Movie

The Hunger Games ending….

IMG_8120

silaunya ko dik

asal masuk kereta je ko tidur. suh tidur dari awal2 tak mau. Sejam tau aku dok pujuk dia tidur. bapaknya dah pi hantar abang kakak pi camp, dah balik kuor pergi pasar pun dia dok main jer. Aku dah naik longlai mata sama nak tidur siang tuh pun dia berjaga. Bila dia dah nak melena, bapaknya pulak masuk bilik, udah dia segar balik mata hah…

so apa lagi, dah payah benau, jom kita bersiap. Mak nak kejarkan satu kedai yang nak tutup at 6pm!

dia dengo kita bersiap nak kuor, bukan main laju lagi dia carik shoes, padahal baju tak siap tukar lagi tuh.

IMG_8112

so dalam kereta sebelum tidur tu mulut dia bukan main heh lagi murainya…

cam biasa, tengok luar je carik bus, trucks ler, lorry. keter semua nak disebut dan dilambaikan…

IMG_8128

selesai kerja, nak tunggu Zeeshan bangun apa ke kita nak buat. tempat aku pergi nih bukannya boleh shopping sangat pun heh. so kita sapadek ler. tea cums early dinner.

nak makan pun cam serba salah.

laki dok pantang makan.

dia punya pantang, for the sixpacks. puiiii.

 

IMG_8150

selfie sendiri, laki busy ngan ipongnya baca dunia semasa…

tapi bila dia tengok aku meratah kangkung belacan tu tanpa sedar diri, terus dia benti and mintak secupak.

IMG_8138

kitorg makan ni ngan mee kari. takde nasi. tapi mee kari tu pun x makan habis, aku rasa makan suku je kot.

but ini kangkung belacan adalah sangat nyummyyyyy!

IMG_8167

waitress ni amik gambar, sian dia pangkah RB yang mentido

IMG_8178

memandangkan takde gaya si kecil nak bangun

jomlah kita balik.

kat sini laki aku dah beli online tix, kalau TGV aku tunjuk je Top Gun, unfortunately RD nak pi tengok kat Leisure Mall (close by to our house) so GSC it is.  kena le bayar.

Kalau TGV, aku memang tak pernah bayo sesen pun, alhamdulillah.

so hantar Zeeshan balik, relaks lepak jap and chow to Leisure Mall.

IMG_8202

dalam gelap amik gamabr ada flash buruk gomannya, so pakai torchlight and bagi lighting sket da….sesuai. Our fav spot, kalau GSC Leisure Mall mesti the couple seats. belakang sekali, dok kekembar rapat gitu.

ok speaking bout The Hunger Games – Catching Fire nih.

A day before nih aku dah pergi tengok ngan gang. tapi sebab waktu lunch break, so ada lagi setengah jam cite tu aku tak habislah tengok, nak kena naik kerja.  Jadi untuk malamni pulak, aku terpaksa ler jugak tengok dari awal ke akhir, temankan RD.

Endingnya, alamak, potong stim betullah. Kompem le akan ada The Hunger Games 3 pulak heh…but reading from akak google, dari buku adaption, si Snow surely mati tapi adiknya si Katniss Everdeen, Prim pun mati jugak. Takkanlah depa nak buat movie yang lari jauh ending dari buku kan..

ok tak paham citer nih? hah pi tengok cite lain heh.

The other nites lagi, setelah berbulan tak pergi Nuffnang’s Premiere Screening, coz school break and tak busy sangat, dapat ler pi join the Homefront, bertemankan RD. Malangnya, sejam duduk dalam jam sudahnya aku WA depa, abaikanlah attendance aku, gila punya jem kat lepas BSP/BTR to Fed Highway hoii. but kita pi tengok gak lain hari.

malam kita habis tengok The Hunger Games, ada couple nih dok bergaduh laki bini gamaknya. si bini ajak laki balik, aku suspect lakinya dia dok kat club malam or layan karoke or apa2 tah so bininya dok jerit2 suh balik loh kong loh kong tak pahamlah in mandarin. Pastu lakinya tinggalkan bininya masa gaduh tu, ko tau bininya buat apa. bininya lambung campak badan sendiri ke lantai, dah macam budak2 meraung melolong tak dapat aiskrim je aku tengok. Super drama habis, malangnya aku tak dpt nak tengok kesudahannya, laki aku dah pecut keter….

