Sep
10
2014
Wednesday, 10:00 am
kesiannya kak merah ko dah berpeluh2 tu hah!
ini memang rare lahkan, naik motor hokey, pastu pi Chow Kit plak tuh. Bertahun2 tak ke sana but atas urusan keluarga, kena lah pergi jugak. Nak cepat lagi pulak tu, pinjam motor anak buah, mencicit ler. Tu yang berpeluh2….pastu tak jumpa cari tempatnya.
Kelakar gila dalam Chow Kit pusing 2 kali pakai Waze aku le yang pegang, laki aku yang halakan motor tuh. Penyudahnya kita stop and parked motor.
Ini parked kat depan main road Chow Kit tuh, redah yang pasar siang ke hapa tak tau lah, yang melambak2 jual seluar baju bundles, scary btol nak lalu sini but ada laki tu pasal aku tak kisah ler pergi. Cuma dont judge lah, masa kat sini kitorg tak tau gak GM Mall ke hapa nama bangunan kat Chow Kit tuh, tanya sorang kat gerai2 bundle tu, tapi 2 orang (sorang apek and sorang abang melayu), guided us sampai keluar tepian jalan bagi direction.
of cos lah sesambil tu ada le mata kita nampak pemandangan yang tidak molek but dendiam jer, terus jalan.
berpeluh2 laki bini, dahlah parked jauh, tapi takkan nak patah balik so jalan le jugak.
sebenarnya cardigan hitam putih ni aku pakai sebagai cover naik motor tapi sampai sudah aku malas nak bukak, sling bag is a mustlah kan. Plaza GM tu, first time aku sampai dah macam kat Jakarta jer kedai2 dalam tuh. Untuk jualan borong mostly. Turun naik turun naik takde gak jumpa yang kita berkenan. Tanya kat GFloor dia kata kat 2nd Floor, sampai 2nd floor dia kata 4th floor, naik sampai 6th floor takde gak, hoi pening pala heh.
marilah kita keluar
aku tak boleh tahan dah, aku budget sejam lebih je keluar coz nak bawak bebudak pi playground if sempat. Tak nak ler lelama kat sini.
hah untuk pemberitahuan kalian jugak yek…aku pun baru tau, tu pasal tak jumpa Plaza GM tu…
ramai je orang main chess dok tepi jalan kat Chow Kit tuh. Laki aku dok tanya amacam nak lawan seround ngan depa
hui rentikan ler
orang lagi nak cepat balik, udahlah barang tak dapat2 lagik….segila2 aku yang gila main chess ni tau jugak nak kejar masa wei. Melambak chess board kat rumah nun, cuma orangnya tak de nak berlawan. Bebalik lawan ngan laki aku jer….
but ada few teams gak lawan chess nih, bukan satu board ni jer, ada belah2 belakangnya pun pakcik abang2 main. Cuba bayangkan tetiba aku dok situ lawan main sama? tak ke buang tebiat?
langsung kita ke Semua House, coz dulu aku kahwin banyak barang kahwin aku beli dari sana jer…ni dapat laki pandai naik motor bolehlah merempit, kot tak geti, hah kena gaklah bawak kereta. Tapi betullah, memang pilihan yang bijak betul bila pergi Chow Kit and Semua House naik motor yer…coz berpusing2 mencari, mana ngan parkingnya.
Laki aku dia punya cilok2 celah bedah betul tetiba je dah sampai. Cuma tu lah mata aku terpejam2 jer lah bila dia dok lalu celah kereta ke bus ke bagai. Ngeri jer, rasa lutut nak kena jer ngan kete sebelah.
lelaju amik itu ini, kan dah cakap nak balik cepat. tapi sudahnya tak sempat gak nak balik, sampai udah dah 6 lebih.
pastuh pikir camne nak bawak balik hahahahhaha! itupun aku sikit lagi nak amik sekotak 2 toys Zeeshan, yelah nama pun Mak, asal nampak je nak capai untuk anak, tapi telah berjaya ditepis oleh RD ngan ucapan, insaflah sikit, banyak barang hah nak bawak naik motor hah. but akhirnya kita lepas gaklah bawak semua ni naik atas motor. 1 letak kat bakul belakang, 2 bakul depan, seketul kecik tu aku peluk tetengah between aku and laki.
Selesai masalah. tapi dia punya berpeluh keti nya kulu kilir nih, hahhhahaha very the kenangan.
Langsung ke rumah mak aku, lepak potpet potpettttttttttt terus kejar balik umah tengok abang kakak swim pulak.
Boleh masa nak kuor tuh laki aku pelik napa le motor tak leh gerak yapadah ko kunci pastu ko lupa nak bukak. Kena lagi bahan. Pakcik tu memanglah kenen nak beli motor besar ler segala maknek, aku tak berapa setuju ler, kapcai bolehlah, buat pi pasar depan rumah hahahahha. Or buat pi masjid dedepan rumah tuh, kalau beli motor kuasa besar tu mana yang nak dibawaknya, ko pi kerja pun naik keter gak. Hangin jer dia. Dah tetua tak yah ler nak motor trending meletup2 bunyik tuh, baik kita tambah kat duit naik haji tuh lagi molek. Amin 🙂
so begitulah selesainya pengembaraan kami laki bini ke Chow Kit dan Semua House untuk barangan my big family. Maklum ler dah takde masa, few weekends will be gone, filled up ngan personal and family matters gak so kena ler melompat cari 2,3 jam untuk uruskan benda nih. Balik tu gak kita gelegok gelegok minum air, sampai air laki bini sendiri abis pun kita bedal air sejuk si abang lah. Lega tekak.
Eh betullah, cuba yang tak biasa naik motor, korang pi sekali, hah tengok camne peluh idak. Lainlah dah biasa tu lain cerita kan. Itu helmet pinjam kakak punya 🙂 . I tak kisah pun naik motor, dulu sebelum kita gegini belum kahwin, beranak pinak, my husband pun hanya ada motor sahaja, we started from the bottom. Siap accident pun ada jugak, ngan aku pun sekali tersungkuq, bertanda lutut, wpun tak obvious. Nasib baik hantaran tak drop!
Mananya kat Shah Alam punya highway, aku kena turun, coz motor tayar dia pancit and aku kena naik taxi balik rumah coz orang bawak naik motor je tau hal motor2 nih hahahaha….kenangan. Video naik motor, akak jaja dah kat my personal FB, not kat page, sorry. nak hantar sini hem….ayang ooo ayang, tolong please.
I wish dulu nak gak belajar bawak motor nih, coz aku stress sangat ngan jem Jalan Tun Razak tapi sampai sudah, nan hadonya…..rentikanlah. Orang yang bebawah kalau balik ke bawah naik motor mungkin dah tak kisah, tapi kalau orang2 atasan tetiba nak suruh naik motor gini, mungkin korang tak sesuailah. Darjat kalian tinggi, kena motor tinggi je kot, or just a car will do.
Abang dah mintak izin untuk belajar bawak motor bila cukup umur but tu nanti kita kemudian cerita yer…kemudian bincang, ko under age lagik. Ikut bapaknya, anak jantan memang wajib belajar bawak motor pung.
https://www.facebook.com/video.php?v=933377073344624&l=6024466105300644465
hah link untuk video bermotor RM and RD, vroommmmmmmmmmmmmmmmm !!!
Comment:
12
Category: [
RedMummy, Sirman ]
RM Recent Comments