Raya

The kurus gemuk and the Bloggerati Nuffnang….

Ada la hamba allah yang cakap akak gemuk dalam entry lelompat posing kat tepi pantai klebang punya entry, yang pakai dress emerald green (tu masa raya keenam gambar tu but entry tu was last week). Gitu kan. Ko kurus orang mengata ko sakit, ko gemuk pun orang mengata. Ko beranak sorang orang mengata, ko beranak tiga pun orang mengata. Apapun, tak kisahlah dik nak cakap apa, kata lah….

agaknya hidupnya dok kat blog akak perati jer turun naik berat akak kan? sampai mai komen, hok entry lain ko tak nak komen.

Itulah manusia, kalau tengok kat social medias, ramainya jer yang jadi ustad ustazah segera apatah lagi yang jadi tukang ngata. Ada yang solat tepi jalan, pun jadi viral pastu ada jugak yang mengata. Tak ke rasa nak lepuk.

tapi cite pasal kurus gemuk kurus ni kan, aritu akak tengok cite kat Diva ke AXN, yang dia kemaruk nak kurus, habis dah macam orang gila sudahnya. makan apa langsung tak nak, dia muntahkanlah, dia tumbuk perut dia lah. Sampai dah macam mereng, dah macam mental sangat. Eii so kesian. Tak nak lah aku macam tu heh, kot ye pun nak kurus, dulu ye lah, aku punya kurus 38kg.

tu sebelum mengandung.

Oh ye lah hangpa takde dalam personal fb fren akak, gambar gitu kuor kat fb jer, some ada le kat Instagram but masa memuda memanglah semua kerempeng2.

So nak menayang kain baju raya yang tak keluar kat blog, ada le banyak gak open house le events ler but tak berapa rajin nak blogkan, coz dah Instagram segala kan.  Sedikit untuk blogpost’s entry.

 IMG_0369

 ni baju ke main mahal, Rizalman. Kalaulah ada merahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

I went to Nuffnang Raya event pakai nih…gambar details berpart2 segala ada di IG and FB, tapi nanti naklah kena repeat balik pakai, gila ko tak ulang alik pakai bukan murah hoi…not just this, yang lelain pun nak kena repeat gak  pakai, tak sempat tahun nih, next year.

gambar hijau ni terkemudian seminggu dari yang di bawah ni yeah

gambar baju hijau Melaka lelompat tu masa raya keenam, masa raya dah tentulah makan makan makan

bukan ko baca ke yang akak cakap 1 week of raya akak memang khaskan ‘budget perut’ untuk makan sesaja coz its raya

so lepas tu akak kuruskan badan balik, sekejapan jer coz nak pakai sesendat, baju yang sendat masa raya pakai tak muat tapi pastu sehari lebih je akak diet dapat pakai balik, waktu AE’s raya open house, gambar pun semua ada di IG FB. Jadi mata ko tengok gambar baju hijau akak melompat2 kat beach tu, was like a month plus ago……….to be exact raya ke enam. Yang ko pi judge gambar lama tu napa??? Best ek cari silap salah orang?

 

IMG_9684

ini pulak lepas memakan kat rumah Ruby, way too lama than the baju hijau atas. Chiffon kebaya ke cardigan boleh nih, kalau tak silap harganya 2 helai RM80.

 

IMG_2646

pas rumah ruby, kita hantar kids pi badminton, Zeeshan tidur dalam car seat, but kita dok depan sebelah kereta lah, makan cendol Permaisuri. Laki aku lah yang sesungguh ngajak.  Belakang kami tu masjid, jangan risau le kami buat Zuhur earlier kat tumpang rumah Ruby. ada benda kita tak cakap so tak yah ler mengata2….ngapa le mulut tulisan memasing heh. So cari le masjid Permaisuri bila nak merasa cendol Penara kalau tak silap gak orang panggil, or cendol Permaisuri. ada gak rojak but i m not fan of rojak and laki aku masih kenyang dari rumah Ruby.

