Raya

Raya Melaka!

IMG_7191

Raya keempat, balik Melaka mar…

about tenghari kita bertolak, 4 bijik kereta. Bila cakap 4 bijik tu means mak abah aku, adik beradik aku sumer lah. But tak semua balik on time coz ada lagi 2 kereta akan sampai pada malam harinya dan esok paginya gak. Ada yang dah kena kerja jap hari Khamis dulu tuh, aku pun kalau tak de balik Melaka memang aku pun masuk kerja gak heh gamaknya.

OOTD raya keempat, simple je coz banyak masa on the road. Short caftan dari Jakarta yang aku borong dulu. Eh sana memurah ler…

Pastu raya sana sini

pastu ada kejadian merajuk kahkahkah….

pastu laki aku bawak pi homesay, nak amik kunci.  Contact homestay ni dapat dari reader aku gak, but yang deal with the owner was my husband ler.

IMG_1683

inipun gambar2 nih laki aku yang snapkan, aku  kalau benda yang bukan kena perlu blog sangat memang malas nak amik hahhaha. so ini master bedroom. Setiap kali dok homestay memang aku akan chop the master bedroom tapi pasnih aku tak nak dah amik nih coz bilik ko akan jadi mangsa semua manusia untuk masuk pakai bilik air hahahahahah. yelah walaupun ada 2 bilik air dah kalau ada 30 orang tak ke kena bergilir.

Jadi taun depan, nak dok bilik lain yg takde toilet. hehehehe….

katil ni eloknya diketengahkan lagi or close sket to toilet coz tak dapat aircond bila position katil camnih. So instead of pakai ekon, kami pakai  kipas coz ekon tu memang hala tuju ke depan jer, tu yang position katil kena tukar, by right lah. but malas heh nak tetukar position.

malam kedua anak buah aku si kak ngah tu tarik toto tidur sebelah katil aku. cikmi  ko cakap alaa kak ngah kaco daun je lah hahahaha!

IMG_1684

ini bilik mak mak dan baby2 yang menetek

kita ada bawak toto sendiri gak so mana le cukup sekatil ni 3 orang ngan 2 babies koo

lain tidur bawah ler, maid aku pun sibuk lam bilik ni gak, suh tidur ngan bebudak, dia tak nak, tak high class le kan, mesti le nak dengo ipar biras aku bergossip segala

IMG_1685

ini bilik mak abah aku tapi jap2 anak buah aku pun sama tidur sini ngan atuk neneknya sampaikan adik bongsu aku pun tidur sini sama hah celah bedah mak abah aku. asalnya mak abah aku mana le nak bilik nak tidur atas sofa luar je but dah ada bilik heh pi je le tido mak abah oi, dahlah mak baru je balik dari umrah semalamnya

IMG_1686

ini bilik anak2 dara perempuan yang 6 orang tuh

cucu-cucu and adik badik n ipar laki aku sume pulak tidur kat hall, bentang toto panjang, laki aku je tidur ngan bininya hiks…

sebab kan ni homestay RM500, so laki aku bayar RM300 lebih dari semua orang coz dia nakkan master bedroom, yg lain bayo 50 jer jadi 200.

gitu kisahnya….tu pasal tetiap taun pun kita ler arranger kita ler jugak yang chop bilik dulu hiks…

IMG_1688

ini budak jakun tengok double decker beds, dok turun naik turun naik. dia rasa macam wah hebatnya katil nih

IMG_1687

ini dry kitchen, ada le meja makan and fridge so sebab aku sampai lu aku transferkan segala food yang kena masuk peti ais nih

dapur masak ada belakangnya.

overall, we like the homestay but nak kena tambah sket meja2 kecil or almari kecil of the sides kat dapur and meja bulat makan nih coz nak letak bebarang semua macam tersempit atas meja makan and kat dapur pun sama takde meja or almari tinggi yang kita boleh letak our stuff. so situ le masak situ ler masak air situ le masak nasi situ le gak basuh pinggan situ le nak memotong bahan masakan, memang payah gak lah. Nak buat susu anak pun kena pakai kat dapur masak tu gak.

Nanti kalau kita nak pakai homestay ni lagi harap2 ada dah lah almari2 kecik tetepi all dapur tu sumer.

Harga, for 2 nites 3 days is RM500.

