Red House

More tips for your house…

 

IMG_8517

Tak sharp gambar ni, malas nak repeat amik balik coz aku pun ngah bz sangat sesambil amik gambar nih pun. Budak ni sibuk je nak mop, tapi bape saat je lah dia rajin, earlier aku baru pas vacuumed half living and kitchen area. Dan kemudian followed by mop le kan. I have blogged about this spray mop months ago, waktu tu kita ada colour hijau and blue.

But the quality was not that good. Boleh ler lagi pakai but tak bagus, so aku cari yang jenis sama tapi lagi kuat kukuh and padu. Mahal sikit, the best part is ada kaler merah.  Dia punya bagus nih, the spray pancut tu lagi kembang and cantik and banyak, so keluar duit sikit, pun tak de le banyak beza dengan yang biasa murah tu.

Untuk pelekat mop tu (yang bawah kain untuk menyerap air tu), better beli 2,3 lai kain pelekat tuh so boleh tetukar bila basuh. Rasanya dalam 2 pcs tak sampai RM20 pun, cant remember. Cuma consider harga murah lagi lah.

IMG_8519

The green mop slippers ni memang untuk slippers for mopping ler. Kalau tak pun boleh pakai letak kat kayu mop sangkutkan jer kiri kanan jadi gak. Slippers ni untuk mop lantai gak sesambil kita mop dengan spray tu supaya lantai basah kita tu pun bermop dengan slippers mop nih.  Takde le ada kesan tapak kaki ko kan, kot le ko tak ikut aturan mop depan ke belakang. Ada lagi satu jenis, ini yang masukkan, so satu lagi tu jenis sarung. Pun semuanya beli online. Yang bersarung is contoh abang pakai tuh, hah kaler kelabu asap pink lagik hah…sama je functionnya.

IMG_8527

Tengok dedua mop biru tu, the price is much cheaper than merah tapi qualitynya tak bagus tang handlenya, asyik senang tercabut, jadi abang and bapaknya tampal dengan masking tape. Habis citer. One more lagik warna hijau, mop je berjenis2, tak masuk lagi kat my own bathroom, ada 2 types gak, yang jenis macam ni (but smaller size) and satu lagi untuk sedut air banyak, mainly bila air bancau basah habis kat bathroom (bila cuci bilik air or if sarjan kecik aku main air).

I posted gambar green mop slippers ngan spray mop meah tuh kat instagram and FB Page, ramai berkenan, bolehlah korang carik kat online. You know most of the shopping onlines site memang ada jual, nak kena tengok le harganya jer, reasonable price pun after all. They dont have red mop slippers, kalau ada akak dah sebat (of cos knowing me yang pencinta merah), they sent the colours of the slippers randomly, no problem for me pun.

For me, if you are a new user for mop2 begini, baiklah amik yang merah type tuh, lagi power, kembang spraynya lagi molek pekerti 🙂 .

Lama tak berjengah dengan entry tips rumahtangga, now it s back. I think I ada lagi barang2 yang I beli untuk tips rumahtangga, belum show show here, one at a time lah yeah. Maklum ler baru 2-3 minggu ni back on track semula. Insyallah.

Comment: 5

Alhamdulillah…

 

IMG_6950

The day untuk kami hosting the kenduri doa selamat. Bagusnya buat malam tapi ialah malam tu akan meletihkan lagi kami2 ni semua, specially aku lah, kang anak2 pun penat sama coz kena basuh pinggan selambak bagai so on…job basuh pinggan usually abang yang take charge. Sapu and mop lantai usually kakak. Itupun malam sebelum kenduri sampai midnite tu kami dok baking lagi, pastuh aku dok angkat2 mangkuk2 pinggan segala hantar ke depan. Sikit2 mesti le ada anak2 tolong but yg mencarik memanjat tu aku sorang gak. Laki aku bukan ada, after 1.30am baru balik keje.

Untuk tidak menyusahkan sangat, Allah pun Maha Pengampun, kita buat ler kenduri di siang hari, selepas Zuhur. Tapi biasa le adik beradik aku, lom kol 1pm pun dah sampai :). ada yang dah abis majlis pun baru sampai gak, kenduri ni pun jemputannya for my adik beradik je gak.  Meriah ler, adik badik akupun ramai.

