VA

Oh Puspel Air Air air…

photo

memula tataplah mataku yang berwarna tetapi dalamnya sedih makkkkkk. rumah mak takde air. as of this entry is up, sudah 5 hali!! Dan dijangka akan mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu. huh Huh!

photo

Hari ketiga air takde, jatuh masa new year, jadi semua batallion dibawa bungkus ke rumah Mak Ajah, kain baju 5 trips tumpang basuh, siang ikan ayam sume pun kat rumah mak. Sib baik le BTR tu ada air, kalau sama dengan kawasan terlibat takde air, mana lagik aku nak pergi. Ada Syabas @Puspel hantar bekalan air, tapi bila datangnya jer, menderu orang beratur ke main panjangggggggggggggggggg.

Ko dah stress kena beratur, nak angkat2 air lagi. Kesian.

Ramai orang tua kiri kanan kendong baldi lah, tapi takde sapa nak dapat bantu coz memasing pun ngan penuh bertong-tong air kena angkut sendiri.

Aku syukur sangat rumah mak aku dekat, so kain baju 2,3 hari sekali angkut bawak umah mak, basuh sana. Air pun aku angkut gak kat sana. Tak sangguplah nak beratur.

But bila hari sekolah mula, kami suami isteri kerja, air pulak makin susut kat rumah, so abang and my superpower MissEyes pun turun nak amik air kat tangki Syabas tuh. tapi sian abang. dia penyegan kan. semua yang beratur orang tetua jer dari dia. Dia pi nyorok kat balik kereta. Kebetulan aku balik, hah terpaksalah dia join beratur sama. Terkejut dia tengok jam2 tu pulak maknya balik.

First trip depa tak bawak trolley biru, pi bawak trolley merah jer. Hukaloh, heret beret badan mengangkut tong-tong air. 2nd trip aku suh bawak trolley biru and trolley merah. so depa turun. sejam tak naik2. aku pulak turun. Omanghaik, stressnya beratur sejam nak tunggu turn dapat air. Dahlah tu kalau dpt orang belakang ko yang tak sesabau jenis panas hati je tengok ko angkut bawak banyak tongs, tu pun satu hal jugak. Udahlah tanks tu kalau habis, nak tunggu lorry Syabas datang lagi hantar, tak tau jam berapa.

Aku suruh abang naik dulu dengan trolley merah, 3 tongs air, sian abang, sampai jatuh2 dia ngan tongs air coz jalan tar situ kan tak rata. Pastu aku suh Misseyes naik dulu ngan 1 tong. aku bersidai ler kat tepi jalan ngan 5 tongs air! ahahhaha tak bergerak ko trolley tu bila aku pushed. Berat gilaaaaaaaaaaaa!! Makanya marilah menunggu si gagah perkasa makan Nu-Prep, RD!

Dia sampai je dari opis, apa lagik, menghayun, siap 2nd trip. Memalam, while waiting for kids siap Kumon, dia lari mandi angkat kain baju kat rumah Mak Ajah, angkut lagi bertong2 air bawak balik VA.

photo

Dan juga setiap pagi pas hantar anak2 sekolah, RD juga akan pergi mandi rumah mak den and angkut air lagi dalam tong2 yang kosong. Semua dia buat sendiri. Stress takde kalau amik air kat umah mak tapi dok komplen  ler … oooo hai patahlah pinggang kalau sebulan gini. Bulan ni nya air umah mak ajah, memang aku cover habis hahahahaha! 5 hari punya stock amik air kat rumah mak, boleh tahan gaklah.

Aku mandi basuh rambut panjang aku nih, habis sebaldi besau, laki aku bising ooiii catuan air! ahhahaha bis tu takkan tak basuh rambut, kang kalo mandi wajib lagi ler kena basuh rambut. hikss. Budak2 ler sian sejuk, mandi ngan air sejuk. Nak campur air panas pepagi buta ya ampun tak larat tol mak ko nak buat, untuk RB je mampu ahhahaha sebab dia bila mandi air sejuk semata tu, melekat2 dia peluk kita.

Kain baju nak hantar laundry hahahaha laundry pun dah full house, sekitar rumah aku BSP tu pun sama takde airnya jugak.

Punca takde air, oooo takde baca news yek?  Pam utama kat Wangsa Maju and Pudu Hulu gagal berfungsi. katanya kat news dan juga @puspel twitter. Korang kalau baca kat twitter Puspel tuh, orang ramai rakyat jelata dah naik hantu meletup2.

