Abang

Geliga otak Abang…

ni sambungan dari akal panjang si abang…

satu hari dia ikut sirman pi post mart nak buat postal lah untuk reader aku…

daddy nak post apa?

nak post handbag mummy

ooo, mummy hadiah kat fren ek?

tak, mummy jual handbag mummy

kenapa?

sebab mummy dah tak pakai, so mummy jual, kalau tak pakai, membazir.

oooo, mummy jual berapa?

yang ni mummy jual 2 ribu

fuiyoooooooooooooooooooooooooooooooooooooo! kayanya Mummy!!!

so bila mummy dah boring pakai, mummy jual, mummy dapat duit  ek Daddy?

iye

balik dari post mart tuh… wah wah wah! dia kumpulkan semua toys dia sebakul. pastuh semangat nih….

yang ni 10 ringgit

yang ni 15 ringgit

yang ni 5 ringgit

kira apa tu bang?

abang nak jual ni kat khyre and Iskandar

mahalnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa ko nak jual Bang! dah patah riuk pistol tuh ko nak jual 10hinggit! cousins abang tu mana ada duit nak bayar.

alah diaorg ada duit raya kan mummy

takde nya makcik korang tu nak bagi khyre and Iskandar beli permenan ko lah bang…

Ok mummy jual kat blog mummy boleh?

hahahahahahhaha

ok ok wahai readers ku yang budiman

sapo nak beli toys abang? hahahahaha…..manghaik, otak geliga betul.

tengok mak jual hbags

ko pun sama otak business nak jual pre-loved toys jugak!

Comment: 37

Ibu, 50sen satu kerja yer…

IMG03020-20101006-2049

korang kekecik ada tak buat list nih bagi kat mak pak ko?

ha ko bagi lah siap kita dapat list dari makpak kita balik..

1. mak ngandungkan ko tak terbilang harganya

2. mak bangun malam jaga ko pun tak terbilang harganya

mak mak mak… list harga bagi kat si anak. korang dah dapat kan email macam tu ye dok? ada merata kuor pasal kisah si anak mintak makpak nya bayar for all the house tasks yang dia buat. sedangkan mak tak penah mintak duit anak untuk membesarkan si anak….

tapi anak2 ke main berkira  mata duitan kan..

dah bape hari lah hai anak2 aku memang set kat pala depa…kena kerja kalau nak dpt duit.

mau tak nya masa kat Medan bukti terang2 mata. insap betul abang bila tengok budak2 baya dia yang ke main meriah buat keje. so dia macam oh nak duit mmg kena kerja lah. tak leh sembarang mintak kat mummy daddy…

jadi makanya, minggu ni sebab banyak masa coz no sek agama…selain dari study score a, dia pakat sama adiknya buat list tuh. the top one belongs to the sister, bawah tuh abangnya punya. ko hengat makpak ko nak bayooooo sumer sekali? ye kita bayar as per depa listkan tapi hok mengaji, sembahyang, belajar pun ko nak kira mintak upah? memang saja nak dpt pangkah je lah dari bapak ko. sib baik tak makan penampo 🙂

satu kerja 50sen

kiralah setiap hari boleh kaya gak diorg nih…haahhaah sume berlumba2 nak kumpul duit nak dapat gaji. Tapi tapi tapi aku nak upgrade lagi nih. keje2 yg depa buat nih sonang baitu bonar. aku nak depa buat:

1. basuh sental kasut sekolah

2. kapur kasut sekoah

3. sidai kain baju

4. lipat kain baju

5. belajar dok dapur main masak2 lagik

kompem pasnih, maid aku sure senang lenang punya.

Tu ko tak tau, Sirman balik kerja, anak daranya punya job ialah mencabutkan stokin bapaknya…dulu kadang2 dia suh aku gak tapi aku malas ahhahaaa..alah subs kat anak jer. Job abang pulak makin merajin bila aku balik terus sambut hbag simpankan. hah tu pun dia kira 50sen gak!

This is about the 50cents upah kerja, tunggu nanti aku citer pulak bila akal abang panjang tengok maknya jual handbags..!

Comment: 40

Tidur melingkau!

IMG02871-20100925-0103

Reddy membongkang kat celah meja pc, dah tau ko besau..situ plak ko nak melanding

IMG02862-20100924-2221

abang pun sama tidur ngan buku sekolah atas katil aku melingkar2 badan..

Abang was doing his revision, dia tu mmg dari dulu kalau belajar nak mengadap depan muka mak bapaknya. belajar kejap je kat bilik dah lari ke luar, lari ke bilik. so kitorg dok leka kat luar dia dok ok belajar je atas katil aku tuh…tapi lam bape lama Sirman checked tengok dedua dah bersidai lena…

baik Reddy mahupun abang.

Senangnya nak bagi abang tidur awal kalau hujung minggu tu, suh dia belajar malam, hah kompem cepat je mata terlelap. Ni nak periksa nih awal Oct tu yang kena buat revision sket. aku rasa macam baru je exam tapi dah datang exam lagi…

ni cakap pasal tidur, aku masih lagi bermasalah ngan lengan kiri aku actually. ada lah cite lam RM gak pasal urat aku yang dah silap on the left side, sampai naik bisa demam dibuatnya. tapi bila makcik urut aku urut dulu, baru lah kurang. berkurangan sahaja tapi masih tidak 100% pulihnya.

tak tau dah nak buat camne. aku dak tukar tidur ke kanan but masih lagi kefungsian tangan kiri agak membataskan. kalau tutup lampu suis ngan tangan kiri tu mmg terasa jugak, kalau gegirl or abang tidur baring nak beralaskan tangan kiri aku pung, sakit gak terasanya…aku bercuti dari berurut with makcik for 4 sabtus sebab ada hal .nanti bila sambung memang sedaplah berpinar2 badan dibuatnya…lamo dah tak ngurut nih.