IMG_9696

habis kosong licin betul cendolnya heh! dapat dek abang ni sure dia 2 mangkuk

IMG_0761

Fefeeling flip hair nyanyi lagu Ella

Tapi kini bila dewasa
Aku mula sedar betapa mimpi
Hanyalah suatu permainan
Jiwa insan dalam kesepian

Jika mimpi cinta kita
Bisa kuzahirkan
Jadi lukisan yang menarik
Pasti aku sentosakan
Malam pesta bila engkau
Lafazkan janji dan memelukku
Sepanjang tarian
Hingga pipi aku terasa
Basah dalam tangisan
Yang penuh kesyuku

IMG_0772

cardigan yang sama jugak ngan top biru atas tuh, ni purple pink, 2 pcs tu yang dapat RM80. Murah kan….

the kain2 lace ni pulak ada yang dari Ash Anash and ada yang dari SuriSara. bebanyak lace ni banyak warna pastu pikir balik sok sok dah tak IN lace ni mana nak dibalingkan heh….

 photo

haa ni baru leh ko buat bahan. Hok atas tu masa gemuk gumpita. Hok kurus tu, 2,3 hari lepas punya gambar. Kaler taik cicak lagi akak pakai, sesuai matchy ngan handbag Yanok nih.  Hok atas tu baju merah make up tebal rambut ada kaler, hok baawh tu muka tak make up langsung and takde warna dah ramuutnya. DEDUA ORANG DALAM GAMABR NI ORANG YANG SAMA LAH!

Hok atas tu kena tayang kat dalam Bloggerati Nuffnang, shoot dah lama amik, taun lepas, baru lately ni keluar, so memang le jadi bahan korang kan kalau nak mengata. Korang ni tak boleh tengok aku gemuk gamaknya kan, asal aku gemuk je korang potpet. Camne le kalau Hanis Zalikha sok beranak pastu buncit tak hilang mau korang bahankan dia gak. Aku yang bukan celebrity gila cam Hanis pun dah from top to toe korang tengok. Oh speaking about Bloggerati Nuffanng kan, mehlah tengok profile akak, you can find me dalam tab Parenting, Lifestyle, Home and Travel. Lepas akak pindah rumah baru, depa masukkan akak ke Food pulak hahahahha, aku nak jadi tukang masak ngan dapur besar gila tuh.

Eh ada orang jual slimming suit melekat badan, napa tak kekurus gak ko, sian statement orang kata dia mengandung lagi padahal baru je beranak berbulan2 lepas.  Apapun, it s not about kurus gemuk, asal sihat sudahlah. Lagipun ai dah ada package 3.  Anak sulong aku pun dah umur 13 tahun. Ada jer anak dara yabg blom kahwin pun gemuk, yang dah kahwin tak beranak pun gemuk, so tak kiralah, yang mengata tu kita kurus ke gemuk nih, tengok ler badan awak sendiri.Anyway, pi ler tengok akak kat blogspot lama, punya aku cengkeding pas beranak Kakak, after 3,4 years terus slim. Bukan setaun 2. Same goes to Zeeshan, dah 2 taun baru susut, itupun dengan bantuan sikit, lebih tu on my own, no carbs minyak bagai yek.

Tapi kan akak tak kisah kalau kenkawan akak yang akak kenal macam Dr Nan ke Dr Shida tegur akak gemuk dedulu,  but kalau yang unknown tu, yang letak anonymous tu, ha tu aku paling tak boleh blah lah. Takde telur takde bijik ke? Sini mari, masuk gelanggang? Susah hati gamaknya ko tidur ngan aku kot yang tak boleh senang hati bila akak naik berat badan kan? Dah kurus turun 12kgs pun dok kata aku gemuk gak lagi yapadah! Akak pernah paling kurus yang not even 40kg sblm kawin dulu pastu max akak pernah cecah to 68kg coz of pregnancy, i dah rasa kurus gemuk bagai.

i hope entry ni takde le yang kasar sangat tulisannya kot coz i m trying to level down sket bahasa aku nih. Tak nak lah jadi yang berhemah pakai tudung tapi dari tak pakai tudung pastu pakai tudung, sama je package mulut maki2 mencarut menyindir memfitnah dalam blog tuh. I dont want to be that kind of person please.

Stay healthy, kurus ke gemuk asal sihat alhamdulillah. Aku kurus pun ko susah hati, aku gemuk pun ko menangis kan?

Comment: 18

Green model…

IMG_8252

IMG_8259

IMG_8309

 

IMG_2211

IMG_2244

IMG_8760

IMG_8671

IMG_2380

IMG_8397

nanti taun depan tengok, insyallah if boleh lagi lompat tinggi cenggini hah.  coz ramai yang dalam page and IG kata amboi kak dah kurus bolehlah terbang tinggi, cuba masa ko gemuk dulu. kann….

so abis dah lah cerita Melaka, betul2 ngam2 sebulan raya untuk cerita Melaka sahaja kan. phewww..habis hazab.