Comment: 7

Berani ko yek!

 

image


Layan moh?

Tengah hot kat market pawagam semasa.

Comment: 19

Jom Bunohan!

IMG-20120229-00448

First day at work, yey i m back! tragisnya takde kasut kerja, when i cakap kasut kerja, seharusnya high heels at least 4″ to 5″ tuh. bukan aku ler kalo pi kerja ngan kasut ketot2 nih. Tapi kemudian pregnant, so takde le berkasut tinggi kan, pastuh dah beranak ha ko, kaki aku masih blom pulih kecutnya. Ada 2 pasang kasut baru  yang i bought masa pregnant, to be worn after pregnant, pun tak boleh sarung jugak! kotat ko!

Yang boleh disarung dalam 3,4 pasang kasut ala2 seinchi jer tingginya, itupun bought coz pregnant kan, Ferragamo. itu sahaja yang muat. idok le teman nak boli baru, takde masaaaaaaaaa nak beli baru lah. baru je 2,3 hari kerjakan, satu  hapa shopping pun takde.

So so sooooooooooooo 2,3 minggu ni kerja aku pakai baju baru memanjang je lah coz ada lagi lemak terburai tak hilang2, baju lama tu muat tapi macam nangka sumbat le pulak.

Hari perrtama kerja jugak, pulangnya lambat kerna aku sambung malamnya di TGV Cinemas KLCC, dijemput untuk premiere screening BUNOHAN.

dah dengarkan betapa hebatnya Bunohan kan??

IMG_8631

Semeja makan dulu kita di TGV KLCC with Nurul, Rose GBM and Hilal. Ada sorang yang hebat di sini…huh kelas kelas. Telah terbau wanginya ‘bedak muka 3 inchi’ ahaksss! Okk so kita makan2, sedap betul jumpa kari ayam ada santan dah lelepas pantang ni kan. Maklum ler, teman ni dok moleh lagi make santa.

Macam yang aku bilang, lanting2 so aku bawak Hilal. RD gak bisalah join.

Penceritaan Bunohan, memulanya ingat aku plan nak cabut half way, maklumlahkan dahlah first day kerja, tinggalkan baby seharian pastu kena pi cover event tapi awal2 lagi dah buat rasa, eh tak leh balik nih, kena stay lagi. eh apa jadik, eh dia ni main cabut je nyawa orang, eh Faizal Hussein nih, napa le orang tak sedor kebagusan dia berlakon filem, cemerlang weih.

dan korang yang paling bagusnya aku menambah lagi minat pada seorang pelakon lelaki, Pekin  Ibrahim (Bakar) yang walaupun watak dia dalam tuh, hai jahat betul ko kan, very the mata duitan sangat. Terus follow twitter dia kooo!

Watak pelakon Cina yang berkawan baik dengan Ilham (Faizal Hussein) bercakap (kechek kan?) dalam dialect Kelantan yang fasih. Memang thumbs up!!

Shooting yang dikatakan 100% di Kelantan tuh, aku cite kat koranglah kan, tepi laut, tepi sungai dalam sungai tu sumer, tak pernah pulak aku tau yang di Kelantan ada laut/sungai sebegitu indah, pasirnya putih bagai. Hah, cantik worr! Shot waktu malamnya, nampak asli.

Dan satunya, wpun Ilham tu membunuh jer kerjanya, tapi kerna kasih pada emaknya, kubur dan rangka dicari merata. Untuk watak Adil (Zahril Adzim) adik pada Bakar dan Ilham, peninju muay thai wah molek bangat wpun aku menyampah sangat ngan pesen rambutnya dalam filem nih. Mati jugak dia akhirnya, eh eh ops, terbagitau pulak.

