Casa Ombak – Ramadhan Buka Puasa & One Stop Wedding Centre

IMG_9527

 

Salam Ramadhan semua.

Pejam celik dah a few days kita berpuasa. Kalau dah bulan puasa memang tak sah lah kalau takde Buffet Ramadhan kan. I have Eyriqazz, Kaoi and Sohok in this picture.

IMG_9529

So baru-baru ni aku sempatlah pergi menjamah dan menjamu selera dengan menu berbuka puasa ala kampung di Buffet Ramadhan @ Casa Ombak. Bukan aku sorang jer, aku ditemani of cos Red Family dan paling best ramai geng-geng bloggers lain yang turut hadir.

Air oren tu kan, Zeeshan dok perati jer. tetiba dah bawak segelas ke meja.

IMG_9531

nangis, mak merah terlepas roti jala! tu ler menceceh je borak ngan gang2 bloggers

IMG_9536

Jamuan makanan dia memang pelbagai pilihan. Dah nama pun buffet Ramadhan ala kampung, dari ulam-ulam kampung sampailah ke western food, goreng-goreng, nasi Arab, segala jenis mee. kuih-muih, manisan, buah-buahan, roti john, roti jala, keow teow goreng, ikan bakar, ayam goreng berempah dan pelbagai jenis masakan panas dan instant food. semuanya ada! Ikutkan hati memang nak jamah semua, tapi kena control diet gak hiks. Tapi teh tarik dia memang umph, bergelas-gelas aku togok hai…

Tapi kalo jamah secuit dua tak la rasa guilty sangat hehehe. Yang penting kena merasa, tak nanti menyesal pulak 🙂

IMG_9537

Kambing golek wajib ada 🙂

IMG_9542

Terima kasih Akma atas jemputan 🙂 On my left is her sister, Shieda

IMG_9553

Oh by the way, actually Casa Ombak juga adalah merupakan One Stop Wedding Centre.

IMG_9556

Korang tengoklah sendiri himpunan koleksi baju pengantin yang depa ada, alahai cantik-cantiknya. Tapi mana merah?

IMG_9564

So kalau korang nak lokasi perkahwinan yang berkonsepkan taman, bolehlah contact Casa Ombak. Depa boleh arrangekan A to Z semua kelengkapan kawin korang dari segi venue, catering, pelamin, chiavari chairs, make-up, dekorasi ataupun hiasan, butik pakaian dan of cos baju pengantin yang lelawa tu. Semua all in one punya pakej. Senang hai keje cam ni. Tak yah pengantin pening-pening. Pening-pening muntah-muntah lepas kahwin jer gitu hiks

IMG_9591

Together with Kak Hanny and Azwa

 

IMG_9604

Paru goreng cili yang jadi idaman aku

IMG_9608

Udang goreng yang jadi ratahan Kakak

IMG_9609

Dekorasi yang cantik menyedapkan mata memandang dan selesa untuk makan gitu.

IMG_9623

Tengah bergossip pasal *tut* tetiba RD nak ambik gambar la pulak hehehe

IMG_9636

Me with dress dari Jakarta dong, the one i bought last year tau, bukan yang this year punya trip, baru dapat pakai hah.

IMG_9640

Cantikkan hiasan dia, Susun atur kerusi meja makan pun quite selesa dan a bit loose, so senang nak gerak pi ambik makanan. Tak le dok bergesel-gesel celah-celah kerusi hiks, just nice. No berlaga bontot.

IMG_9641

Bila berbuka puasa di Casa Ombak seolah-olah seperti berbuka di dalam taman. Ini kerana Casa Ombak bukanlah sebuah restoran, ia adalah sebuah halaman kawasan banglo mewah dikelilingi dengan pokok-pokok yang hijau dan rendang ala-ala taman gitu. Memang santai dan tenang.

IMG_9602

Zeeshan tu leka ngan iphone bapak dia, tapi kita bagi time makan kejap tu jer supaya dia tak ligan lari keliling.

IMG_9699

pastuh, bertukar uniform le akak merah kau!

IMG_9702

Kitorang sambung tengok Minions lepas tu, suka sangat Zeeshan tengok sambil menjerit-jerit dia hehehehe.

IMG_9689

 antara teman dan bloggers

IMG_1407

So apa lagi sebelum penutup kita bergambar reraamai gitu. Again thanks to Akma yang sudi menjemput kami berbuka puasa di Casa Ombak yang Berkonsepkan Dalam Taman

IMG_1395

Dengan harga yang berpatutan memang sangat berbaloi. Untuk tempahan boleh hubungi nombor di bawah ni:

Casa Ombak Buffet Ramadan “Ala Kampung” yang menyelerakan dengan suasana open garden dan santai 🙂

Casa Ombak
No 22 Jalan Damai Off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur

Call/whatsapp : 013 6241417 / 012 6621062 / 03 2181 8750

RM55 nett/pax Dewasa
RM27 nett/pax kanak2 (5-12tahun)

Dibuka untuk individu/group/company

Facebook page : Ombak Creative page

Landmark
(Berdekatan dengan Ampang Park dan Lokasi belakang Double Tree Hotel dan The Intermark)

Ada surau untuk solat, jangan al khuatir.

Terima kasihhhhh Akma and team for our first buffet ramadhan.

Comment: 7