Langkawi

Fly Fly Firefly….!

IMG_0662

Trip to Langkawi, kami naik FireFly, sukalah naik FF coz last year pi advertorial event job kat Langkawi pun, naik FF jugak. memang memuaskan hati sangat. Dekat pun dekat jer ngan KL, Subang Airport kan. Pepagik lagik dah kuor umah and bertangga kat FF nih…

Luggage kita nampak macam kurang? actually macam biasalah, setiap kali travel, dalam big luggage hitam tu ada luggage jugak. N paling horror bila balik dari Langkawi kali nih, kena beli dua lagi luggage bag! hamik ko!

IMG_0665

apesal cerah benau ni bang gambar nih!

IMG_0667

Tell u, aku beli baju merah tu 2 lai! satu lagi tu bukan for me, memang merah jugak aku sauk, but will be giving it to my gf. Sedap betul baju merah ni kak oiii! both baju and seluar dari Zara. seluar tu pun aku beli 2 lai, ada satu kaler merah. Comfy gila pakai.

IMG_0672

aku suka check in cecepat, campak bag and pastuh hah nak minum makan ko bantailah. This gerai melayu dalam Subang Airport tak pernah mengecewakanlah….tempat makan ni je lah yang kita pergi kalau pun datang Subang Airport.

IMG_0684

Boleh gambar nih, abang yang paksa suh amik jugak…dia tu memang tak suka bergambar but coz benda nih cam menarik kat mata dia, hapa lagik ai ngan Gegirl menumpang kasih sama.

IMG_0692

Sebenarnya kita tau seats kita will be belakangggggg sekali (tangga kuor masuk FF di pintu belakang), tu pasal kita beratur masuk lambat. but coz aku ada budak2 kira kanak2 didahulukan jugak suruh jalan dulu….oh sama jugak macam MAS ek, kalau ada jer kids, memang diutamakan.

IMG_0695

Booking via internet, so tu pasal allocation seats kita dah buat sesiap. Kalau MAS aku memang booked untuk depan sekali, kalau FF aku amik yang belakanggggggg sekali. By request anak2, mak kena dok ngan Abang, Gegirl nak duduk ngan Daddy.

btw saya pilih FireFly nih coz best kat Subang. tak yah gi jejauh nun kat KLIA. ada member aku sama je harga yg dia bayar with MAS to Langkawi ngan apa yang aku bayar with FF but coz aku punya ni Subang, aku pilih FF wpun sama je package harga 2 A 2 kids kitorg wt MAS.

but siksanya dia kat KLIA, return cab je dah 200, return cab aku hanya RM120 (pergi via cab, balik via van teksi FF), so yang MAS pergi langkawi punya lagi rugi hahahaha

IMG_0723

dalam sejam je flight nih, Gegirl and Sirman bantai main iPAD. tips satu lagi untuk terbang or travel ngan anak2, PSP and iPAD memang sangat wajib dibawak sama, kalau tidak, hahhahahah tak sanggup nak dengo depa berzikir! Abang plak tidurrrrrr sepanjang dalam flight, aku pun dapatlah jugak tidur 10min. ngantuk!

IMG_0776

Sampai sudah….Langkawi

IMG_0778

Kalau hujan mbe ada chartered kot yang datang amik, tak pernah lagi aku pi terbang memana yang waktu tu hujan untuk berjalan dari flight ke terminal. Tapi waktu balik, kita berhujan (ado payung oren).

IMG_0784

anak2 dah bertempiaran lari ke depan, angin kuat, rambut bersepah!

oh bestnya….

ai really love Langkawi.

Sampai aku bilang kat Sirman, trip kita ke Langkawi, has to be every year! bukan oversea yang kena wajib pi tetiap tahun, but Langkawi! sapa ke yang komen kata tak suka Langkawi sampai tak nak mai lagi tuh, alolooo….napanya dik? bestlah Langkawi nih, ramai orang buat reference pi Langkawi dari entries akak, ko pergi tak sempat tengok review akak yek.

For mak2, ladies, biasanya serbu Pekan Kuah untuk shopping…oh cerita ni aku suka.

Kalau boys pulak, go cart ada, cable car ada, melawat tempat2 bersejarah di Langkawi pun ada….nak tengok minah saleh pakai 2 pc punnnnnnnnnn ada 🙂

 

Comment: 60

Cuai kena Creative!