Raya open house yang weekends aku pergi bagai tu, not sure nak letak ke tidak, baju cecantik gak, but macam pemalas ler nak cerita sesatu. semua dah kuor Instagram kan. Ye aku tau korang akan cakap kak kita takde fb takde instagram takde segala mala bagai, tapi akak malas ler pulak nak cite sume kat sini. Orang yang takde ig fb zaman skang nih macam kelakar tau yang….oh yelah nak suh cite dalam blog detaily yek, hah tengoklah.

tapi raya dah abis mar…

kita kena move on dengan cerita after raya 🙂

amboi kak, sketnya update arini

eh banyak bunyik plak. hakak busy ler. ok jawapan classic.

laki aku sama le cam korang, mana entry for Tuesday?

ai malas. LOL

remember dulu was like 10 ke 14 entries per day, setiap 7 hari yer. maybe about 7,8 years ago. pastuh susut, makin lama makin susut menjadi 1 day per entry, for 5 days only.  pastu skang hah, nak buat hari2 pun kena susutkan jugak.

btw, aku suka le dress hijau Nichii nih, suh depa buat colour lain plak, merah ke brown ke, kekuning ke…

 

Comment: 8

Last one…

IMG_1837

nak bergaduh mengumpulkan semua manusia dalam nih

IMG_8060

one of the photographers was my maid, tapi lain pakai self timer

IMG_1888

ni sah pakai timer coz the camera macam placed kat kerusi je kan…

IMG_8113

just the 7 of us

aku tak paham btol the guys yang nak kena pakai shades lam rumah ni heh

kiri kanan tu hah

IMG_1938

up lebih sket sini lah package nih

IMG_1964

once again, ada sorang lagi big brother takdak, tengok2 bukan sepesen pun muka kitorg, aku rasa ler. i got my mom’s look. very the mak mak hajah, sok aku jadi mak ajah cam tu gak lah

IMG_1985

ini nak suh berkepit pun nak kena suruh le orang tua dua orang ni tau…apa le nak disegankan tu weihhh

biasa ler skang stage kitorg buli mokpok suh kekepit rapat sket

IMG_1998

the menantus

IMG_2032

the cucus

but pastuh ada le ramai2 each family posing and aku rasa tak perlu le letak semua heh dalam ni, ngan family aku pun sama tak yah ler letak, dah kepam kot sumenya nak tempek. As mentioned, dah abis raya pun cite ni tak abis…so kesian.

IMG_8215

 ada je yang nak menyelit ler….

eh dress hijau ni from Nichii, gila sedap pakai but cuma takdak kaler lain, kalau idak memang aku dah borong

IMG_8221

aku lari depan umah pun dia nyelit sama ngendeng….pantang ada camera hakak baju biru sorang nih…

she s my kakak though

IMG_2121

kita poi le Klebang, but before serbu rumah orangnya, dok tepi beach hah, sorang dah meligat macam ni. aku rasa macam nak bukak je baju budak nih, peluh berdenting2 hah..udahlah pakai kemeja.

IMG_8267

kita dok sini pekena ayaq sejuk ayaq panas

IMG_8291

dan carik port nak buat photoshoot

IMG_8430

budak kecik tu kebasahan akhirnya, aku pun tak perasan le aku dok sibuk buat hal sendiri tetiba aku tengok laki aku dah kendong dia tukar kat bonet, kain baju baru. dia dok main air, sesikit memula abis kuyup….

IMG_8363

sian, nak suh mandi memang takkan bagi le walaupun depa dok mengecek nak mandi sini…

IMG_8376

aku pendek lagi dari anak aku memang logik le coz aku bukan makan kacang panjang kekecik dulu LOL but pakcik2 Abang dah memendek dari Abang, hahahahha ok itu kelakar

IMG_2158

what so funny hoi

Zeeshan dah berlenggeng kat rumah ni, dah time nak tidur, tu pasal dia geti dok diam sket kat riba maknya…

masuk jer kereta, pasang ekon terus tidur sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii KL eh sampai Seremban

IMG_8415

kat sini ada drama, bebudak degil tak nak naik jugak. so adik bongsu aku sudah menjerit pun tak jalan gak lalu mak merah pun sambung jerit wahhhh kak ngah pi amik video pulak. sib baik le dah kahwin kalau tidak mau bakal mak mertua tak jadi nak pinang dengo jeritan mengilai haku!

ai dok lam kereta coz teman Zeeshan,dia tidur…..

