Tips

Back to school…

IMG_0797

budak yang sangat le bff dengan aku, sampaikan kedai ni bebudaknya cakap, kak, sayang lebih anak kecik ni kan?

eh tetiga pun sayang, tunggu le si kecik ni besar macam abang kakaknya, sama je kena jegil jerit gak nanti.

 

IMG_0793

korang dah settled baju sekolah anak2? Huh lega aku dah selesai. Tinggal nak jahitkan badge depa jer, which aku plan to settle gak by this coming weekend.

Paling sempoi untuk pilih baju sekolah kakak, nak licin or cotton? nak licin pulak mummy. Nak ni  nak tu? nak yang ada tali pulak mummy

ok aku ikut jer. Senang. Settled untuk kakak. Laki aku yang pi pusing btr satu round tu pun bila datang balik kedai, tekejut je bila kakak punya dah settled.

for abang? huh….ini le yang menyebabkan dari aku berdiri lelama sampai carik kerusi!

IMG_0790

abang punya, tak nak geloboh tang lengan. Tak nak macam ni, tak nak macam tu. Bila tak nak gobos, kena lengan panjang tu jadi pendek, eh mana satu ko ni bang oiiii

tapi aku dok ingat cakap si Zaid aritu, if you cant beat them, join them!

so hah, aku put myself at the age of 14, 15 ni ko nak camne bang sebenarnya. Abang nanti bila tuck in, nak baju tu labuh, takde le pependek sangat nanti senang terkeluar. Abang nak camni camni camni. Jadi huh…3,4,5 kali ler keluar masuk  fitting room gak, naik bosan adik2nya menunggu.

But alhamdulillah, ada gak jalan penyelesaian.

IMG_0829

adiknya mintak satu, pencil case. Tapi bila malam tu aku tengok lam plastik bag, mana takde pun pencil case nya, rupanya apak and abangnya cabut, tak bagi amik. Ler…

lepas tu dia ada mintak wallet superman. Dik, bukan mak tak  nak belikan dik, tapi wallet tu lagi besar dari  poket seluar ko dikkkkk.

bakul kiri kat cashier tu, hah antara hasilnya. Belum tinggi menggunung lagi tu.

IMG_0838

bag sekolah pun ada kat kedai ni, set2 untuk sukan pun ada. semua ada le kat kedai ni, Boleh kata ler kan dah kuor blog aku banyak kali pun. Famous je kedai ni, kedai baju sekolah, kat BTR. Aku dah jadi customer depa sejak abang umur 7 1/2 tahun. hahahah coz dulu tak tau ujudnya kedai ni, sebelum abang masuk darjah 1 dulu, kita beli kat Midvalley punya kedai baju sekolah. Dah lepas tu baru tau, so pertengahan tahun abang darjah 1 tu yang kita baru jadi customer kedai ni, sampai le skang ni.

Adik aku cakap, masa depa dulu beli kat sini gak. Aku tak rasa aku beli kat sini zaman2 aku dulu,  masa sekolah menengah tu kita pakai recycle punya baju sekolah jer, dari budak Sains Selangor or dari kakak aku hahahaa..yelah money was quite an issue kan dulu, mak aku kan anak ramai, jadi kita yang tetengah ni takde le dapat macam yang atas2 dan yang bebawah…

IMG_0924

habis jer tuh kita makan kat Kedai Mak Siti, aku suapkan Zeeshan dulu. Dia dah pun makan nasi sebelum keluar rumah tapi aku suap lagi nasi and sup, pun dia makan gak, lapar ke ko dik…yang lelain pun makan lauk campur. Tapi aku makan bihun sup, baru nak sapadek, pun dia tak leh nak berenggang ngan aku si kecik tu. coz kena marah dengan bapaknya. habis tu dia dok gigit manja lengan bapaknya, mau tak hangin orang tua tu.

Aku kalau laki aku marah je, cecepat aku tangkap anak2, or pegang laki aku, ai is cannot see you know anak2 ai kena marah jegil dek bapaknya. Baran  marah lelaki dengan  marah mak nya ni lain.  I know my laki so well lor…garang2 aku pun, anak2 tetap mak mak makkk….

IMG_0850

tu dia heh…kali ni tak sampai seribu. Eh ni belum lagi yuran2 sekolah depa, adik punya kain baju sekolah yuran jer will be RM1500 kalau tak silap aku. Ini pun belum lagi masuk kakak punya kain baju sekolah agama, coz tu hanya dapat dibeli pada akhir tahun cuti sekolah nanti coz dia belum tahu lagi dia masih lagi jadi prefect or not for next year.

