Langkawi

MengGamat!

IMG_1012

dalam hujan lebat, carik jugak tempat nak makan….main boh jer. aku pun tak tau lah, tapi menu dia ko tengok ler, siap dia framekan hah! penah jumpa orang framekan menu kat kl nun? hahahaha first time aku jumpa nih…

IMG_1021

kitorg tembak makan mee je sumer, aku mee hailamlah, abang mee soup, gegirl mee goreng sharing ngan bapaknya, pastuh sume yang kitorg makan tuh bertukar2 merasa to 4 of us! masih lagi lam hujan lebat…abih makan lari laju2 masuk keter and dang…balik hotel!

konon ler nak balik…

IMG_1030

dah alang2 lalu kat kedai kilang Gamat yang besau nih, takkan tak turun wpun aku dah beli gamat kat kedai Semail..

IMG_1029

kat Semail depa jual 12botols utk RM9  kalau kat sini depa jual 14botols utk RM10. hah kalo tak silap aku berkira2 arituh. pastuh sapa ke cakap, kat Makam Mahsuri yek? RM8 utk 12 ke 14 botols! lagi murahhhhhh!!

IMG_1031

aku nih sib baik ler tengok baca dulu kotak2 tuh. ada kotak gamat tuh jual set gak kaler biru, harganya RM150. mak oi mahalnya, rupanya nama dia ialah lintah gamat. utk kesihatan zakar katanya.  hahahaha! aaa aku letak balik! coi tol

IMG_1037

mau bape? takde sapa kirim aku takde le belikan hahahaha

IMG_1039

hah sapa nak kuat?

IMG_1043

ada bahan2 mentah…apa ke menda akar draka mentua nih?

IMG_1045

1 of these nih, aku ada beli, untuk resepi sirih menyirih hahahaha wink 🙂

IMG_1050

dok setempat, jom balik hotellllllllllll!

IMG_1052

lalu ler pulak Chenang yang happening macam Bali tuh…singgah jap, aku turun sorang2 coz nak beli shirts, kan baju mak tak cukup. skirt biru tu ada datang ngan kuning, yg kuning aku beli

IMG_1058

pusing sana sini tengok, huh harga mmg meletup mahal. aku bukan foreigners yang oiii, napa le mahal nau nak carik tshirt pakai buang je kalau boleh pun…malas nak angkut baju bebanyaklah.

IMG_9413

anak2 dok dalam keter dok main gaduh main gaduh…

IMG_1055

sampai sudahnya aku kena panggil balik dek Sirman, dapatlah jugak 2 lai tshirts yang malam tu and esoknya jugak aku pakai…Chenang nih memang ala2 Bali jugak, tempat omputih selamba je pakai baju 2 lai tutup yang patut2. but sebab aku dah get used ngan Chenang so takdelah aku nak pi kat kedai2 nih bagai…lagipun harga kain bajunya tak padan dengan quality pun ye gak, not that good sangat with the price offered.

anw, takper, janji dapat jugak beli and penamat untuk shopping di hari Jumaat of Langkawi. terus balik hotel mandi manda, and zass pergi makan kat formal dinner under my company retreat, lepas tuh pengsan atas katil, depa ler tidur sesedap.

aku berjaga sampai kol 3 pagi buat s/posts berduyun nak kejarkan due date. pastuh kan…hahaha pastuh aku pun lari panjat katil bila asiklah komen pasal Misteri Malam masuk, dah aku terbayang2. muahahah. mak takuttttttttt!

 

Comment: 27

Gegirl Jumping!

IMG_0832

IMG_0836

IMG_0838

IMG_0839

IMG_0846

IMG_0845

IMG_0852

 

Photographer: Mak nya

Model : Gegirl

Theme: Jumping and mak cuba nak shoot pakai Canon S95

bolehlah yek? jadik sket jumping gegirl ni aku snapkan 🙂

Comment: 24

Bukan spending, but investments!

IMG_9315

kat sini makan kena 30hinggit ko!

sap sap soi je kena ketuk, entah tak tau lah ramai yg kat twit dok bilang kalau cuti sekolah ke memang manjang je naik harga mencekik di Langkawi. nih kat Chenang yang kita makan nih. main boh je carik gerai makan ada nasi campur. Sebab hari pertama udah ikut cakap anak2 dok kat beach, maknya hari ke dua kita dok bertangga kat Kuah town le pulak yek.

tekak mak ko pulak nak mencekik shopping!