Those yang tak tau…aku engage makcik urut ni harituh utk 3 pagi berturut. pastuh aku sambung amik package 10Sabtu berturut2…ha gitu. kasi badan mantap yah…..dahlah makan supplement malas, makan vitamin pun malas, hah ko, berurut lah kasi kuat sket badan nih. buang2 angin, buang2 lemak…sedappp!

Comment: 34

Ending omputih sket…

IMG02433-20100908-1856

menyorot pada entry minggu2 yang lalu, kisah abang tersedu2 menangis bila bapaknya menyinga coz merasakan si abang lambat nau nak  ikat tali kasut yet dia nak cepat…..dapat pulak bini yang pecah lobang, blogkan. alkisah luahan perasaan bini kat dalam blog so sebagai satu message pada si bapak…

rupanya si bapak insap youuuu!

tu lah aku cakap, RM ni memang the best platform ever…nak buat confession entry terbeli handbags berkoyon2 pun leh numpang RM jugak. hiks….

IMG02439-20100908-1905

so actually sirman sudah google cara yang paling canggih mengikat tali kasut. kalau ko ingat kita dulu buat bunga 2 kiri kanan pastu simpul mati, sudah cukup cantik pada tali kasut kita, eh eh, no no way ek, diorg melayan youtube and bersungguh2 menerai. it s few seconds steps lah katanya omputih tuh…

here is the  link of the youtube, actually byk lagi yg lain2 🙂 gugel sendiri lorr

actually aku pun tak paham napa le sirman nak ajar cara canggih tuh, yet cara biasa pun boleh…

oooo orang dah makan hati kan bersalah sudah ngan si anaknya hehehehehee

IMG02435-20100908-1856

and

they live happily ever after.

The End.

Comment: 34

Selepas 3 Syawal…

IMG_2436

hehehehehe…

lama soi blog tak update, ada le update tp macam tak update jugakkan. raya pertama aku kat kl lah, tapi raya ke2 dan ke3 kami di Melaka so tu pasalnya takde cerita hot hot spicy. nak update gambar raya pun ngah macam tercungap, raya pertama je dah kat seribu photos, raya ke2 and ke3 pun korang agak2lah bape keping in total sumer. so sudahh…amik gambo yang ada siap lam draft, malam raya kita sambut birthday Gegirl just 4 of us…

IMG_2437

IMG_2448

IMG_2458

IMG_2459

IMG_2469

Sayang Gegirl Mummy!

She got a card from her brother, a kitchen set from dad and aku nya adiah dah kuor entry dah pun kan…on the same nite too their job too isikan duit raya…

IMG02511-20100909-2109

aku dah memang tak amik task ni dah. sume nih budak2 ni yang settledkan. Tahun lepas kita ada balance angpau RM2 sebanyak 60keping koooo! bersiap dalam sampul jugak. so tak yah kuorkan, aku tambah2 jer untuk yang RM2. pastuh diorang letak note untuk RM5 dan RM10. Note lain Sirman kasi sumbat.

Pagi raya bersalaman, selain dari anak2, aku pun dapat jugak duit raya dari Sirman heheheheh…even makpak aku pun bagi duit raya gak for anak menantu dan cucu. syokk! itu duit raya dari aku kecik sampai dah tua nih memang mak abah aku tak pernah culas beri….

wpun hanya RM10 dari mak abah aku bagi duit raya to me and Sirman tapi still duit raya dari mak pak gak tuh. berkat. sedap jeee baunya hahahahahha.

Duit collection raya budak2, abang dah awal2 mintak untuk beli toys ke apa yang dia nak, tapi aku tak allocated sumer pun, aku bagi dia 50inggit jer, selebihnya aku letak lam tabung haji dia. Adik nya plak tak pandai lagi nak main2 ngan duit, nak beli toys pun mintak2 duit lagi kat makpak nya.

IMG02510-20100909-2106

Tapi Abang best, waktu di Melaka dia nak beli senapang panjang, 10hinggit, bapaknya bayarkan. balik KL dia kuorkan duit raya 10inggit dia and bayar balik to bapaknya. Bapaknya sengih jer….Waktu di Melaka jugak ada abang icecream lalu, Gegirl ada 2 ringgit dalam handbagnya, dia beli 2 and belanja seringgit icecream utk abangnya jugak. Pastu abang dia bayar balik duit icecream seringgit to adik.

ehhehehehe…..

Diorg skang kalau terasa pakai duit sket jer, mulalah bayar membayar semula. Tau dok white gold earing Gegirl, sebelahnya tercabut. so harganya earing tu aku beli RM200. dah tercabut sebelah tak jumpa mana perginya aku cakaplah, kena tolak duit raya Gegirl RM100 coz hilangkan sebelah earing. Ok jer Mummy.

hahahahahaha…tapi pastu jumpa balik earing dia dalam kereta, tak jadilah nak tolak balik.

Tapi yang pasal senapang RM10 abang tuh, bapaknya tak heran pun kalau dia tak bayar, tapi dah tetiba dia teringat kan…molek ler jugak. Wui ko jangan, tahun nih punya duit raya collection, dia kira kaw2 koo…setiap kali dia dapat, he passed it to me, tapi dia akan kira dulu berapa yang dia dapat, in fact aku pun lupa sebab dah bercampur2, but sebab budak tu dok calculative, totalnya sumer dia ingat. Aku tak tunggu lama nak hantar duit diorg ke account tabung haji depa, coz anytime terus transfer via online jer….

Comment: 8