Hari tu dah beli pakaian biasa sekolah agama, baru le sekolah cakap dia jadi Prefect, adoiyai, belanja lagi…tambahan. Kenapa le tak dibilang awal2. Bila dah bagitau lambat macam tu, ada makpak yang tak bagi anaknya jadi Prefect, yelah bertambah lagi belanja baju sekolah lain. Kena pikir le gak, tak ramai makpak yang willing nak buat double payment.  Tapi for us, insyallah duit untuk anak2 ni memang ler ada tapi masih menyusahkan, pembaziran kalau dah beli kena beli lain pulak. Jadi tu pasal kali ni aku cakap, jangan beli lagi, tunggu sampai depa announced. Sekolah pun satu, lam mim baba sangat!

IMG_0921

Ramai tanya tetiap taun, mana kedainya, alah kat Bandar Tun Razak, kat sebelah2 ngan food court belakang BHP tu, belakang kedai Pak Aji, sesatunya kedai baju sekolah. Merata manusia datang kedai tu, staff dia mesra, setiap tahun depa improve the kedai ni. Setiap section ada jer staff yang jaga. Kasut lain, baju lain, baju hok ni lain, cashier lain, yang jaga depan lain. Tak de le terkejar2 kalau short of staff. Memang dia punya cara kerja organized ler.

Aku le yang mengunpackpun tetiga bags ni, cabut segala harga mala bagai. Dah nak hujung tahun aritu bila sekolah kain baju masuk washing machine, pasni aku cakap masuk dalam bakul biru, mak kau sanggup basuh tangan. Jahanam baju putih sekolah kalau masuk w/machine heh, bercampur dengan warna lain.

Tang iron no hal, bebudak 2 orang tu yang ironkan jugak sendiri baju sekolah depa tu.

IMG_0401

on top of that, ini lemari gobok buku cerita, buku agama, dan segala jenis buku red family. Di sini ler. Siap dengan tangga kerusi gak, untuk mereka2 yang pendek memanjat ke atas tuh (mak korang). Asalnya nak buat build in cabinets untuk buku2 tapi pikir long term, mungkin tempat ni nak letak sofa panjang for our reading pleasures lepak2 sambil blogging pc bagai, some more ada TV jugak for our Hypptv tu kan.  So tak jadi buat build in, beli yang 7 kaki ni jer, cukup gak untuk semua buku2 cerita. Tapi buku2 sekolah masih di bilik memasing ler…

Cuti sekolah ni once a week depa punya tanggungjawab habiskan satu buku cerita, pastu kena buat synopsis and nanti bapaknya akan tanya setiap Sunday on the buku2 cerita tu ler. Bukan baca sembarang macam tu jer…

Bagus gak lemari buku ni, kalau buku cerita tu boleh letak double depan belakang, penuh santak gak lah. Elok le cabinets buku gini, mostly open kan, aku tak nak open, dulu2 punya rak buku jenis open, so bila tak kemas, adoi sakit mata ler. Aku kepantangan betul bila tak kemas bersepah2 ni. Jadi jalan paling bagus, amik rak buku yang jenis bertutup. Kalau bersepah dalam tu pun, takde le aku berzikir sangat. coz jarang nampak jarang bukaknya. Harga gobok ni, idok le ingat, sebelum pindah dulu aku dah pre order, so ni antara barang yang 7 lori hantar masa pindah rumah.

Comment: 5

Lagi the tips…amik le

IMG_9879

Ini pembelian untuk box ketiga. Yang ketiga ni pulak, ko tengok nih, ada 2 tingkat, so total untuk 20 pcs of watches. Sebelum ni kita memang dah ada 2 boxes, for all 5 of us nya jam ler. Tapi yelah, memang jam aku paling banyak pun.

My new watches are also on the way. Sebenarnya jam2 yang aku beli tu, brand biasa jer, tapi takde jual sini, online. The sebab musabab aku beli banyak tu pasal designnya, adalah untuk macam gelang manis akak merah. kihkihkih…..

aku dah melalui zaman pakai jam memahal, dengan pelbagai jenis jenama canggih, so skang, jam bebiasa tapi cantik sangat, later2 i show show u kay.