IMG_8416

ada pulak yang teringin nakkan Klebang Original Coconut shake, pasal ko kak ngah habis ler kami berbijik2 kereta ni kena pusing Melaka cari gak….udahlah beraturnya ke main panjang

but anak buah punya pasal, laki aku turutkan jugak ler…dapat pakcik makcik baik cam kami ni, memang best le ko kak ngah dapat yang mengilai macam atas tu hahahaha….kem salam le ko nak dapat yeh

IMG_8673

ini hah, aku rasa gegitu je, takde le macam nak kena terkenang sepanjang hidup pun. Kak Ngah punya claimed dok cakap sedap…huk aloh. Ko tak leh buat review tauu

abah aku siap cakap, emm sama je ngan air lain yang abah minum

kahkahkah fail ler ko kngah

IMG_8756

di Seremban, one of the relatives house

IMG_8765

the not so complete cucus….kecuali Zeeshan and the babies tak boleh le ada kat sini…macam tetaun sebelum ni gak, taun depan pun ko akan tengok entry kat Klebang nih gak, and ada le jugak posing aku melompat, itu kang ler entry nya. mulut memasing kurang asam, oh kak tinggi ko lompat kali ni dari tetaun lepas, mementang dah kurus!

biasa dia yek…

i promise you

pasni abis dah cite raya

ada tinggal satu je lagi entry kot

pastu habis dah

dah leh private terus blog

kahkahkah…..

Amin.

Comment: 11

Night life…

IMG_7839

budak kecik sapa duduk kat tepi, adalah dilarang keras, kang terterjun masuk dalam sungai tu yer. Bengang gila Zeeshan kena marah hahahahah, dia nak gak dok bahagian tepi boat. so kena ler dok tetengah pastu kirog adik beradik blocked jangan bagi dia nyelit. Jadi package bebudak dok ler tetengah yer.

Ini dah nak midnite kot aku rasa, we were the last passengers yang naik boat nih. Technically aku yang paling last coz semua orang dah naik tapi aku sibuk beli air ler, beli jambu batu le nak buat makan reramai dalam river cruise nih.

Pusing Melaka begini le hasilnya, bebalik tu bebalik nih. Nak ajak tengok wayang, dah tak sempat nak beli tix online ke hapa, so sini penyudahnya.

IMG_7842

aku pun datang ngan caftan jer pun, takde bawak seluar panjang ler ke Melaka…so sarung je ler ni buat baju tidur ni pun gak buat baju jalan Melaka memalam buta. Takde sapa heh nak tengok, mesti orang dok ingat peghak mana ler aku nih hahahaha…ini first time aku naik river cruise Melaka, dulu depa pernah naik,

IMG_7865

anyway jalan malam tu mak abah aku tak ikut, adik aku yang ada baby ngan bibik pun tak ikut, depa dok rehat homestay, membongkang

yang ado2 ni jer lah hah….riuh betul hoi!

 

IMG_7893

penyiksaan nak amik gambar ni bila dari bersnap2 yang kita amik, ini je lah satu yang sharp for them but blurry for aku coz Zeeshan yang dok cam lipas kudung sangat but hok gambar ni cam sopan je ko kan!

IMG_7924

orang-orang gila tengah malam di Melaka River Cruise

ha nak tanya bape entrance masuk skang memang aku tak tau ler, pi ler google, laki aku yang handle beli tix segala, tanya dia skang pun entah dia ingat idak

IMG_7969

6 beradik, nana tinggal malas nak ngekor ada baby, Along memang takde ler kan.

korang sure tak penah tengok gambar abang sulong aku kan?

ke pernah yek, aku pun rasa macam tak pernah  je tunjuk

IMG_1757

biasa kita sampai sini sengsiang…kali ni malam pulak. ha bersakan le korang posing

IMG_1814

mak encik merah dok situ je ler

aku mata kat Zeeshan je, rasa nak pakai je tali yang ngikat mak ngan anak tu. Dedulu masa zaman Abang aku pakai, sampai umur dia 6 tahun baru aku benti pakai, masa tu kat Beijing, officially benti. Pakai pun bila dia dah nak terjun dalam air pancut kat Alamanda nun, bulan puasa masa tu, aku lari pergi beli tali kat kedai baby. Geram btol, asyik la ko melompat, lasak ya hamat anak2 jantan aku sumer hoi.