IMG_6942

Abah sedang enak makan, pastu solat tazkirah baring tidur and sambung lagi makan, baru abah balik. Mak pun ada sama, mak aku biasa ler, kalau kat Red house nih, dapat je wifi dia terus dia wassap2 dulu hahahaa..baru dia makan. First yang datang adik aku ngan familynya tapi terpaksa balik awal coz depa ada errands lain.

yang terakhir pulang, abang aku yang kerja tapi sempat ler hantar anak2 bininya. Anak2 nya lah yang tolong aku basuh pinggan bagai, bekas2 makan segala, mop gak. Dedua dapat upah cikmi nya bagi, terima kasih ye anak2 dara.

IMG_7011

Hidangan hari tu simple jer, takde le heavy sangat. dan tak perlu banyak2 sangat. Aku cater je semua, except air2, cakes and fruits je dari kami. Lelain, heh dari aku penat, bayau je ah suh my usual makcik caterer tu buat. 15 tahun pun dia tolong aku masak for all my kenduri kendara. Orang tak tau, dengan cara aku cater dia ler gak dia punya seronoknya coz dapat gak dia duit bagai belanja untuk meniaganya. Cuba ler pikir kalau aku masak semuanya, sian dia coz for 15 years aku yang jadi anak angkat dia, dia tolong masakkan aku tetiba aku tak nak dah pakai service dia. She suami isteri bukannya orang senang, betul2 jual nasi lemak je pepagi tu, kalau bulan puasa lagi kesian, susah sangat nak laku coz meniaga depan rumah flat tu jer, memang bungkus gak ler.

Jadi aku suh makcik buatkan nasi ayam, bihun goreng. Udah. Dan sorang lagi ni yang meniaga kuih ni pulak untuk buatkan kuih seri muka, kaswi and cekodok pisang.  Teh tarik pun pakcik supplied buat terus dari rumah kami, yg heavy masak dari rumah 2 ketul je soup and nasi. Ayam dah siap goreng dari rumahnya. But kemudian dia bawak semua ke rumah aku and pap pap buat dari rumah aku ler. Lagi mudah.

IMG_7019

so kita buat 3 sections, lagipun jap lagi nak jemaah so kena le tolak kerusi2 bagai tuh ke tepi. Kuih2 bagai letak kat 2 meja kopi, but lelain makan heavy kena dok kat meja panjang ler. Terjuluq kaki abah aku ngah tidur tuh…

dalam petang camtu sebelum asar, helper yang baru sekali aritu datang iron masa aku baru discharged aritu, aku jemput gak to do the ironing. Lepas tu tolong2 vacuum malamnya but sikit je lah dia buat coz spent time hours gak untuk mengiron tuh. Tak perler bukan banyak sepah pun coz yang pecah2 berderai tumpah segala (hehehehe kedek anak ko kan, siap ko Zhafa!), sudah dikemas sewaktu majlis berlangsung gak. IMG_7032

Lepas dah memakan thari bagai tuh, kita mulakan dengan zuhur. Ada yang uzur tu tak join le, ada yang datang selepas solat gak… Imam besar tu aku import jauh….adik bongsu aku. Alhamdulillah ada adik yang ustaz2 sikit nih, so bolehlah dia take charge. (abah aku solat duduk, jadi pahamlah napa aku cakap abah aku tak sihat sangatkan, mak aku pun kadang2 solat duduk kat kerusi gak).

IMG_7037

Kenduri doa selamat untuk kami Red Family nih, mainly, but also untuk mak mertua yang dah sihat alhamdulillah. Tudung aku tu, aku pinjam dari mak mertua aku (the one we just recently bought for her the5 pcs tuh), sama je design dengan yang mak pakai  kaler kelabu tuh.

IMG_7048

After solat bagai kita dengar tazkirah pula…

IMG_7066

IMG_7068

IMG_7075

these 3 photos (out of 10 photos kot), nak capture for all red family with my both mak ajah and mertua, tapi as you can see, Zeeshan was so not redha and rela hahahaa…dia tak suka amik gambar ler, some more dia ngah melompat2 ngan little cousins lain. Apa barang nak amik gambar, kadang2 belum aku pegang hp nak amik gambar pun dia dah mukadimah ‘dont take picture please’ kihkihkih

IMG_7081

Lepas tu lelepak sesambilnya lah…memakan.

