Abah

Alam Shah…

kami anak pekerja kerajaan…

mak abah aku served wt gomen. meh lah aku cakap terus terang je lah, abih kat sini kalau nak tanya pun.

abah aku staff dewan makan Sek Men Alam Shah (skang the original SAS dah pindah ke Putrajaya) but the location now dah jadi SM Sains Alam Shah. kami anak2 staff SAS. dok kat dalam Quarters SAS gak. abah aku served ngan SAS semenjak SAS dibuka, sampailah ke pencennya. berapa puluh tahun tu..jadi setiap adik beradik kami hidup membesar bersama SAS.

sbb tulah bila umur aku 13 taun and above, the boys of SAS macam kemaruk je x penah jumpa pompuan, asal aku pi sekolah jer, kena lalu kelas depa, peweiiiiiittt je mulut memasing.

Adik Angkasawan Negara kita (yang baru pulang ke rahmatullah tu) pun asalnya budak SAS, pernah lah jadi ‘kawan’ aku kejap. masa zaman sekolah lah…x yah flash back sangat lah pasal dia, alfatihah saja utk dia ye. aku x tau pun dia adik SM, hanya selepas dia meninggal aku dapat egroup punya news, then only aku sedo.

My Mom pulak Chef tukang masak besar kat Dewan sekolah SMSS (SM Sains Selangor) just next door to SMTeknik and SAS. ai know some of my readers were students from SAS and SMSS…pasal tu lah aku tau sangat selok belok isi SMS and SAS… korang kalo nak kencing aku pasal SAS ke SMSS, ha silap beso lah ye. kalau korang belajar 5 taun je kat sekolah asrama penuh tu, yang aku dari dalam perut mak aku dah dok situ berulang alik sana sini, sampai abah aku pencen baru kami pindah ke BTR.

makanan yang korang makan yang korang kata nasi kawah, lauk kawah tu lah yang mak aku masakkan. lepas korang makan, nak hidang korang makan kat dewan makan tu lah abah aku yang uruskan… agaknya pasal tu lah bila kat itm, aku menghargai sangat lauk pauk kat dewan makan. ayam masak merah setiap ari kamis kat itm tu sedap hapa…

dan setiap kali hari raya, anak2 sabahan sarawakian x dapat balik beraya, umah makabah aku yang quarters batu sket + papan lagi banyak tu lah yang korang hinggap. tapi pekerja kerajaan cam mak abah aku ni manalah sangat diingati students, biasanya cikgu lah jadi pujaan hati dema. cuma bila depa ‘fly’ ha takut kena kantoi, mulalah mintak simpati mak abah aku nak menyorok lam umah….bila nak mintak pi anto puduraya or ktm dekat2 nak raya, mulalah carik abah aku mintak tlg antokan. banyak nya kenangan…

kenangan yang paling boring ialah bila kawan aku dari umur 13 taun sampai aku baru bekerja, alah yang lagi few months nak balik msia tapi dok jumpa makwe lain tu (yang kerja aku dok mengabihkan duit kat kad fon tu), pun asalnya student SAS gak. menci lah. agak2 kalau dia terjumpa blog aku ni kan aku nak ckp ngan dia ‘eloklah awak mencurang ngan ai masa kita bercinta dulu coz ai dapat the best husband ever, x penakut pengecut cam ko 😛 )

aku ni lately asik nak menyingkap sejarah je kan..actually pasal aku x leh nak blog so much bout my work life so anything that i can blog, aku blog!! sila layan saya yang sangat suka membahagiakan anda dengan entry2 yang mengarut tapi ngarut parut pun korang baca jugakkan………

thankies…

 

Comment: 15

Malam Jumaat…

hari ni sirman asked me to fetch gegirl. bapaknya ada late meeting, nasib baik office is a bit clear today so aku leh amik gegirl on time.

by the time kami sampai VA, atuk sampai wt abang…

sebelum aku masuk VA, aku angkat tangan kat the guard yang buat bising ngan abah semalam. dengan sweet smile i told him ‘my dad is sending my son shortly ye’

sengih2 je guard tu….this guard looks nice to me, but one thing lah, cara dia negur Tok Aji tu semacam sket kan..

