Make Up

Story of makeup tools….

 

 

 

IMG_9933

aku ada beli ni dalam RM4 sekotak, reasonnya pasal dalam pairs tu memang pelbagai types of lashes. Takde le dalam sekotak sama je design dia kan. I think murahlah kot, aku kan nak menerai pakai dalam jem tuh, tapi tak buat2 lagik, will do one day. Lupa manjang nak bawak glue sedap ke dalam kereta tuh.

IMG_9975

tapi satu hari lain, aku dapat delivery 2 kotak nih. Ler, ni mana pulaknya heh. Dalam 150 items yang aku beli (dude now the numbers akak beli online dah getting increased, barang yang dah arrived about 42pcs), aku tak tau ler napa seller hantar ni, mungkin coz ada salah satu items aku tu, dia salah hantar colour kot (kan temporary tatto mata aritu), coz nama takde hapa bagai takde, compensation kot. Still donno ler dari sapa. Bertambah2 lagi ler eyelashes mak, dah macam aku pulak jadi mak andam, masuk ni mau ada stock like 5-6 kotak (yang lama punya lashes pun tak abis2 lagi).

tapi yang ni pun kan, dia punya lashes pun lelain each pairs tu, so bagus gak lah.

IMG_9936

ini pulak handy small eyeshadows. Kecik jer, senang usung kulu kilir too. I have tried all colours, sukaaaaaaaaa bangat bah!

Kalaulah aku start buat makeup dari umur memuda dulu, mau aku pun jadi macam si Cosmo By Haley (tak yah google lah)

 

IMG_9960

kiri tu aku pi satu makeup house kat KLCC nun, menerai segala beam (nak compare tengok camne dia pakai dengna aku pakai), tak berkenan sket le cara dia pakai plak, aku pakai lagi molek kot hahahhaa….dan kanan pulak is my 3hinggit bling bling earrings. Aku dok cite make up je kan, tunggu batch akan datang pulak the accessories segala, semua dok on the way dah.

IMG_9915

ini my latest edition (as of this entry lah) tapi sebenarnya ada lagi banyak editions lain but aku malas nak letak lam nih, nanti tu lain postlah. Dedulu aku ada gak palette for blushers cuma tak sebanyak ni, and dah habis, most of the colours. Begitu le pakai sampai licin. Mungkin aku bagi orang kot, coz katalah ada 10 colourspun, aku pakai banyak for 3,4 jer, lelain sure banyak lagi.

Frankly speaking, aku suka kaler light for blusher, light pink or light brown. Kalau aku pakai heavy colour, aku akan tambah kaler lembut lagi, or highlight sikit tak nak so much.

Cuma tulah bila dalam jem or dalam kereta, agak sukar nak ngagak the gelapnya, or lightnya pasal lighting tak elok dalam parking tu (udah aku kan last touch up masa parking pun).

IMG_0170

Huh nama kau! Better than Sex katanya….Kalau urgent, akak beli bayau je RM82 tuh, tapi tak urgent so i boleh tahan sabar and tunggu big sales memana ler…

Eh mascara ni akak belum beli yet, dok menerai kat Sephora. Tempting gak….ada jalan? Tapi kan korang penah tak bila menerai memacam kat Phora tu, or memana lah kan, best sedap jer, but bila dah beli balik rumah pakai 2,3 kali, tak sesedap masa kita try nun. Tak kisah ler apa2 pun, mascara ke lipstick ke, apa pun….ye dok?

 

Comment: 5

More makeup tools and perfumes!

IMG_9238

ini subject yang paling aku suka sekali. Make up. Selain shopping ler. but make up tu datangnya dari hasil shopping gak. I think gambar ni dengan apron dalam kereta was on Oct kot or early Nov, dah lama, apron pun dah takde. Skang dah ada proper cape to cover deburan dari kena kat baju (specially the loose powder).  Jadinya ni kerja dalam jem gak lah. korang tolonglah jangan ikut pangai akak yang pakai make up dalam jem, kalau tak biasa. I ve been doing this for over 15 years.

Kerja hari tu, dalam jem, ialah buat muka sebelah make up dan sebelah lagi kosong. I wish ler boleh tengok tv (lagi bahaya) or buat apa yang multi lagi sambil jem nih, iron rambut tu kalau boleh pun afdal tapi cecukup le ngan makeup jer kot.

