Raya

Under The Sun…

IMG_5405

woiii! orang2 muda sekalian…

sapa tak pernah jumpa timun betik meh tu hah mak ajah ayu tunjukkan. dihasilkan dari kebunnya sendiri kay! sangat2 sedap marvelous bak kata Rose and Sirman. aku tak merasa coz aku nya tekak ada masalah sikit dengan benda yang tak pernah ditemui , in the event kalau dah takdak lagi makanan lain di muka bumi ni baru aku makan benda yang baru pertama aku tengok.

pastuh potong kekecik jadikan macam masak pengat, taruk santan and bila nak makan simbah ice dalamnya. emmm!

IMG_5373

ini bukan cubaan nak amik gambar dari lens baru tetapi sirman cuba untuk buat manual focus…

IMG_5386

sirman bawak satu bijik bag camera dia macam nak pi cover event jer padahal after raya kat rumah ayu kita nak pi tengok new camera which supposedly to be my new compact camera!

IMG_5396

being mak, aku rimas tengok rambut rose yang ada ala2 kuncup dibawahnya hahahah….tak dpt anak, mak nya pun jadi mangsa. anw cayang rose…cayang ayu cayang sumerrrrrrrrr GBM!

IMG_5404

kanak2 riang ria, buat rumah orang macam rumah sendiri, mesti tuan rumah geram je kan…

IMG_5412

just 2 of us cos yang lain tuh datang hari lain. mana mungkin nak datang sesama skang nih, susahlah nak match time…almaklumlah kan kalau sorang 2 takpe ni GBM tu ke main ramai gak kalau ikut jari kanan mahupun jari kiri sahaja….

IMG_5331

sementara tuh, tumpang sudut rumah ayu untuk buat profile photos lagipun sirman nak godam balik lens dia….oh ai suka jer bergambo!

IMG_5353

that day bawak Prada merah…tapi kena lantingkan ke tepi coz prop belakang dah sarat

IMG_5376

eh eh muka tuan rumah yang geram je tengok budak2 berlingkau ehehhehehehe

cantik baju ijau, kawan kita ada baju melayu ijau tak?

IMG_5356

sebelum prada kena lanting…

IMG_5363

ai tau u all tak suka rambut curly ai nih, nanti ai tukar kay. saya memahami permintaan korang… 🙂

IMG_5334

model satu model 2

IMG_5340

roger calling in calling out

IMG_5349

genittttttt gitu! oh nyampahsss

IMG_5350

top from isetan dah 3 kali pakai hahahahha, sedap siot pakai baju caftan pendek nih. nak match ngan palazo or pario pun sedap. red pario tuh akhirnya berpakai, senang je sarung coz ada diberi sekali dengan holdernya. sap sap soi je siap. aku ada tengok budak2 muda and artists pakai, sket punya singkat gak. kira aku pakai tu quite labuh, gila kan macam tu pun dikata labuh.

but tengoklah tempat dan suasana…boleh je nak singkatkan jugak. aku tak berani lah nak pakai ngan white caftan, takut senang kotorrrrrr! i m very the clumsy one.

So there u go my story under the sun, for the owner of The Sun, we call her Ayu The Sun 🙂

Comment: 19

Mak dara boleh, anak dara no no cant do!

IMG_4426

selepas korang disogok dengan citer Melaka aku yang asik melompat tapi tak jugak tinggi2, entry ni pulak aku sopan tak de melompat langsung. My SIL is posing with my yellow leather Tod’s. sesuai dipakai siang mahupun malam, terutamanya dengan baju kaler hitam. memang malatops lah naik seri ko. tp aku pakai ngan baju merah jer…

IMG_4397

family aku kan, kitorg kena pi beraya rumah sedara mara, kalau boleh sume beradik akak aku akan susun kena ikut. dia akan sms kitorg and lock our time and date. macam nih cuti hari 1 Malaysia, awal2 lagi dia dah remind mintak ingat jangan nak mengular pi open house lain. skang bukan zaman mak abah aku pi beraya, skang zaman anak2 cucu yang melawat sedara mara.

akak aku akan acting like so very the mak mak, memang le mak pung, tp over dr mak ajah lah. tapi yang hangitnya, janji kol 11pagi, aku anak beranak dah siap, tukar to 1pm, pastu tukar lagi till almost 3pm. astaga. timing hancur betul. tak masuk dengan konvoy 4 keter, tapi sorang tertinggal, sorang takde touch n go, sorang lambat tekan minyak.

eh banyak hal gakkk worr!