Nurhomestay. Located at Taman Indah, Melaka. sila google. Highly recommended.

IMG_1689

Esoknya solat Jumaat, si bongsu ni pakai jubah Mak belikan dari Mekah pastu reramai le pergi Masjid.

apahal ko kaki ayam?

oi..nanti hilang selipar baru raya orang tu Cik!

sanggup kooooo simpan selipar lam keter tuhhhh

Comment: 2

Kapar and Cheras to us…

IMG_6838

sembab muka mak meyah

arini baru leh raya propely

laki dah tak keje, dah cuti

dan kita nak balik kapar, initial plan, rumah mertua but almost midnite semalamnya tukar plan

Kapar will come to us

so so, by noon tu semua siap

kata raya, dok rumah pun kena le berbaju rayaaaaaa

janganlah korang gelak kain kakak yang bunga tapi tak match ngan topnya tuh, kain taun lepas tuh but tak jumpa aku mana kainnya, ngan kain tu pulak topnya is kebaya but lecehlah dia nak monolong kat dapur. Pagi tu selain bibik, Abang jadi assistant aku kay coz kakak baru dijemput bapaknya dari umah atuknya.

IMG_1574

nasi ayam and bihun

actually masuk hari kedua raya aku dah tak boleh telan nasi impit ketupat rendang. dah totally muak. aku dah bersedia untuk naik berat masa raya, coz tau makan tak cantas.

sokay, coz aku dah pulun diet balik this week. Sejak Aug 8th aku dah ‘puasa’ and ‘diet’ back, using back my HCG treatment. Senang je dah tau aku punya badan memang senang kurus kalau pakai HCG punya diet.

IMG_6906

ni masih mengempeng but lepas 3,4,5 raya kira complete 10 hari raya tu makan makan makan. memang naik le kgs. Jadi terus aku ligat sambung balik diet. cannot ler kan, cukup2 le makan masa raya tuh.

Ini caftan dari Jakarta gak, aku beli 2 lai, selai hijau aku hadiahkan kawan baik aku. yang merah ni dah tentulah mine kan. Mewah gila rasanya caftan nih, kat jakarta memurah, tapi bila tengok kat KL ni jual oh my mahalnya kooooooooooo mark up!

IMG_6956

so my mertua ipar duai sidepun datang di hari raya ketiga tuh….

IMG_6975

dahlah sebaya umurnya beza sebulan jer, sesama lak pakai merah, berkongsi bulldozer gak tuh! tapi cousin Zeeshan yang lady ni memang ganas gak garangnya hoi asik kena debik je dia

IMG_7015

tak semua pun jugak ada, cam biasa ler ada yang balik rumah mertua, ada yang kerja

IMG_1601

sessi bermaafan, dah nya kitorg tak balik raya pertama kan….

IMG_7112

dah turn aku pas laki aku, mestilah aku mengempet je ngan dia

IMG_7113

letak gambar salam mak mertua jelah, ramai bonar adik badik ipar duai 🙂

IMG_7038

pastuh  hah ari tu jugak ialah ari nya mak aku balik dari umrah, tapi adik badik aku le yang pi jemput ngan abah aku, aku dok umah coz family mertua datang kan, dah alang2 mak aku baru balik, so mak mertua aku pun menjengah la visit sama.

dapat ler minum air zam zam dan manisan2 orang jauh.

IMG_7044

ini sebenarnya nak tunjuk gambar si niece aku yang neneknya belikan dari Mekah nun, boleh le buat jadi flower girl kononnya kan hahahhaa

IMG_7068

pastuh kitorg balik semula ke rumah and siap untuk family aku  yang nak datang pulak, 4 trips!

tu pun baru nak makan laki bini, lapik perut….

IMG_7064

boleh buat 2 cara, off wifi so semua manusia tak pegang gadget unless ko ada data sendiri

or share the wifi to sedara mara everyone yang datang….

for that day, u guys are so lucky, korang dapat merasa free wifi

tapi ada hari lain, adik aku amik semua gadgets kat tangan memasing, hahahaha adoi betullah, dunia skang bukan dunia mintak duit raya, anak buah aku asal masuk umah orang dok mintak password wifi je kejenya!