IMG_9326

Tau Langkawi Saga?

opposite dengan Haji Ismail yang besau nun. memang ada yg cakap hari Jumaat sume kedai tutup…tapi actually after 3pm, kedai pun bukak. Just nice sampai Langkawi Saga, memang dibukak. cantiklah. Best about Langkawi Saga, the choc are cheaper than Haji Ismail Group. bezanya by 1 ringgit jugak tapi tak semua coklah lah, a few types jer.

n aku suka dalam nih coz ada towels tangan. tau dok towels tangan untuk kita lap lepas makan tuh. yang gantung kat bilik air tuh. Last year aku beli sampai 15-20pcs! selai tuh baru 2.30 koooo!

masuk2 Langkawi Saga, aku carik tuh dulu tapi ada tinggal 3 pcs sahaja! no more stockkkkkkkkk!!

IMG_9328

memandangkan kecewa dengan towels tangan yang tinggal 3 lai jer, so aku beli towel mandi bebudak, sorang 2 lai. abang hangin je sume towel biru yg dia nak ada bunga. dapatlah yg 100% cotton with no bunga2 sangat for him. towel tangan depa bawak pi sekolah pun, 3 sets gak aku borong, untuk umah mak aku pun aku beli sama jugak.

huh ini Langkawi Saga a must shop to buy.

n dalam  nih jugak aku bawak dari KL plastic coklat Bounty si Maya. ada lama aku jumpa dia, dah siap2 bagi plastik tuh coz she s one of the frens yang tau aku nak ke Langkawi. Ha, ko boleh, bwk plastik tunjuk kat staff L/Saga…terus dia pointed.

IMG_9332

no kuali belanga from Langkawi Saga…kita beli coklat kat sini je makan RM600! tell u the truth, untuk umah aku tak sampai pun 100 hahahaha! lain lagi 500 tuh untuk family members, kawan2 lagik. ngehhh…..katanya beli utk sekampung kan. ater acik tak laki aku geleng pala tengok.

Masa ni Haji Ismail Group tutup, ingatkan btullah tutup abih on Friday, tetiba baru nak masuk kereta…aku nampak orang ramai2 pusu kat entrance si Semail…wah koooooo! depa bukak kedaiii!

IMG_9339

apa lagik, suh budak2 kuor keter, jom jom kita pi kedai hijau tu pulak.

abang yang ….ala, nak shopping lagi apa mummy?

tu yang ngan laki aku pun kutinggalkan kat belakang, lambat nau isi barang lam bonet, bawak dulu anak2 sama pi ke Semail 🙂

IMG_9344

wajib to buy the satay ikan! ni Diva Darling dah ordered awal2 lor dari UK.

IMG_9351

ada coklat merata2

IMG_9354

ni nak compare prices kat sirman hahahah

IMG_9357

sirman and kids dok setempat, aku yg move around coz dalam nih sempit nau, manusia ke main ramai

IMG_9362

bebudak GBMs nak black choc, apa lagi twitpic lah mana satu yg depa mau!

IMG_9366

jap yek korang…dok dendiam kat sini hahahaha main le ipad ke psp korang tuh

IMG_9370

ok first round checked! only for choc…sumbat sumer dalam bonet keter…

IMG_9372

then kembali masuk semula nak carik barang berat plak. ini kain batik…ada kisah. ada ustazah Gegirl tanya masa hari terakhir nak cuti sekolah arituh, dialognya ginilah:

Sapa yang pergi holiday nanti cuti sekolah? Pergi mana?

so gegirl jawab...Saya ustazah, saya pi Langkawi

ooo boleh tak Ustazah nak kirim kain batik?

dia bagi 10inggit trough Gegirl

Allah, tak sampai hati aku nak amik, tapi tak sampai hati jugak aku nak pulangkan semula duitnya.

so aku beli 2 lai kain batik and bagi kat Ustazahnya sebagai hadiah. dah dia kirimkan. 2 lai lagik utk mak and mak mertua aku gak. aku amik yang dah siap jahit, senang nanti terus pakai je lah.

IMG_9375

setiap kali aku move around dalam tuh, anak2 akan turut dok setempat sambil jaga bakul2 mak nya

IMG_9378

Periuk belanga memang aku nak carik…2 yrs ago dah beli set pinggan Corelle, tahun nih kena beli periuk belanga lah pulak

IMG_9380

kuali merata! aku amik kuali yang paling besau, terbaik punya! suka sakan, hah amik bila nak balik gagau camne nak pack up barang

IMG_9384

Tefal set sudip and pencedok pun aku amik gak, for my house, for my mom and my mil wajib ada dapat. for my ipar duai pun ada jugak dpt, also to my close frens. Periuk besau Tefal tu pun aku sebat jugak! so yang lama boleh buat pakai rebus2 air akar kayu sirih den winkkk 🙂

IMG_9393

pastuh pi kat Visions set, ni memang aku dah aim nak bawak jugak balik. so i took 1 set with 3 pcs of periuk type tuh….