Yang pentingkan korang, 8 March nih tayangan Bunohan, aku ingat nak seret si RD tu pergi tengok lagi. Bagussssssssss bangat cerita nih. Technical issue tu memang aku tak nak komen sangat coz memang tak de lah berapa nampak cacat celanya, coz jalan ceritanya yang bagus dah menutup apa2 yang kurang dalam movie nih. Selepas terbaiknya Ombak Rindu, Songlap….aku kira antara filem2 terbaik di dalam jangka 6 bulan nih, Bunohan so far mendapat tempat terutama dalam filem tempatan.

IMG_8635

Penutup majlis entry ni, ada le sekeping gambar artist yang aku pemalas betul nak snapkanlah. Vanidah Imran bawak Chanel Reissue hijau dia, Fazura sama Chanel Jumbo Off Whitenya, Rashidi Ishak yang sentiasa memuji dan menunjukkan sayang pada isterinya di dalam twitter, romantik sangat! Cik Rose yang excitedly to have a snap moment with the celebrities.

Eh aku takde le nak citer details pulak yek pasal movie Bunohan nih, dok ngapa heh, kamu gi jer tengok. Wajib ditonton nih!!

Semua dialogs menggunakan dialect Klate, kalau ko tak paham, dont worry ada je subtitle in BM and in English gak….malam premier ni pun berderet2 omputih yang hadhir sama. Tengku Azura adalah satu2nya pelakon wanita dalam filem ini, lain tu ada 2,3 orang pompuan tapi tak nampak wajah, ko dengo suara jer. Eh banyak jimat belanja buat filem nih hahahha but i really love the movie.

Watak si bapak, watak lelain tuh kalau dah sumerrnya aku kena citer, baik aku bagitau je endingnya weih…pi tengok sendiri ye kawe.

Comment: 48

Tuhan, lembutkan hati dia…

hopefully dapat pi repeat tengok lagik….

Comment: 22

2 Movies back to back….

Hey…

dah pi tengok Something Borrowed. Hero dia halahai, hensem tapi dah ujung2 baru nak tunjuk jantan.

I tengok ni sorang2 jer…coz janji ngan Sirman tengok for movie malamnya but dia mai lambat, so aku tengoklah sorang. bila aku dah habis layan Something Borrowed, next is Fast & Furious 5, pun dia tak sampai lagik! astaga, ko jang, bz kedaung ya hamat.

Dahlah mood aku ngah swing sangat nih.

Dok cakap on the way on the way, eh kuasa nak tunggu, aku masuk je dalam tengok sorang2 for the 2nd movie tuh. korang pun tau kan TGV KLCC tu mana leh dapat signal phone sangat, so entah 5,6 min gak lah dia tepon aku baru dpt cakap, so kedek2 ler aku kuor balik dr wayang coz the tix is with me. Udahlah hall wayang tuh paling hujung. Note: aku jalan adalah sangat catwalk gila now, u know lah kan pasal apa.

Kalau tau dia lambat gitu tak yah beli tix wayang aku cabut je balik, masalahnya hari Jumaat tuh dia anto aku pi kerojer, coz kita plan nak dating ler tapi sudahnya dia yang datang lambat. cei. Terliur je tekak aku nak makan hotdog TGV, bila dah on Q, dah abis ler pulak hotdog tuh. isk isk…Sirman Sirman!

After 45min movie Fast & Furious 5 tu on air baru laki aku sampai. Nasib ko ler…

FF5 pun ok….macam ada yg tak logik, but standardlah namapun cerita.

untuk yg ngah bercinta2 tuh bolehlah tengok S/Borrowed, but for me the FF5 kali nih adalah wayyyyyyyyyyyyyyy better than the previous one. memang cun. n soon nak kuor The Hangover 2. kalau ko ada tengok movie 1 depa dulu, the 2nd one ni jangan miss yek.

See ya, have a good weekend from mak yong merah. Love.

 

 

Comment: 11