IMG_0989

bukak lens, baru perasan ya tuhan mana ke casing aku! tertinggalllllll! not just that, fav comb aku pun tertinggal sama. padahal aku rasa aku dah letak atas luggage!

you bukan ke satu rumah you bawak tiap kali travel? ada jugak yang tinggal?

ceiii, hampehs ko Sirman!

sikat you tu pi carik kat kedai Langkawi tu jer lah.

Memanglah ada sikat2 lain, yang travel pack punya tapi kecik, tak sedap. macam sikat anak lelaki aku jer. Yang kat umah tu punya gak sedap.

so casing lenses aku apa lagik, kalo dah takde, terlupaaaaaaa sangat. biasanya aku amik yang dari Solo Care punya casing extra, kat tiap box kan ada, but aiyakkk, dah nak jadi cite lupa kan.

so letak lam piring cawan bilik hotel nih.

but tak mampat pulak, banyak buang solution aku je.

IMG_0994

 

tukarkan ke dalam cawan.

tutup ngan piring cawan tu gak. malam pertama carik, tak jumpa kedai yang ada jual solution. bantailah, dok le ko dalam cawan tuh. aku ada Gucci spek, so leh back up if in case lense nih lebur. lgpun back up lens pun memang sentiasa ada dalam travel pack. For this month i m wearing the grey colour of lense.

Ni namanya cuai lupa nak bawak casing, tapi kena pandai creativelah olah. Jangan ko pakai simpan kat tisu pulak, kompem kering! Kawan aku dulu lagilah, dia takde solution, pi bantai air paip. esok pakai hah ko mata sakit, lens tak leh nak terima mata ngan air paip semata.

Eh eh last year aku mai Langkawi, pun issue sama gak terlupa nak bawak casing! ceii, padahal ada je banyak casing baru kat umah tuh, napa le sokmo lupa nau letak lam travel bag kecik nih. why why lar….

Comment: 36

Kembali ke Langkawi!

 

IMG_0944

aku nak mandi? hahahaha tak kuasalah…

tak suka ngan air pool mahupun air laut. itupun dalam last minute terlupa nak bawak sunblock bebudak! akan kupastikan carik jugak di mana2 kedai, tapi bila nampak kedai manjang je lah pulak lupa.

IMG_0946

dari laut ke pool….

gegirl and abang dok zikir2 nak mandi nak mandi nak mandi!

nanti balik kl baru kita back to zero ke belakang ke depan yek…

IMG_0925

dah 2 hari di Langkawi, for our personal family trip, followed by a company trip. Kita flew awal coz i loveeeeeeeeeee Langkawi. Dah tiga tahun berturut2 bersidai kat Langkawi nih, 2 yrs ago for holiday, 5 hari pun rasa lama masa tuh dok Langkawi. last year for my Nuffnang job, IUS event, ingat tak? cucuk2 utk tak bagi kita beranak tu ler….

n again nah, saya kembali semula ke Idaman Suri dan Ismail Group. eh eh….

terpusing hakikat bahawa memang aku nak bertangga kat situ je bila sampai Langkawi nih.

Tapi wpun setiap tahun pi Langkawi, still aku bukak entry Langkawi dalam RM nih. last year tak mantap nau, last 2 years punya trip terbaik punya review wa buat, siap ramai korang ikut program Langkawi kita tuh kan kan? ah jangankan ko, aku pun bukak kitab nih balik. Nobody’s perfect mahupun tuan punya RM nih gak, kedaung sama yang oiiii!

Eh hangpa, mohlah bagi email itu entry Cerita Seram lagik, kita kembalikan semula aroma Misteri Malam di RM, dulu sokmoooooooo ada, pastuh bila dah semput sume lupa nak anto. meh meh….Misteri Malam nih boleh gak selamatkan aku yang banyak nau keje nih.

ni ngah holiday nih, ada tigo task tak sesiap lagik nih, buntanglah mata nih lagik, eyebag aku dah sama naik daun betul. Cuti pun kena carik tenet gak, not for blogging purposes jer, tapi kojo melambak!

Later…going to visit the Haji Ismail!

 

Comment: 45

Merancang kehamilan menggunakan IUS -Levonorgestrel…

IMG_1219

This entry is going to be a very straight forward entry, khas untuk wanita yang mementingkan perancangan keluarga dan effective contraception (pencegahan kehamilan). Mungkin ada perkataan dalam entry ni yang korang akan rasa ‘iskk, malunyaa’ ha something like that. tapi take this as a new lesson to you. Even me pun belajar dari Bayer Schering Pharma jugak.