Lam petang2 tu sebelum asar macam tu aku suh mak mertua aku naik atas tidur dalam bilik aku, yelah dah penuh ngan adik beradik aku kat rumah aku, nak baring sofa mana semua dah penuh ngan orangnya, so bilik aku je yang penyelamat untuk mak mertua aku rehat pejam mata sikit. Bilik anak2 aku pun penuh ngan budak2 kecik ni dok keluar masuk keluar masuk heh….

p/s: panas je mata mak kau tengok the boys tuh bergusti….

IMG_7096

pastu dengo tazkirah kak red kau pulak hiks…

IMG_7103

Basically our kenduri doa selamat ialah untuk setelah apa terjadi to the red family. Hampir sebulan kami ‘down’ dengan denggi dan aku dah berniat nak buat kenduri dari sejak dalam  hospital lagik. Bila tengok2 tarikh tak lama lagi dah cuti sekolah (knowing ramai yang nak berjalan balik kampung segala) and alhamdulillah gak ler blogjob event aku pun called off on Sabtu tu, so kita confirmed kan terus untuk buat Sabtu lepas.  The sooner the better, if Sabtu pun ada hal jugak aku akan buat Ahad pulak, nak cepat2 settle benda baik gini.

IMG_6997

Iye, anak dara aku dah nak sama tinggi ngan maknya, tak hairanlah she has the potential to beat me. For Abang, hem, tak yah nak kabau la pun, sejak umur dia 10 taun dia dah beat kerendahan aku pun. Bukan jer aku ni pendek, tapi dah memang anak2 aku lonjong, tinggi.

Jubah kimono ni yang aku beli dari kedai Jubah Jalan Tar nun, ada satu lagi reropol, labuh, dah berbulan beli tak gak hantar potong, tak jadilah aku nak potong coz leh buat solat senang, lelabuh nih. Bukan aku nak pakai usung jalan pun kan, so kalau majlis gini lelabuh pun dok ngaper ler…

IMG_7127

sedapnya kuih2 tu tapi satu je yang aku dapat merasa, takde selera ler nak makan. Bila kita jadi host lagi ler kita tak nak makan sangat. Tapi banyak lebihan, semua adik beradik aku dapat bawak balik lebihan bihun, kuihmuih, nasi ayam. Untuk adik dan abang RD pun dapat gak, coz adik RD ada datang malam tu jemput mak mertua, so rezeki dia and abang RD gak ler…

My neighbours, our guards pun dapat kita panjangkan rezeki yang ada…

dah habis kemas rumah, malamnya tu about kol 11pm baru aku makan hehehee..lambat btol. Masa tu baru rasa lapar.  Tapi brownies choc cakes, habis liau!! Laku, haaa….see see, leh lah reramai order from my kids.

IMG_7147

budak 2 ekoq ni pun berkenduri sama, sedap je memanja bergusti pepeluk di waktu kenduri nih. Yelah kalau kita bukak pintu baru depa dapat masuk, diorang pun tau the rules, cukup time kena dok kat porch.

IMG_7151

Aminah yang super manja, dia tak kisah ler orang ramai kat rumah tuh, dia tetap gak carik aku carik abang nak melanding nak memanja nak bermesra. Kalau QuPuteh pun manja gak tapi dia tau malu sikit hehehe…takde le nak memesra depan orang, gitu kan. But one thing lah kalau kita bagi makan, kalau macam dah lapar sangat (wpun belum waktu makannya), dia punya mengiyau, so paham sangatlah dia nak makan. Goncang je bekas food dia, laju je dedua ekor tunggu kat bekas makan memasing.

IMG_7024

Untuk teman2 di office pun, aku uruskan untuk mine and my husband’s office. Sedikit juadah bawak pi opis memasing…pun makcik nasi ayam ni yang settledkan.  Itu part of our niat untuk bersedekah bagi makan2 sikit ler. Cos ialah depa pun ramai datang visit us, mendoakan kami yang terjelepuk aritu kan…

La ni, we want to take a short break. Those in Jengka, Bandar Pusat Jengka, UiTM Jengka (formerly known as ITM), akak nak datang nih…jumpa di Jengka yek 🙂

Dah selesai semuanya, alhamdulillah.

