RedMummy

Good samaritan, tq…

IMG_7013

HERO panjang aku buat stunt, lompat longkang tapi sudah silap langkau, makanya berdarah2 ler kaki dia, ini selepas 2,3 hari dari hasil lompatan. dia takut nak cabut tarik coz sakit, so aku suh pakai ketip kuku. aku nak ketipkan pun dia tak bagi, he did it himself. Skang udah baik ler pun…

IMG_6974

IMG_6991

macam ni kalau sekali tengok, tayar pancit ke? aku macam tak nampak pun tayar ni pancit, tapi tengok dedekat, yelah kot ada angin kurang. Rupanya bukan angin kurang, kompem tayar pancitttttttt! Been driving the car for entah ler, maybe mula pancit satu hari tu je lah gamaknya coz pagi pergi kerja tu ramai dah bikers terpandang2 but ko bagilah hint ker yg tayar aku pancit, mana le acik nak paham ko pandang2 macam tu.

IMG_6993

Esoknya tayar kasi tukar! sekali 2 belakang. satu tu pun dah botak. 2,3 bulan lepas baru ganti tayar baru untuk depan. Harga tayar bukan murah!

IMG_6974

dan asalnya tayar bertukar pun coz ada Hamba Allah telah meletakkan note istimewa ni kat viper kereta aku.  Terima kasih encik / puan kerna bantu saya indirectly baru tau tayar kereta dah pancit.

There you go your Friday story.

Comment: 7

From Thailand? Sedap suaranya…

 

so in love with this song, lagu nasyid Malaysia yang dinyanyikan semula. Ada yang kata kumpulan nasyid dari Thailand but ada yang kata 2 orang daripada mereka adalah orang Kelantan. Apapun, sedap alunan lentok suara.

Comment: 4

One ride…

IMG_1039

kesiannya kak merah ko dah berpeluh2 tu hah!

ini memang rare lahkan,  naik motor hokey, pastu pi Chow Kit plak tuh. Bertahun2 tak ke sana but atas urusan keluarga, kena lah pergi jugak. Nak cepat lagi pulak tu, pinjam motor anak buah, mencicit ler. Tu yang berpeluh2….pastu tak jumpa cari tempatnya.

Kelakar gila dalam Chow Kit pusing 2 kali pakai Waze aku le yang pegang, laki aku yang halakan motor tuh. Penyudahnya kita stop and parked motor.

IMG_1043

Ini parked kat depan main road Chow Kit tuh, redah yang pasar siang ke hapa tak tau lah, yang melambak2 jual seluar baju bundles, scary btol  nak lalu sini but ada laki tu pasal aku tak kisah ler pergi. Cuma dont judge lah, masa kat sini kitorg tak tau gak GM Mall ke hapa nama bangunan kat Chow Kit tuh, tanya sorang kat gerai2 bundle tu, tapi 2 orang (sorang apek and sorang abang melayu), guided us sampai keluar tepian jalan bagi direction.

of cos lah sesambil tu ada le mata kita nampak pemandangan yang tidak molek but dendiam jer, terus jalan.

IMG_1045

berpeluh2 laki bini, dahlah parked jauh, tapi takkan nak patah balik so jalan le jugak.

IMG_1186

sebenarnya cardigan hitam putih ni aku  pakai sebagai cover naik motor tapi sampai sudah aku malas nak bukak, sling bag is a mustlah kan. Plaza GM tu, first time aku sampai dah macam kat Jakarta jer kedai2 dalam tuh. Untuk jualan borong mostly. Turun naik turun naik takde gak jumpa yang kita berkenan. Tanya kat GFloor dia kata kat 2nd Floor, sampai 2nd floor dia kata 4th floor, naik sampai 6th floor takde gak, hoi pening pala heh.

marilah kita keluar

aku tak boleh tahan dah, aku budget sejam lebih je keluar coz nak bawak bebudak pi playground if sempat. Tak nak ler lelama kat sini.

 

IMG_1072

hah untuk pemberitahuan kalian jugak yek…aku pun baru tau, tu pasal tak jumpa Plaza GM tu…

IMG_1075

ramai je orang main chess dok tepi jalan kat Chow Kit tuh. Laki aku dok tanya amacam nak lawan seround ngan depa

hui rentikan ler

orang lagi nak cepat balik, udahlah barang tak dapat2 lagik….segila2 aku yang gila main chess ni tau jugak nak kejar masa wei. Melambak chess board kat rumah nun, cuma orangnya tak de nak berlawan. Bebalik lawan ngan laki aku jer….

but ada few teams gak lawan chess nih, bukan satu board ni jer, ada belah2 belakangnya pun pakcik abang2 main. Cuba bayangkan tetiba aku dok situ lawan main sama? tak ke buang tebiat?