How many of you yang merancang keluarga melalui:
1. pil dan ubatan?
2. kondom?
3. implant IUD to your body?
4. pancut luar?
5. tidak langsung mahu berkelamin kerna takut akan melahirkan?

dummy yang aku pegang di kiri kanan itu adalah contoh IUS -Levonorgestrel yang dimasukkan dalam rahim kita. idaklah besar tu, kecik giler jer. IUS -Levonorgestrel is a plastic yang berbentuk T kecil dengan dikelilingi oleh lengan silinder yang mengandungi hormon levonorgestrel, yang duduk dalam rahim kita selama tetap untuk tempoh 5 tahun.

IMG_1234

Untuk mahukan dan membesarkan bayi, semua pregnancies hendaklah dirancang, diperlukan dan sangat disayangi. Sebab apabila kelahiran yang tidak dirancang terjadi, itu yang jadi kes buang baby. Seperti contoh di Asia sahaja, pastinya Malaysia termasuk, 1 daripada 3 kelahiran adalah tidak dirancang. Bila ada yang melahirkan secara luar nikah dan malu untuk berdepan dengan masyarakat setempat, kes buang bayi makin meningkat. itu semua orang sedia maklum kan…

Dari sebab2 yang tidak mengawal kehamilan, unintended and unwanted pregnancies, terjadilah:
1. Abortion secara haram
2. Wpun berkahwin, perkahwinan menjadi tidak harmoni coz mungkin mereka sudah ada 6 orang anak, and bertambah lagi, so ada burden di situ.
3. Spouse and child abuse, coz penambahan anak sebagai bala pada ibu bapa.

Kemudian kita juga tidak mahu mengawal kehamilan kita coz ada ketakutan pada:
1.    Berat badan bertambah
2.    Menstrual pattern kita akan berubah2 dan terganggu.

3.   Tidak lagi subur jika sudah lama guna hormon

4.    Penyakit2 sampingan dan sebagainya…..

IMG_1240

Speakers of the day, from left:
Dr Suresh Kumarasamy, Obsetetrician & Gynaecologist in Penang
Dr Andrew Zuschmann, Specialist Obstetrician & Gynaecologist from Sydney Australia
Dr Harlina Siraj, Associate Profesor, Consultant Obstetrician & Gynaecologist in UKM
Dr Ho Choon Moy, Consultant Obstetrician & Gynaecologist from Hospital Pantai Cheras

IMG_1223

Medias, Speakers and team members of Bayer Schering Pharma

Kenapa IUS -Levonorgestrel adalah pilihan yang tepat dan wajar untuk pencegahan kehamilan:
1. dalam 1000 pengguna IUS -Levonorgestrel, the incidence of pregnancy is very rare, mungkin satu sahaja yang akan mengandung.
2. untuk jangka masa 5 tahun, sekiranya kita bercadang untuk hamil semula, boleh je cabut dan the next month u can get pregnant.
3. tiada darah haid dan pms. so kalau dalam masa 5 taun ko pakai IUS -Levonorgestrel, maka 5 tahunlah kita bebas dari darah haid, at least 20% will have no bleeding at all.. itu bagus coz mostly ramai pompuan yang ingat lebih baik ada darah haid, kang orang kata kita dah menapous pulak. No! If you ask your personal gynae, he will give u the same answer as well, IUS -Levonorgestrel is the best choice.
4. Tiada ‘missed pills’ kalau pakai perancangan melalui pils, terutama aku, benda2 yang kena makan ni memang sokmo je lupa and skip. so bersiaplah anak2 aku mungkin lahir setiap tahun 🙂

Ada wanita yang menganggap ‘ikat mati’ adalah jalan yang lebih selamat. No, this is not necessarily so! Macam muka ko dah cantik tanpa apa2 botox/injection, suddenly ko pi buat, apa jadi? It s a permanent disaster! You cannot change to your normal face back, nyesal tak nanti?

serupa jugak dengan those yang ‘ikat mati peranakan’ mereka, coz hoping while having sex, they dont have to think bout having another child. or mbe tak nak anak langsung.  Ikat mati or sterilization should be considered kalau couple tu dah absolutely certain yang korang tak nak lagi another baby. it s a very serious decision to make, akan menyebabkan depression dan penyesalan yang berpanjangan sekiranya selepas beberapa tahun, baru rasa feeling nak beranak lagi. Kerna itulah kita perlu mengambil IUS -Levonorgestrel yang lebih mementingkan reversibility yang mana kalau masa tu rasa nak beranak, u can just remove the IUS -Levonorgestrel.