IMG_9252

The hasilnya bila dah full makeup. Pi kerja jer mar….tapi aku ngah nak cuba belajar pakai eyelashes dengan tahap kelajuan terpantas untuk day to day use. Saja jer. it s not nak show orang ke hapa but ini benda yang kita punya passion. Aku bukan pun make up artist but I just love to explore kat muka aku  ni hah ler. I memang le geti pakai sendiri lashes tu tapi kadang2 amik masa, so aku nak try nanti dalam kereta sambil dalam jem tu, pakai lelaju, how long aku boleh buat.

IMG_8416

Last month gak, aku ada pi Kenanga. Carik benda lain, benda lain yang aku borong. Eh accessories kat Kenanga tu murah ler. daripada hangpa beli kat kedai yang start ngan S or C or L baik ler beli kat Kenanga. My accessories kat situ aku beli macam rantai tu 5 inggit jer.

Chop, apa nak malunya pakai barang murah yek? Aku bawak Chanel, but i do wear other cheap stuff too. Tak payah ler sampai atas ke bawah semunya  nak Ferragamo ler Prada ler.

So ni ler antara barang2nya, more to storage kot. But macam cape Loreal hijau tu, bukan beli. Micheal hairstylist aku bagi, sian dia tengok aku menggagau carik cape tu. So dia bagi dua, satu hijau ni half one and satu lagi purple pulak aku pakai untuk dalam kereta coz bila kita duduk dalam kereta tu, tang peha badan tu elok cover ngan cape labuh ler.

Bebenda lain ada yang aku beli dari online obesi, ada yang dari kedai 2 ringgit pun hado. Kedai DIY pun ado gak. Pandai carik, jimat le belanja.

 

IMG_8776

Kipas ni takde choice ler, aritu letak kat atas tang dinding, tapi tak berapa coverage one side. So laki aku suh pakai kipas ni letak kat situ gak, jadi mengganggu betul ler aku punya barang2 make up lagik. Hish redha je lah.  I baru jumpa yang storage merah tu, kalau tau tu aku tak beli dah yang lipstick / liners punya storage tu. Ini ada tambahan lagi, i m waiting for about 50pcs brushes set, on the way dah.

Ko nak bukak kelas makeup ke Kak Red?

hahahaa….suke hakak ko le kan, aku tak kacau orang, aku kacau muka aku je sendiri.

IMG_8765

Ini pulak bukti aku berada di tempat kejadian, at one of the hotels, ada warehouse sale untuk perfumes and selected makeup items too…

 

IMG_9211

Ini among the perfumes yang aku beli, 2 ketul for this, Brand lelain pun ada, the next few days dapat gak hadiah dari kawan gak. Hok nih aku amik coz dedulu punya kenangan, masa baru bertunang, baru kahwin laki aku suka belikan perfumes ni. Specially dia akan beli dari Spore masa dia based kat sana dulu ler. So ai pun amik ler ni 2 ketul. i m running out of perfumes kekdahnya.

 IMG_9601

ini takde kena mengena dengan make up but aku suka palazo 3 quarter ni. Dah ada 3 (2 blacks and 1 brown) kalaulah ada lagi kaler lain. Hok yang oren merah aku ada tu tak sama materialnya, itu lebih lembut dan lebih nipis. Yang ni tebal dan can be worn for office too.

Ini gambar di one of the hotels, tolong hantar amik BFF aku.

IMG_9589

Hah untuk gambar lebih besar. Bagi kawan aku pegang camera amikkan gambar, dahlah snap seketul jer, pastu takde seni betul hahahaha, baik aku selfie je lah!

IMG_9603

Kami makan pun kat situ gak, ini makeup hasil dari from the jem too. Bukan proper make up kat rumah. Boleh kata kan dik, kalau weekdays tu akak memang tak make up kat rumah ler. Biasanya dari rumah tu hanya dengan foundation (if rajin) dan loose powder. Cikgu2 Zeeshan dah biasa tengok muka hakak kau ni dengan takde make up, kadang2 kering kontang jer, coz pagi2 kan ai is keluar rumah hantar Zeeshan sekolah baru pi kerja tu.

