Misc

Baju purple saya…

IMG11111

my purple blouse

aku ni lah pestima pakai baju purple dari jakarta ni ha, sama design with the black one. baju satin gini x bley pakai perfume, so aku awal2 dah pakai kat badan, tup2 ada lah satu terpercik kat baju, keciknya jer palitnya lam duit 10sen. pastu aku rub rub, kau jadik besaooo

menciii

sampai sudah aku pi toilet, salin baju, sib baik ada baju spare kat opis, n rub2 balik ngan sabut sket and keringkan kat dryer tangan tu ha…

macam dah ok

so saya jalan lenggang senyum purple ngan kompidennya

takde orang pasan kot

hikss

baju tu 30hinggit

kat ITC Kuningan jakarta….serious cantik. not the orang, but the baju tuh ler…

aku adalah kak pel ye ari jemahat..

mata pun purple, aritu ada mintak eyeshadow purple kan

ha nanti ai tempek2 yer…

Comment: 4

Gendangan Hulu Sebenir!

IMG_8451

she wants milo tabur please

milo tabur takde kak, takde dalam sistem, sekarang pakai ini gadget, syncronize dengan cashier, so milo tabur takde dalam menu ini

IMG_8452

alo baru semalam aku order milo tabur, pehal arini takde pulak. Mamak kalo takde milo tabur, baik ko toksah jual milo

ayoo takdak lah kakak

adaaaa

sekali boss dia datang…alo sorry kakak, ada ada…jangan risau, dalam sistem belum ada milo tabur kakak

ha sib baik ada, kalo takde meh aku masuk dapur ko buat milo tabur!

IMG_8453

9 pagi sabtu

naik boliou pening pala aku, nak ngejarkan masa…sempat gak make up tuh.

IMG_8454

ha ah aku akan sentiasa melekat ngan ‘kerojer’

tak kira masa

sambil memerut pun aku multi

IMG_8455

tp lam bz kedaung

rambut anak lipat lipan cino

gigih buat gak yer

10 min je utk buat rambut cenggitu

kalo tocang lekat, bagi aku 15min

sbb dak kecik nih pala dia jap ke teleng kanan kiri x nak dok diam

IMG_8456

gelang tangan gegirl tuh, hadiah khas dari makcik ayu the sun

jugak diberi pada Mia Aqilah, kak long Rian, ibunya depa Rose

IMG_8458

n surely korang cam blur2 ayam, napa le tajuk entry nih ke main menusuk x paham langsung

saya bukanlah budak sastera, aku cuma arif mahir berpantun

tapi itu antara kata2 yang aku pun tak tau maknanya

waktu type entry nih, itu jer yang tetiba kuor tajuk ny aheh

IMG_8459

atau ngan kata lain

hari sabtu ku adalah sangat legam dan letih dan capek dan gila kentang mahukan rehat sesangat

sampai 3 kali mandi tuh, ke main berlengas badan

btw, arini kami ke Rumah Nur Salam

saya akan buat contest untuk car sticker, insyallah, jangan bimbang. dah 2,3 kali aku cakap tp mbe ada yang terlepas pandang. tp bagi saya masa sket lah, coz agak tak cukup kakitangan nak siapkan draft yang melambak2.

to ina redglow, nanti akak siapkan lam sehari 2 nih yer benda tuh, ampun ye na..very the bz lah pulak lately.

dah nak masuk june, aku masih lagik blom post barang2 yang patut korang dpt. car stickers tu sib baik ler gbm yang handle, kalo korang suruh aku postkan, mau nya ckp taun baru sampai…sorry lah yer.

stay tune, kalau apapun insyallah, it s happening, lambat ngan cepat jor.

Comment: 17

Mengapa saya menulis tanpa gambar….

wah korang nak tengok entry shopping hazab aku ek?

bley bley, tunggu isnin hehehehe….wa simpan peram lama sket yey nak bagi yang readers senin masuk sumer baru leh go on cite tuh.

oh yang pasla magazine tuh, korang tak dpt carik lg ke majalahnya? aku x dpt approval yet lah nak kuorkan entry tuh, tp kalo by next week big boss cakap takde apa2 gak, so aku leh lah kuorkan. sebab kang kalo aku kuorkan, masak den sebab it s supposed to be ‘paid advertorial’ paham idok? x paham sudah, but adalah sobab musababnya, that s my deal wt nnang.