Comment: 7

Recap for my 3 weekends…

 

IMG_4878

wah kau, sedap nampak landing atas tuh, carik apa??? Eh budak Aminah ni tak pregnant la, aku tak nampak pertambahan kebesaran perutnya. Unless dia memang mengandung perut kecik kan, so not sure. Idok le aku bawak pi jumpa vet pun.

hari tu pagi2 buta subuh tu, dia boleh terlepas naik ke atas, and pastu aku masa tu ngah sayup2 mata, terkejut je tengok dia ada sebelah aku. Sempat dia kejut aku dengan cara mengscracth sebelah katil merah aku huwaaa…ko ni pun nak kejut agak2 ler. pastuh dia tak nak pi dok bilik lain ke hapa, dia dok je kat lantai sebelah aku tuh.

Ada gak one day sampai ke toilet dia ngekor aku, siap duduk lagi kat lantai tengok aku memerut hahahaha but bila dia nampak Zeeshan je terus dia menyorok dalam walk in wardrobe. Ngeri betul dia ngan Zeeshan hahahahhaa

IMG_4879

seguni seminggu punya ironing, all done by yours truly. rutin.

IMG_4885

peneman ironing, tapi masa ni tangan dia dah sakit gak, belah kanan tuh….

IMG_5010

di weekend lainnya, pun sama jugak. kiri ironing, kanan kena lipat.  pun dedua aku buat solo gak, berejam gak lah coz mata sesambil kat tv, anak2 ada jobs lain kena buat gak but taun ni depa kurangkan sket buat kerja rumah coz banyak school things,tuitions sort of so tak perlah.

Laki aku pun weekend memang job dia vacuum and mop satu rumah.but except tv and kitchen, itu hehari kena sapu and mop, Zeeshan punya makan nasi je boleh bergemah merata.

 

IMG_5002

dan jugak last week too, ada isu air kat Cheras. rumah aku affected gak. Kalau paip lain tak kisah, ada direct dari tangki with pump tuh, but kat sinki, tu direct bukan dari tangki so sama ada air slow nak mamp or takde langsung. Jadi for that one day tu memang takde air langsung, air kencing lagi kuat ler diibaratkan. So kumpul2 and Abang angkut semua dalam baldi, basuh kat dalam bathroom, lagi laju aman dan cepat pantas kerjanya.

Frankly speaking, aku maleh kuor rumah le sejak dok Red House ni. Lelagi takde maid kan, lagi lah bahagianya dok rumah. Kita pun jarang kuor makan luar, wkend biasa pun memang aku masak, kalau supper jer baru beli kat luar tu macam burger for the kids tu kan.

IMG_4899

beginilah yeah kalau dah makin tua makin pelupanya laki aku hah….RM700 tuh dok dalam pusing wachine machine. Nasib baik ler alhamdulillah lembab, tunggu kering jer. Kalau sama hancur. Hah…bukan rezeki. Ada yang tanya kenapa tak letak dalam wallet, thing is he baru lepas cucuk duit kot masa ni, wallet pun ada duit gak tu pasal dia letak je dalam pocket. Duit ni memang duit aku pulak tuh, aku yang suruh cucukkan (aku kan pemalas nak pergi ATM bagai nun), jadi takde maknanyalah kalau sapa jumpa dia dapat, coz dah memang pun duit aku hahahaa….cuma kalau hancur berderai ni laki aku kena double up kan ler kan..

IMG_4985

aku dok pelik napa ler jem sesak betul kat Permaisuri nun, i was on half day that Friday. Biasa le orang parking untuk solat Jumaat but masa tu dah 2 lebih pun, awat jem lagik, rupanya semua kereta u turn back, tak boleh nak lalu. Luckily ler ada laluan uturn sebelum cement truck ni sangkut. Ko tengok, dia dok bergesel sudah sama itu 2 kereta kiri kanan, tak lepas. Tak boleh ler pulak nak salahkan truck coz both cars pun illegal parking, but the cement truck pun tak boleh gak nak lepas, cuma waktu lalu tu memang salah ler, donno  ler since what time pulak stranded. Aku pun terus pusing ler lalu ke Bayu Tasik, nasib baik le ini territory aku dah tentu aku tau mana jalan selok belok nak celah bedah.

IMG_4995

Always have pens and papers in your car. For me aku sentiasa ada 2 helai kertas ni, satu for my number satu lagi untuk number laki aku. At his car pun aku ada buat sama jugak, so in the event ko kena double park, letak je lah kertas ni. Dulu aku tulis2 gak but asyik tulis jer, hish buang masa jadi terus sesiapkan nih, by default jer. Life is eazy if u menyenangkan orang, coz kita pun salah double park.