 

IMG_9479

ok sambung lagi plak make up tools. This crystal clear swab box ni susah giler nak dapat kat KL! Sungguh, even online KL pun amik dari obersi gak, mainly China kot. But ni pun aku beli online gak lah. Yang lama punya jenis lain, but aku dah sedekah jariah kat anak dara aku.

Magic spounge, kegilaan beli banyak hahahaa….tu pasal betul ler ko cakap yang akak ko ni nak jadi makeup artist ke nak buat kelas make up kan? kihkihkih…

Tapi uniknya magic spounge ni aku add up ngan yang ada batang holdernya tu.

Yang merah tu is my cape, ini je cape aku beli. Dah cite kan kat atas – for hijau and purple, Michael sponsored.

IMG_9618

selain yang biru gitu, yang magic spounge tang pink merah tu, bulat gitu gak. Ni sampai later. Ai kan ada 97 items beli gitu kan hahahaa, so ini semua antara2nyer ler..

 IMG_9514

Betul rumahku syurgaku, but konsep opisku bahagia ku juga kena ada. Jadi kalau orang penuh meja dengan stationary set, i do have that too, in the red storage. But yang hitam ni, asalnya orang buat untuk letak stationeries le kan, tapi aku pelbagaikan untuk letak make up tools set aku. Ko ada siap dengan makeup remover lagik. Ini sambil buat kerja boleh je tanggalkan dengan pakai wet tissue too, biasanya lagi 15min sblm nak pi surau tu aku dah kosongkan muka.

Aku kan kerja multi, tak boleh nak satu2 kerja le dalam satu masa. The black container/storage ni akak beli kat kedai DIY jer dik.

Eh gel make up remover tu pun akak ada sebotol dalam kereta gak. Balik dari kerja odw tu dalam jem gakkan, akak menanggalkan ler semua make up. No persinggahan of cos. Benda2 ni semua tak makan banyak minits ler.

Told ya, being Supermak, semua nak on time dan jugak make my kerja smooth sikit ler.

IMG_9510

The stand tu akak dah blogkan aritu, yang temporary tattoo mata ni, ai ada project something nak buat. Tapi bongoknya aku ordered merah, dia pi hantar kalerful. Eiii!! dahlah kita tak cukup masa nak tukar2 lagik. Geram betul aku.

IMG_9485

eh swab n lagik, tadi pakai pad yang 4 segi, ni yang bebulat. Better pakai bebulat ler, senang nak kuor dari swabnya tu. Ini antara tools yang aku paling cinta gak, really helps.

Lots of you dok tanya online site akak beli ni, boleh tunggu sampai early next year tak dik? Nanti baru akak reveal. Insyallah. Ko kena bagi akak dapat semua items akak, happily ever after baru akak leh share ngan korang yek. Sabariah ler sikit, sket bulan je lagik pun.

So, dah bape puluh items kuor sini, maybe ada lagi 30 – 50 barang belum jaja.  coz as of today, ada 70 items lagi masih on the way, meaning 20 dah selamat akak pakai dan tayang, wpun tak semua pun akak show show, but jadik ler.

 

Comment: 5

Mengawan makeup lagik…

2,3 minggu ni aku ngah musim mengawan make up.

Asyik nak make up je pepagi buta pergi kerja tu. Pastu dok beli memacam gak barang makeup. Kat rumah aku tu ada kedai kecantikan, kat BSP. Sebelah ngan Gadget World.

Dik akak dah bagi specific location ni, pergilah carik yek kat situ.  Tapi harganya memurahlah, kalau kulit korang banyak mengada, tak bolehlah kot pakai. Kulig akak ni memang semua pun boleh. Alhamdulillah.

IMG_8206

Banyak pulak aku memborong, ada yang untuk my girlfriend

 

IMG_8209

Budak tu cakap mascara ni memang the best. Aku tried, berkenan. Terus beli 3 kotak. Dalamnya ada 2 eyeliners gak dapat. Untunglah…

IMG_8168

 

ini antaranya yang terhasil, simple. Some dari chippo some dari beratus2 ringgit punya product. Cecampor ler. Ai is honest tak yah nak nenipu orang pakai cap ayam tapi kata cap itik. Gitu kau kan. Eyeshadow akak tak pakai ler, pergi kerja je pun, ai pakai eyeshadow ke mascara terlebih masa monthly flag jer.