IMG_9974

ni untuk baking. Dia macam senduk sodek, tapi ada weight scale sekali.

Gatei beli, tapi dah banyak gak sampai, for baking purposes. Aku tak kerajinan lagi nak pi kedai2 bake beli bagai, so ni pun sume beli online. Entah bile le nak belajar baking hahahaa, tapi takper, aku siap sedia dulu ngan barang2 tools untuk baking. By right, bulan ni le patutnya pergi belajar bake. Haih….

the red shoes belakang tu, bukan sembarang kasut. Itu gladiator shoes, dengan heels some more. Itu tayangan kemudian…

IMG_0126

Double decker bakul ni, ada roda. TIADA WARNA MERAH, kalau tak, harus ke aku nak pakai kaler biru ni. Bukan ler beli baru ni, bought at HomePro, dapat merasa pakai kat rumah VA lam 1-2 bulan sebelum kita bungkus untuk pindah ke Red House.

Bila pindah tu, tak bukak2, tapi yelah, aku ni barang banyak pun, kadang2 aku nya ingatan tetiba datang, ding ding ding. Benda ni simpan dalam kotak, dalam storage. Tingkat tinggi pulak tu, lagi le lupa sangat nak dipakai. Bila datang ding ding ding tu apa lagik, harus digunapakai.

cantik gak lah, kalau ada merah lagi better. Atas tu for maknek sabun basuh kain baju, bawahnya untuk letak kain baju yang kena dibasuh sental dengan tangan merah aku nih. Mostly baju2 kerja jalan, baju putih, dan anak2 dalam tu ler. Hah tangan ni le yang punya bikin. Bukan hari2 aku buat pun, once a week jer, kumpul sekali harung.

Tapi masa kat rumah VA dulu, aku guna pakai untuk letak barang2 dapur, piok belanga bagai coz dapur kecik kan, jadi agak useful betul benda ni. Tak ingat le harganya…

IMG_0117

hah korang hari tu laki aku racun aku kata ada Taken 3, adoi aku dahlah ngan bz buat blogging job (remember i dont really blog during weekdays, aku buat semua weekend, auto schedule terus), nak mengabiskan kerja2 blog lagi, so angkut turun laptop.  Keyboard bawak turun gak pasal hakak suka pakai kibod dari pakai kibod laptop tu ler….

dan pastuh habis je siap segala kerja, buat le keje2 rumah lain. Ini was the weekend yang anak2 kami 2 orang tu pergi Kem.  Hok pasal laptop or pc kan, aku lebih suka PC. Laptop tu aku dapat free, from HP, one of the blogjobs aku dulu ler. Bertaun dah. PC pun aku ada 1 gak kat PC area tu, walaupun ni laptop, tapi aku sambungkan ngan desktop besar and kibod. Sebab seronok lagi le pakai PC dari lappy. Orang pakai laptop ni pasal nak on the move manjang, aku tak rajin le haih nak angkut kulu kilir laptop. smart phone kan ado.

IMG_0120

Jadi aritu kan anak2 besar takde, so terpaksa le dengan tak relanya laki aku pun kena le merajin sikit. Dia kena amik job lipat kain baju. Aku pulak kena iron baju (dah memang kerja aku pun). Tapi tu ler laki aku punya style lipat hahahahaha, sukahati tekak dia jer. Aku sound gak ni kalau abang kakak nampak cara awak lipat ni, dalam skala 10, mesti awak dapat 1 je tau! Tapi pedulik hapa laki aku kan, dia cakap janji bakul kain baju ni kosong.

aku pulak buat ironing, mostly kain baju aku je pun, or tambah sikit baju laki aku coz baju2 lain semua abang yg iron. Cuma kain baju aku mmg aku tak bagi abang iron, hari tu dia iron, side senget, maknya cerewet so baik le maknya buat sendiri.

Routine iron aku skang kalau tak Sabtu siang ialah pada Ahad malam. Itu kalau malam, kena angkat semua peralatan ironing ngan kosinya siap2 depan tv, aku nak kena mengadap Gegar Vaganza (which i never miss sejak musim kedua ni), lagipun aku tak pakai spek, so tu yang kena dok depannnnnnnnnnnnnnnnnn tv sangat.

Zeeshan dapat ipad, bonus malam tu so terus diam tak pijak perut bapaknya. If not, bergegar satu rumah dia punya kicau.

