RedMummy

I love my blogging job!…

it’s ok for us not to like who we work with, it’s just work. No need to be friends, no need to get along…As long as everyone can focus in doing the work they are PAID for, not getting emotional feelings effect the way they conduct their jobs, Insyallah, everything will be ok….and that has always been my practise from there on.. — Liza 365

thanks liza coz bagi aku curik statement yang mahal itu. betullah tu, tak yah lah nak frens2 ngan orang yang kita tak suka bekerja, buat je keje, pas keje tak yah pun nak cemolot ngan orang tuh. saya rasa saya seorang yang sangat sombong dan reserved di tempat saya bekerja, i talk bila perlu, saya hadir bila wajib, saya participate bila diarahkan. but i love my colleagues yang baik2 hati, yang dah 5 tahun kita bercemolot n gang sesama. ada jugak yang tak suka sama saya, itu perlu lah kan, nak nak pulak bila aku ada tag line aku sendiri. blueweekkk  🙂

well anw, aku lebih seronok berkata ‘saya bekerja di KLCC, during lunch break and after office hours, saya turun ke mall to do my Personal Shopper’s job…’

actually the exact position aku:

i have a permanent job during the day

and i m a blogger during the nite

1 job is to pay my debts, 1 job is to pay my desire 🙂

Comment: 16

Cak cak kebomboom!!

IMG21350

pahamkanlah sesangat entry Tarbiah Jumaat tu yek…lepas je entry kuor ramai yang forward blog2 yang ‘sinonim’ dengan apa yang kukupaskan. kan dah cakap….kalo tak tebuk2 sarang tebuan tu, memang takdaklah namanya ada orang nak bersuara. ada jugak yang suspect commentators mana yang menjadi dalang.

tapi kan, aku paling tak menahanlah kan…ke main hebat ko kutuk2 orang tu boleh ko nak sesengih depan blogger tu hek kat event? rendah sungguh hina maruah ko kan. jilat ludah yek? anwwwwwwwwwwww….setaun sekali ke 6 bulan sekali ke buat entry macam tu bolehlah. buat hari2 ingat aku psycho ke?

yang tanya2 kak red mana entry kooooooooo yang terbaharu, takkan statik at 9am plak.

so camne, feeling baca longggggggg entry pastuh no new entry? ni ngah ajar korang to get use ngan RM yang akan berkurangan entrynya sedikit demi sedikit. tapi kalau aku travel kompem 10 entries per day aku kuorkan hek…

tapi sebab this weekend ada project mega sakti langit ke tujuh, so nxt week kompem ada entries cemerlang mahabetti!

Comment: 11

Hola hola!!

IMG21295

i was sitting next to aseana, ni butik baju mahal woo. 5 taun keje kat klcc, 5 taun tak penah masuk dalam nih. aku x invest baju yg memahal bonar. not so good. busuk2 kang kena jual balik dalam nih. aiyak teringat ngan sedara aku last week ada tepon siap sempat zass aku lagik ‘red tolong ek promote abang nya business, ko tu asal pakai baju je jual pakai baju je jual’ hahahahha abang abang, aku lupa nak promote ko nya project, takpe, i still have lots of time, tp insyallah this week aku promote sedara aku mar.

biasalah sedara, tak tolong kang, kena cop sedara pun tak nak tolong

ye aku nolong ler…

IMG21298

pastuh ingat nak pi gym. eh bukan nak buat exercise, buang tabbiat hapa…member aku ajak pi tengok kiosk baru bukak kat kedai bawah depan gym, the maybank lama. ada kedai makan kooo! elok sangatlah tuh, letak kedai nasi lemak depan gym center, pas peluh menitik2 ha pi makan depan tuh jer.

i will try lah the shop one day. tp bukan nak makan nasi lemak. nak nerai nasi tomatoooooooooooo! makan nasi seminggu sekali boleh lah yoep!

IMG21296

there orang diet nya lunch. actually aku dah terliur2 nak makan ayam masak merah tuh, pastu member aku ni tengok aku order dia pun sama nak order, i dont like to eat benda yang sama ngan orang, so aku bagi dia laluan order ayam masak merah. aku ngan ini gedabak cekodok. makan 3 bijik jorrr, sbb muak…

how s your diet?

diet mak merah tanpa culas, no nasi during lunch, light nasi during dinner itupun tak makan hari2 pung, sebab nemankan sirman kan. my meeting ngan my fren ni usually sebulan sekali, so dia cakap ‘ha nampak lah sikit susut badan tu, kalo tidak dari jauh aku dah nampak ko’ sompek lagi ko zass mak merah kan!