 

IMG_8238

ini untuk sahabat. Magic spounge, lipstick, foundation, loose powder and mascara eyeliners set. hadiah.

IMG_8229

Tapi setiap hari aku akan cuba makeup tools lain, Macam2. ada hari2 lain aku try tu try ni, aku dah ordered online gak, more to come yeyyyy. Tapi tak boleh setiap pagi le buat make up coz banyak amik masa, ai usually makeup in the car while dalam jem tuh. Bila dah siap makeup dari rumah, dalam jem dah menganga tak tau nak buat apa (orang dah biasa kan).

Tutorial lelaju ada aku buat kat dalam instagram, and fb page. Combine je benda 10min jadi 14 saat. Gila laju kahkahkah….nak upload kat sini, heh banyak tak rajin ler. WordPress ni entah biler ler nak buat auto upload video je terus dari sini, nak kena transfer dari  merata, tu yang aku tak berapa. At least editing videos dalam instag tu aku leh buat sambil masak, sambil multi kerja lain using my mobile jer. Nak aku adab utube edit2 bagai upload download transfer copy paste ehhh, tok sei ler.

nanti ai tayang lagi product2 baru pulak, baru ni aku pi lagi Kenanga Wholesale tu, borong makeup tools.

 

Comment: 4

Tips barang rumah lagi dan make up cantik…

IMG_7831

yang kanan sekali tu dah mandi

yang tengah tu belum mandi

muka pun sembab lagik yek….

he sibuk nak tolong basuh pinggan

IMG_7836

earlier dia tolong potong garlic. pakai pisau makan dia alah yang plastik tu. jahanam gak lah bawang putih tu takper ler dah dia nak masak sama. Aku hari ni masa gambar ni buat sup bayam + fishball, ayam goreng berempah (aku dah perap semalamannya – sedap gila kay, nak resepi? hikss), goreng kacang buncis. so dah siap masak, depa tak makan, depa pi tuition, dah breakfast.

eh nampak kat sinki aku tu ada macam holder kaler pink tu, letak brush dawai silver tu, hah untung wor beli benda tu. Ada jual in 1 pc by pc or ni aku beli 3 pcs per set. So satu buat letak benda tu lah coz kita bukan sokmo pakai, mostly pakai sponge je lahkan. Takde ler bersepah2 dalam sinki tu. Satu lagi aku gantung buat letak cover sinki yang kecik, untuk tak nak bagi air lalu kan, jadi asingkan simpan dalam tu. Satu lagi tak pakai yet. Korang kalau nak letak sabun mandi ke kat bathroom or apa sajalah, bagus sangat tuh.

hah see dah dapat tips lagik. Poi beli. ai beli online gak uuuu

IMG_7843

lepas hantar depa pi tuition, aku naik mandi bagai padahal masak tak siap lagi ni satu lagi lauk.  Kita pi 2 kedai perabot, aku carik satu chest drawer untuk letak dalam laundry room (or previously as our maid lahanad’s room). Dah takde dia, baru sedap nak cantikkan bilik tu ngan chest drawer 4 tingkat. Setingkat untuk barang2 biasa, for menjahit bagai segala lah. Setingkat kain baju mak aku. Setingkat kain baju Zeeshan. Setingkat kain baju aku hahhahaa…

yelah senang, dah memang sejak takde maid, aku menyalin kat bawah je, banyak baju dok umah / jalan pun aku letak bawah gak.

Habis je beli barang pilih, terus balik. sambung masak satu lagi lauk, sambal sotong.

IMG_7868

dah siap solat segala bagai, 2.30pm kot aku start masuk bathroom, bersiap make up sendiri. Macam heavy tapi ni untuk photoshoot so kena agak garang sikit. Make up by yours truly sendiri y ek. Macam aku cakap, ni lah hasilnya dari make up2 barang memurah (which i saje nerai, ok ke idak qualitynya). Lipstick matte ni, merah menyala omanghaik 7hinggit je kau. Memang sama quality ngan Sephora.

IMG_7875

dah siap berdandan….cik kak belakang tu baru sampai, janji 3pm, kat kol 4pm baru dia sampai kau

coco crunch dispensers tu? pun acik boli online, ni lama dah, sejak dari rumah lama lagi pung

IMG_7890

nah dah siap…tudung disiapkan dan ditatarias oleh Kak Ngah, my niece nih. Yang duduk bawah tu kakak, tunggu turn sama gak.

