Abang

Chef Gegirl…

IMG01490-20100801-1239

Lama aku tak buat entry memasak kan…ni special sket lah coz aku memasak with Gegirl.. untuk kita bertiga je makan, so tak yah buat pedas2 coz bapaknya bertukang di rumah CV. if takde sirman, nak masak senang, tapi kalau ada sirman kena ada yang pedas. agak2 nak lagi senang potong je cili api tu simbah kicap dalamnya, laju lah dia makan.  so our menu for that day was kembung masak pindang. lain tu sayur campur and sotong goreng.

she claimed dia yang masak, no hal jer, nak bagi semangat dia masakkan, so sume lauk dia kata dia masak. padahal dia tolong kacau2 and masukkan dalam periuk and kuali jer…

IMG01494-20100801-1245

not just that, aku pun ajar dia camne nak masak nasi gak. susah gak nak ngajar budak umur 6 taun masak beras coz nak mengira jari tuh ke acuan beras tu kan, but boh je lar, janji the basic tu ada. kalau dia buat hari2 sure pandailah jugak nanti. orang2 zaman tok kaduk dulu cam mak aku tu umur kecik2 cinonit dah pandai masak so at least Gegirl tau camne asas masa kecik2 nih ok for me…

IMG01497-20100801-1304

sambil2 tuh dia ada basuh pinggan mangkuk, waktu yang sama jugak aku dok menggoreng sotong…at first malas nak goreng, cukup je lah 2 lauk tapi diorg nak ada yang bergoreng jugak. aku abihkan jer sotong2 yang ada..eii abang yang ngah belajar siap keluar ke dapur sebab tak tahan kesedapan bau sotong goreng dalam kuali nih.  tapi jangan lupa, the Chef of the day was not me, kita bagi sume credit to Gegirl!

IMG01501-20100801-1322

dan makanlah kami bertiga dengan enaknya….malam tu pun lauk yang sama jugak, sebelum maghrib dah dinner bertiga jugak.

IMG01500-20100801-1305

perasan tak Gegirl yang sibuk dok basuh pinggan mangkuk tapi kat kaki dia ada lapik kain putih. 2 kali dia mengadu percikan sotong goreng nya minyak tu kena kat kaki dia. alahai princess nih. so aku amik ler kain putih buat lapik jangan bagi kena lagi kat skin dia. wuii kita yang tua ni pun kena percik myk masak pun pedih apatah lagi budak kecik. lagipun anak pompuan wor…biarpun kena belajar masak tapi jangalah sampai bertanda2 kaki nya segala…

after makan Gegirl semangat anto laporan kat bapaknya on her cooking that day,  sayang bapaknya tak merasa. ada aku tinggalkan untuk Sirman and sirman pun cakap nak dinner gak kat rumah tapi malangnya bila dia tidurkan anak2 dia pun sekali tidur mati. sah penat sangatlah tuh jadi contractor kat CV!

aku ni ngah mengira ramadhan gak nih….means lagilah macam2 menu yang abang and Gegirl demand!

Comment: 23

10 Things I Love About My Mummy…

IMG01048-20100713-2046 IMG01050-20100713-2056

Kenapa saya sayang ibu saya, dari versi Abang….sudut adiknya pulak lom buat2 lagik, hari tu dia dah buat tapi banyak repeat so aku suh dia buat lagik sekali…

Dalam banyak2 points ayat Abang tuh, paling aku suka bila dia cakap sayang mummy sampai abang tua and sampai 10,00,000 tahun! hehehehe….so cute.

Btw this is the continuation from the 10 things i hate about my mummy.

Anyone yang dah buat tips gini? Merah tak muka ko kena sound baik punya dek anak ko sendiri? ok ler tuh….aku pun kono setepek gak!

Comment: 14

Bunga merah untuk ibu yang rajuk…

IMG01269-20100722-1954

sebelum lagi banyak komen korang yang buat aku menangis dan meleleh2 ayo mata kat entry MAKNYA LARI DARI RUMAH sebelum nih, baiklah aku bukak entry nih cecepat…aku balik semalam sekali arung ngan bapaknya, nak masuk rumah sama2, so sanggup nih tunggu buat keje lama giler kat opis till dapat bbmed sirman ‘balik balik now’ ngehhehehehe….

so kitorg masuk rumah sesama, rupanya sirman dah kawtim ngan abang suh pi carikkan bunga utk mak nya.

ehwahhhh! nak beli bunga kat florist shop bapak korang tak nak kuor banjer, so petang tuh Abang, adiknya and helper aku pi lah carik kat sekitar VA. DBKL= jangan marah yek, anak aku berniat murni sangat ni….

oh bunga tu terjatuh dari cup, tu yang gigih2 kutip balik deco giler2 nak bagi kat mak nya yang kuat menyentap. huhuuuu

