Raya

Raya Haji di KL

alah cik kecik, cam nak pi mengaji jer…buku baru mph haruslah bawak, dia kan minah study sket

abang mood nak begambo pasal upahnya nak tengok cd Bolt, korang dah tengok, syok gak arr…

first station kat umah mak aku lah, penuh ngan anak2 buah aku jer, tp ada gak yang takdak, nana raya kat kelantan umah mertuanya, ada ipar duai aku pun kat umah mak depa lagik

ha mik ko kepala lembu

aku pun nak pose sama lah, surau kat umah mak aku korbankan 7 ekor lembu, nak buat hapa ngan kepala lembu ni pun aku x tau lah

saya belasah rendang mak ar…ado leher ayam, haruslah aku makan…sirman amik leher sume dibaginya aku, wah heaven ai makan, sodapppppppppp.

pastuh kami ke masjid pulak, bapak aku kan tetiap taun kena lead the korban, kat masjid ada 12 ekor lembu and sekor kambing dikorbankan

ado lagik kepala lembu, ni ada orang mintak, so abah dah asingkan sesiap

alah cutenya 2 beradik nih…smlm kan kl ujan x sudah, dari subuh kalo x silap aku, masa ni dah x lebat, renyai2 gitu

pak aji ku sibuk, ajk untuk melapah pakai baju tshirt kuning

pakai kapak gak senang…

masa ni gegirl dah meloncat mintak bapaknya dukung, dia renyah lah geli ngan menda gini, banyak hal lah ko. dia kiss je atuknya, geli nak salam gak pasal atuknya tangan bau lembu hahahahha. tengok mak n abang ko, steady jer. aku dulu sokmo dok masjid gak tengok orang buat korban lembu, ada gak lembu2 tu nangis bila tau nak dikorbankan.

n abih masjid bagai, salam2 pak aji ku, kami gerak ke umah mertua pulak…yihaaaaaaaaaaaaaa

Raya aji kitorg biasalah you, x lah happening sangat bangat pun. umah aku pun berkapau x hengat budak2 ni buat sepah.

Comment: 11

Raya Haji’s Eve…

no special occasion for us…just went out with my bro’s family for an early dinner

my sis in law and daughter, laki/bapak depa pi gunting rambut jap, joined later

abang muka masam x suka ngamik gambo lagi pun dia rimas ngan adik and sepupu dia dok menceceh jer…ater dah girls kuat menceceh kan

one of my cheap spek from bangkok, ada merah2 gitu tp sesuai utk jalan gini je lah, kalo tengok tv x syok, coz kalo layan tv aku suka hok frame beso2 gitu…

kebetulan lah pulak familhy adik aku pun pakai merah menyala

adik ipar ku, tq gegirl ngamikkan gambo nih, baju saya nih RM19 jer…takdak maknanya memahal seiii

actually depa datang umah aku ada project ngan mak merah, project tu wajib pakai baju merah 🙂 itu lain kali cite lah kay…not related to my daily entry pun.

ucap selamat ari raya aji lagik sekali lah, wah setiap entry aku wish, lantaklah. rasanya masa entry ni kuor aku ada kat umah mak and mertua ku da…..katanya pun raya aji kan.

jumpa lagi lam next entry 🙂

Comment: 5

Rendang Syawal…

kuah kacang

rendang ayam

rendang daging

nasi impit 5 packets…

all of the above RM50 sahaja…makan untuk 20 orang ….

begini, setiap taun aku x cam korang dok dapur cam nak rak lah buat rendang daging ayam bagai tuh. yang buat kepoh kat umah mak aku jer. so kat umah mak tu dedulu aku angkut je bawak balik…ai x geti buat rendang mar…. 🙂 apa ko hengat diva x geti buat rendang so napanya? eh kira ai ngaku lah x geti dr ada orang mengaku beli pastu kata buat, tol tak?

so bertaun2 keje aku hanyalah order dari makcik caterer jer…tempah. dia lak hanya amik tempahan dari aku jer utk pagi raya. orang lain x suh dia buat kot, ai kan kesayangan makcik caterer.

so setiap tahun aku akan bagi budget makcik, red nak rendang bagai, budget RM30 ye…taun lepas budget aku RM40. tapi taun ni barang naik, aku naikkanlah jadi RM50. ikut sukatik dia lah nak buat camner, yang makan pun utk kami 4 beranak jer. so makcik pun nanti buatlah, dia bukan buat malam raya yer, tp dia buat lepas tengah malam raya, and kol 655 pagi, hampir setiap tahun di waktu yang sama, door bell aku pagi raya tu akan berbunyik…yah itu segala bagai yang aku order akan sampai di pagi syawal.

wpun aku cakap budget banyak nih, tapi tetaplah dia jugak buat macam nak makan 20 orang…so aku biasanya bagi kat jiran cina aku sikit, letaklah sikit kat umah mak ngan mertua aku buat penambah depa jer….rendang nya perkhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! sodappppppppppppppppppppppp! aku leh gatah rendang nya semata2 sambil tengok tv.

rendang yang dihantor tu berkuap2 panasnya lagi tau..memang baru kuor dari periuk belanga lah.

