Red Family

Red family portrait by @thelangitbiru

IMG_8289

Lima tahun lepas, masa tu pagi raya kitorang empat beranak berbondong-bondong pegi ke kedai gambar nak shoot gambar untuk di framekan macam gambar kat atas ni. Nak kan sedondon tu pasal pergi shoot time raya, kan baju semua sama hiks 🙂 Ala comel la si abang dan kakak, rasanya time ni depa 6 & 3yo.

So lepas RB kuor, memang aku planning nak tukar la frame tu. Tapi still nak tunggu RB at least 1 tahun baru best sket. Sian dia tak de gambar with us kan. Agaknya tiap kali dia tengok frame gambar tu, sedih la kot dia sambil berkata dalam hati “bila lah gambar aku nak masuk sekali dalam tu” hehehhee sian ko RB, tu la kuor lambat.

So tepat RB satu tahun kitorang pun pi reshoot family photo sekali lagi 🙂

IMG_8298

Yey akhirnya ada gambar saya 🙂

Ha suka ko RB heheheh. Siap posing cungkil gigi lagi 🙂

Kali ni kita engaged Langit Biru Studios to shoot our family potrait. Salah satu sebabnya ialah depa punya studio ni setapak jer dari rumah aku hiks, senang nak pergi 🙂

IMG_8335

Kalo dulu tu kita shoot untuk gambar frame tu jer, kali ni dengan Langit Biru Studios ni kita amik pakej Family Potrait. It comes with the photo frames macam atas nun dan juga the album 🙂 Suka sangat aku dengan album ni, capturing all those our happy moments together 🙂

IMG_8336

Kali ni abang pandai posing hiks, kakak memang la dah natural. RB pun sporting walaupun lepas bangun tido tu.

IMG_8337

Segala macam posing kitorang buat ahhahaha sambil celebrate RB’s first birthday. All these shots in their studio.

IMG_8338

Uhuk uhuk sib baik tak rapat lagi kalo tak dah kene censored hiks

IMG_8339

Akhirnya lepas 5 tahun our family potrait pun bertukar yey

IMG_8341

Muka jer tak bertukar, maintain sama jer muda hahahahha

So for korang yang nak shoot korang punya family potrait atau apa-apa events, gambar baby anak korang ke, studio potrait ke, wedding pun no problemo or anything la, aku memang syor sangat la Langit Biru Studios ni. Studio diorang very professional plus neat and cosy. RB siap tido lena atas sofa depa hiks.

Bawah ni depa punya photography pakej.

Photography

Tapi yang bestnya bukan saja boleh buat photography, tapi depa jugak buat banner, bunting, business card, artwork design dan macam-macam lagi lah.

Back

Apa-apa korang boleh roger depa as per below:

Langit Biru Studios
5-3, Dataran Dwitasik, Jalan Dwitasik 1
Bandar Sri Permaisuri, Cheras
56000 Kuala Lumpur
Tel/Fax: +603 9174 1374
Mobile: +6012 391 0691

 

Korang boleh tengok utube ni to see the clear picture camna bentuk, design dan isikandungan album yang Langit Biru Studios did for us.

 gigih aku buat video ni untuk korang yek, sesungguh nak explain pasal booklet depa yang best, zaman dulu mana ada pesen gini sei!

Tapi yang paling suka of cos RB hehehehehe

IMG_8300

Cak! comel tak saya dalam gambar ni 🙂

nanti senang aku letak pulak the photos of the birthday session pulak yek, Thanks big love to Adi and Syed from www.langitbirustudios.com

Comment: 15

PD One….

cerita lama but sebab dah lama pun tak yah ler nak tulih pepanjang

cukup dengan gambar

pemalaskan. dahlah over a month punya holiday break nih.

a very short break, sehari selepas bapaknya balik dari Bangkok dulu tu kita pergi le ke PD.

 

Zeeshan 13months

 riang-ria dalam kereta

IMG_5095

anak tak heran ngan kuda

bapaknya yang excited

IMG_5097

paneh paneh, just had our lunch at the Telok Kemang

IMG_5118

abang kalau kendong adiknya aku rasa macam nak meluruttt je si adik dibuatnya

IMG_5131

one for mama, one for kakak

IMG_5134

kakak nak jugak sesama cam topi maknya but pastuh pakainya sekejap jer heh

IMG_5143

mak selalu lambat sampai ke belakang to make sure semua anak2 selamat di depan. either one ler, tak pun RD yang di belakang, tengok RB yang dok exploring tu yang aku tunggu le sampai ke tepian

IMG_5152

family package kat ler mana ke aku dok ni yek. Thistle PD tuh, ada family package siap ngan breakfast for 2 pagi, 1 dinner and segala maknek watersports unlimited boleh pakai. Puas lah dapat bilik nih, belakang kita satukan katil tuh coz takut RB melasak sangat jadi biar melebar panjang ler katil tuh.

hanya Abang je yang tak tidur kat katil nih….