IMG_4341

macam sopan je budak2 takde kan. budak2 ado main kat luar nun hah….

IMG_4405

my sister in green and my SIL in blue purple. adik aku nana enggak ada, dia dah balik kelantan ikut kampung lakinya. tu la ko na, ko sorang je kawin ngan orang jauh hehehehe..nasib ko ler tiap kali raya kena balik kelantan kan. kitorg sume melepak je kat kl

IMG_4403

oh gambo ai laki bini lagik….sebenornya ada berpuluh2 ko gambo kak ngah amikkan, tak sanggup aku nak letak. ater yang lain tak kuasa nak jadi model kannnn

IMG_4417

hah the cousins…7, 6, 5, 3 yrs. ada sorang lagi yang girl umur 8 tahun, mana ilangnya tah

IMG_4359

kitorg makan nasi impit ado, meehoon soup pun ado

IMG_4365

sedap sampai 2 kali tambah. ater umah ni jauh kat sg buloh. pergi dah lelap mata, nak balik pun lelap balik mata…

IMG_4368

hah sedap punya pasal…anak2 dara jangan buat yek

kat public pun jangan buat gak

IMG_4369

aku boleh buat sebab adik badik aku dah tak heran ngan pangai gila aku, even makcik aku ni pun dah tau nau….eh ni umah adik lelaki abah aku heheheee

IMG_4374

dahlah pangai buruk suka melompat2 pastuh bolehlah pulak nak main hirup2 soup kat pinggan

IMG_4372

sedap sangat weihhhhhhhhhh!

dont show the good thing only, apa salahnya show the bad stuff. tp ikut kata lain, tuan tanah mesti suka coz sampai berhirup2 soup nya dibuat dek tetamu. guest yang vass plak tuh…huk aloh. korang nih kalau ajak aku makan, mesti aku makan sopan2 jer only for the first few min kot. pastuh kita maintain jadi diva merah atau kembali rakus semula….

anak2 dara jangan buat gini yek, kang tak laku. kalo tak bakal mertua tak nampak pun, orang akan menyampai2…..nak hirup ngan pinggan jugak pi dok dapur buat sorang2 jangan kasi orang nampak. feel dia lain kan bila hirup ngan pakai sudu.  iskk….

kadang2 anak2 aku pun kalau dah tak sabar aku bagi je diorg hirup.

pastuh kita sambung lagi pi beraya few houses tapi malamnya slot aku lari ca alit but. tak larat nak sambung. tu kakak aku n abang aku yang settlekan. pun akak aku dah sound2 gak suh turun join gak pi beraya. eh idak le teman. korang kalo ye pun tak yah lah semuanya nak convoy, agak2lah sketkan….anak aku nak sekolah tu sok paginya so tak nak lah balik lelambat. diorg 830 dah kena tarik selimut paling lewat pun kol 9mlm last call.

huh….

hutang cite raya abih sudah.

Comment: 22

Bercanda di tepian pantai..

IMG_4135

fuh tajuk, kalah lagu Kak Nita!

sirman sudah janji sama bebudak mau makan cendol kat tepi laut di Melaka ni lah. so kita berenti 2 bijik keter melepak kat sini. nak jadikan citer, anak kakak aku yang bongsu, umur 3,4 tahun mak datuk dia tu si Is very theee hyperactive. kita baru parking, bukak keter pun blom, budak kecik tu dah bukak keter and lari menjunam masuk lam laut! muahahahahah

berlari laju abangnya mengejar si adik yang ke main tangkas bersilat macam tak pernah jumpa air laut. oo ko jangan anak buah aku tuh, dalam ramai2 dia takut ngan aku jer. ngan bapak dia pun tak jalan jugak. dah satu hal akak aku kena salinkan baju anak dia. sabar jer ler tau….