IMG_1265

IUS-Levonorgestrel has been in our Malaysia market since more than 10 years ago. Aku pun pelik kenapa tak berapa ramai yang tau IUS-Levonorgestrel nih, in fact aku pun baru je tau nih. coz ramai je orang suh buat IUD but not IUS -Levonorgestrel. sebab ramai orang tak didedahkan dengan this info and knowledge. Even 2 panel doctors of the day, Dr Harlina Siraj and Dr Ho, keduanya adalah pengguna IUS sejak 10 dan 4 tahun yang lalu.

Kenapa saya dan wanita lain menyokong IUS:
1. sangat2 highly effective than IUD/pills
2. Convenient means fit and forget, tak perlu nak ingat apa2, pakai je and for 5 yrs kita hidup bahagia without condoms , pill etcs.
3. Lighter, shorter and less painful periods, kalau dulu period pain sangat hazab, kemungkinan untuk tidak mendapat menstrual selama kita pakai IUS -Levonorgestrel adalah tinggi.
4. Extremely safe, for inner and local action.
5. Fully reversible, tiada penyesalan, ada options untuk merancang keluarga atau menambah semula bilangan anak.
6. Smooth transition, in 10 minutes je pakai IUS -Levonorgestrel, dah boleh pi kerja and go back to your usual life 🙂

IMG_1222

Both Kim and I are excited bout this talk and we plan to have it a try, sooner or later. I have contacted my gynae and he s happy to insert the IUS -Levonorgestrel. Saya masih tak planning lagi nak menambah anak, so rasanya daripada tetiap bulan risau napa period datang lambat, eh aku ngandung ke, etcs, baiklah pakai IUS -Levonorgestrel. the IUS -Levonorgestrel gives good value of 5 years, lebih murah dari perbelanjaan 5 tahun wanita utk condom+ pills + period pad etcs…
so worth it.

btw, berbincang dengan partner you, suami untuk prospek yang lebih panjang for the IUS -Levonorgestrel, sekiranya partner or husband tidak bersetuju, susah jugak kita nak buat IUS -Levonorgestrel nih.  I m trying to convince RedDaddy too, hopefully he will give his greenlight very soon 🙂

IMG_1276

So now, ibu2 ataupun wanita yang ingin merancang keluarga, for various reasons:

1. Financial – mungkin penambahan anak akan mengikat ekonomi keluarga, then consider IUS -Levonorgestrel

2. Marriage – untuk menjaga keamanan keluarga yang mungkin suami hanya mahu 4 orang anak, dan tidak mahu menambah lagi, consider an IUS -Levonorgestrel.

3. Future planning – mungkin sedang ada seorang anak, and berasa ingin sambung belajar untuk tempoh hampir 5 tahun, consider IUS -Levonorgestrel then.

4. Tutup kedai – means sudah tak nak beranak pinak lagi, jom jom buat IUS -Levonorgestrel

5. Apa saja kemungkinan dan alasan, dalam prospek Islam juga kita boleh merancang keluarga, walaupun ramai anak itu rezeki but tidak bermakna kita tidak boleh untuk mengawal bilangan ahli keluarga, jumpa doctor and dapatkan khidmat nasihat IUS -Levonorgestrel.

Thanks Bayer for arranging this very informative meeting recently in Langkawi, giving us a chance to meet the experts and get to know bout IUS -Levonorgestrel memang satu-satunya pengalaman dan information yang sangat dari dulu saya tak tahu, oh now ai knowwwwwwwwwwwwww!

bila insert IUS -Levonorgestrel in our faraj, bukanlah di bahagian depan, tetapi jauh di dalam. while doing intercourse, your partner wont feel it at all coz the IUS -Levonorgestrel is wayyyyyyyyyy inside, not even noticeable. To help you to understand this IUS -Levonorgestrel treatment, get the consultation from your personal gynae. Or else boleh visit this link . May also email to my.bsp@bayerhealthcare.com

Comment: 27

Shopping till drop….katanyalah! drop lah sangat!