IMG_5157

sebab Abang menidur di sini. at first nak gegilir ngan kakak but kakak dah sedap dapat tidur celah maknya coz yelah sejak beranak kecik ni dia kan tak dapat sangat chance untuk tidur ngan makpaknya kan, lagipun tidur kat side katil abang tu sejuk memalam heh!

IMG_5153

hoi buat keje ko yek!

IMG_5155

nak berendammmmmmmmmmmmmm!!!

memang itulah niat utamanya sangat pun kan dok pi PD nih

IMG_5161

yang ni je ler pun aku ikut sama mandi. kes tak nak uneven skin tone hahahahah sanggup selubung pakai swimming suit yang covered habis, muslimah punya kot aku beli nih.

IMG_5170

RB dah melonjak sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat ngan air. ada waktu tu dia boleh jalan laju giler nak terjun dalam pool ok! huk aloh budak ni, bila angkat kuor ngamuk2 dia nak lepaskan badannya ke dalam pool tuh

IMG_5176

sekejap je aku teman depa mandi

pastu aku pun naik

nyesal naik, sejukkk hahahahaha!

baik dok dalam air, takde le gegigil

IMG_5184

ewah ko! dia nya pelampung macam2 jenis aku beli, yang jenis jacket, yang jenis pala tu jer yang jenis swimming suit berpool ha, you name it!

IMG_5190

kemudian sambung ke laut….

tapi pastu RB terminum sikit air laut langsung dia bad mood hahahahah! sapa masuk laut kalau tak tertelan air liur specially first timer cam ko budak kecik mmg tipu tak sah kan

abang kakaknya berkocak2 ngan air laut tuh hah

IMG_5193

naik bilik mandi sket minum makan, bobommmmmmmmmm terus dia. memang tiap kali mandi pool dia kompem tidur penatnya amik tenaga kan….aku pun join tidur sama, RD and abang kakak pulak layan watersports! and sambung lagi depa ke pool sampai nak maghrib baru naik bilik. superbest for them lah!

IMG_5203

first nite kita dinner kat hotel, buffet, part of the family package yang kita amik tu lah.

ahah semua red eyes!

IMG_5216

spread dia ok lar, boleh jer so so. baca memana review pun gitu jer ler depa cakap tak ler berapa IN pun. but on the 2nd nite ada bbq, hampehs betul! first nite aku dok sini tak nak pulak ko serve tuh

IMG_5226

kita tak kuor pun malam tuh, so just dok dalam baby’s room. RB punya excited rakus betul dia dalam bilik nih rasa macam heh bestnya tempat nih! memacam warna ada….

IMG_5241

habis dia baling bola2 dalam bilik nih pastu pikir apesal ler banyak lagi bola2 ni heh yet aku dah baling

IMG_5279

tapi dalam ‘ulat bulu’ tu dia tak nak masuk langsung. bapaknya dah masuk hujung ke pangkal pun dia tak nak jugak masuk hahhahaha

IMG_5306

gumbiranya koooooooooooo!

IMG_5309

kakak and abang at the same time pi dok layan Wii games satu lagi pulak bilik nonton movie. so depa antara 2 bilik tu ler depa melanguk pung….

IMG_5322

dan kakak ngan dunia sand nih memang tak leh tinggal ler

IMG_5244

aku tengok gambar ni macam penuhnya hai warna merah hikss!

so that s our first day. lebih kurang ngan korang punya jejalan di PD ler jugakkan…malam tu lepak2, and krohhhhhhh!

watammat satu cerita.

Comment: 16

We can survive without the maid ….

IMG_7395

haku jatuh cinta pandang ketiga betullah dengan kasut biru tuh. harga pun tak mencekik. but biasa ler kan, asal cantik di mata ni jer, takde size ler, habis stock ler. Depa dok kat outlet lain pun habis boliau gak for my size. Oh pedih. Ni brand bebiasa jer, takde gempak mana but warna birunya tu memang tertawanlah hai. hok pink tuh aku minat jugak but tak mengapa ler bila tak beli. No hal. takde desire bebenau pung.

so itu cerita sedih mencari kasut untuk sesaja motivation, hari untuk menyopping.

kemudian berpergian untuk cerita pun sedih gak.

I iron baju sendiri yer. ater MissEyes takde kan.