2 entries dah takda entry bergambo, WLW aku cam hangin sket, nak upload gambo kena buat direct uploading from domain nih, eii malas tau. aku dah biasa copy paste kat windows live writer, ni tetiba nak buat keje manual, argggg! mbe arini ok kot dah, sirman is settling that.

so how s your long weekend? sonok? kang cakap pasal issue tidur lagi kang, bosan lak korang. me? kong hahahahah. syok woo…

ada yang nak suh aku cakap bicara pasal SIY? ok boleh…aku masih lagi pengguna SIY.

lagi make up mata? ok boleh, nanti insyallah aku usulkan lagik. ari2 make up mata tak bley lah yer…ikut mood nak snap gambo mata gak.

entry barang2 make up? ha itu sonok, nanti ai cite senin onwards yer…

pasal kisah anak-anak? itu harus wajib ada lam blog aku, bukankah niat aku berblogging dulu kerana mengadaptasikan citer anak-anak jugak…

advertorial? berkembang maju alhamdulillah…seperti mana yang kamu saksikan sendiri. terkejar2 nak buat assignment sejak last year.

event to cover? kemain penuh till midst may, wah gitu…macam emm, ntah macam hapa hiks..but itulah rezeki. ada yang dibayar ada yang datang sekadar blogger jemputan jer.

personal life? nak kurus nak kurus nak kurussssssssssssssssssss! eh itu personal body. hahahahaha.

well, ai gotta go…

mau tarik blanket lagik 🙂

Comment: 15

Issue Tidur lah…

Hah ni issuenya

issue tidur…apa lah yang korang dok cokpiang ingat isu apanya.

arini ari sabtu aku nak ajak korang pikir sama ngan aku. pasal isu tidur.

ok aku memang kaki tidur. pak aji aku cakap, masa mak ngandungkan aku, sokmo je tidur. ye ke? so anw, mmg tidur tu aku sangat suka giler. time mengandung lg best, kalo ari tak keje tu bangun tidur, leh tidur balik, tidur bangun tidur balik hah tidur semedang je lah. tp anak-anak aku ni takde le geti nak suka tidur.

so skang dah nak masuk 34 years, aku memang tak cukup tidur dah tentu. tidur 6 jam kira dah cukup nikmat panjang sket. tp kalo sabtu ahad, memang aku akan qada tidur…

but issue nya, bila aku tidur adakah kita benar2 berehat dari segala gerak kerja kita seharian? yes for me mungkin, tu pasal kalo takde event nak cover over the weekend, kompem aku beriadah atas katil. but kang pastu dah tidur petang, still badan lembik cam nak tidur lagik.

ha so camner? korang cite sket…yang tak suka tidur tu ramai gak (contoh anak-anakku) mbe sbb depa kecil lagi. but tidur yang sebenarnya gi mana yah? aku saja bukak isu tidur sebabnya hehehhehehehhe, smlm aku bantai tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!

syok siot.

anw kalo pepagi nak ngejutkan gegirl, agak payah gak. aku berdialoglah ngan dia…

napa gegirl susah nak bangun pagi pi skul?

gegirl nak tidur lama la mummy

why?

sebab, best lahhhhhhhhhhh tidur pagi, besttttttttt sangat.

gaya dia cakap tuh wuiiii!

satu kemestian buat kami berempat, bangun tidur, busuk2 pun we will hug n kiss each other. itulah nikmat bangun tidur yang paling akan aku senangi.

Comment: 14

Poligami Yang Halal…

IMG09286

IMG09288

IMG09287

Penulis: Ceritakan kisah perkahwinan 2 isteri kamu.

Suami poligami:  Kami berkahwin dalam usia yang sangat muda, kemudian terus mendapat anak sulong. dan anak2 seterusnya silih berganti. setelah hampir 10 tahun berkahwin, saya kemudiannya menikahi isteri kedua, dengan dipinangkan oleh isteri pertama.

Penulis: Isteri kedua anak dara atau ibu tunggal?

Suami poligami: Anak dara. kedua2 isteri baik to each other, saya mempunyai 11 orang anak dari kedua-dua isteri, dan bakal memperolehi cucu sulong jugak. Saya kahwin muda, anak sulong juga kawin muda.

Penulis: Kemudian saudara kawin lagi?

Suami poligami: Saya mengahwini isteri ketiga, tetapi mendapat tentangan hebat dari ibu sendiri. Ibu tidak merestui pernikahan ketiga, kerana yang dua orang pun kadang kala terabai. Pada ibu, isteri pertama dan kedua sahaja menantunya, tidak isteri ketiga. Perkahwinan ketiga tanpa restu ibu akhirnya membawa kepada perceraian, tidak sampai berapa bulan sahaja pernikahan itu.

Penulis: Ingin menambah isteri?

Suami poligami: Jika ada kudrat, jodoh ketentuan Allah.

**bersambung

************

Kepada isteri2 yang hebat di luar sana, yang redha untuk suaminya berkahwin baru makanya kamu menjadi madu, payung emaslah untuk kamu. tapi kalau ada yang tidak kuat untuk bermadu, mohon saja bercerai wpun cerai itu tidak disukai Allah but that s the best daripada kita sendiri makan hati.

3 gambar adalah sebagai hiasan, from May’s Mastika. saya boleh menulis dengan lebih terperinci, tapi rasanya akan menjadikan entry ni bagai menepis air ke muka sendiri. Hubungan penulis dan Suami Poligami adalah saudara kandung.




Comment: 7