Ini case aku pi jumpa optician, kena le double park. Kat Permaisuri tu tak pernahnya tak kena double park. Kan kes mata aku yang rabun jauh rabun dekan. so aku pi buat la gak spek yang 2 in 1 tuh, the multifocal or progressive lens. Aku baru buat satu frame dulu, lagi 1 frame will be later. Aku beli frame asing, tapi aku hantar kat optician aku nih, He s very nice apek, lama dah aku jadi customer dia. Besides aku pi tempah contact lens aku gak, dengan dia dah lama so dapat harga pun agak harga lama lah, tak penah dia charge aku harga gst or harga baru memahal tuh. Kena buat lebih frames coz aku bukan jenis bawak spek merata2. So satu kena ada kat atas, satu lam keter satu kat bawah, satu kat opis, macam tu ler.

IMG_4718 (2)

Among my bembarang ordered online. Lama pulak aku tak menayang barang2 yang aku beli kan…

Carpet belakang tu, dijemur, jadi aritu musim hujan, so jemur dalam rumah le pulak. Takkan ler korang tak pernah nak jemur kain baju dalam rumah pulakkan, dah berlipat pun carpet tuh, simpan, Raya nanti kita bukak hahahaa…so far dah 4 carpets aku simpan. Menyapu lagi mudah dari mengvacuum.

IMG_4724

one from the items I bought online.

Yang buat aku pilih palette ni coz of the green, in my collection belum lagi ada this green, tak pakai pun lagi, but collecting is a must ler kan. Masalah bila nak pakai, not your problem, that s my problem. 🙂

 

Comment: 5

Cik Aminah Encik Qu…

IMG_1043

suatu pagi, aku nak pi kerja, but Zeeshan masa ni masih skul break, dia ler yang bagi makan si cats 2 ekoq tu. Dah over 2 months, depa masih bermastautin di Red House, takde gaya nak pindah kuor rumah nampakk….

IMG_1035

bakul ni untuk ko tidur sesantai yek…memang pun dia buat tidur, kengkadang si Qu tidur lam tuh. Depa 2 ekoq tak masuk dalam rumah, dok luar jer, ada ler masuk gak, but hantar je Zeeshan, laju dia menghalau suh kuor.

IMG_1552

Sedap tidoq nampak…..Qu pun sama tidur atas kosi, berlapik kain dah skang nih…

IMG_4140

so one day yang kita nak pi 5 hari to Langkawi tu, walaupun depa ni macam menumpang (yang tak geti2 nak cari jalan pulang), so kita pi carik tempat makan yang leh letak lama banyak sikit food air tu…

jumpa ni jer, jadiklah. Insyallah boleh cukup ler…

IMG_1593

Masalahnya, bukan 2 ekor ni je yang makan minum. Ada sekor lagi hitam putih kucing bulu badannya, ha yang tu memang street cat coz dia sangat tak nak dekat ngan manusia. Dia penyinggah makan di rumah. Asal orang takde je, dia pun datang makan sama. Ada gak yang hitam pun datang, dah memang macam 2,3 ekor gak kucing luar yang datang makan menumpang makan minum si Qu dan Aminah.

IMG_4085

masa ni Qu macam sakit, few days dia melepek jer…makan tak lalu minum tak lalu, tapi skang dah ok ler.  Dah time to kena mandi lagi bebudak 2 ekoq nih…

IMG_4083

ini menggedik manja bonar…asal kita lalu jer dia pun bersidaian badan mintak diusap…

IMG_4090

aku ngah suspect si Aminah ni pregnant. Ada few symtoms dah ada, perut belum besar lagi, lam bulan ni mesti nampak besarnya ler kalau betul dia pregnant. Tak macam Reddy dulu, lagi le tak tau dia pregnant sampai tetiba hari beranak!

Itu ngah carik port, sampai attic dia mencarik. Kucing kalau dah mula mencari port tu dia nak buat tempat beranaknya ler nanti tu. Aku ngah pikir alahai, mana le aku nak letak anak2 dia ni kang…ada sesapa nak amik?

Aku tak nak bela dah kekdahnya…

IMG_4095

ni betul2 dia dok teman aku kat pc tau….memang kalau betul2 bela dari kecik ni kompem jadi sahabat setia kami anak beranak gamaknya. Dah tetua pun ke main manja. Paling sayang concern kekucing ni semua abang ler…aku ngan RD pun sama ler jaga. Kakak pun sama ler bila balik sekolah tu, kena belai dulu, depa 2 ekor kan guards rumah kami nih.

