah makan di sini.

ha sume ada…udang kerang siput sedut

mlm ni pilih siakap tp sirman x nak buat bakar, he mau itu masak 3 rasa (actually aku yang decidekan coz dia dok terpikir2 nak buat masak hapa)

Belitong adalah nama sebenar siput sedut….

x percaya? ini buktinya dan aku siap tanya kat abang yg jual nih yer…

now ai know 🙂

gegirl dan pari..

tiap kali aku tengok pari yang belum siang belah gini kan aku mesti teringat satu email yang dah lama, kalo ada yang daptlah email tuh. dah lama sgt think more than 6,7 years rasanya. sapa yang ada email tu lagik bolehlah copy paste kat comment button nih yer. kisah seorang nelayan yang kejenya tangkap ikan pastu bila dia tengok pari, dia naik napsu…and….ha google sendiri citer tuh 🙂

our dinner last nite, cam biasa gak ada kailan ikan masin fav sirman, siakap buat tiga rasa, udang for kids buat masak kunyit kering, seafood tomyam putih.

sirman budget makan kat sini ngan siakap ngan ikan tu bayo lam 80 inggit. tp the amount total up just 50 inggit jer. murahhhhhh ler kan?? tp kurang kick ler u. udang dia kaw, kailan dia kurang, siakap dia so so. pasni kena makan gatah jelah, melemak dah badan aku makan nasi x hengat. apa cite diet?

gambo atas tuh abang tunduk muka kena cubit ngan aku coz menyakat adik jer kejenya, gambo atas ni pulak gegirl merajuk ngan abang x sudah2. abang tu ha lari balik kain baju gantung tuh.  diorg nih 5 min gaduh 5 min baik.

the red girls! spek merah cute dalam kedai jajan …..

ok enaf with this entry nanti2 aku upload lagik ada lah kuor nanti. ai finish n wrapped all entries up to 6 pm nya entry at 12 midnite. laju gila aku buat dr lobby, memula mmg dok sesama with the 3 tp pastu aku suh depa balik bagi aku siapkan. kat bilik reception x kuat, kalo dr mini dell tu lak, x puas tengok utk entry laju2 kan, so tu yang aku pakai laptop beso yang lebih selesa nih utk buat entry2 nih.

email koarng mana yang urgent tu aku jawab dulu tp yang macam x sempat tuh aku utang dulu yer. bila dah senang masa sket baru aku jawab. on d road mmg aku baca sume komen and email korang tp nak menjawab tuh banyak distraction lah you…

thanks all for reading my simple entries from langkawi, but wait, more entries will be updated soon, saya masih belum pulang dari langkawi dar….

Comment: 13

The beach

from my view, depa 3 ngah mandi laut..sakan. wpun aku x bagi sebab ngah rintik2 ujan tapi dek dapat sokongan bapaknya, ke main lah depa kan. 3 vs 1 kan…

di sinilah aku update entry mlm tadik, cozy je gitu. anw sbb ni private pantai, mmg x ramai orang lah,senang hati lah korang kalo nak berbogel togel (gilo??) . aku mmg x berapa suka mandi laut lah…suka dok tepi pantai takper tp kalo mandi ha kompem x sampai 5 min aku dah naik mendarat.

wah ada jacuzzi, jeles ai! koyak2 sakan 3 beranak berendam

ahcakkk! makcik gegirl pakai swimming suit baru beli dr itu pantai chenang, 15 inggit. mintak murah x bagik bayo je lah. ok ler tuh, dia ada bwk 2 swimming suits tp mengada2 kan, dok x hengat sakan nak pakai yang baru, so she got one. ingat nak carik for abang, tp nenantilah.

soping baju ke hapa mmg x de lam pala otak…

lam pala otak mak korang nak soping pinggan mangkuk je yer..

kan kan?….

nanti aku beli gak, insyallah but not now lah. sehari 2 before nak balik baru aku beli. wah macam dok sini seminggu! banyaklah cantikkan, ingat aku leh cuti lelama.

Comment: 11

Jalan Pantai Chenang

ni gambo mana ye, oh jalan2 kat main road of pantai chenang, carik barang aku. lepas balik dari kota mahsuri lah, bila balik je rasa x jauh, tapi bila pergi ke cable car mahsuri sume tuh, hazab je, mulut aku asik menguap je kay.

yes, aku tidur lambat. cuti je tune pala tidur sume lari.

pastuh kami balik hotel, ai was talking to the manager of the resort. when ai made a booking ai asked for superior room tp aku belek telek the info from the net, it seems like superior room cam x syok. so aku gunakan bahasa manis pengeras merah kat manager that ai need to upgrade my room.

so tu yang aku dpt garden room, instead of bilik superior yang lagik kecik kan. it s been confirmed a week before aku sampai lagik.

n donnolah ke dia tau aku blogger ke hapa, dia bagi free bfast for my kids gak, n oso aku mintak late check out to 5pm. pun dapat gak, syukur. terima kasih resort ku ini.