No, i belum lagi berhijab. jangan salah faham. Thanks for the doa. Insyallah.

Nanti kita berdiri so korang puas hati tengok dress jubah cantik ni. None of our outfit was sponsored pun, cuma tudung 2 helai kami tak sempat sampai on time (yang aku beli online), jadi pasrah la apa yang merah/itam ado hah. Nak melilit tu aku tak pandai, tu pasal beli online yang instant tu, sayangnya lambek sampai yo.

Insyallah kita letak gambar photoshoot the red family ni kat sini gak yek…

 

Comment: 8

All about make up…

 

phew phew setelah habis siksa cerita Penang

kita siksakan ngan gambar lipstick pulak yer..

cerita make up pun makin lama makin merundum je dari blog ni walaupun ads make up masih melambak. just that aku kan pemalas benda2 harian punya cerita. Aku macam focus untuk travel punya cerita yang boleh amik months of postings.

 

 

IMG_6400

dont care lah walaupun gambar ni dah keluar kat Instagram/FB, but i still want to post this here. Blog dah macam berita seminggu 2 lewat kehkehkeh…sian.

Colour aku pakai nih, red pinkish. Dia lipstain, tu yang the best sangattttttttttttt!!! minum kat gelas takde stain langsung.

 

 

IMG_6408

aku beli sebijik kaler nih

IMG_6450

eh meh sini tengok plan

haaa? jangankan tengok, aku duduk sebelah dia pun tak bernafsu tengok plan tuh, acik tak pahamlah.

sambil berdiri jer aku snap LOL

IMG_6460

Perfumes ni dari London, Made in England!  EDT, mak sedapnya bau diaaaaaaaaaaaa, tahan lama le jugak tuh. Baru RM78 sebotol. Market kat Malaysia dah masuk, brought by one of my readers yang dah kenal aku hemm, 7,8 tahun cant remember. He s based in Middle East pun sekang but once in few months dia mesti balik bawak stock or tumpang gang2 airlines.

Yang gold tu untuk lelaki yang black and pink untuk wanita dan anak dara. Wangi!! sesweet jer bau dia.

Harga RM78 for 100ml dah masuk postal, boleh whatsapp kat number nih, jangan risau, number memang le number oversea but takde charges pun ko pakai whatsapp tuh: +966563870188

Wechat: AffyR87

Email: keffyonthenetshop@yahoo.com

Nak senang beli satu dua pastu suruh @keffyonthenetshop ‘s Instagram tolong postkan ke rumah tunang, makwe, mak, mertua, scandal eh.

IMG_6474

perempuan sakit, last2 kena diagnosed Vertigo. Kesian dia. Lately asal tengok gadget ke, stress ke, naik darah ke, naik hantu pun, lagi ler vertigo tu datang. Berpinar pala

IMG_6549

at one of my blogjobs, aku pakai gak colour nih.

gambar yang sekeping nih kalaulah aku tak cakap yang sebenarnya senyum dan make up leh cover everything. padahal aku memang tengah sakit pala pening dek vertigo tu. but coz of the blogjob. pasrah. cuma tu lah, korang pun kalau tengah sakit, senyum dan calit lipstick surely tak nampak sakit

IMG_6661

hah ni pun lipstain gak, but dari colour pink. so much pinky but aku selamba je pakai for work.

puas hati pakai nih, wipe off bila nak solat je lah, masa makan memang tak hilang kecuali ko makan yang berminyak 100% lalu lipstick, hah tu tak pat nolong

 

IMG_6866

make up ni cantiknyaaaaaaaaaaaa for my brother’s wedding

ini lipstick sama lipstain but the red one, yang hok atas sekali tu more to red pinkish kan. I just love the lipstick, the eyes, the flawless, the elegant look semualah satu  package. Dengan sanggul yang cantiknya. Lawaaaaaaaaaa sangat.

It s done by my usual make up artist gak, Sya Saleh yang dah sekian lama akak engaged for my muka and rambut. She is just amazing.

Kindly contact Sya Saleh at +60 12 336 2885, her Facebook too

Comment: 7