Kalau ikut style laki aku, alah biar ler biar lah. Anak dah  nak terjun air pancut tu oi, hang nak suh biar biar lagi? grrrrr

bape kali dah ilang dari mata, mencungap2 heh, bukan Zeeshan le, si Abang dulu masa dia kekecik. That time, 10 – 12 years ago orang tak expose sangat pakai tali mak anak nih, but pedulikkanlah orang nak cakap apa asal jangan anak aku  hilang.

As years goes by, zaman sekarang dah common, pesen tali ikat mak anak tu cecomel lekat kat bag bagai kan.

For Kakak, tak pakai,dia anak perempuan, sopan ayu je dulu. Ni Zeeshan dahlah sama chop muka cam abangnya, perangai melasak pun sama jugak.

IMG_1834

so antara cara nak mendiamkan dia ialah cang dia kat bahu tuh. kalau  setakat dokong gitu je memang silap besar lah, tak hinginnya dia. Lagi dia nak lepas loloskan badan dia ada ler…

well bebudak nih dok sakan berposing segala

ada gak yang nak pergi naik beca ronda kota Melaka, oi tak yah lah, dah past midnite sangat. Mohlah balik tidur…sampai dah lapar balik pun

IMG_8022

Esoknya, sesiap, makan but tengahari gak lah baru checked out. Sebelum tu memasing bersalaman dulu ngan Pokde depa coz pokdenya dah nak ke Penang pulak. Gila si Epi ni, dia kan keje kat pantai timur nun, dia turun KL, Melaka dari sana pastu esoknya pi KL terus ke Penang and balik Penang KL dalam hari yang sama jugak!

tak ke gila aku cakap.

IMG_8033

yang ni pun sama package ngeng gak, sorang dok gila build badan, dok cabar kakaknya naik, hah yang kakaknya pun melayan, buat surfing le hapa ko kan….

IMG_8043

hahahaha….ngan kakaknya tak mandi lagi tuh, orang lain sumer dah mandi dah siap. Biasa ler, mak mak memang last sekali baru bersiap, heroin mar…

IMG_7880

tak baik le kan ending letak gambar tak mandi pagi lagi, so kita letak gambar a nite sebelumnya. Ini bukan baju raya tahun nih, ini baju taun lepas buat pakai event sekali je pastu peram. so repeat le balik pakai waktu2 gini hah…pastu skang caftan ni dah dok lam kotak terus. Nanti taun depan insyallah kita bukak kotak pakai balik. pastu sok sok buat pakai bila orang datang rumah.

malam tu balik coz aku sorang je tak makan lagik sebelum kuor tu, melapau le pulak. Tapi coz aku ingat seminggu raya adalah hari untuk aku makan, dan makan, tak yah pikir diet sangat, so korek gak nasi. Lapar mar….lauk abis le pulak.  entah aku pun tak ingat apa yang aku makan malam tu, nasi ngan kuah sardin je gamaknya.

Back tu citer river cruise nih, aku ingat lagi maid lama aku dulu boleh muntah belahak naik nih.

Turun je boat dia punya pening2 pala. Aku pusing kepala Ibu.

eii drama betullah dia.

to recall back, nak2 raya dia melutut ni dok kat lantai, ibu suami aku jatuh pokok, kakinya enggak bisa berjalan, sudah berapa hari tidak makan, anak2 kelaparan kerna bapaknya enggak bisa kerja, duit enggak ada ibu, tolong kiriman uwang ibu.

drama kan?

laki aku masukkan ler duit, padahal baru kerja bape hari pun.

terima kasih takde, apa takde, aku tanya balik laki ko dah amik ke duit kat bank?

udah ibu

eh boleh pulak laki ko bangun berjalan amik duit pergi bank yek? aritu kata terbaring tak boleh nak berjalan bagai

dang! kat situ ler aku tau pasnih akan banyak lagi drama2 kecilnya nak menge’cong’ ibu.

hahahaha…she s long gone dah pun. Tu yang bila naik cruise ni, mesti family aku pun sama teringat ngan maid yang sorang tuh. Mila ke hapa namanya. Hari2 cite pasal duit jer dia, kita bayar dia, through agent kan, so semua leave it to agent tapi dia dok mekak2 apesal family dia tak dapat lagi duit dari agent indo vs agent KL. hallo? aku bayar kat agent msia sini, masalah agent ko kat indo tu, family ko ke, beyond my control ler. Bila cite kat agent msia sini, dia cakap ko rampas je handphone Mila tu. GIla la, stress dapat maid macam ni and jugak dapat agent macam tu.