IMG_1079

langsung kita ke Semua House, coz dulu aku kahwin banyak barang kahwin aku beli dari sana jer…ni dapat laki pandai naik motor bolehlah merempit, kot tak geti, hah kena gaklah bawak kereta. Tapi betullah, memang pilihan yang bijak betul bila pergi Chow Kit and Semua House naik motor yer…coz berpusing2 mencari, mana ngan parkingnya.

Laki aku dia punya cilok2 celah bedah betul tetiba je dah sampai. Cuma tu lah mata aku terpejam2 jer lah bila dia dok lalu celah kereta ke bus ke bagai. Ngeri jer, rasa lutut nak kena jer ngan kete sebelah.

lelaju amik itu ini, kan dah cakap nak balik cepat. tapi sudahnya tak sempat gak nak balik, sampai udah dah 6 lebih.

 

IMG_1117

pastuh pikir camne nak bawak balik hahahahhaha! itupun aku sikit lagi  nak amik sekotak 2 toys Zeeshan, yelah nama pun Mak, asal nampak je nak capai untuk anak, tapi telah berjaya ditepis oleh RD ngan ucapan, insaflah sikit, banyak barang hah nak bawak naik motor hah.  but akhirnya kita lepas gaklah bawak semua ni naik atas motor. 1 letak kat bakul belakang, 2 bakul depan, seketul kecik tu aku peluk tetengah between aku and laki.

Selesai masalah. tapi dia punya berpeluh keti nya kulu kilir nih, hahhhahaha very the kenangan.

Langsung ke rumah mak aku, lepak potpet potpettttttttttt terus kejar balik umah tengok abang kakak swim pulak.

 

IMG_1122

Boleh masa nak kuor tuh laki aku pelik napa le motor tak leh gerak yapadah ko kunci pastu ko lupa nak bukak. Kena lagi bahan. Pakcik tu memanglah kenen nak beli motor besar ler segala maknek, aku tak berapa setuju ler, kapcai bolehlah, buat pi pasar depan rumah hahahahha. Or buat pi masjid dedepan rumah tuh, kalau beli motor kuasa besar tu mana yang nak dibawaknya, ko pi kerja pun naik keter gak. Hangin jer dia. Dah tetua tak yah ler nak motor trending meletup2 bunyik tuh, baik kita tambah kat duit naik haji tuh lagi molek. Amin 🙂

IMG_1132

so begitulah selesainya pengembaraan kami laki bini ke Chow Kit dan Semua House untuk barangan my big family. Maklum ler dah takde masa, few weekends will be gone, filled up ngan personal and family matters gak so kena ler melompat cari 2,3 jam untuk uruskan benda nih. Balik tu gak kita gelegok gelegok minum air, sampai air laki bini sendiri abis pun kita bedal air sejuk si abang lah. Lega tekak.

Eh betullah, cuba yang tak biasa naik motor, korang pi sekali, hah tengok camne peluh idak. Lainlah dah biasa tu lain cerita kan. Itu helmet pinjam kakak punya 🙂 .  I tak kisah pun naik motor, dulu sebelum kita gegini belum kahwin, beranak pinak, my husband pun hanya ada motor sahaja, we started from the bottom.  Siap accident pun ada jugak, ngan aku pun sekali tersungkuq, bertanda lutut, wpun tak obvious. Nasib baik hantaran tak drop!

Mananya kat Shah Alam punya highway, aku kena turun, coz motor tayar dia pancit and aku kena naik taxi balik rumah coz orang bawak naik motor je tau hal motor2 nih hahahaha….kenangan.  Video naik motor, akak jaja dah kat my personal FB, not kat page, sorry. nak hantar sini hem….ayang ooo ayang, tolong please.

I wish dulu nak gak belajar bawak motor nih, coz aku stress sangat ngan jem Jalan Tun Razak tapi sampai sudah, nan hadonya…..rentikanlah. Orang yang bebawah kalau balik ke bawah naik motor mungkin dah tak kisah, tapi kalau orang2 atasan tetiba nak suruh naik motor gini, mungkin korang tak sesuailah. Darjat kalian tinggi, kena motor tinggi je kot, or just a car will do.