Memula tengok kain baju tak le banyak sangat, oh btw sebabnya tak sempat nak hantar ke laundry, so nak kena iron gak by that Sunday specially the last 2 pairs yang maid aku dulu tak sempat iron coz dia dah balikkan. N sebeban baju sang suami. dahlah kemeja. hish. ngan slacknya lagi. oh my weakness betul iron baju kemeja lelaki nih.

Pastu aku iron baju sekolah jer, laki aku cakap kainbaju stock dia tak yah  nak iron, dia tau aku punya pemalas ngan bercinta nyampah betul iron baju kemeja lelaki ni. dari zaman aku anak dara, sebelum datang bulan umur 12 tahun tu till now dah nak almost 40 memang tak suka sungguh with ironing kain baju lelaki. baju lain ok.

Siap jer iron baju sekolah anak2, langsung aku bungkus kain baju laki aku, niat nak hantar laundry ler. Give up sungguh. Coz tak urgent nak amik hari tu jugak, jadi boleh ler nak anto sok sok ker, but pastuh aku tepon the part time maid, jadi settle siap. tak yah pikir. nanti depa uruskan hahahaha!

bayau jer. 4 jam RM55. Dulu harga RM50 dah naik 5 inggit yer.

IMG_7663

actually aku tak de ler rasa macam terbeban or sedih ke hapa takde maid coz kita gotong royong, and aku pun ada panggil the part time helper yang buat keje umah 4 jam, for at least 3,4 times a week. kira ada back up jer, sementara permanent maid kitorg sampai lagi dari cutinya.  Aku akan jadi tension buat kerja rumah kalau laki aku dok ngangkang tak tolong. ha payah tuh.  Pastu kalau anak2 tak tolong, ohhh lagi aku stress, but tidak. Everybody dalam rumah semua helpful. For kids, depa bantu masa weekend as usual buat mopping, vacuum, buang sampah basuh pinggan, so dapat gaji sorang RM5. For weekdays kita tak mintak depa buat, tak yah, sekolah pun dah sehari suntuk, cukup sekadar jangan simpan peram bekas bekal makan + air botol bekal minum hangpa dalam bag sekolah. Hehari nak kena remind suh kuor basuh tau.

anw, back to cite iron, aku ni dok expert dari kecik buat ironing dari umur 9 – 10 taun. Naik jer secondary habis jadi kerja permanent aku. yakni setiap Ahad pagi tu ha memang sebeban ler aku kena ironkan untuk satu rumah. Tak pakai stand meja pun, dok le kat lantai, berlapik2 kain dok ironing.

Cuti sekolah ni kena ler ngajar budak2 ni, abang dah pandai and si kakak jer yang aku dok tunggu dia skang ni lah the right time. She s very ‘sister’ and setakat iron baju ni memang dia dok tunggu je aku ajar dia.

So tajuk hebat. we can survive.

we can survive ahaksss! MissEyes ko cuti jangan lelama, balik copek!

photo

one of my mornings with RB, we spent at least 40 – 50min on the road together, one way tau, so return kira ler hahahah syian ye kita nak.

as long as the baby is with me 🙂

i can survive!

Comment: 8

The anniversary dinner!

IMG_3690

korang pun dah paham, kalau mak merah kuor rumah, harus wajib bawak food RB! wajibbbbbbbbbbbbbbbb!! makan nak makannnnn, meh makan yek!

IMG_3696

make up aritu aku pakai product dari most brands yang bawak ado kat Hishop. best wor, siap aku lelanting lagi, banyak gila dapat!

IMG_3702

passing batton yek, turn bapak ko plak. mok nak buat sessi mengubat lara hati si kakak bila diusik gundah dek abangnya heh!

IMG_3710

jangan haraplah kakak nak pandang camera kan, mood belum mari mar…..

ok ok kita kali ni makan jauh sket dari tempat biasa rumah tuh, ni kat Meat Works Publika. RD pilihkan, tapi aku yang kena bayau ahaksss pasal anniversary kan sesama le kuor duit, hotel bagai segala maknek dah dia kena cover, takat dinner je eleh. cehhh ko RD!

IMG_3712

anak2 punya lapar, nak tunggu steak memasing lambat so mintak anto banana split dulu. tapi bila baru makan 2,3 sudu, sampai pulak steak apa lagik, mintak waiter hantarkan aiskrim ni simpan dulu lam freezer biar kita makan the heavy meals sat. Aku kerja Baskin Robbins dulu kan setakat Banana split nih alah kacang sangat buatnya, lagi sedap tambahan toppings aku leh buat dari yang nih

IMG_3718

baby mula ngantuk mau tidurrrrrrrrrrrrrrr!

tak sempat kita nak amik gambar foods, memang super sedap and super kenyang! kakak punya junior steak, dia order sampai 2 plates, tak cukup 1, kalau tau tak cukup amik yang steak size orang tu jer heh. memasing dah pandai makan steaks so nanti kalau order western semua nak steak sajorrr….aku pun tak ler hantu steak pun, laki aku yer!