This week is a celebration of father’s week, 15 June is father ‘s day kan?

aku x sambut pun wt my dad, abah x mendidik kami ngan cara gitu, tp as anak aku suka bagi adiah tak kira for any special occasions pun. since i dont have any particular present for Abah, i gave him some cash, extra duit belanja from his monthly allowance.

back home, kami tiga beranak buat project, oh that s to be blogged later lah ye. suspend suspend 🙂

rupanya abang telah menggodek bilik nya sendiri semalam, dia tukar style study table nya, sukatik ko lah…he said he wants to see the door as his view. gegirl x de hwork, tp si lorat kecik tu bengang bila aku ngusik ngan abang ‘gegirl, kalau satu ari gegirl x merajuk, boleh x‘..

spt dijangka, muka sentapnya pun keluar. x sempat ai nak snap muka sentapnya bila dia dah memuncung ngadu kat Fifin. ahaks……….ada auntie fifin ko bolehlah ngadu. kalo x, awak sorang, mak ngan abang high 5. alah nanti dia ngadu lah kat bf nya…

wah..tajuk cam poyo je Malam Jumaat. 🙂

 

Comment: 9

Security Guard…

ni kat parking lam VA. tau apa kesalahan motor ni semua. salahnya mereka parking di tpt yang tak boleh letak motor. line kuning tu sume ialah line yang dilarang parking. siap ada rantai kuning lg management buat ye. tapi x berjalan gak. guard x clamp x buat hapa pun. u know what s the issue here?

issunya ialah, bapak aku yang nganto anak aku dari sekolah ke sini, telah disergah oleh one guard ni. eversince abah pakai motor, kalau petang2 tu mmg dia x parking la kat sini, dia drop off je anak aku. either aku, sirman or fifin will tunggu abang kat bawah to take him from my dad.

tapi tadi masa aku ngah odw, abah bising2 tepon aku, abah aku telah disergah dek sorang guard umah aku, he tot that abah aku nak parking kat tengah jalan buta tu.

abah aku ngadu kat aku, so bila dah sampai VA aku agak2 mesti guard ni lah orangnya. n sambil aku tanya borak mmg dia ngaku lah incident yang terjadi tu. haiyah..ada miscomm sket lah. bapak aku tu org tua hatinya mudah sgt tersentap, drop off cucunya jer, x parking rata2, itu yang ko sibuk tujukan, marahkan.

tu kerusi yang ko duduk, meja yang ko tenung, sebelah ko tu berderet2 motor yang salah parking yang patut engko clamp, apa kes lah ngan org tua cam abah aku tu ko nak carik gaduh. hishh!!

basically, he s quite new here, dia tak pernah nampak abah aku…apa2 lah. aku ckp pasni x yah lah bising2 ngan abah aku lagi dah, dia cuma drop off cucunya. again korang jangan ingat abang naik lift sorang2, either one of us will wait for him kat lift, kalau x aku, sirman and my helper.

abah abah…abah nya baran tu datang kat anak pompuan abah ni pulak ye.

 

Comment: 10

Splash Out…

see, muka pucat tak semenggah bila dah sampai umah. i got home on time, naik atas lu anto barang2 and turun bawah tunggu abang…

atuknya ngamik abang from school. tu pasal atuknya kalo pi umrah, mesti masa cucu sorang dia ni ngah cuti sekolah, kalau idak sirman kena masuk keje petang, lepas siap anto anak2 ke sekolah. n my bro in law has to fetch him from NK pulak.

us in the lift..

balik umah suka dia nengok present yang aku janjikan dah ada 2 pasang. he took 2 days to think of present yang dia nak. ada ke patut dia mintak tv to be placed in his room, pastu mintak pc, pastu nak handphone..wah, ai cant afford to belanja him that much. no way man.

finally, he asked for a new shoes, aku beli 2 pasang, one is sandal one is the sporty shoes.

sebab abang dapat 2 pasang, kang kalo gegirl x dpt sepasang mau menyentap lah pulakkan budak tu. so she got one barbie shoes. bapak mahal gila kasut tu, x sanggup aku nak blogkan harganya. biarlah diam jer.

anything for sirman? my love to him is forever, so just take it as a big present boleh? 🙂 We used to have a moment yang sangat tragis dan sedih utk dikenang, so aku harap berdoa that incident wont happened again.

Ai dont want to blog bout it, but mbe untuk sejarah redmummy.com, i should make an entry bout it. Ai hope Sirman izinkan.

Any readers nak baca out there? Orang memang le suka ramai yang membaca, tapi tak ke bagai menepuk air ke muka sendiri?

 

 

Comment: 14

Zam zam…

air bukan sebarang air..walau tesco botolnya, walau merah balutannya..

air nya sangat berkhasiat, rasanya sungguh nikmat

air zam zam yang abah aku beri utk portion kami sekeluarga

Comment: 2