Buffet Ramadhan 2018

Buffet Ramadhan 2018 di Bangi Golf Resort

 .

.

IMG_0342

Kambing golek memang trademark untuk buffet ramadhan kan, semua tempat memang ada punya 🙂 So Buffet Ramadhan 2018 di Bangi Golf Resort pun of cos mesti ada.

 

IMG_0335[4]

 

Mesti korang semua tertunggu-tunggu post Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ni kan sebab biasa akan ada FREE voucher untuk berbuka kat sini.

Tapi minta maaf awal-awal sebab tahun ni bukan takde voucher free tapi Akak dapat 2 vouchers jer allocation for all of you, not like before dapat 10-20 vouchers.

So takpelah, kali ni tak dapat nak lelanting rezeki voucher kat korang. Tapi mana tau last-last minit nanti ada good news dari Bangi Golf Resort nak bagi vouchers macam tahun-tahun lepas kan, so please keep on coming back here and also check out my IGstories as well.

 

IMG_0366

Akak rasa most of you all dah pernah berbuka puasa di Bangi Golf Resort ni kan. Memang sangat meriah suasana berbuka puasa di sini dan memang ramai orang. Al-maklumlah harga dia memang sangat berpatutan dan mampu untuk semua lapisan masyarakat.

Walaupun orang ramai, korang jangan risau sebab hidangan dan juadah yang disediakan memang terlebih dari cukup untuk cater seramai-ramai pelanggan yang datang tu 🙂 Takut korang jer yang tak larat nak habiskan hiks

 

IMG_0372

Those yang belum pernah try, ni Akak nak kabo 13 keistimewaan iftar di Bangi Golf Resort

1. Disahkan HALAL – no doubt about it la memang JAKIM dah sahkan.

2. Nilai untuk Wang Anda – yang macam Akak cakap tadi, harga memang berpatutan dan antara yang termurah tapi menawarkan lebih dari 200 hidangan Melayu, Barat dan Timur. Memang sangat berbaloi

 

IMG_0375

 

3.  Sajian Eksklusif – ada Kambing Golek, Sup Kambing Mamak, satay ayam dan daging juga Kway Teow dan Mee Mamak yang sangat menyelerakan.

4. Hidangan Barat Moden – kepada peminat western pula, ada Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma serta Lasagna Ayam dan juga Spaghetti Carbonara. Yummeh ni.

 

 

IMG_0420

5. Masakan Melayu dan Tradisional – ini sudah wajib mesti ada la. Kita kan semua tekak melayu hiks. Antara yang istimewa ialah Nasi Kerabu, Ulam-ulaman, ikan masin goreng, keropok ikan, Laksa Sarawak dan Singapura menang mengiurkan.

6. Sajian Timur – juga tak ketinggalan seperti Nasi Ayam Hainan, Daging Masak Lada Hitam, Filet Ikan Goreng dan sebagainya.

 

IMG_0452

7. Pelbagai Pencuci Mulut – dari kuih-muih Melayu Tradisional, aneka kek dan buah-buahan sert manis-manisan yang lain juga disediakan.

8. Harga Istimewa untuk Durian – ha ko ada durian untuk berbuka nanti. Musang King lagi. Boleh ditempah berasingan nanti.

 

IMG_0464

9. Persembahan Secara Langsung – sambil kita makan-makan, halwa telinga kita pula disajikan dengan persembahan muzik yang menghiburkan.

10. Tempat Letak Kereta PERCUMA – free parking yo 🙂

 

IMG_0536

11. Surau disediakan – Ruang solat yang luas dan selesa untuk kita semua.

12. Buat Baik – Bangi Golf Resort akan menyumbangkan 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia. Secara tak langsung kita pun menyumbang sama 🙂

IMG_0544

Dan ke 13. Suka Makan Benci Pembaziran – Bangi Golf Resort berjanji akan sentiasa menambah hidangan dan memastikan sentiasa ada sehingga majlis selesai tapi janganlah kita pula yang membazir makanan. Tau la puasa kan, tapi berpada-pada la bila mengambil makanan dan make sure kita makan habis apa yang kita ambil.

