Rahsia no handphone di telapak tangan kakak…

this is one of my long entries.

Seperti yang dijanjikan dalam instagaram. kisah no fon di telapak tangan kakak.

Pertamanya, gila nak bagi orang lelaki ngorat anak aku yang kecil belia tu. Dan fyi, kakak tak speak to strangers, ini kan pulak nak dibagi tapak tangan kat orang lelaki heh….mau dia terjun pool kalau stranger near to her.

Takper takper. maklumlah cerita tak details dalam IG tu kan.

Tu pasal akak suh baca kat blog.

IMG_7819

letak dulu muka mak yang tenang di dalam kereta tepi sekolah. Malas nak kuor tunggu depan pagar berborak berkenalan berchitchat. Just being lazy lah. Sometimes aku memang nak own time jer pun. itupun gigih dari dalam kereta ni draftkan kerja Churp2 aku. Alhamdulillah, rezeki. So so sooooooo….

it was a lunch breaklah, first day of UPSR. anak aku kan antara beribu yang terlibat menduduki UPSR nih.

 

IMG_7811

papers for day 1

 

IMG_7823

papers for day 2

IMG_7824

papers for day 3

IMG_7835

dah tengok ada budak dah kuor, baru aku datang ke pagar. senang je nak cam abang nih. He s no 3 paling lonjong tinggi panjang kat sekolah dia tuh. Dia memang jenis kacang panjang punya orang hahahaha memang tak dinafikanlah, so tu pasal senang je aku nak recognized dia dari jauh. Some more dia antara yang pakai seluar panjang, most of his chinese friends masih lagi berseluar pendek.

IMG_7837

ini muka belum merdeka. Insyallah tawakallah ye Abang. He s been studying so hard day and nite, ok tak yah lah citer camne dia punya rajin bagai tuh, but he memang rajin belajar **selepas maknya kuor high pitch** LOL.

But hari Khamis, right after the UPSR habis, dia punya merdekanyaaaaaaaaaaaaa kau! maklumlah setelah berbulan bertahun tak dapat tengok tv dengan tenang, finally!

IPad, pc, ps2 psp segala maknek kat rumah tu, siap2 dia keluarkan.

Dunia gadgets ni aku yang punyaaaaaaaaaaaaa

seronok ko dia dapat akhirnya gantung buku habis UPSR nih.

ha ko tunggu yek, siap mak nak tengok results ko. but tu lah, anak aku kan sekolah cina so dia agak boring sket ngan Bahasa Cina Penulisan. Hari untuk paper BCP ni, dia cite kat aku seket punya dia berkarangan panjang lebar, balas dendam ko bang.

IMG_7842

his fav stop, jambu batu ngan air jambu batu special. 10 biji sekali beli ngan 5 bungkus air. bukanlah dia makan sorang, ramai orang kat rumah tuh but hantunya makan nih dia ler..

photo

photo

photo (9)

 

photo

4 photos atas nih, RB ikut buat lawatan sekolah kat abangnya. hantar lunch untuk the final day of the UPSR. in between kan ada break, kalau hari biasa bekalan biasa jer, coz balik pun jam 4 petang. tapi ni hari istimewa, lunch kena provided dihantar terus dari rumah (sekolah takde halal food btw). Sekali lagi diulang, anak2 aku dari darjah 1 memang bawak bekalan dari rumah. So abang ni 6 tahun bawak bekalan. Kang nak makan apa pulak kat sekolah kan takde bekal.

so ok itu cite abang ler kan. pendekkan citer

bebaru ni aku dapat beat traffic so dapatlah sampai bawak si kecik sorang tu bertemankan kakaknya main kat playground.

IMG_8005

nak pi taman kat tasik depan rumah malas le nak kuor masuk keter eh lagi penat nak kejar, so sini sudah.

IMG_8019

cuma sedih le pemenan kat sini, banyak dah hancur pulak aku tengok rumah aku nih. tak berjaga kee…takde ke hati nak betulkan yek? hemm…

ni orang2 VA ramai baca blog aku nih…sure sependapatlah jugak.

IMG_8025

so Zeeshan redhalah main apa yang ada….

aku ngan kakaknya jer ler…abang dok menelaah lagi kat atas umah pun

bapaknya lambat, ado meeting.

ok ok sambung cite no fon di telapak tangan kakak yek…

IMG_8028

hah dia sibuk nak main buaian nih. tapi tak bergerak ler coz dia x pandai ayun. aku ngan kakak nak ayunkan dia marah tak bagi, pegang tali buai tu pun dia grrrrr. aku nak duduk so dia leh dok kat pangkuan aku pun dia sentap gak. so duduk ler ko situ. agak2 dah boring dia jalan mingle around.

so kakak pun main buaian. kakaknya main punyalah ayun laju.

tetiba adiknya datang…

tak sempat kakaknya nak break, hah terlanggar adiknya yang mana ler tau hal buaian laju ke tidak ni kan. langsung jatuh

meraunggggg.

dah meraung, dah pujuk, jomlah kita balik. so kena pau lagi maknya kat kedai. beli ler golf set RM12 nak bagi dia sejuk hati, dek kerna jatuh tu kan….

IMG_8030

untuk atas dasar keselamatan, aku blurkan no hp dan juga nama si empunya di telapak tangan kakak tu yer.