IMG_4137

n dari kejauhan, mak aku ngan cucunya (abang si Is, Aiman) sedang jadi photographer untuk neneknya. eh eh mak aku nih. apesal tak ajak aku. silap besaulah aku nak dia jadi model sorang2 kan….laju je aku zikir kat sirman suh ikut aku, ai nak temankan mai ai amik gambar kay…

IMG_4142

ok letak satu gambar ni je lah…gambar lain mak dah tengok arituh. sapa ke yang tanya umur mak aku nih, umurnya 65 tahun wor. kami bebeza 30tahun. ahahhaha boleh kira gitu. tu pasal mak ai nampak muda coz ai pun nampak muda wkakakkaak…nyampahnya korang ngan aku.

IMG_4150

lepas dah amik gambo mak sakan, aku punya turn pulak bercanda di pasiran pantai….

IMG_4152

padahal panas masa ni toksah cakap. kalo tak panas aku bukak sudah sunglasses tuh

IMG_4157

wahh….dapat terjun kat air belakang tuh mau terbakar kulit

IMG_4165

ko ingat anak2 dok diam ker? diorg pun sket lagi nak buat terjun tiruk macam si Is dalam air laut tuh. tapi aku dah warning awal2. siap ada pakcik sorang tuh jerit ‘ehh budak2 kat sini tak boleh mandiii’ ehhehehe…..tak dpt mandi diorg belasah main pasir le labuuu

IMG_4168

datang pulak anak buah aku si Syahira…wah sakan ler lagi kita melompat!

IMG_4170

senang je amik shoot lompat nih, tapi tak pahamlah kalau ada photog yang tak pandai nak shoot yg simple gini…

IMG_4172

aisay ni tak tinggi sangat, tune rhythm ngan sirman lari lah weii

IMG_4176

versi gelap…apasal tah sirman nak gelapkan kitorg, tak suka lah!

IMG_4181

time to go home…yuk yuk…lambat je depa jalan seret kaki nak balik…abang macam biasa, berdozen cengkerang kerang segala jenis binatang dia bawak balik…

IMG_4161

ini nak hantar majalah Mangga bley? over kot kan…anto URTV je lah…

IMG_4152

ini boleh hantar kat majalah Remaja. sumpah ramai orang nak kenalan. diorg mana tau aku mak anak 2 pung…kedut mata umur 35 pun tak nampak lagi, mesti ada yang ingat baru pas SPM kan kan kan…

so abih sudah citer melaka. lain2 tu malas dah nak citer. nak kejarkan citer lain lah pulak yuk. kita balik kl ikut jalan lama, tembus negeri 9, aku pun tak tau lah celah mana, abang ipar aku yang lead. janji aku bantai tidur je ngan Gegirl. kita berenti kat masjid di n9 yang katanya masjid tercantik dan terbersih ke hapa di situ gak for maghrib and mak aku bukak puasa.

malam tu kitorg berempat kat VA belasah makan maggi, sirman masakkan coz sume dah jemu nak makan lauk pauk melayu apatah lagi rendang ketupat. tahun depan, macam raya2 lain tahun gak, kita akan buat process yang sama jugak, berulang ke melaka pada hari raya ke 2 dan ke 3. kali ni aku nak book hotel yang proper sikit lah…rumah2 yang sama jugak kita pergi cuma sebab korang baca dari RM nih, korang mana pasan rumah tu rumah yang kuor RM setiap tahun jugak ahhahahahaha!

Comment: 22

Lompat acik tinggi-tinggi!

IMG_4110

dari kat daerah dalam melaka yang tepi laut tuh, kita nak balik kl sudah. itupun mak ajak nak singgah mana tah lagi, ooohooo, penat dah mak oi…marilah kita pulang kl sajor. dah lewat petang pun.

IMG_4111

sempat lagi menggedik jap nak bergambo…isk iskandar ko acik merah ko nak posing ko pun nak lalu tau. dia tu asal aku gambar je dia mesti lalu sesaja…

IMG_4112

at this time kakak aku dah sound udah2 ler tu oi laki bini ni bergambar…!