dan biasanya jugak selepas 7 syawal pakcik akan datang semula untuk mengambil bekas2 yang dia tinggalkan di pagi 1 syawal arituh. mesti korang kata mak aik, dahlah dihantar, datang ngamik lah pulak…isk bukan gitu. kami ni kalo nak menganto mesti over the wkend, tp pakcik makcik caterer ni dah kenal akak merah ko ni dah lama, so depa tau betapa susah nya aku nak carik masa kadang2 tuh nak pi umah depa, lg satu diorg kadang2 sian tengok aku nak masuk parking umah depa bagai so on tu lah kan… wpun aku cakap nak hantar, kang x sampai 10min mesti pakcik dah terjojol kat umah aku gak..

ni pakcik x sempat nak beraya, biasanya taun lepas mesti dia beraya,  dah nak kat rembang maghrib, tu yang dia nak balik cepat.

siap dia bawak bakul, bakul tu gak lah yang dia datang pagi syawal menghantar tempahan ku. tapi dah 2 raya jugak bukan aku jer yang tempah, ada member opis aku pun tumpang sekaki tempah. N tu pasal dah 2 pagi raya gak aku bangun bapak awal bukan jer sebab nak nunggu pakcik caterer anto tempahan tapi member aku yang nempah ni pun akan datang 10min lepas pakcik sampai untuk mengamik tempahannya.

member aku pun order yang sama RM50 gak, dapat sama gak bih kurang aku, siap lah dia kenyang makan rendang. rendang ni leh masuk lam fridge tahan lama kan…

even utk tempahan open house pun makcik caterer boleh buatkan provided ko kena lah datang amik kat umah dia coz depa ni takdak keter. aku pun kalo banyak bakul2 nak kena bawak aku pi ngamik, utk opis aku nye makan2 dulu pun dia gak orangnya yang buatkan, aku pi ler bondong2 mengamik…

kalo yang berdekatan ngan VA or sri permaisuri nak tempah ngan makcik caterer insyallah bolehlah diuruskan. ha ni samalah ngan makcik caterer yang aku promote masa bulan puasa tuh..orangnya sama mar….

aku x dibayar utk promosi ni yerr…yes ai do earn some ringgits from the promotion but korang x perasan ada gak promotion yang aku buat freely. iskk, sumenya nak charge melampo lah kan, and sumenye nak free wahhhhhhhh, bila lak aku nak jadi full time blogger?

Comment: 16

My big sister…

aku kalo jumpa akak aku ni, kalo x bergossip hal2 semasa memanglah x sah. x kira kat umah sendiri or rumah orang, ada je cerita yang dia nak isukan tau..tu kalo adik kami nana ada, lagi meriah.

ini kakak saya, no 2 out of 8. she s 41 years old, anak 5 tapi anak yang sulong meninggal usia 2yrs plus.

akak aku ni mulut huhuuuuuuuu, sangat lazer wooo. aku kalo tiba angin menjawab gak, tp pastu kang raya aku gak hegeh2 kena pi mintak mahap kat dia, tp dah besau2 ni nan ado nye lah sgt nak terguris rasa wpun ado jugak kadang2 tu. sbb dia ni lazer ya hamat hiks….

muka kami x serupalah, memanglah muka aku more iras to my mom. muka akak aku ni lebih pada ayah aku kot. lam semua 8 beradik pun, aku je yang paling diva aka paling cute petite hiks…nak gak cakap tuh. tp akak aku ni tangan dia bagus, masak apa pun pandai. mbe sbb dia akak kan, so nak tak nak kenalah dia pandai masak….

ha gambo aku ngan dia tu 5 kali snap yer pasal dia nak make sure aku amik gambo dia paling cun la katanya. Oh kami panggil dia Anya pasal masa kekecik dulu aku pelat x leh nak sebut Angah, so sampai ketua kami maintain panggil Anya…

anak2 dia lah yang selalu aku kidnap bawak lari ke rumahku dari dulu till now…

oh taun ni kan aku mintak mahap ngan dia, closing salam aku cakap ‘anya…kurang2kanlah melazer tuh :)’

sempat lah ai kena cubit… 😛

**aku lupa nak auto publishkan entry ni padanlah kurang entry smlm….nah amik korang baca ni dulu sblom cerita penang keluar ye…

Comment: 11

Angpau Raya for Kids…

hah angpau raya utk 1 Syawal!

pulang dari Kelangtown to VA, aku clearkan semua angpau depa, at least balik rumah x yah nak pikir dah nak sort camner….

saya dan sirman juga dapat angpau dari mak abah saya, ingat kids je dapat? hikss….

farah n the rest – seminggu lepas umah akak kena pecah dulu, rumah akak dah ada Security System….sapa lalu ngendap umah aku ni pun aku leh detect, ko try bukak, x sampai 10 saat ‘Security Systemku’ akan menjejakimu….

jadi sebab musabab tidak mahu berbarang kemas ialah – bukan murah dik nak memulakan semula. x kan nak pakai satu rantai jer, haruslah nak ada rantai, gelang tangan tebal 5 inci, cincin 2 urat, gelang kaki, subang hahahahahhahaha…melampo tol aku!

oh itu lawak di 4 Syawal 🙂

Comment: 8