 

IMG_0623

 

So amacam, berselera dok nak mai buka kat sini? Jom join sesama Akak nanti 🙂

Dengan harga serendah RM59 untuk dewasa dan RM29.50 untuk kanak-kanak, secara peribadi Akak rasa memang sangat-sangatlah berpatutan dan boleh dikatakan antara yang termurah.

Untuk tempahan berbuka puasa di Buffet Ramadhan 2018 Bangi Golf Resort, bolehlah hubungi 1-700-81-8557

Atau email di sales AT bgrrest.com

Address: No 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

Website: http://www.bgrrest.com

Facebook: https://www.facebook.com/BangiGolfResort

Instagram: bangigolfresortoffcial

Comment: 4

Buffet Ramadhan 2018 di Tropicana Golf & Country Resort!

.

.

IMG_6677

Kalau korang perasan Akak hanya buat Buffet Ramadhan review dengan the same hotels setiap tahun and only a few jer kan. Thats because we already have long and good relationship between us 🙂

 

IMG_6659

So kali ini Akak bawakan Buffet Ramadhan 2018 di Tropicana Golf & Country Resort! Sudah semestinya terhidang kambing golek dan nasi arab kegemaran ramai.

Tahun ini dengan tema “Aneka Sajian Desa” seperti biasa menyajikan pelbagai jenis sajian melebihi 300 jenis seperti Warung Gulai Kawah, Aneka Soup Bakso, Nasi Mandhi Arab with Kambing Golek dan bermacam-macam lagi.

IMG_6655

Tahun ini pula ada tambahan dari segi menu iaitu ada Ayam Bakar Tempayan, Sata, Soup Gearbox Lembu, Monster Bakso, Nasi Bukhari Lapis Ayam Masala, Ayam Percik Pantai Timur, Sambal Daun Tempoyak, Takoyaki, Arabic Kebab, dan macam-macam lagi.

IMG_6654

Steak ni memang favourite anak-anak Akak yang dua orang besar tu.

IMG_6644

Ha sapa mau try Soup Gear Box Kambing boleh la mai sini nanti.

IMG_6645

IMG_6643

IMG_6646

Bukan sup gearbox jer tapi ada pelbagai sup yang lain macam sup urat keting, sup ekor dan sup tulang.

IMG_6629

Akak memang la tak makan tempoyak, tapi ni RD memang repeat la dia nanti.

IMG_6625

Ha ini pun menu baru tahun ni.

IMG_6628

Rendang memang tak tinggal for sure ada.

IMG_6622

Ha ayam percik Akak suka.

IMG_6621

IMG_6620

IMG_6653

IMG_6648

IMG_6637

IMG_6647

Memang macam-macam sajian menyelerakan tekak kita ada di sini, tak tau nak makan yang mana satu. Tapi biasanya Akak makan secoit sket setiap satu. Orang kata merasa serba sikit setiap makanan. Jangan gelojoh makan laju-laju, take your time enjoy setiap meals yang ada. Jangan risau surau semua ada tersedia di sini.

Environment pun very cosy dan selesa untuk lepak sambil menikmati juadah buffet ramadhan Tropicana ni. Persekitaran pun dah macam ala-ala kampung penuh dengan gerai makanan dan minuman.

IMG_6641

ha sapa kenal dia ni?

IMG_6614

 

Hidangan yang banyak, dari hujung ke pangkal. Ada hidangan barat, melayu, chinese dan sebagainya. So tepuk dada, tanya selera, tepuk perut tanya larat lagi ke nak isi hiks 🙂

So tempahan sudah dibuka dan bolehlah tempah awal-awal. Early bird dari 15th March hingga 10th May with every 10pcs Ramadhan vouchers dapat Free 1 BBQ voucher.

Dan kalau beli lepas 10th May, the normal rate is applied which is

Adult : Mon -Thu = RM99, Everyday & Public Holidays = RM112

Children : Mon -Thu = RM50, Everyday & Public Holidays = RM55

Boleh hubungi nombor telepon ini untuk tempahan:

03-7804 8888 ext 306/325 atau 03-7804 1919

Nanti kita jumpa di Buffet Ramadhan 2018 di  Tropicana Golf & Country Resort ya 🙂

 

Comment: 7

Buffet Ramadhan 2018 di Cyberview Resort & Spa!