IMG21287

iklan sebenar…kudapat ole2 dari penaja….

salah satu dari seronoknya penaja nih, bukan si paperbag tu yek, tp dia bagi goodies lam paperbag tuh, got the mak nenek make up, ai likeee it. ha seronoknya kalau depa nya team sokmo ada buat shoot kat oversea. bestnya. molek2 keje ek, nanti ada side job panggillah RM ye amoi. leh i tumpang jalan2 oversea gak.

lama acik tak berjalan jauh…i mean for a real holiday. the last holiday was kat HKong jer. kuching tak leh kira coz itu shooting cam nak mati pack jadual dibagi.

oklah korang

aku ingat nak pi window shop lah sok lusa, lama x cuci2 mata nih. cuci mata tanpa membeli itu nikmat dunia, tapi kalo kita kena kuor duit, itulah padahnya. but kalau ada allocation apa salahnya kan.

i have something yang aku nak beli, tapi bukan di sini, dari Dubaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! allo adik dubai 🙂

Comment: 14

Ohalamak!

baru selasa aku dah blank tak tau nak tulih hapa dahh!

macam ada 2,3 citer sensasi yang best gedebus tapi tak boleh plak nak share lam nih. but 2 hari nih aku marah sangat ngan 2 clients aku lah. sesangat! tapi takpe, itu sume hal umah tangga, kita kalo nak  merajuk ke bengang not to publish in public. jaga air muka mar, tak muka aku, muka clients pun kena jaga gak.

wpun dalam hati memang rasa nak nak cecekik je diorg nih!

tapi ada gak mangkuk2 yang tak tau nak jaga air muka aku, bukan main sedap je percik2 air tu ek, amboi, kak redku sayang ke mana nya bukan main lain ek hangpa.

so alkisah aku busy lah lately nih, dah malam2 baru balik. bila balik nak tidurkan anak2, sambil tu kena jerit2 kat diorg. paling siksa time nak suh masuk tidur. abang pulak kalo dah abih homework awal, still tak nak ngadap buku, berkira tol dia. dahlah minggu ni periksa.

so nak kena paksa2 suh aku bebel baru lah dia geti nak bukak score a tuh. tu lah anak aku ni macam tak jalan je nak buat score a ni tau. tapi takper baru bape hari kita pakai kan, tunggu2 lah lu yek. n depa tidur kol 830mlm. IYE LAH KORANG, ANAK2 AKU TIDO AWAL tiap hari 830pm. apa dah asik tanya benda yang sama je dalam fb tuh. time weekdays mmg budak2 tu tidur awal lor. hari tak sekolah jer boleh tidor lambat till midnite ker.

eh dulu waktu abang umur 4,5 taun lagi dasyat tau, kol 2,3 pagi pun mata berjaga lagi nengok kartun. dah masuk year 1 baru disiplin sangat.  ha pastu nak teman laki ku makan, pastu nak bukak laptop, 2,3 ari ni gak ada je keje kena buat, side job gak, nak kena ngadap 100% coz nak update entry bukan boleh main sangkut2. entries aku dah lah banyak.

ok dulu lagi banyak giler nak cong kan. aku pun pelik, bila pikir2 balik, camne aku leh buat entries yang begitu banyak dulu setiap 2 jam tuh! but skang, takkan aku nak cite yang sama jer kan, wpun adakalanya hidup kita statik sama jer, tp cara ngolahan tu lah kot yang sampai berderet2 entry.

well anw, my point is, aku sangat2 sedang busyyyyyyyyyyyyyy!

aku serba salah je kalau korang refresh tapi tak dak gak entry baru. ada pun 2,3 ketul per day je skang kan…tapi 1 good thing, aku sangat kicking dalam FB and Twitter. that s consider as live entry lah yek. sana lagi tak rasmi, sini rasmi sket coz ni macam journal. tapi betullah korang2 lam twitter tu memang follow aku and dok diam2 kan, sangat2 diorg check on apa aku buat but nak berlawan cakap balas takdak nya lah. adalah a few itupun tengok topik apa aku sangkutkan. kalo takat2 cakap ‘aku nak kencing lah’ ‘aku nak pi make up’ ha tu mmg takdak sapa nak bercakap samalah.