One thing for sure, memula awal dulu ada le depa berak kencing kat porch, aku suh abang basuh ngan clorox lepas depa dah menetas tuh, skang alhamdulillah, no more. Asal berak kencing, depa pi seberang jalan, kat tepi2 longkang, kira jauh le dari rumah. Bagus jimat dah pasir hakak.

 IMG_4390

hok nih aku tengah sidai baju memalam, standard le working mom kan. Dedua datang teman kat kaki…

tapi hari tu yang 5 hari kitaorg takde tu, balik2 tengok budak 2 ekoq ni takde kay. food air semua abis. Tah mana ler, abang dah tak senang duduk. Malam tu jugak abang ronda basikal carik 2 ekor ni, rupanya depa pi menumpang kat satu jiran kami ni, abang amik bawak balik.

Memang ni bukan kucing2 kami but under our supervision skang ni, sekali tu lah lepas tu depa tak hilang dah, manjang je ada kat rumah. Sesekali depa hilang, tau dah pergi buang air ke berak bagai. Kalau kita bukak pintu, dia masuklah rumah.

Cuma ada sekali si Aminah hampir nak mencakar kat sofa aku muahahhaha mencicit aku angkat dia. Ko jangan weii…sofa mak merah ko tu baru lagi…

Jadi skang nih, aku ngah mengira hari, kalau betul Aminah is pregnant, dalam less than 30 days patutnya dia dah boleh deliver (ini kalau betul kiraan aku coz kucing bunting between 60 – 65 days). Nasib baik ler skill kucing ni memang dah sebati dalam pala otak aku lagi nih.

Puting dia pun dah macam memerah sikit, some more dia dok carik port dok mengriki2 tempat nak beranak, satu rumah dia siasat. Aku dah sediakan kekotak, bakul2 if betul dia beranak ni. Nak letak kat porch, kang ada kucing jantan yang makan, Quputih pun jantan, takut dia pulak yang ngap. Btw if betul pregnant, Qu is the father lah.

Tapi Qu and Aminah ni kan, sehari 2 yang lepas Aminah datang tu, Qu pun sama menetap sama kat rumah kami. Ada kemungkinan, kedua2nya telah keluar dari rumah kelamin mereka (atau dihalau), sampai tak jumpa jalan rumah. Dan atau dedua lari dari rumah, dan cari port mahligai baru membina keluarga semula. kahkahkah…

tapi apapun, kucing ni pun bawak rezeki, selagi berdaya bela kita tolonglah bela sama. Cuma tang anak2 nyer tu…aku memang kena bagi orang, ni ada yang nak bersilat ngan anak2 aku ni kang specially abang, depa surely nak membela dan abang adalah manusia yang palingggggggggggggggggggggggggggggggggggggg penyayang ngan binatang.

Comment: 10

The accessories and the make up…

 

IMG_0150

Ni sampai few months ago kot. Paling aku suka itu eyeshadow palettes. Ohmy rasa nak memakan je. Sangat cantik kalernya. Try pakai masa period, dari pagi sampai ke malam dia punya lasting!

Yang macam teko tu pulak, bukan sembarangan teko, aku kan ngah dok mengumpul baking tools, namanya dalam omputih ialah Mesh Flour Bolt Sifter Manual Sugar Icing Shaker Stainless Steel Cup hah kau!

Pastu ada satu lagi pun baru sampai aritu, tak de le aku amik gambarnya, dah terus panjat simpan lam storage,  dalam omputihnya: Baking tools swivel plate cake turntable. Boleh pepusing lagi. Barang dah ada ni, kek nya bila le nak siap kannnnnnnnnnnnn….

yang lelain tu, accessories bagai lah. Cecantik. Merah tu aku punya brushes set to be used kat opis eh. Untuk dalam kereta, guna jari pun boleh!

Baking class ni biler ler nak mulanya. Korang sapa nak ajar akak bake, but buat kat rumah akak, can??

 

IMG_0525

Ini nail corrector, seller salah hantar. So aku simpan, sapa mau? Bolehlah akak jual murah. Ai asked for make up corrector pen, dah dapat dah pun. lebih kurang je ghupanya, nama je lain. function pun lain ler.