For all 4 of us punya makan membulat memasing, RM250! mak aikhhh…sama harga hotel bapak ko bayar hiks

IMG_3730

terpaksa mengsedondonkan ngan kakak

IMG_3739

flash mak kau! balik malam tu sumer mengenyang alhamdulillah and tidur pun nak cepat jer, ngantuk penat memasing. Sebelum tu kan selain badminton depa ada fardhu ain and mengaji class. 3 beranak gambar atas ni depa cakap kami satu stamp satu chop, ada yek? RB ngan Abang tu memang muka satu choplah camner abang masa baby dulu ha gini ler rupanya.

for puting pacifier RB tuh, dia bukan pengguna tegar, sekadar kita nak lekakan dia sejak dari baby coz dia asyik  nak melekap je ngan bfeed kan, walaupun tak minum tapi dia nak melekap jer, mana maknya leh tahan, so kita opt ngan puting lagipun masa kes RB was admitted dulu tuh, kes urine infection tu pun doctor tak bagi dia melekat sangat dek kerna takut bacteria bila too much lama ‘bergantung’ bukan minum but hanya untuk melekap.

kira kalau takde puting pacifier tu pun RB ok, but kalau dia dapat, lagi dia suka!

IMG_3815

 

2 hari kemudian baru kita dapat budget anniversary cards! penjimatan kan kan kan semua pakai pakai kertas putih and celoreng2, kakak satu package ngan adiknya jer, ni style tak dak masa nak beli cards untuk makpak. Takper. ingatan itu indah anak-anakku. but tu lah, dinner malam tu abang kakak janji nak bayarkan, depa nak tong2 sorang RM50, pastu tak bawak duit, pastu cakap nanti mak tolong gantikan RM60 if depa keluarkan sorang RM50. eh mark up pulak. pastu sampai sudah takde hahahahaha dedua kemut nak kuorkan duit. Dah pandai simpan duit so tau le sangat RM50 tu besar nak belanjakannn

ok watamat. nak habiskan citer anniversary bukan boleh tetiap hari….tu lah hangpa, suh bukak account twitter instagram tak mau. kan dah baca citer basiiiii….

Comment: 11

Bertasik!

IMG_2678

ya ampun! zaman2 pergi playground aku memang dah lama berlaluuuuuuuuuuuuuuuu pergi dan kini kembali semula.

abang kakak tak berapa heran dah playground nih, but demi adik bongsu depa. ngan aku pun sama kena memanjat!

IMG_2687

yang besar ni panjat lain dah kerjanya!

IMG_2691

yang besar sorang lagi ni pun sama lepas gian!

IMG_2696

kan ada buaian for toddler, ada ler RB naik tapi badan dia macam huyang-hayang je naik tuh. kena tunggu lama sket lagi baru dia leh stabil naik tuh. but dia suka naik buaian nih…kejap2 dia datang nak ikut sama naik.

IMG_2699

dan selain daripada itu, dia punya sibuk berjalan merataaaaaaaaaaaaaa!

IMG_2701

pergi mana nak pergi manaaaaaaaaaa??

IMG_2721

ok pompuan ni memang kemaruk sangat naik buaian. dapat pulak anak yang rajin tolakkan moknya

IMG_2731

balunlah apa sahaja ko nak naik yer nak…

IMG_2735

patah balik ke buaian, dia dah addicted betul ngan yang satu nih

IMG_2750

berpeluh2 ler jugak kitorg kat sini

sedap bawak basikal, boleh abang kakaknya willyyyyyyyyyy

IMG_2757

dan penutupkan our park lepaking by makan segala macam yang ada jual dari peniaga2 tepi tasik playground itu yer. ini sengkuang + kacang aku punya fav seii dari kekecik dulu. kalau ada kata susah nak dapat, hah pergi jer lah ke Taman Tasik Permaisuri, penjual2 makanan kat situ memang confirm jual nih. Tak pun korang nak jugak pergi sekolah agama anak aku, hah situ ado. kat tasik jual singgit, kat sekolah agama anak dek hah 20sen jer!

but anak2 den tak geti makan nih, depa kenal jer coz nampak jual kat sekolah. Rugi ler korang heh!

Comment: 20