oh nama resort nih, eh nanti kang lah aku bagitau, ke aku dah bagitau? hiksss

bunga merah di telingaku x leh dicabut kerana itu adalah hadiah dari setiap seorang anak mak merah, dah saya melayan panggilan yang penting jugak yang memerlukan khidmat blog mak merah.

macam umah kan? syok wooo…jiran sebelah aku orang russian (skang musim langkawi ramai org russianlah) sblah kanan lak orang arab. arabian mmg memana x penah tinggal…msia kan negara famous dilawati dek pak arab

aisay, sirman nyindir aku lah nih, x geti2 lagi nak benti bergayut. hallo, itu keje kay cik abang, ai kalo you tak kisah dok umah, ai lagik x kisah tapi ai kena kerja mar…blog pun kerja tau 🙂

so this is the entrance of our room, sedaplah dok sini. kalo aku teringin nak mai langkawi lagik, insyallah bolehlah pilih resort ni gak. kalo servicenya bagus, kalao tpt nya bagus, harus ai x complain kaw kaw lam blog. yes mrs manager of the resort, if you happen to read this blog…after 2 days ai love your resort 🙂

ini lak belakang bilik, bukan bilik kami tapi serupalah jugak coz itu batu bata tu lah letak nya bilik air. ada orang depan bilik mandi siap buang kahak, hahahahahaha kitorg boleh dengo clearly. so korang kalo mai sini, jangan main main manja berdua lak kat bilik ayo, kang silap boleh dengo dek orang bilik belakang.

aku amik lagi sekali gambo bilik pasal sirman x amik the corridor from the bed to the bathroom….biasa masuk2 hotel ke kita jumpa wardrobe and bilik ayo dulu kan, tp yang ni bilik ayo kat belakang n very the tersembunyi.

ini entrance to the bathroom

ini lah bilik air yang luor tuh yang ada batu bata tu dr pandangan dalam, atapnya tutup separuh je separuh lagi mmg utk bagi ujan masuk. kira mandi mmg best luas lah. aku mmg x mandi lah kat bath tub, kitorg sume sonok mandi kat sini. abang ngan gegirl je sekali mandi kat bath tab tp pastu lagi selesa kat luor.

itu cite petang isnin.

actually sirman ajak pi kuah soping barang aku tuh tp aku x nak yet. aku nak buat tour dulu sume baru pi layan kat pekan kuah.

back to jalan kat pantai chenang tuh kan, dah rasa macam jalan kat kuta, bali pun yer.

lawak sirman, sebijik cam kuta, bali…tp kat kuta ada McD, kat sini takde lah. awat hang nak makan burger lak ker mai langkawi.

kowang kalo ada lagik tips, silalah war2 kan yer.

oh saya nya pangai mmg camtu, saya hanya akan bgtau saya berada di satu tpt tuh selepas saya sudah mendarat or berada di tpt itu sehari 2 selepas itu not before or giving any exact date.

kenapa ek?

you figure it out sendirilah.. 🙂

Comment: 21

Kota dan Makam Mahsuri

abih naik cable car terus cabut, perut lapau mar…specially gegirl coz masa bfast dia makan sket pastuh atas puncak cable car tu dia makan twisties je kan…so kami x singgah pun ke telaga tujuh. lagi pulak sirman cakap telaga tujuh tu kena naik2 panjat tangga bagai.

alah sirman x nak naik pasal kang dia kena kendong gegirl. macam lah ai x tau tau 😛

on d way out, kami carik gerai2 makan so mana yang kami nampak dulu tu lah kami benti. best lah gerai makan ni weiii…best lauk kampung tp aku amik sardin jer, my fav gak. gegirl x nak makan, sibuk buat painting main YM ngan nick aku sendiri. pastu dia lak x nak makan, gatal tol budak tuh, kenyang makan twisties katanya.

abang pulun ayam.

tapi teh tarik makcik nih perkhhhhhhhhhhhhhhh…buih dia je tinggi cam buih sabun  mandi, ngan sedap x manis x pahit x kelat, aduh. jam2 tu gak aku puji! kaw aaaa

kat sini lunch for 3 of us lauk simple2 tuh ada sardin ayam ikan bagai RM13.

n next trip is to Makam Mahsuri 🙂

before that kami terlepas beras terbakar tapi malas nak u turn so terus ke Kota Mahsuri

ada tragedi kat sini tau, gegirl terlanggar abang dia sampai abang dia tersadung jatuh, abang dia marah sampai nak naik tangan, cepat2 aku tarik si abang. dah sume orang pandang. geram je abang, pastuh gegirl lak leh over nangis, eh ko nih over tau. x leh kena marah ngan abang langsung.

kowang yang x pernah belajar sejarah mahsuri, ha mohlah pi visit tpt nih, orang kata (orang tu aku ler) kalo ko datang langkawi x visit Kota Mahsuri, baik korang pi terjun lam laut 😛

tapi pastu kami masuk muzium dia but x leh ngamik gambo, so x leh nak blogkan lah.

ini aksi lawak kami 3 beranak, gegirl jadi photographer pasal bapaknya ngah menjawab tepon yang very the urgent.