IMG_0522

roll up eye shadows, glitters. aku dah pakai semuanya, but for my makeup tutorial sendiri, bukan pakai kat luar. Takde kesempatan lagik. roll up je kat mata kalau nak cepat. Taklah kuat sangat pun kalernya bila dah kat mata tu, ini aku letat kat tangan, nampak le obvious macam terang benderang, it s not. Bolehlah..just to tetambah my make up collection.

IMG_1215

ini my make up bags. dedua ni dok dalam kereta. Aku kan ada 3 jenis tempat kena ada make up sets, rumah, kereta dan opis. Opis pulak ada 2 (di surau dan sikit di tempat sendiri for touch up). Jadi semua ni dah kena upgrade, tak boleh dah pakai bag2 nih, dah tak muat.

IMG_1218

aku upgrade pakai make up bag hitam nih, yang memang meant for traveller. Lantak situ aku buat guna untuk letak barang make up aku for dalam kereta lah.

IMG_1221

ini semua dari dalam make up bag asal, semua dah disatukan. Accessories ler, call cards, brooches, macam2. Aku jenis, kena ada stand by merata. banyak events kan. Dulu banyak events ler, tapi skang dah kurang but still kena ada gak, coz if terlupa kuor rumah takde accessories bagai, dah siap2 ada dalam kereta.

IMG_1223

hah, semua my make up set siap dalam nih…

IMG_1238

bila tak driving senang ler, semua atas peha. But bila jadik driver, biasa sambil make up tu barang2 make up celah kelangkang aku jer, ni bag dah besar tak boleh ler, kena dok kat tepi or seat sebelah. Aku kena memorize semua barang2 ni coz bila driving tu, bila capai tu, tau dah apa menatangnya. Kalau brushes kat mana, lipstick mana, mascara mana, sikat mana hahahaha, semua kena hafal ler.

Dah over 1 month nih, so alhamdulillah dah hafal ler. tau dah mana bagai.

IMG_1233

hah the stand yang aku cakap aritu depa beli kat Kenanga. cukup le nih….lelain tu some ada kat opis pun, ada yang dok kat my my cabinet accessories gak.  Technically ni meja make up laki aku hahahaha, tapi 1 drawer je barang dia ngan atas tu sikit, lagi 3 drawers barang aku / bersama. Banyak betul le barang aku nih, merata2.

IMG_0995

my accessroeis yang ai letak kat tempat kerja.. ada satu lagi box pulak khas untuk subang/earingsnya jer.  Memudahkan untuk aku pakai or tukar2 if feeling nak tukar ler. Kadang nak pi kerja pun lupa pakai, so kita sauk ler yang kat opis pulak.

IMG_3485

baru ni sampai lagik, the one yang ai ordered online. Memurah je nih but the quality is kalah Lovisa yek. Lovisa tu dahlah mahal! Tapi aku pun ada gak beli dari Lovisa, dulu2 ler, now no more!!

IMG_4136

Ini the latest one. Tetiga belum sarung lagik, in fact yang kat atas gambar ni pun, ada satu ke 2 sets baru aku pakai. Lain2 tunggu masa ler coz sebelum tu pun ada yang aku beli pun tak berpakai. Kena tengok baju dan occasions gak.

ai like the left one, ada colour merah dan blue, ai bought already hehehehe….

IMG_4467

more lagik…yg blue tu lawa gila! memang dah aimed for other colours as well.

IMG_4396

ini pulak selfie Flash. Kan kalau kita pakai camera depan for selfie wefie tu, kalau malam gambar kelam kan. Tak kira le apa handphones pun. Sakit le hati…so dah ada nih, additional flash, bila selfie tu ada le keterangan sikit gambar muka kau.

ini with flash tu lah.

IMG_4397

hok nih takde flash…bagus sangat ni. Saya is suka, aku kan gadget maniac gak.

dekat online G tu depa jual at RM25 – RM35, mahei. I bought only at RM10.80 jer hahahhaa…Reason aku cakap mahal coz aku jumpa yang harga murah ler. If aku tak jumpa yang harga murah tu, aku surely beli yang harga mahal tu, masa tu aku tak cakap le mahal, aku cakap murah gak. Paham tak maths akak nih?

So ini bolehlah refer2, mana yang rasa nak carik barang lebih kurang akak merah ni kan….sesila.

Comment: 5