Jun 26 2008 Thursday, 4:30 pm
Jawi VS Mandarin…
kalo jawi tu aku mmg boleh baca lah, aku sempat belajar kat sek agama for 2 yrs dulu. pagi sekolah rendah, ptg pi sekolah agama. x sempat pergi awal coz kita bukan org sng kan nak anto anak2 sume pi sek agama. masa aku kat sek agama lah aku tau camne nak buat urup HA cantik. kalo x aku pi letak dot 3 kat urup ha bulat bersambung tau…
abang masih lagi terkial2 ngan jawinya, so bila kena sambung urup, dia carik aku lah. aduh bayangkan lah kalau aku x de basic jawi, nangis lah tengok anak nak belajar jawi mak x geti…
oso his writing in mandarin. dah makin kemas…
mandarin lagi lah, hagham hapa cakap aku x paham yg dia tulisnya. lg lah aku x leh nak tolong. jawi boleh lah mak ko berlagak. kadang2 kalau aku ngan sirman x tau apa mandarin tu cakap, berbelek2 la kitorg buku teks mandarin abang. kalau kena jemaat lagi senang, bawak segala maknek buku sek NK kat loushi sofia ttdi dia. ha mik ko biar loushi yang bukak kitab.
berbanding dari awal2 dia kat sekolah NK, banyak perubahan writing mandarinnya. aku terima kasih bebnyk kat loushi sofia, without her, camne le aku nak catch up kan. lekuk panjang pendek mandarin ni banyak songeh…
kenapa saya antar anak2 saya ke sekolah cina..
kerana saya mahu dia mahir 3rd language, kerana peluang ibunya dahulu tidak ada…
bila peluang sudah ada, ibunya punya otak sudah tak boleh pakai, badan dalam kelas, kepala otak kat umah ngan anak2….
dan kenapa anak2 saya kena juga pergi sekolah agama sebelum atau selepas sekolah kebangsaan, kerana ibunya dulu boleh buat, kenapa anak2 nya tidak boleh buat. ada bahan, ada peruntukan, ada kemudahan, jadi hanya kesanggupan je boleh menguatkan kita. mmg kita tengok depa penat, abang pun bising gak memula, penat lah, x larat lah…but lepas 3,4 bulan…dia dah tepu.
tp kalau mak ko dedulu masa kecik boleh buat, mak kau dulu lagi lah jalan kaki hokey pi sekolah agama yang sama dengan ko, jarak umah lagi jauh…n some more, bersusah payah lah dari sekarang, dan bidalan kata melentur buluh dari rebungnya kan memang patut digunapakai.
biarlah orang nak kata saya tidak bertudung, tapi saya rasa, hak saya sebagai ibu janganlah awak pertikai dan perkatakan.
RM Recent Comments