IMG_9400

n utk korang punya view jer…aku tak amik Corelle set nih…sebab dah melambak Corelle set ado kat umah nun

IMG_1003

pastuh abih shopping, abih buat investments, kitorg lari dok dalam kereta, sebabnya hujan lebatttttttttt hohooooo! baru rasa perut lapau nak mintak dimakan lagik setelah berejam kat dalam Haji Ismail Group. Itu yang cerita di Semail, blom lagik citer di Idaman Suri.

kusiap ajar Sirman, eh you kalau ada job kat Langkawi, you beli nih tau, you beli macam tu, you amik set nih, amik hok tuh gak.

bulu hangin je dia….

Set sudu garpu ke hapa sume aku borong gak, orang ingat aku beli utk tekak aku jer, but aku ada 2 family members, ada 2 mak, so tiap kali aku rasa nak beli nih for me, aku nak gak beli utk mak2 aku gak. pastuh aku ramai kawan2, pun aku rasa nak jugak beli for them. hah tu pasalnya pangai aku yang asik ingat nak beli utk orang jer.

cuma tu lah, ada 1 set nih aku terkilan betul tak dpt nak beli utk mertua aku, sirman lah punya pasal nih coz dia tak sanggup nak ngangkut. Kan dah bilang, kita sampai ‘shipkan’ 2 bags asing, dek bukan kerna excess baggage but kerna takut sumenya pecah berderai naik flight!

tu yang korang nampak masa lam twitter aku bilang Pasnih pi Langkawi tak boleh fly lah…

haaa….but mak suka. suka bangatttttttt!! kuali lama aku tuh dah 11 tahun usianya, telinga tangkai sebelah dia pun dah tercabut! kuali tu bagus sangat tapi takde tangkai tu susah tol nak masak, kena pakai sebelah jer….

ceh alasan! not like aku pi Langkawi tetiap bulan, lagipun benda ni sume investments tau. spending utk rumah sendiri. Padanlah napsu nak beli hbags takde, dok mengerat duit boli kat barang dapur jer. best perr 🙂

Comment: 50

De Baron Resort Langkawi…

IMG_9287

cubaan nak edit the entry of Misteri Malam via ipad gagal! hanginnya hakuuuuuuu! 3G aku ada tapi aku punya WP via iPAD nih memang bengong btul, dia kuor HTML manjang. tu pasal susah nak edit pakai iPAD.

IMG_9292

and after mekak2, dapatlah wireless, so aku buat lelaju lappy kat lobby hotel, just for few min only coz entry Misteri Malam tuh dah mmg ada dalam draft. masa tuh kan korang dok bertubi2 hantar email on citer seram. Keep it coming pls, memang ada je entry tuh utk korang…

IMG_9308

so btw, on our first nite we had dinner at the De Baron Resort. aku pun tak tau tpt nak makan ni dalam De Baron itself, coz ini main tabur jer bila nampak twit casper suh datang makan kat tempat lakinya si Atan bekerja. aku dok ingatlah gerai biasa jer, rupanya ko dalam resort!!

kita makan ala2 macam di pondok gazebo je youuuu….

Casper has been my reader for so many years, 3 kali aku datang Langkawi, 3 kali gak jumpa dia (minus last year, hubbynya yg datang amik hadiah utk anak2nya).  but tetengah makan, aku doklah twit2 pasal makan kat De Barons nih, hah yang follow my twits nampaklah kan my twit… suddenly ada couple ni datang….

oh makan malam nih kami belanja yek

eh eh sapa ke mamat nih, tetiba je nak belanja Red Family makan…

eh you sapa ya?

oh saya Zul, ni wife saya Fina.

kak red, depa ni boss and owner of De Barons

lam hati aku, so kalau owner napa nak belanja pulak dok

Sebenarnya saya memang follow twit Kak Red, saya nampak Kak Red twit yang kak red ngah makan kat sini and saya memang ngah makan sama kat meja tuh, depan meja kak red.

Lor padanlah aku perasan ada meja depan tuh dok pandang2 team mak merah.

hahahahah di mana2 saja readersku sentiasa berada. kita makan steamboat malam tuh….no nasi nasi.  Kiranya twit tuh kena pandang2 tak kira di mana kita berada, tetiba je muncul followers twit ko. muahahha. To Zul and Fina thanks for the impromptu dinner belanja.