so dengan cakap lain, saya mohon maaflah awal2, zahir batin ucap selamat sebab lately memang entries kurang. lgpun tu pun salah satu reso aku gak, nak mengurangkan entries dan membanyakkan masa ngan laki dan anak2. mesti kang malam ni ada orang nak ngendeng2 ngan aku nya lah, coz mlm smlm dia dah balik lambat kan, bini dah tidur baru sampai umah. alkisah saya terpaksa buat berpada2….

entries banyak betul tapi nak aku type sesado tu yang lemb sket lah. sila bersabar and oh pls, if you get my email, can u please be so nice to reply it. ok kalau pas seminggu tak nak reply aku assume ko tak berminat yek. adalah orang2 nih nak tu nak nih bagai but u knowwwwwwwwwwwwwww.

mlm ni nak kena confront sket ngan gegirl, budak tu asal kena marah sket cebek. eh blom kena marah pun dah cebek apatah lagi kalo dah kena marah, lagi meraung. ingat dulu dia pi potong rambut sepupunya ngan rambut dia, ha pagi tadi aku terdengo dia cakap rude sket. bapaknya tegur light2 sangat. so aku dah tepon dia dari tpt keje tp leh dengo suara dia nak celebeng.

bersepah2 pulak contents entry nih, bantai je lah.

till then…dari tulisan separuh hati Redmummy.

Comment: 11

Kelas Kemuncup…

IMG_5145

wohooooo! anak bujang aku very the hebat! kalau part2 nak menyusahkan mak ko, handal ko yek….

mummy, kaki abang gatal!!!

pi main kat ne? ya rabbi! ni kemuncupppppp! bukak, bak sini seluor tu

kemuncup tu apa mummy?

kemuncup ni ha…menda2 yang melekat kat seluar abang nih kemuncup lah namanya

IMG_5151

biasa dok umah atas langit kan, bila dapat tanah umah neneknya (hometown sirman) panjanglah langkahnya. kat sebelah umah MIL aku tuh ada tanah kosong hak gomen kot, so ada lah rumput2 panjang kemuncup gini lah yang tak bertebas. dah aku cakap tak yah main kat situ, tapi ko degil kan bang, sib baik adiknya tak ikut kalo dak ngan adik2 nya kain skirt pun sama aku kena cabut.

hengat senang…banyak giler.

IMG_5161

but semacho2 abang, nakalnya pun, malam2nya tidur memang carik ketiak mak nya lah. kalau dapat mak nya tengok tv sama, lagilah dia melekat. masa ni kitorg leka layan Mission Impossible, hensem tol Tom Cruise tuh hahahahha..

abang hensemnya Tom tuh

alah hensem lagi Daddy abang

ok lah, dari dia jawab, hensem lagi abang memang ko over aa bang!

IMG_5148IMG_5147

suor kiri kanan, dalam suor tu pun ada. seluar kain jenis gini memang senanglah kemuncup nak menebeng, kalo jeans tu takdak lah melekat sangat. abang oh abang….makin beso makin panjang langkah ko explore. i m not complaining but abang memang suka buat benda2 yang lagi ko tak dibagi lagi dia bikin. bila dah buat dia dah rasa dah explored, bila dah kena bahananya baru dia oooooo ok now i know. ha camtulah.

tau semalu? itu first time Abang ngan Adiknya kenal semalu, ke main hebat diorg main ngan semalu. giler jakun sungguh.

ni aku plan satu ari nak ngajar main Teng Teng pakai lantai umah jer, lelompat, tengoklah kejakunannya lagi nanti yek. tak pun paling busuk2 pun dia cakap boring giler game ni.

oh pasal kemuncup tuh, selepas setengah jam baru licin aku selamatkan seluarnya…takkan tak cabut, nak terus campak lam washing machine hish tak senonoh pangai gitu. nak suh abang cabut? oh dia dah lari jejauh main beskal plak pas tukar seluar.

Comment: 15