IMG_7106

ini trip ke tiga makan

sok umah baru aku nak beli yang set meja makan for 8 or 10 pax terus wpun anak 3 sahaja coz bila family besar gini, dahlah 2 sides kan hah makan pun kena amik turn

 

IMG_7120

ini selingan kat rumah mak ajah, cucu2 perempuan dapat gelang, dapat tudung jubah le etcs. yang lelaki dapat jubah gak

aku tak dapat apa pun tapi sweetnya mak aku cakap dia leh nampak dah turn aku akan datang dekat dah ngan Mekah tu

insyallah….

IMG_7137

 

penglepak2, kita ngah pikir esoknya trip Melaka tu nak susun kereta nak sapa dok mana. Masalahnya ada budak ni depa nak dok sesama the girls and the boys, cucu2 ni sume la so kena bagi balance ler mana kete mana. Jadi aku le ngan akak adik aku dok menyusun, tapi esoknya ler, bereterabur balik bila ada yang degil tak nak gak ikut plan asal sususan kereta.

 

IMG_7147

malamnya terus aku terjelepok, laki aku dah boleh main pijak je kat badan hah…..ini belum buat open house. penatlah buat open house, dulu aku buat gak pastu tak larat dah. kaki geletar dari pagi ke after midnitepun orang datang lagi wpun dah cakap sampai kol 6 petang sahaja.  Tapi tu ler kan buat open house ni tak boleh nak get together borak panjang. Kalau buat one to one, sapa datang rumah tu boleh le jugak borak sakan sampai lebam. ye dok?

but nak menyenangkan tuan rumah, tu yang kita buat open house, sekali jalan, so hari2 lain or wkends lain kita pulak pi rumah orang. by the way kan, kuih raya rumah aku dah abis dah hahahha…tinggal 2 sets jer, so bekas kuih raya lain sume dah simpan balik.  Berbaloi gila taun ni punya kuih raya beli, ada malam raya kan laki aku pi beli kat area rumah aku, borong segala untuk rumah mertua dan rumah mak aku, puas hati. Pasnih pun nak beli lah malam raya jugak….Asalnya tu pun aku suh dia pi Jalan Tar malam raya, pi le ngan Abang kan, bagi anak kenal jalan tar sket during ramadhan syawal tu, but takde maknanya le laki aku nak pi menempah sesak jalan sana.

Comment: 7

Dua Syawal – Gold and Blue…

IMG_6356

ehwah ko kakak adik

bersilang kaki nampak

mana belajar? cikgu red ajar?

 

IMG_6383

sabar la Zeeeshan, kita amik gambar kejap jerr

apak ko ada 10min je nih

10min yang tercicir sangat

kita mintak apaknya hantar us to our makcik’s house, coz dah janji ngan adik badik aku nak raya sini, but yang lain lepas sejam baru sampai. Aku gak yang punctual. Ini pun punctual pasal laki aku nak pi kerja kan. dia kena le hantar on time. dia sempat minum air jer, jamah makan tak sempat.

IMG_6425

so sebab team aku sampai dulu, kita makan dulu and pas adik beradik aku lain datang, aku pulak melepak santai le. tapi gambar sedara sume tak letak ahhahhhaa…well, i malaslah nanti ko sedara redmummy keeeeeeee

ko kawan redmummy keeeeeee

lainlah kak ngah, niece aku ni dah memang famous pun kat sini.

IMG_6494

ha sian bf aku nih dia nak tidur

tapi dia mana boleh tidur gitu jer

dia jenis tidur lena only kat 3 tempat: dalam pangkuan, or atas katil or dalam car seat kereta dia. bila dah kat rumah orang ni, dia melekat je ngan aku and suh aku baring doz dia dah tak tahan sangat nak tidur. but dah macam nak terjatuh le pulak kalau tidur kat sofa nih.

IMG_6510

beralih le position nak bagi dia ngan maknya selesa. sekejapan pastuh dia tidur. so aku stuck macam tu sampai le nak baliknya….