 

IMG_9311

n inilah Casper. my sweet Casper buddy dari Langkawi. anaknya 5! aku nak kidnap anak bongsunya, mak datuk, gamaknya sume anak2 dia macam omputih betul. sumpah muka lawa hensemmmmmmmmmmmmmmm!

kak napa baju ko besau?

aku pinjam baju laki aku dah, kan aku check luggage baju sume tak cukup ngehhh. takpe dah malam, takde sapa nampak.

takde nampak hapanya, tu hah readers akak bersepah nampak akak dah.

sokay…biarlah sesekali nampak mak tak make up, mak mai Langkawi nak santai2 jer…nak rehat nak dok tenang.  Casper tahun depan kita jumpa lagik insyallah, mana tahu ko beranak 6 plak ngehhh!

Yang aku makan hati, De Baron punya resort hotel nih pun wifi internet dia free! seposen tak yah bayau. Meritus yang mahal tu pun nak charge2 ke main mahal…huh! Dok De Baron je lah pasnih, kat Pantai Chenang  pun ada cawangannya. Takpe aku dah kenal ownernya, so nanti boleh petik…

ahhahaha main petik je lah, korang pun nak petik, petik ler jugak 🙂

Comment: 38

By the beach…

 

IMG_0868

berpanas aku gigih dok kat tepi beach nih ngan anak2. hanya hari pertama ni jer depa main laut, pastuh takde dah, 2 hari pulak mandi pool. Gegirl yang suka gak mandi laut pun kureng nak mandi sangat coz panasnya Langkawi halahaiiiiiiiiiiii!! masa dok sini punyalah ramai omputih pakai 2 pc lalu lalang. suka bebenor korang ngan cuaca panas msia ni kan…

memang panas bangatttttttt!!

IMG_0861

abang tu kalau boleh nak berejam2 dok kat beach nih, mandi laut, main pasir. mandi main pasir. berulang2….

 

IMG_0908

pastuh laki aku dok panggil dari jauh, katanya dok kat tempat nih lagi redup…kedek2 ai datang bawak selipar diorg sumer…

IMG_0917

gini gomannya tiang nih. macam berlumut2 gak. Malam tuh, ko tau air laut pasang naik sampai kepala aku tuh. hah size tiang tuh! sebab malam tuh kita lalu kat darat, boleh nampak dari jauh itu air laut darr……

IMG_0915

forced by RD to berdiri situ dendiam, dia cuba nak capture gambar omputih lalu belakang aku, tapi gambar tu aku tak nak letak hahahaha, sib aaa

IMG_0921

sebab aku pi bercuti waktu hari kerja, makanya tepon call in masuk berduyun2…..

IMG_0923

hah dah abih on the phone sambung balik posingggggggg….

anak2 main pasir dar. apa aku nak buat lagik, nak bukak ipad, tangan berpasir

 

IMG_0924

jauh jugak beach tuh punya tiang!

IMG_0931

hah tak koser sudah….tak larat. panas and lagipun Gegirl adalah mekak2 nak pi pool

so aku bawak dia naik ke pool and the boys to join later…

IMG_0946

poolnya besau….ada untuk budak2, jacuzzi pun ada, yang budak besau punya size ada, rendah meterss untuk less than 5 yrs pun ada…..

sejam kat sini, kita berduyun naik ke bilik…selepas aku berpusing ngan sirman kejarkan depa suh naik….

IMG_0984

hasilnya budak2 dah tak macam Abang, tak macam Gegirl, ke main lencun ngan terbakarnya kulit memasing. kan aku bilang, sunblock sume aku terlupa, solution pun terlupa. bukan tu jer, baju pun tak cukuppp woiii. spentot abang tak cukup, yang baju tuh, sampai aku kena pinjam baju sirman and on 2nd day aku pi beli baju 2 lai lagik. entah apa2 baju yang aku bawak tah. jenis amik campak amik campak, susun pastuh ler, apehal bawak baju nih.

trip kali nih memang aku tak berapa kemaskan luggage, sebenarnya dah siapkan kain baju depa lam luggage 2 weeks awal, hanya di malam nak pergi je aku rombak balik, ingatkan oh ni tak yah, tu tak yah. ha padan muka hahahahah!

ok takper…janji mak dapat periuk belanga. kain baju tak cukup, no issue hhihihiiii!

 

Comment: 22