Dah 3 weekends dah aku dok mengadap iron baju depan tv, ni semua gegar vaganza tu punya pasallah. Aku team Haiza 🙂 . Tapi Faradhiya suara pun omang, sodap meremang.

 

 

Comment: 7

Special day…

IMG_0206

bukak2 blog terjojol muka akak merah kahkahkah…dahlah ari pertama of the weekdays kan. Nak tunjuk the mascara. Tak pakai pun mascara better than sex tu. Tapi the volume, the technique, tu yang penting. Ni takde eyeliner or the whiteliner bawah tu pun. sekadar light eyeshadow tapi aku main volume abis. Nak tiru macam si Suraya (dalam Memory cinta suraya, bongok la cite tu, makin lama main semua tak relevant, tapi terjebak gak tengok).

IMG_0210

Seluar ni, dah beli berbulan bulan bulannnnnnnnnnnnnnnn, tak pernah berpakai. Huk aloh, dah banyak bonar kain baju pasalnya. Padahal hari2 aku usik kain suor merah ni. Tapi di pagi tu aku macam terlintas nak tarik keluar, bila tengok eh ….apasal tak penah pakai. Ini boleh buat pergi kerja.

Tapi seluar macam ni tak boleh tuck in ye, kalau ko nak tuck in gak kena pakai spentot yang tak nampak lining tu. Kalau tengah piod, lagi ler jangan kau berangan nak tuck in semata. Perut kalau leper tak per gak kahkahkah…

Suor merah ni from Variente, macam palazzo, tapi sidenya ada flare2 sikit.

IMG_0214

ini paling best buat aku nak blogkan sangat. Bila ko rasa ko nak sesuatu, tapi harganya terlalu mahallllllllll untuk satu benda yang ko rasa ko tak nak invest. Tapi bila ko dapat hadiah, adoi!! ko akan rasa bahagianyaaaaaaaaaaaaaaa sangat2 hahahaha…Terima kasih Allah.

Aku dapat hadiah year end gift or can be called a Christmas gift from someone special. Isterinya pilihkan kalau tak silap, terima kasih sangat couple budiman.

ada kerusi kecik merah lam gambar atas tu kan, hah untuk kependekan akak merah kau ni, kena le ada kerusi ni merata kat wardrobe. Supaya mudah untuk pencapaian kain baju 🙂 Banyak ada kat rumah akak, almost setiap penjuru kerusi merah tu ada kembarnya hehehehehehe. Kira tips pendek tinggi gak ler ni.

IMG_0218

they both tau aku suka merah, kebetulan kot ada set untuk chrismast gift merah2 ni, aku tengok paperbag je aku dah melonjak sukaaaaaaaaaaaa. bila bukak dalam muahahahahha ada shimmer!! yes yes yes.

Harga ni mahal, pada aku ler. Kan kedainya baru bukak kat KLCC tu, memanglah meriah baunya tapi tu ler, sekali aku masuk kedai tu rasa macam, hem nantilah, tak de rasa penting lagi nak beli ni semua. Baik beli barang2 lain.

Tapi bila dapat ni hiks….suka suka.

Ni ai boleh share sama pakai ke?

Hoh tak boleh!!!

agaklah RD pun, ko kang bau bunga2 je pulak, pakai je set bau jantan ko tu udah.

IMG_0323

dan penutupnya hari ini, minggu lepas heboh dengan nama ZEESHAN. Ialah mana taknya nama anak aku ni kan unique, dan apabila Fouziah Ghaus announced her new baby boy is Muhammad Zeeshan, ramai betul orang msg aku, tag aku. Automatically bila depa tengok nama anak Poja, terus ingat nama anak aku hah.

Aku pun wassap gak kat akak ipar Poja (she is my bff, dah blogkan banyak kali pun bila tiap kali aku datang rumah depa or even depa datang rumah aku), kakaknya pun cakap kat Poja ni sama la ngan nama anak kawan akak…..Zeeshan!

Glamour ko dik, pasnih ramai le pakai nama Zeeshan yek 🙂 . So untuk entry ni, dengan pakai seluar merah baru, dengan dapat hadiah merah2 wangi dan jugak dengan keglamouran nama Zeeshan. Yey.

Comment: 4

Story of makeup tools….