IMG_4056

tapi sebelum tu aku jadi model untuk anak buah aku. she loves to take photo, ada minat dalam photography, so dia gunakan DSLR Sirman untuk test her skill

IMG_4057

dapat pulak kat makciknya yang suka posing…hai satu gabungan yang hebat wahahahaa

IMG_4060

baru habis spm 😉

IMG_4064

acik merah, lompat lompat cepat…

ok acik lompattt

IMG_4065

paksaan lompat lagik!

anak2 buah aku panggil aku acik on my side

belah suami aku, they call me mak tam

IMG_4071

entah apa2 nya posing

IMG_4073

bawah pokok kelapa

IMG_4074

panas berdengung pun taper, nak jadi model punya pasal

IMG_4075

kita stop amik gambo bila ada motor2 or keter orang kampung lalu hahahaha

IMG_4077

siap ada motor budak2 kampung peweittt2 kitorg masa bergambo muahahahaha…

IMG_4079

sumpah masa ni laki aku tengok geleng pala dia…

IMG_4084

acik lompat tinggi lagik!

IMG_4088

pastuh abang yang selain pencinta binatang juga mencintai bahan2 alam sekitar, bawak cengkerang ke main bagak besau! katanya pun rumah tepi laut kan…

IMG_4095

and the 3 cousins pun aku ajak melompat sama…hahah susah betul aku nak tune in ngan diorg

IMG_4100

asik lari je timing…

IMG_4101

aku dah lompat, gegirl and batrisha baru nak jump out iskk

IMG_4103

ahhaha sebelah kaki pun jadilah…

IMG_4085

ok ni dah paling tinggi aku leh buat kak ngah weih!

kak ngah is anak no 2 akak aku, dulu masa dia 5,6 tahun, kulu kilir aku kendeng bawak dia jalan2

IMG02652-20100912-1634

belakang tabir….

ok watamat……

Comment: 31

Baju merah bapak disonglap si anak…

IMG_3804

sambung cite melaka, ni kat taman mahkota kalo tak silap aku, pakai garmin je, laju je dah sampai. rumah adik bongsu dan sebelahnya pulak rumah adik yang ke baper tah for mak aku…

IMG_3797

huh sirman paksa posing, ke mak aku memang suka je bergambar skang ni kan, aku nyelitlah sama…

IMG_3817

main lompat2 ler gambo, janji ado story line…ni pulak adik umah mak aku yang pun no bape dah malas nak kira, di Bertam Malim

IMG_3869

ini rumah mak tiri Abah aku, di Sungai Udang. Arwah atuk aku dah lamaaa sangat meninggal tapi kami sempat lah jugak kenal…

IMG_3871

sekejap je kat rumah ni, datang singgah melawat…ngan nenek tiri yang sudah uzur

IMG_3902

ini di mana dar…alah yang kat tepi laut tuh…

IMG_3947

abih satu rumah makan makan makannn jer

IMG_4005

aku nak posing ngan laki aku, asyiklah anak akak aku mengaco tauu!

IMG_4017

the cousins buat rumah orang macam rumah sendiri!

IMG_4030

asal aku nak amik gambo ngan bapaknya, gegirl mencilokkkkkk datang

IMG_4037

ahah the complete Red Family!

IMG_4041

pun di rumah yang tepi laut tuh…

IMG_3807

tau dok masa kat hotel sebelum tidur aku dah siap2kan pakaian anak2 aku and sirman. aku dah letak tepi katil. so bila diorg nak pi breakfast, capai je lah baju yang nak dipakai. dah 2,3 rumah kita pergi baru perasan ya rabbi, si abang pakai baju raya bapaknya! itupun bila dia kuorkan tshirt tu dari seluar baru pasan kebesaran ya hebat baju bapaknya ko pakai napa bang!!

dia silap tengok ingat kan baju dia, hampehs tol! berbulu je sirman baju raya baru dia abang dah rasmikan dulu hiks…so nanti kot lah sirman pakai baju nih korang jangan lah pulak buat2 ingat yek. anggap je ‘eh eh hensemnya baju merah sirman tu’ hikss..

Comment: 24