Al kisah, aku perasan sejak 2,3 bulan ni ada seorang anak perempuan ni, anak my neighbor tapi aku tak tau mana satu makpaknya, agak suka merapatkan diri ngan kakak. dia tak sama umur pun dengan kakak, sekolah pun tak sama. Sekolahnya kat mana pun kakak tak kuasa nak amik tau. So kadang2 dia datang dengan kawannya ke rumah aku ajak kakak pi swim lah, pi main lah, gitu lah…

Hari raya, dia antara yang awal datang rumah beraya lepas orang ramai dah start balik beraya di KL. Dia datang banyak kali ajak kakak datang rumahnya, my princess tak nak. Yelah anak aku, aku tau le apa suka suki dia, dia bukan jenis nak menebeng pi rumah orang walaupun beraya, dia nak ada makpaknya jugak. So banyak kali ler budak tu datang pun kakak tak nak pergi rumah.

Tapi depa selalu le jumpa bila main2 kat bawah tuh, pool sesama kan.

So masa aku bawak depa 2 ni pi playground nih, aku ada singgah kedai, beli kuih. aku tak makan satu hari kooooooooo, coz ada kerja ada blog event ada macam2 lah hal in between kan. wpun begitu, RB memang di tanganku lah dan mata aku masih tetap di kakak. bayangkan kalau anak 8, camne le nak bahagi2 mata ni perati 8 anak hahahaha. ok joke ngek.

so aku tengok kakak dok borak ngan si budak perempuan darjah 5 tu lagi. apa kata kita namakan dia Mumtaz. nama samaranlah yek. Then kakak datang tanya mummy boleh tak weekend ni kakak swimming? dan aku pun menjawab oh tak bolehlah, kakak ada big birthday present this week nak kena attend.

Pastu kita pi playground, Mumtaz ni kekejap datang borak ngan Kakak. aku tak amik portlah.

So balik pas kena pau golf set ngan Zeeshan tu, lalu balik kedai kuih yang aku beli tu and amik laksa yang aku tinggalkan coz ada beli tapi tak kuasa nak bawak sampai ke playground. Kat situ datang lagi Mumtaz and kali ni aku macam suspicious sudah. Maklum ler mak mak kan. So sambil aku sibuk2 kejarkan RB tuh, aku tengok dan pasang telinga le apa yang Mumtaz ni borak ngan kakak.

Kemudian dia tulis (ada le pulak pen heh mana dia amik tah), dia tulis no handphone dia ngan nama dia kat telapak tangan kakak. Dan berpesan, pesanannya yang aku memang sampai skang terngiang lagi…

Bagi Abang awak tau, suruh abang telepon saya tau. Jangan lupa, bagi Abang awak tau no handphone kita tu.

Ya hampunnnnnnnnnnnnnn!!

aku diam, tak nak kepoh masa tuh. bila dah sudah naik atas, sambil jalan tuh.

Kakak, betul tak mummy nak cakap nih, yang Mumtaz tu nak berkenalan dengan Abang? Dia datang rumah kita selalu tu coz nak tengok Abang kan? Dia ajak kakak pi swim pi playground tu coz nak ada Abang sama kan? (kakak wont swim without her brother).

Ha ah Mummy, selalu je dia tanya Abang. Kalau jumpa kakak je dia tanya mana abang, tanya macam2 pasal Abang.

Well, kakak kan bebudak mana le amik port hal cintan cintun nih. Hal boipren girlpren nih.

Naik je rumah kakak mandi and habis berpadam no fon tuh. Tapi aku dah sempat snap ler kan, tu pasal korang nampak dulu kat Instagaram. Ko ingat kakak nak bagi abangnya, dah tentulah dia tak kuasa nak jadi postman, dah tentulah dia ikut cakap maknya, buat dek jer, padam terus no tuh.

Tapi pun, sampai bila ler kan, sok sok depa main swim, Mumtaz tu sure carik lagi Kakak and sure dok nak rapat herself kat Abang. Aku pasti, right after this entry is up, Abang akan dapat tau jugak kes nih coz, ada sorang budak lelaki kat block aku tuh, dia baca gak blog aku and anything in the blog dia pi citer kat Abang, dahlah salah info bagi tau kat Abang pun ada jugak. Aku buat entry on Astro sponsored post tuh boleh pulak budak nih tak paham cerita dia sudah pi canang eh Shameel ko masuk menari Astro tu yek? Huk aloh! Penyampai salah fakta sungguh! hal rumahtangga orang sibuk dicanang2. Hal blog tak paham, benda sponsored posts, benda iklan benda yang bukan stage ko nak paham, memandai je bercerita. Tu lagi sorang, kalau datang rumah aku gedegang2 main jejerit dari luar. Orang ngah tidur ke orang ngah rehat ke orang ngah study, main teret2 grill tu digegarnya. Abang pun dok tak berkenan nak berkawan ngan budak tu tapi tah ler….

So back to Mumtaz,  heh esoknya dia datang naik rumah aku ok, aku ngah lepak anak beranak dia ngendap2 and bagi salam, tapi pala yang dia nampak dulu was Abang terus dia jejerit ‘eiiii dia ada la, malu maluuu’ pastu dia lari. lerrr gatal betullah, sampai naik ke rumah tuh!

camne nak buat nih.Kalau ikut RD, bang….ada makwe berkenankan ko bang.

Kalau ikut aku oh no no no nooooooooooo.

June lepas Abang hantar surat cinta, yelah orang tak de hpkan, back to basic lah dia. Hari ni, ada pulak awek yang berani bagi no handphone dia mintak anak bujang aku tepon pulak. Der…..Poning pala ommak!

Kang aku yang calling – Mumtaz, ni Aunty nih…..ha. malas ler heh.

Comment: 15