aneerazz, engko bagi komen lambat lah, len kali cakap le lelaju sket masa entry langkawi arituh, ms ko ckp pasal kak, sok kalo p melawat makam mahsuri jgn lupa beli ‘pop ikan’ utk dibawa pulang sebagai buah tangan…ala2 keropok ikan tp sedap rasanya n nama pn lain..kt tmpat lain x der pulak bersua kat makam mahsuri jer ada.. <—–akak ko dah balik la dari kota mahsuri bilan komen ko kuor.

takpolah lain kalilah 5,6,10 taun lagi kalo akak datang langkawi akak belilah benda tu yer. tocei.

so itu serba sedikitlah pasal our trip to Kota Mahsuri, ada tayangan video gak dalam tuh, depa lakonkan balik camne mahsuri lahir, difitnah dibunuh etcs.

lagi satu cite kan hemm oh ye bukan cite, the entrance fees untuk masuk nih for adult 5 ringgit, kanak2 sekolah 2.50, cam gegirl singgit. total 13.50.

ok ler yer pasal mahsuri nih, ramai orang tau cite mahsuri except generation yang memuda x belajar sejarah tu x tau lah.

dah jadi pencerita sejarah lah pulak kang kalo aku dok cungkil sume cite mahsuri kan, kowang kang lagi lah bosan lak entry gitu. hiks…

Comment: 7

Cable Car in Langkawi…

eh masih lagi lom naik cable car 🙂

abang ni tetiba suka buat gambo tak senonoh tau…

mood gegirl yang baik nak ngamikkan gambo mak pak nye…kdg2 nak ngamik gambo berdua makpak nya dia sentap coz dia nak nyelit sama gak

pusing2 jalan jumpa kedai accessories, gelang2 nih lam 1.50

took one for her, boleh takde kaler merah napa ek? merah tu kan cantik isk isk isk

n she makcik kecik nak beli 4 lak tuh, nak bagi her closed cousins, ok amik 4 pi bayo

girls pi dalam bayo, boys tunggu kat luor, abang snap gambo ala2 mak nye ngamik

alah blogger kan style amik gambo2 gini usually kan kan kan

ok dah naik cable car, baru pas beratur yang panjang hazab pasal kan depa baru bukak balik bila weather dah ok. yang kotak2 orang berdiri tu kan, ada 6 kotak means 6 orang leh naik lam satu cable car.

tapi masa nak naik cable car ada tragedi hangin aku sket lah. dalam row aku ada 4 boys, kami lak 4 family kan, so the 4 boys naik, bolehhhhhhhhhhh sirman suh aku ngan gegirl naik sama ngan depa!!! grrrrr. padahal orang cable car tu dah ckp kami berempat boleh naik sefamily kalaupun ada kosong 2 tpt sebelum kami naik tuh.

dahlah sirman gigih suh aku naik jam2 tu gak ngan orang dok pandang, aku x nak lah. sirman lak ingat mmg kena ikut rules, cukupkan 6, eh x naklah aku naik ngan depa dah tentu  nak naik segerombolan 4 orang family mak merah kan

iklan….pandangan dari dalam cable car…tinggiiiiiiiiiii!

ha ni aku ejek sirman yang pasal isu suh naik tu lah, sirman siap cakap  ni kang tu nak blogkanlah pasal ni kang. mestilah, awak ni we are the girls awak leh suh selamba je kitorg the girls naik ngan 4 orang lelaki asing. meroyan le aku kang. kalo korang the boys naik x pe gak ni mak merah ngan anak comelnya disuruh eiiii aku picit2 gakkang.

sib baik dlm cable car kami nih ada Russian couple so dia x paham apa yang aku periakkan kat telinga sirman.

ada gak gambo 4 orang, gegirl takut actually nak berdiri kat situ sbb sblh tingkap kan, dia nak dok tetangah je tu yang bapaknya pegang dia kekuat

ok kami sedang berada di kaki gunung mat cincang, betullah kot aku baca kat bawahnya dia tulih gitu. n there sejuk sepoi2…

sbb aku x bawak shawl pulak, aku pakaikan gegirl ngan baju tshirt abangnya yang mmg dah spare bawak sesiap. sonang keje acik, x delah dia sejuk sangat.

the 4 red family

turun dari ke bawah, kami berempat je naik in the cable car, x de orang nak share2, kalau pakcik tu suh gak aku naik berdua je ngan gegirl, dia nak naik ngan abang, lagi aku gigit gak mamat tuh.

so harga untuk naik cable car nih dewasa RM25, kanak2 RM18 total patutnya RM86 for 4 of us. since kami ada mycard, kasi tunjuk yer..jadik RM40!

beza x bezanya harga tuh, separuh yer….

cable car ni lagik syok lah dari bukit bendera penang tuh….

anw masa nak turun kan, ngelakkan facing ke bawah hahahahahhaha…sapa gayat nasib ko lah. aku kuranglah sikit gayat kot, tp gayat gak lah, gila ko tinggiiiiiiiiiiiiiiii tuh!

Comment: 16