Neighbours aku siap call bila tiap kali datang lori tangki Syabas, ada jam 4.30 pagi datangnya, ada jam 1.30 pagi. Ikut dan dia ler bila nak datang anto kan…Purata sepanjang 5 hari, laki aku akan turun naik amik air kat rumah mak ajah, 3 kali trips. Untuk hari bekerja pulak, pun 3 kali trips. takde beza. sekali yang 2 trips tu jer ler kita amik kat bawah tank Syabas, pastuh macam daripada stress beratur panjang, baiklah terus amik kat rumah mak. Kawan2 mak abah aku pun ada jugak datang rumah mak mintak air sket. Kesian. Akunya tong2 semua provided by mak abah aku, syukur. kami sediakan trolley jer hehehhehe…tapi angkut apa bagai the boys lah buatkan, curah2 air lam tempat flush simpanan air, tu je aku buat ahhahaha, lain sume berat!

Kesiankan kami…..laki aku hari-hari mintak aku urut. Letak je RB buat pijak2 belakang bapaknya.

Oh Puspel. Oh Janji Ditepati…mana janjimu? Oh gomen…percepatkanlah betulkan pumps ituu..

Comment: 14

Weirdo!

IMG_5851

very nice human being on the earth.

I found one fella yang oh my god, the most super zalim person in the world. i m facing it for 1 month plus already, really hate hate hateeeeeeeeeee that fella so much! wish to blog bout that fella but no no, i m pregnant!

anw, that baju biru, jatuh from the balcony of my neighbors, and another neighbour tolong ambil and letak lam plastik (or memang dah ada dalam plastik i donno) and put a note, then leave it there, nicely. Nice human being kan?

Baju biru mahal aku, terbang dek angin, huh sampai sudah tak dapat. Udahlah baru sekali je pakai….

IMG_5852

n what is this? whoever yang sampai panjat ke atas board tuh memang, haiyohh! gila ke hapa??

something u dont see everyday, looks funny, but it s not.

oh tell u what, aku nak citer pasal my mood yang swing gilaaaaaa punya gilaaaaaaaa. i hardly smile nowadays and aku rasa life aku miserable betul with this kind of mood. i can simply get mad, huh muka memang muncung memanjang ngan angin, ramai dah jadi mangsa nih…kesian korang.

tapi sian lagik aku, macam tak leh control betul.

so many dramas…..seriously. you cannot come closer and make fun of me while i m pregnant, nasiblah sapa yang kena taji dalam twitter gak face to face lagi ler ramai.

maklumler angin aku memang cepat meletup skang nih. sorry 🙂

Comment: 20

The build in cabinets…

IMG_8391

ada putih

IMG_8392

ada putih juga

IMG_8346

ada merah

IMG_8347

juga yang merah

IMG04148-20110118-1848

tak muat dalam merah ni…boleh letak lam merah lain and wardrobe putih lain..

wpun sebenarnya bilik2 ni sumer pun dah penuh ngan isi..

thanks to those yang recommend kan contractors waktu aku tanya di FB arituh…tapi akhirnya aku pilih Ah Seng my contractor di rumah CV jugak untuk membikin coz dengannya, lebih senang and selesa jugak berkomunikasi. 1 setengah hari untuk depa siapkan empat build in cabinets nih.

the cost nak buat sumer nih…em bolehlah. dari kuspend jer kat handbags, baik molek jugak spend untuk rumah sendiri gak.

kita buat kat atas jer coz kalau buat bawah gak nanti tak boleh nak tukar2 position for each rooms. coz maknya merah and abang ada pangai yang sama, tukar2 katil di sini, lemari di sana, meja ke sini, so baiklah begini sahaja. puas hati.

kuhutang aircond bilik abang….sabau yek bang.

Comment: 22

Ini pokok apa?

IMG03131-20101018-0819

Mintak maaf pada tuan punya pokok ini. eiii saya dah 2 kali lalu tengok, saya sangat suka…sudah jatuh cinta. Apa ke namanya pokok ni weih? Wpun aku bukanlah pencinta tanaman2 pokok bunga apatah lagi kita dok umah atas langit. But ini pokok wa tatak tahannnnnnn!

Naklah ada satu.

But first, i need to know the name of the bunga/pokok dalam pasu nih?

Macam daun pokok pisang pun yer jugak…

Tapi tapi…bukan.

IMG03132-20101018-0819

Kalau tak kerana VA nya lift yang rosak minggu lepas, and kalau tak kerna mencarik Ams dulu, tak ku turun bawah pakai tangga.

i want i want i wantttttttt!!