IMG_6559

masukkan dalam kereta pun dia melena lagik…

tapi ada jugak yang sama melena gak…tak menyempat keter nak bergerak dia dah mentidur hoi

IMG_6549

yang tudung kepala oren tuh hah tak sesabau tidur

pagi raya aku adiahkan telekung tudung2 baju dan macam2 sempena Syawal.

bukan main le drama mintak maaf salamannya, berdoyon doyon nangisnya.

hangpa dah tengok my ig/fb dia punya drama meraung 15 saat bila doctor amik darah dia? ahhahaha pi lah tengok

tu baru 15saat yang aku letak, full vid is 30sec actually

8,600 lebih yang menontonnya di FB and kat IG tak tau ler kan bape ribu yang nonton

begitulah aku menghadapi pelakon senetron setiap hari 🙂

IMG_6584

aku tumpang keter adik aku jer, aku kan dihantar suami. anak2 aku yang 2 orang besau tu pulak naik kereta lain, nak berkepit ngan the cousins lain

IMG_6619

cantikkan my niece nih

she s so prettyyyyyyyy and bila dia ada jer semua berebut nak pegang dokong dia hah. Aku dapat le merasa kejap, sebelum dirampas by orang lain plak

IMG_6660

yang ni pun comel gak

but i dont like the quality of the lace kain tuh. so disappointed. beli yang cap bebiasa lagi murah than this, lagi better qualitynya. Dont think aku boleh pakai lagi sekalilah, abis lacenya menjejeh tercabut.

IMG_6746

selfies with my 3 kids yang panggil banyak kali pun payah nak datang bergambar….ini pun kat rumah pakcik aku pulak, kitorg pergi ramai tau, 3,4 keter but macam aku 3 beranak je yang pi raya nih ahhahahaha

abah akupun ada sama wei.

IMG_6753

 

Pastuh kitorg dah tak tau nak jalan raya mana. Satu kereta nak kena balik before Maghrib coz kerja, lain sume merapu tak tau nak ke mana. Aku pulak memang nak balik ler, coz lemau penat berejam berjalan, ada anak kecikkan.  So we decided to go to KLCC.

coz aku nak amik do something with my barang kemas jap.

Sekali semua pun ikut pi KLCC di Syawal kedua. but depa tak de le meraban ikut masuk mall, depa sume park luar and posing kat tasik le, kat park mana tah. aku pun tak tau le dah terpisah. aku sorang je yang masuk Habib nih.

N balik pun, aku berdua je ngan Zeeshan coz lelain lepak umah Abah aku, termasuk ler bibik abang kakak. Midnite bapaknya balik kerja, sekali jalan jemput depa 3 balik.

Simple gila raya, yang tak tahan tu boleh pergi KLCC, ramai betul orang luar dalam tuh, Indo, Nig, Bangla dan macam2 jenis rupa bukan Malaysian ler he. Tu pasal by hook or by crook, kita kena balik Melaka gak. Lemau dok KL heh…

Comment: 4

Syawal photoshoot….

weii nak kena citer Syawal lagi nih.

Belum Melaka lagi nih. Baru KL.

it s ok, takde cerita, takde tulisan harap2 gambar boleh bercerita lah yeah. Ai is super bz mar…..oh well alasan lama.

Nak quit jadi blogger bley dok? hahahaha tetttttt……

IMG_5710

aku amik sesikit je lah gambar dari salam di rumah abah aku, ada almost 30 orang dalam rumah masa ni, mana ke mampu nak disemua letakkan, lagipun depa semua tak penting. aku yang paling penting hahahaha….

i m the 4th in the family, out of 8 so group ke empat yang bersalaman. Led by RD first, Zeeshan atas tu dah bermandi peluh. Abang kakak zeeshan tak sama beratur ngan makpaknya, depa group cecucu, so beratur panjang semua cucu ikut pangkat memasinglah.

IMG_5716

ha tengok outstanding gila dalam biru semuanya ada merah. zaman aku anak beranak serata warna dah berlalu mar….anak2 pun dah besar so tak yah lah semuanya nak disatu warnakan berlima nih. Aku ngan Kakak memang akan warna sama nak contrast ngan the boys.

IMG_5721

mak ajah takde, blom balik so abah je lah. kalau abah pun sama ikut pi umrah, kitaorg beraya adik beradik je lah…

IMG_5769

ngan akak aku

IMG_5896

pastu berturut2 ler ….ikut turn memasing.

malam raya tu tengah malam kay baru isi duit raya coz kitorg lepak umah abah sampai dah ke malam, tolong kemas sket2 rumah abah. Rumah ni pun tak lama jer, sampai bulan ni jer pastu pindah to a bigger house a bit. Family besau mar….

pastu hok tengah malam isi duit raya tu, aku audit awal, laki aku ngan abang kakak tolong isikan. kita short notes merah and hijau so kita ganti ngan notes singgit, sekali ada plak yang adik aku cakap anak dia tak dapat short duit raya. huk aloh.