Eh dah macam citer maid pulak heh entry nih.

Comment: 3

So Melaka lagi….

aku tengok jer citer melaka aku mengantuk, blum type lagi. laki aku pun dah sesindir, speed up sket lah cite raya awak tu, raya dah nak habis pun.

yelah speed up ler ni.

abis tu, iklans pun kena kuorkan gak….takkan setiap hari nak cite raya jer kan.

IMG_7540

The day 2 in Melaka, ni walaupun ada 30 aku amik yang penting je lah…the only 3 sisters yang kami ada with Mak Ajah

 

IMG_7274

at one of the houses yang kita visit, bukan nak letak gambar tuan rumah, well prinsip aku macam biasa gak kang ada soalan, alah tak nak lah nanti orang kenal akak adik abang kat blog ko, OR kak aku kenal dia tu kak…ha macam tu ler kisah

IMG_7346

sibuk le iklan ni, kulu kilir ngan kasut sapa yang ko sarungkan

IMG_7358

konsep pakaian di Melaka aritu, main sarung je untuk hari  ni coz aku tertinggal satu baju yang should match ngan kain lace hijau hitam nih. so I settled je ngan gold blck top nih…

IMG_7394

dia datang lagi dengan kasut perempuan pulak….

IMG_7374

sebelum berat naik 2kg seminggu raya….pas seminggu raya huh naik pipi! but skang aku dah settled down balik to the asal weight

IMG_7416

at one section orang2 tua dan aik beradik aku yang berborak, tapi kita berborak sesama sendiri sambil posing as usual, routine

IMG_7424

another shot

IMG_7564

sibuk ngan social media, yang kak ngah tu sebenarnya dia pun sama riuh but konon dia sorang je yang tak pegang gadget padahal….

IMG_7577

semuka pucat, kat homestay sebelum siap make up

IMG_7607

another house

IMG_7619

isipati dalam kereta akan sentiasa bertukar

petang tu Mak Ajah’s turn, aku dah kemamaian kat belakang tu bila tengok enaknya anak aku tidur heh

IMG_7630

satu rumah kita pergi takde orangnya

sebenarnya selain beraya, mak abah aku datang nak menjemput jugak, adik aku kan mau kawin maaa

u can see the reflection abang aku ngah masukkan kad kat post box rumah nih

IMG_7690

my 4 brothers, RD and Abah

yang nak kahwin si baju merah tuh

IMG_7699

buat shoot sini cantik marrrrr

IMG_7717

rumah ni lagi cantik, tepi jalan raya, nak turun bawah tu mencuram, kete adik badik aku sume tak nak bawak turun except RD je parking dalam nih coz Zeeshan yang masih tidur

IMG_7728

for that day, 6 bijik kereta anak menantu mak abah aku, earlier was 4 kan, tu yang 2 kereta sampai kemudiannya

IMG_7712

Zeeshan yang masih lagi membuta, beralih tempat tidur dari dalam kereta ke sini pun masih lagi melena, kat rumah nih satu resepi aku tengok, dia buat laksa goreng ala mee. aku takde le rasa pun, tengok je depa2 makan, macam pelik plak hahahha….

IMG_7761

pastu dah memalam, ha jadi begini mak tin merah….take turn lenakan or diamkan si baby yang nakkan maknya but maknya sibuk. Mak aku asalnya dodoi taapi ha aku amik alih, eh eh budak ni diam lerr… hahaha sekadar kilat aku bahankan mak ajah, apa mak…dia tak nak ngan makkkkkkk, tu kaki mak aku tu atas katil hah dok bantai gelak…

Malam tu pas makan, but aku tak makan coz dok lambat sangat abis semua dah abis, kena repeat masak so kitaorg kuor berjalan tengok bandar Melaka, that was about almost midnite. Riuh lah, bebudak ke main ramai. Our family is getting bigger and bigger, itu kalau abang sulong aku join dengan bini-bininya (plurals ye hahahahaa) dan anak2 yang berbelasdan cucunya, lagi ler, 3 homestay kena hamik!

Comment: 7