IMG22805

entry shopping hek yang korang naakkk….tak gak lah soping kali nih. wa takde sirman together2 lah, susah nak angkut barang. n luggage juga adalah tidak muat. itupun kan masa amik luggage kat airport subang, kitorg kan under media ni dpt backpack yang sama je itam, but aku dah siap2 tanda utk bag aku so leh recognize lah. sekali yang kuor bags diorg dulu, bag aku last. aku antara orang terakhir plak tu kuor. huiii….

ok ok sambung cite shopping yg sedang2 jer. serious kak, aku beli choc jer 95%. 5% adalah ehheheheheh…wait aaa wait…

IMG22808

macam aku ckp kat entry shopping arituh, i only shop2 kat Langkawi Saga and Haji Ismail Group. and akulah jugak yang cabut awal balik hotel kerna kecapitan tangan. moh tengok apa yang ada sampai 95% benda aku beli adalah coklat.

IMG22764

coklat bersepah2….tak tau pun harga kat kl berapa, but dari dulu orang chop cakap coklat kat langkawi adalah terkenal ngan kemurahan. so wa sapuuuuuuuu!

IMG22765

ni beso2 ni ko hengat aku amik, mana muat tangan dah…

IMG22766

i bought these

IMG22767

not this one, coz beso n bulky

IMG22769

not this one too

IMG22772

ni aku beli berset2….

IMG22776

ni aku sauk 2, satu yang plain utk abang, satu l lagi ada kacang utk gegirl, gegirl makan ciput jer lebih sebotol tu aku wallop!

IMG22782

hok nih aku amik adalah sket….my family suker brand nih…

pastu sume gambo coklat aku dah tak larat nak amik coz bakul yang aku bawak dah over berat…siap anto kat kaunter mintak depa pegang dulu and aku amik lagi satu round. puas hati tol dapat beli ole2 bagi family and frens from langkawi

IMG22787

pun aku sauk gakkkkkkk!

ikan bilis dia pun aku hamik 4 packets utk bahagi2 to my family

IMG22795

the other part pulak lam Hj Ismail Group ada barang2 dapur. iskk tertawan tol hati lah ngan benda2 nih. katanya pun mak kan!

IMG22796

kalaulah pi satu family, aku angkutttttttttttttttt periuk belanga nih

IMG22797

tapi kerna tak de daya amik gambar je lah, buat kenangan….

IMG22798

ni Jemah suker nih english2 style…bunga2 bagai.

IMG22800

ehhehe this one yang aku amik. ada brand yang bagus tp flat pan nih takdak. so ni brand biasa jer, harga pun RM35 kot per pan, aku beli sebab senang nak goreng burger and buat telur mata kerbau. leper semata je kan. dapat sekali spounge and kayu sudip memasak. ai suker uuuuuu! sanggup nih tak dpt beli 5 kotak, aku beli sekotak nih jadilahh….kat klcc ado jual, harga 55 ke 65. jimat kan??

IMG22803

dan sekali lagi sebagai pencinta dapur di rumah, kain lap tangan nih aku beli sampai 10! abih sumer kaler nya aku sauk. murah koooooooooooooo! kat kl aku beli arituh, forgot where, at RM10 per pc, memanglah tebal kainnya. tp ni pun not bad, coz aku tukar kain lap tangan nih everyday or sekali dalam 2 hari. so worth it, harga hanya RM2.30 sahaja. pastu ada handkerchief utk anak2 aku pakai pi school, itu jer 2 dozen mak sauk.

pastuh kain lap tangan versi kotak2 pun 2 dozens gak aku amik. kain tu pun leh buat lapik pinggan waktu makan. benda murah kan, harus aku rembat.

IMG22804

kuor dari beli barang2, masyallah baru rasa sakitnya tangannnnnnnn, naik perit jari. tapi tak puas hati coz tak dpt nak berjoli lagi, yelah again, aku kalau ada trusted driver or ada keter sewa sendiri senanglah nak angkut, tp bawak luggage pun kecik je kan. alangkah enaknya kalau dapat pergi lagi, for personal holiday pun boleh gak, i dont mind, but this year memang takde plan untuk family kami anak beranak ke sana….

mbe tahun depan kan….

ok slamat dah cite langkawi, the main topic will be out emm…

not today, next week jelah yek… 🙂

Comment: 22