Mayaaaaaaaaa taun depan kena tukar notes 10 lagi banyak heh.

Oh supplier tukar duit raya aku dah 2 ke 3 taun kot was by Maya si blogmaya.com . Awal ramadhan bagi cash kat dia, lagi few days nak raya collect lah from her. Aku tukarkan untuk adik beradik aku sama gak.

IMG_6034

kalau dicabut songkok tu, rambut dia dah membasah kuyup but dia tak nak gak tanggalkan songkok tu coz semua orang bersongkok so dia nak ler melawa gak…

kali ni tailor baju melayu, contact abah aku, coz dok menyiapkan berkaki kaki kaki ela for the boys kan.

well Zeeshan punya duit raya paling short dapat than kakak abang nya coz dia selalu menghilang time orang bagi duit raya, pastuh dia dapat kalau dia lupa bagi mak dia, dia campakkan ke mana2….dah banyak kali terjadi. Pasrah je lah.

IMG_6177

habis salaman, terus semua berlarian ke tasik. dah tak muat dah amik gambar kat umah, serentak punya ramai. Nak menyusun kan semua orang senang, tapi yang kekecik tu, specially Zeeshan coz dia yang antara reramai dia yang sedang mencanak rancak naik pangai hah….

IMG_6186

we snapped a lot

cuma yang jadi tak jadi tu belakang kira ler…mana ngan anak aku dok meraung tak nak didukung

IMG_6209

pastu dia dapat mencilok larikan diri

huh mak ko ngan baju yang begitu scallop ni hah, terpaksa kejar dia. Ngan Zeeshan tu kena pantas, kalau ko baru nak jerit suh laki ko kejar, dia dah meluru ke jalan jawabnya.

IMG_6211

nampak belakang tu laki aku dok kejar gak, wpun aku dah keluar dari frame

IMG_6216

IMG_1502

dapat tangkap n kali ni laki aku dok sama depan ngan dia…

IMG_6224

tapi dia dapat mencilok lari sekali lagi

ya ampun

jadi tamatlah photoshoot kita reramai kat sini

sekejap je pun

dahlah panas berdenting tu

lagipun laki aku nak masuk kerja dah….dok jeling2 aku bila nak balik hah.

IMG_6274

6 of us with abah, sorang abang ngan sorang adik lelaki aku takdak

IMG_1533

2 hari sebelum raya, aku bawak abah shopping raya. bapak aku jenis amik selai selai, hahahha dapat kat anak dia, amik baju 4 helai suor 2 lai, belt, selipar socks semua aku main capai jer….

adik aku dok cucuk, abah amik je bah amik je, ngan acik jangan tengok harga, acik pantang kalau orang tengok harga…

hahahah banyak la ko punya pantang kan!

IMG_1536

tak senang hati betul aku nak bergambar lah, pala mata aku dok tengok Zeeshan jer walaupun ada abang kakak cousins tengok dia tapi dia laju ok, dia punya laju jalan lari sampai ke hujung mencungap ko nak kejar.

tu yang aku dok jerit bila tengok adiknya dah ke depan tapi yang lain dok hegeh2 nak speed up…

berdenting panas hah mak datin merah sorang nih…

IMG_1546

so selesai udah ler raya di Tasik hahahaha…

diorg pastu berjalan raya umah mertua le segala, maid ngan anak2 aku yang 2 orang tu pun sama ikut pastu dok rumah atuknya. Tak kuasa depa nak ikut mak pak nya balik, aku ngan RD and Zeeshan balik ler coz laki aku kerja. aku tarik selimut tidur petang terus ngan Zeeshan. Dah satu hari berdenting ko dia membuas mana taknya petang terus kong hah…

Tahun depan insyallah ada ahli keluarga yang bertamabah lagi, coz ada yang mengandung, ada yang akan berkahwin dan location pun berbeza jugak. Tapi tu lah kalau mak abah aku beraya kat Mekah, so kita2 jer lah, kemudian baru sambut ngan mak abah.

Jadi habislah cerita raya pertama. Tengah malamnya budak2 kena jemput balik. So takde pulang ke Kapar coz later on Kapar came to us.