Sapa leh tolong bagitauuuuu??

Sangat sukaa bangat…

Rumah aku ada 3 jenis pasu jer..itupun nak kumpul2 punyalah takde masa nak pi memboli weih. area tempat kerja sirman ada banyak jual tapi pakcik tu pemalas nak mencarik, masa lunch hour tu pergilah jap ngan kawan2 ko tuh beli barang sepasu 3.

eii makin aku tengok pokok nih makin aku berkenannnnnnnn!!

Comment: 55

Wangi rumah yang berhantu……

baru2 ni gak aku ada dpt Ambi Pur untuk tepek kat plug. ada member aku jenis yang dok menguluor jer. dulu pun aku pakai tp sebab refillnya tu mahal bonar lah yang. so kita berenti pakai and turn to candles and Air Wick. but bila dah dpt hok tampal kat plug, nak lah jugak beli refillnya. so tup2 aku berenti berdiri kat depan house of perfumes and pening pala tak tau dah nak amik yang mana.

M&M kuning tu ko jangan pelik, itu Gegirl bekalkan kat mak nya, utk dimakan di opis waktu jamah2 lapar nanti. minah tu got the Baby Alive versi bisu, mestilah dia sedekah jariah coklat langkawi to maknya semoga dengan harapan, maknya akan terbuka hati utk belikan Baby Alive yang suka menceceh plak. haisayy…mahal lah nak!

total of the amount i have to pay is RM50! aku bukan apa tau, aku kalau kaya aku nak umah aku 24jam ekon pastu kan benda2 ni berbau wangi je bila dalam ekon. tp sebab tak pasang ekon 24jam kerna saya tak mampu nak bayo bill ekon giler riban 24jam X 30 hari makanya aku subsidize je lah kat perfumes umah.

baru aku sedor, aku mmg giler beli barang2 yang berbau wangi. baik perfumes badan, mahupun perfumes rumah. biar wangi youuuuu….jangan membusuk! la ni 2 tempat aku tak tahan nak lalu:

market yang kat klcc tower 2, hok kedai Mesra Petronas tuh. ada depa jual waffle. kalo ko lalu lobby Tower 2 dari escalator ko leh bau busuk tengik, nak muntah. coz kan waffle yang depa jual kat concourse floor kedai Mesra Petronas tu, naik sampai ke atas. sangat2 obvious bau itu adalah bau waffle yang depa jual. smlm aku lalu, sket lagi aku nak muntah, siap dah berbunyik2 wek wek gitu. tapi kat situ yang sedap dia punya lauk campur. ada makcik ni letak macam2 jenis lauk kampung + nasi, wahh…once a week ke gitu aku mesti tadah muka beli ayam masak lemak nya.

malam tadi aku pasang lam bilik and kat hall, yang hok plug tu lah, sirman yang hidung tersumbat tu pun leh rasa bau refreshing nyaaaaaaa………..

x leh promote ni lelelbih lah, kang dpt adv, credit lebih plak for them.

IMG22874

sapa mai umah aku, mmg tau aku pencinta benda2 wangi. baik perfumes, miniatures ke hapa mmg aku bedal. apatah lagi candles yang bau wangi2 tu weiiiiiii, sangat2 aku suker. sanggup beli kalau ternampak depan mata, mahal pun pejam mata je bayar. lam keter currently pakai 2 jenis, itu aku dah blogkan dari 2 taun lepas. sampai skang mmg stock up gak pakai yang sama.

kat lam umah aku selain dari candles, aku pakai gak yang Air Wick, alah yang  letak kat atas lemari umah kita pastu nanti dia tretttt tretttt pancut setiap 30min. aku ye lah yang setkan 30min, kurang lebih dr tu pun korang boleh gak buat. so itu jer 3 bijik kat umah aku, satu kat hall, satu lg kat dapur, satu lg kat bilik master kitorg. ni aku tengok kat umah mertua aku pakai, so aku pun ikut sama beli.

sbbnya memula takde bau, tetiba wangiiiiiiiii plak umah mertua aku. so aku tak tegur, diam jer. orang kata kalo tetiba bau wangi ha kau, ado hantuuuuuuuuuuu. tapi pas 3,4 kali aku terbau, eh pelik.  terus mulut bertanya and MIL aku cakap tu ha Air Wick zeret2 atas lemari tu yang spray sendiri automatically.

ohhhhhhhhh ingatkan hantu lalu ….

Comment: 5