Abang dah mintak izin untuk belajar bawak motor bila cukup umur but tu nanti kita kemudian cerita yer…kemudian bincang, ko under age lagik. Ikut bapaknya, anak jantan memang wajib belajar bawak motor pung.

https://www.facebook.com/video.php?v=933377073344624&l=6024466105300644465

hah link untuk video bermotor RM and RD, vroommmmmmmmmmmmmmmmm !!!

Comment: 12

Privacy….

just to have a little bit of privacy.

i tengah dalam stage fasa untuk privatized my life, slowly.

nothing major. Will open this blog to everyone back.

But one day it will be closed from viewing 😉 permanently.

 

 

Comment: 13

Umrah for Mak Ajah…

 

IMG_0466

KLIA hari tu. Hantar Mak Ajah.

Tapi pergi berpenjuru lah memasing, macam aku sendiri datang dari KLCC. Suami aku datang dari rumah bawak mak abah  Zeeshan and adik bongsuku. Adik abang kakak aku pulak datang berasingan sampai kemudian. Waktu hari bekerja kan so begitulah penceritaannya, niat yang satu nak jumpa Mak yang akan berangkat ke Mekah menunaikan umrah lagi.

IMG_3385

Zeeshan ni dok ulang alik ulang alik pi kedai paw bapaknya air. dahlah ko sorang je yang tak puasa…

IMG_3402

Little Zhafira yangg asal aku ngekek je ke main dia gelak. ke suka tengok auntyyyyyyyy comel ko niii?

IMG_3431

Abah aku tak pergi kali ni, tak sihat. Tapi tak lama lepas tu Abah pi kelantan, adik aku bawak sana kejap, So kat sini kita bergilir le adik beradik amik turn tengokkan Abah. Kan aritu abah aku tak sihat, aku dok ajak dok rumah aku, tapi langsung tak nak nya dia. Sorang2 dok rumah tu alahai, degil pak aji nih.

IMG_3442

Mak aku masa ni dah menghilang, pi surau. So kami ni dok menunggu ler, mak aku memang selamba, kitorg yang dok risau cepatlah mak oi kang kapalterobang mak tinggalkan mak kang. She always like that, apa2 urusan pun Mak akan  jawab dahulukan Allah, lain Allah akan tolong. So memang takde le kapal terobang nak tinggalkan mak aku kan.

IMG_3450

5 beradik yang menghantar, kurang 3 lelaki dalam ini gambar

IMG_3474

aku dah nak masuk kerja balik, laki aku pun sama nak kena pi kerja so Zeeshan akan dibawak pulang oleh my sister brothers lah…Abang kakak takde, sekolah mar…

selendang ni asal dulu kakak aku punya, lepas tu jadi hak aku so aku dah pakai for over 15 or 20 years kot….gila lama selendang nih but memang lama selendang ni berkhidmat ngan aku hah…

IMG_3483

terlepas lambat nak snap gambar mak ngan abah berkissing kahkahkah

IMG_0468

Selamat perginya mak, pulang kembali. Raya ketiga Insyallah kita bertemu

IMG_0469

Zeeshan hok masa ni addoi langsung tak nak berpisah tak nak turun, nak berdukung jer…

IMG_3505

One last family photo sebelum Mak boarding.  Korang pun dah naik hapal kot tengok Mak abah aku memang setaun 2,3 kali pi Umrah, tu dah cara mak abah aku lah. Mak dah banyak kali cakap kalau boleh mak pergi sana mak tak nak balik, mak nak meninggal kat sana, begitu sampai dah seruan cakap mak aku tuh, kecintannya pada bumi Allah yang satu sana.

Few days sebelum nih kita ada buka beramai2 kat Bangi Golf Resort, tengoklah kalau ada nafsu nak bercerita yek.  Apapun, semoga Mak Abah sihat hendaknya, biar Mak pergi menunaikan bersendirian tanpa suaminya (with group of course).  I heard someone i know since my day one in ITM Jengka pun pergi jugak buat umrah with her family, may Allah bless you too.

Tu pasalnya raya tak berapa seronok sket, mak aku balik raya ketiga jer…..

hah sambungan citer kawan pada si kawan tu……

 

Comment: 4