 

 

 

IMG_9933

aku ada beli ni dalam RM4 sekotak, reasonnya pasal dalam pairs tu memang pelbagai types of lashes. Takde le dalam sekotak sama je design dia kan. I think murahlah kot, aku kan nak menerai pakai dalam jem tuh, tapi tak buat2 lagik, will do one day. Lupa manjang nak bawak glue sedap ke dalam kereta tuh.

IMG_9975

tapi satu hari lain, aku dapat delivery 2 kotak nih. Ler, ni mana pulaknya heh. Dalam 150 items yang aku beli (dude now the numbers akak beli online dah getting increased, barang yang dah arrived about 42pcs), aku tak tau ler napa seller hantar ni, mungkin coz ada salah satu items aku tu, dia salah hantar colour kot (kan temporary tatto mata aritu), coz nama takde hapa bagai takde, compensation kot. Still donno ler dari sapa. Bertambah2 lagi ler eyelashes mak, dah macam aku pulak jadi mak andam, masuk ni mau ada stock like 5-6 kotak (yang lama punya lashes pun tak abis2 lagi).

tapi yang ni pun kan, dia punya lashes pun lelain each pairs tu, so bagus gak lah.

IMG_9936

ini pulak handy small eyeshadows. Kecik jer, senang usung kulu kilir too. I have tried all colours, sukaaaaaaaaa bangat bah!

Kalaulah aku start buat makeup dari umur memuda dulu, mau aku pun jadi macam si Cosmo By Haley (tak yah google lah)

 

IMG_9960

kiri tu aku pi satu makeup house kat KLCC nun, menerai segala beam (nak compare tengok camne dia pakai dengna aku pakai), tak berkenan sket le cara dia pakai plak, aku pakai lagi molek kot hahahhaa….dan kanan pulak is my 3hinggit bling bling earrings. Aku dok cite make up je kan, tunggu batch akan datang pulak the accessories segala, semua dok on the way dah.

IMG_9915

ini my latest edition (as of this entry lah) tapi sebenarnya ada lagi banyak editions lain but aku malas nak letak lam nih, nanti tu lain postlah. Dedulu aku ada gak palette for blushers cuma tak sebanyak ni, and dah habis, most of the colours. Begitu le pakai sampai licin. Mungkin aku bagi orang kot, coz katalah ada 10 colourspun, aku pakai banyak for 3,4 jer, lelain sure banyak lagi.

Frankly speaking, aku suka kaler light for blusher, light pink or light brown. Kalau aku pakai heavy colour, aku akan tambah kaler lembut lagi, or highlight sikit tak nak so much.

Cuma tulah bila dalam jem or dalam kereta, agak sukar nak ngagak the gelapnya, or lightnya pasal lighting tak elok dalam parking tu (udah aku kan last touch up masa parking pun).

IMG_0170

Huh nama kau! Better than Sex katanya….Kalau urgent, akak beli bayau je RM82 tuh, tapi tak urgent so i boleh tahan sabar and tunggu big sales memana ler…

Eh mascara ni akak belum beli yet, dok menerai kat Sephora. Tempting gak….ada jalan? Tapi kan korang penah tak bila menerai memacam kat Phora tu, or memana lah kan, best sedap jer, but bila dah beli balik rumah pakai 2,3 kali, tak sesedap masa kita try nun. Tak kisah ler apa2 pun, mascara ke lipstick ke, apa pun….ye dok?

 

Comment: 5

The Investments…

IMG_9832

remember about the ABCD tips aritu kan, so nah, ini antara contohnya beyond expectations, means tak disuruh, dibuat. dahlah tu, buat sorang2 plak tuh. Tak panggil apaknya pun. Yelah, dia angkat all the sofa carpets semua sendiri kay. Carpets tu siap bawak keluar and tepuk2 kuat lagik. Pastu dia mop vacuum all complete set lah kerjanya.

But bila hujung2 tu, aku suh le bapaknya tolong sama kan, jangan le sampai anak ko down pulak kot ler dia buat semuanya kan. Kita selain kena buat acknowledgement kita kena gak turun padang sama. Well done abang. Dalam seminggu tu ada ler sekali 2 dia akan buat above expectation. For kakak pulak, masih lagi budak lagi, but still tanggungjawab dia, pun dia tau.

Apapun as long as depa buat kerja rumah, depa tetap main2 jugak, dah namanya pun bebudak, tv main tv main tu kan idup diorang.