Comment: 11

Colourful Syawal…

cuti raya lagi ke?

moood beraya mestilah masih ada kan?

aku pung cam koranglah, raya pun raya sakan bebiasa jer, but dah kerja pung. So no sesambung cuti sampai ada sindir amboi kak red blog pun raya sakan btol.
yelah ni kan akak update ha walaupunnnnnnnnnnnnnnn dah nak memulakan langkah typing, sangatlah cedera parah mood yang ada.

Pun begitu aku ada banyak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii entries sebelum Syawal dulu nak jugak posting kat sini, my few places of buka puasa, get together with the bloggers n day to day activities. So walaupun cerita basi but i remember hangpa ada cakap lah kak red blogkan jer, we surely read it yelah walaupun cerita basi kan.

Ni seminggu punya Syawal story pun janganlah sampai hujung Syawal baru nak abis.

Well on the first day of Syawal, dah lepas solat, bersalaman di rumah, sebelum headed to our parents house, kami stopped by kat Tasik depan rumah untuk raya posing dulu.

 

IMG_1240

The complete Red Family. The boys were wearing blue baju melayu and the 2 girls pulak in red. Aku decided to wear red pun hanya on the nite before. I have to match up with Kakak, dia ada 3 warna jer baju raya, so kena lah sedondon. Zaman aku bersama warna dengan the boys dah no more youuuu….

Zaman tu dah bertahun2 aku applied so i love the contrast colour.

IMG_1254

Zeeshan adalah subject yang paling susah nak bergambar, banyak distraction tu pasal memula sampai terus pose untuk family and the kids dulu. baru the bebesau. Songkok tu dia nak pakai coz tengok abang and bapaknya pakai, tapi dia punya berpeluh , sampai basah rambut dia huiii

IMG_1266

Sampin abang terlajak panjang pulak, patut diroll up lipat separuh baru gulung…..

IMG_1270

Baju melayu biru ni pulak sebenarnya adiah dari makabah aku untuk anak lelaki, menantu lelaki dan semua cucu lelaki. Semua kena pakai baju melayu ni untuk dipakai for my brother’s wedding tapi semua jugak merasmikan dulu di hari raya. For ladies pun biru gak but semua tak siap, tailor kata pas raya baru siap for the wedding.

Aku pun tak kisah, bukan nak pakai masa raya pung.

IMG_1279

Syawal tahun depan bolehlah lagi bergambar kat sini, or maybe di tempat baru kami. Insyallah VA will be our last raya tahun ni lah, tahun depan tempat lain pulak 🙂

IMG_1291

Pengiklanan sebentar by Zeeshan, dok galid nak bagi mami flower.

IMG_1300

si adik tu ah aim nak lari satu tasik, memang mengejar la kami dibikinnya, cuma tak tergambar dalam entry ni hah

IMG_1327

aku punya tak senang hati posing heh, abang kakak dok lari kejar adik kulu kilir

IMG_1335

lam 10 snaps ada le 2,3 yang jadi, lain sume mulut ngah menjerit ler, mata dok ke kiri ke kanannn

IMG_1373

kan….ada lagi iklan tu hah si kecik nak bagi bunga kat mak nyaaa

ko dik, DBKL datang marah ko kanggggggggg

IMG_1442

thanks to my 5 inch wedges, kalau tidak lagi kemetot mak kooooooo

IMG_1462

we are red team kan kakak…..

tahun depan pun merah lagi kot hahahhaha

aku senang jer, takde warna lain nak match pun kita carik gak merah…. kakak is always ok jer…

IMG_5600

part of behind the scene….

pastuh lari balik umah abah aku. Bersalaman and lari semula 5 biji keter ke sini untuk big group family photo pulak. Itu nanti punya postlah yeah.

Berkenan ngan baju raya merah aku tu kan? Asalnya aku beli top tu dulu a month ago, pastuh sehari 2 sebelum raya eh ada kainnyalah, napa aritu tak pasan, so kainnya pulak aku beli dan makanya jadilah complete baju raya. Nanti nak pi check balik if ada colour lain, so bolehlah beli buat pakai tahun depan pulak kahkahkah…

Well ok open house, meh jemput akak. I did memakan but not big open house, but mainly for my 2 sides of family members and a small group of frens sahaja. Tunggulah next year insyallah, di tempat baru.

Comment: 10