.

.

 IMG_7288

Buffet Ramadhan 2018 di Cyberview Resort and Spa untuk tahun ni special sket sebab sempena meraikan Iftar yang ke 20! So sempena itu, Cyberview Resort and Spa menawarkan sehingga 40% diskaun kepada kita semua supaya dapat menikmati santapan berbuka puasa yang lazat dari 26 stalls mereka yang menghidangkan masakan dari pelbagai budaya seperti Chinese, Japanese, Korean, Italian, Spanish, Mexican dan sudah semestinya masakan tempatan 🙂

IMG_7289

Kambing golek sudah semestinya ada. Memang idaman Akak makan dengan nasi arab dia yang sangatlah sedap rasanya. And korang mesti cuba kombinasi nasi arab+kambing golek dia ni, kalo korang tak repeat memang sajer jer 🙂

 

IMG_7258

Kalau dari BBQ stall pulak, siap tersedia smoked marinated chicken wings, minute steak and lamb shoulder, sausages, fresh salmon cutlets, saba fish dan juga terubuk bakar. Dengan sos yang disediakan pulak perbagai pilihan iaitu BBQ sos, mushroom sos, peri-peri dan sudah semestinya black pepper sos.

Since Akak dalam diet plan, memang bakar-bakar ni la jadi pujaanku 🙂

 

IMG_7286

Asam pedas dan masak tempoyak boleh pilih dari bermacam-macam ikan segar seperti patin, tilapia, salmon, lampam jawa, ikan susu, pari, tenggiri, tongkol, kembung dan ikan merah.

RD sangatlah suka dengan patin masak tempoyak dia, dia kata memang terbaik, tak payah pergi Temerloh jauh-jauh nun. Sini pun sama sedap dia 🙂

IMG_7281

Kepada peminat-peminat sup, sebut jer apa sup nak. Semua ada, sup tulang rawan, sup kaki kambing, sup ayam, sup tulang merah, sup keting lembu. Roti pun ada sama boleh untuk cicah.

IMG_7278

IMG_7274

Seafood stall pun mengancam selera jugak. Mussel, prawn, squid fish fillet semua boleh rasa. Korang order depa bakar dan-dan tu jugak.

IMG_7263

Butter prawn

 

IMG_7264

Chili crab

IMG_7261

Laksa dari semua negeri ada hiks – Laksa Sarawak, Laksa Penang, Laksa Johor, Laksa Kelantan dan Curry Laksa

IMG_7269

Untuk peminat makanan Jepun memang tak dilupakan. Even Korean dishes pun ada sama ya.

IMG_7284

Jemput-jemput, pisang goreng untuk kudapan senaman perut lepas dah santak makan semua kat atas tadi hehehhee

IMG_7267

IMG_7266

Untuk anak-anak, memang menjadi idaman diorang lah Kidz Corner ni – Chocolate fountain ada, ice cream ada, jellies and candies ada, pop corn ada, cup cake and muffins pun ada.

Banyak lagi menu yang disediakan, tak larat Akak nak taip semua. Mau 4-5 pages dengan menu jer. So korang kena la check out sendiri.

All in all, Buffet Ramadhan 2018 di Cyberview Resort and Spa memang caters untuk semua lapisan masyarakat, tak kira tua dan muda, janji kuat makan hiks 🙂 dan dijamin berbaloi.

By the way, lupa nak cakap pasal 40% diskaun tadi. Ok actually normal price untuk buffet ramadhan ni ialah Dewasa RM149 dan Kanak-kanak RM75.

Tapi kalau kita cepat-cepat booking which is early bird kita akan dapat harga lebih murah iaitu Dewasa RM120 dan Kanak-kanak RM60 sahaja, kemudian on top of that kalau bayar menggunakan credit cards akan dapat lagi 20% diskaun. Applicable untuk semua banks credit card ya. Dah jimat di situ 🙂

Untuk tempahan bolehlah hubungi Tel: 603-8312 7042/ 7041 and its full address untuk those yang tak tau kat mana pulak Cyberview Resort and Spa ni.

Comment: 8