IMG_9826

tips dah basi, the toilet bar biru tu (toilet blue namanya), kalau hangpa tak beli yang brand memahal tu, beli brand cecekai pun ok, in fact brand TESCO pun ok, cantik je birunya. Kalau yang mahal tu sket ada bubble2. Rumah aku dah bertahun2 tak pernah dibiarkan plain kosong putih, mesti ada biru2 nih. WC (water closet) ni masa kita beli untuk all 3 bathrooms kita pilih brand yang sama – Johnson Suise tapi berlainan style. Hah tak sama each of them 3 tu. Tapi yang samanya ialah, the cover top of the seat tu boleh cecabut. dan boleh jugak pasang balik. Kat KLCC the cover lagi ler langsung takde hahaha, ye lah manusia ke main ramai so tak yah pakai cover gamaknya.

Ini antara kerja aku ler, kadang2 anak2 aku pun akan buat sendiri kat bathroom depa, but kalau bawah and atas memang kalau tak aku/ RD yang akan bersihkan. Ini aku cabut aku bersihkan, the blue colour tu dah berkurangan so nanti tambah2 ler seketul lagi, jadi le biru menyala balik.

Tapi pas dah bersih, aku blah tinggakan jer hahahaa, laki aku le pasangkan semula. Dulu masa beli design semua tops ni boleh bukak kan, kita ajar si bik keparat tu, belum ajar lagi ni dengan berlagaknya dia cakap, aku tau lah ibu (mulut cara menjawab memang patut dicilikan), tapi bila aku suruh tunjuk camne nak bukak, hah menggagap tak tau. Tu lah perangai keji dia, semuanya tau tau tapi nan hado!

Jadi beli ler yek the blue toilet bar tu. Remember me dah 3 bulan maidless and tak teringin langsung nak amik maid or even cleaner or orang yang datang part time buat kerja rumah tu, memang aku taknak ada langsung. So semua kerja rumah, semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa adalah Red Family yang buat.

IMG_9810

one good thing is takde maid, semua anak2 dah tau job memasing dan specially abanglah. You name apa saja kerja rumah, memang dah dalam tangan dia. He paling fav lipat kain dan jugak basuh pinggan mangkuk. Aku tak ingat if aku pernah promote benda letak bawang bertingkat2 tu. Aku beli kat Kenanga wholesale, sebelum pindah rumah dulu, ada roda bawahnya. bagus sangat. Worth of buying. Pastuh yang hijau tu penyapu, after pakai sebulan 2, abang sebagai pengguna kerap penyapu tu dia tak suka ngan service penyapu tu. Jadi aku dah beli lain, bila barang baru tu sampai nanti ai show show here and wait apa pulak komen abang nanti yek.

Yang biru tu robot cleaner gak, itu biasanya RD yang pakai di pagi hari lepas mak aku masak. Aku jarang pakai binatang tu. yang hijau abang pegang tu mop, itu dah blogkan pun, itu memang top of the list the best he suka ler sangat pakai. Robot cleaner tu pun bagus cuma duration dia charging, lama, 4 jam for 1 hour usage. Kalau aku bagi task kat RD suh sapu lantai dapur, dia akan pakai robot tu lah, takde nya dia nak pakai vacuum panjang ke or penyapu biasa pun, no way, robot is his bestfriend.

IMG_9827

Ini bukan mop biasa, ini ada jual kat merata2 kedai but aku beli online je. Ini untuk air yang melimpah ruah di lantai tapi kita nak lap kita pakai je ni, nanti dia sedut le air, pastu kita flush out air yang dah dia sedut tu, kat dalam WC or kat lubang air bilik air. or even sinki, sukati kau lah. jarang pakai nih, ni pun duduk kat wc kami. Kalau basuh wc, aku tak suka ada air2 bagai kat lantai, the toilets semua kena dry, tu yang nanti pakai le mop nih sedut air. Sokmonya si Zeeshan ler, suka benau main air pancut dalam WC tu, jadi mengemaslah semula.

If korang ada barang2 rumah yang perlu aku tambah beli menyenangkan lagi hidup kami anak beranak, meh meh share bagitau, kalau aku tengok review cantik, ai will surely get too.

Especially untuk menyenangkan anak2 gak, bila depa cakap depa tak suka this robot this product this that, aku lagi carik yang better. Well said memang duit akan mengalir a bit but ai think they deserve something yang make them happy and make their jobs easier, diorang jugak yang kena buat kerja rumah2 ni kan.

Machine lipat kain baju ada jual tak? 🙂

Comment: 8