IMG01271-20100722-1955

ni takde main repeat2 yek, aku baru je masuk umah nih terus dia peluk2 tangkap maknya and bagi surat cinta + a cup of flowers. kan muka maknya cembeng sepedo sungguh, bughukkkkkkkkk! woi Redmummy ko sedor tak muka ko buruk bila cembeng2 macam tuh??

n Gegirl adalah kepohcik menyebok ahhahaha,anw sian gak Gegirl coz bila abangnya kena grounded 2 weeks nih, dia pun tak leh nak pi playground, tak leh tengok tv bila abangnya ada. or else abangnya tak leh join dia tengok cartoon lah yeopp…

eh aku ada cakap kan, bapaknya grounded abang for 2 weeks? hari tu dah kena 1 week, now bapak dia upgrade for 2 weeks.

IMG01272-20100722-1955

so dah berdamailah si mak ngan anak, maknya pun sebenornya dah rindu ngan anak2 nya oiii…malam tu aku tidurkan diorg, dari a to z abang citer. 2 kali dia menangis, first masa dia baca surat2 aku tuh,dia tak nangis sangat, but balik sekolah agama pas mandi, dia baca balik semua dia terus menangis. sedih tol dia buat mak nya gitu. pastuh pagi semalam waktu pi NK, pun dia nangis sedih sangat. He feels so guilty.

at least he got the idea…and he told his 2 bestfrens yang sama2 tiap2 petang main kat playground, for 2 weeks dia kena grounded. so kawan2 dia paham lah…takde lah diorang nak racun dia ajak pi playground or datang rumah main2 sebab tau the rules.

sebenornya jugak malam sebelum tuh, alah yang masa aku lari2 tu lah, Sirman dah slow talked jugak ngan Abang, so dia dah tau salah silapnya. maknya pun baper lama nak merajuk kan kan kan?

IMG01274-20100722-1957

cantik tak gubahan nih? hahahah budak tu sungguh2 kutip ek, aku siap hias atas meja makan lagik hikss. cup tuh rasanya dapat dari one of the weddings ke aku dapat masa reunion sekolah aku arituh, ni mesti akal panjang dia ngan adiknya and helper aku gak lah nih…bagus bagus, creative! tak yah kuor duit, utilise kan apa sahaja yang ada di dalam rumah mahupun luar rumah.

IMG01273-20100722-1957

terima kasih abang, terima kasih to Sirman yang initiate the pencatuman kasih 2 beranak semula, terima kasih gak korang yang bagi komen, haisay, sedih kay aku baca. sapa tak sayang anak oiii….sometimes we have to act like this, so they will get the picture jugak, bukanlah sembarangan aku nak merajuk. wpun ye betul mengado2 tol tua2 nak merajuk, eh tak kira muda tua, tetap merajuk tu akan datang, makpak aku pun tua2 tu pun sama ada jugak pangai majuknya datang….

aku pun wpun ada anak, masih gak baca parenting tips dari internet, google je and carik information kat situ, but tu lah kan….dari sini pun si adiknya belajar pengalaman sama jugak, tapi malam tu kelakarlah, waktu bunga2 tu jatuhkan, sirman, gegirl and helper aku dok gelak2 belakang abang (tanpa suara) coz rasa kelakar tol tengok mak ngan anak dok bermadu kasih menyambung semula sayang yang tertebuk. ewahhh ayat very the sasterawanita!

oklah korang, it s a good ending, alhamdulillah.

Comment: 38

Mak lari dari rumah, menyusul surat cinta…

IMG01216-20100721-0047

few nites ago aku duduk kat depan pc, macam malam2 yang sama gak, dok blogging semedang… nak menaip panjang ke nak menaip pendek. ada sikap abang yang sudah mengguris hatiku. if u notice dalam twitter aku dok study pasal few things on children behavior, bukan kita tak pernah kecil, tapi dulu kita budak kita pun buat salah, sume benda betul pada kita. and kita as aku pun suka nak bikin mak abah aku panas.  Sirman scolded him so badly, but tangan tak naik….nasib ko baik bang. I got home very late,  n dapat  sms from Fifin too saying ‘kakak jangan marah abang, nasihat saja, jangan pukul ye kak’.

waktu semua orang sudah tidur, aku tulis 3 surat + 1 green note untuk abang, bukan surat cinta bukan surat kasih sayang. surat seorang ibu yang sedih dengan perilaku anaknya….sedih sampai aku rasa baik aku tulis surat ajer, instead of talking to him directly.

*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara sikap anak ****dari sumber email.

inilah cabaran besar sebagai ibubapa….halahai, semakin membesar anak-anak nih, semakin kuat godaan dan cubaan kat dunia luar tuh. hemm…oklah aku ngah merajuk lagi ni ngan abang, rasanya malam ni aku nak pergi bawak diri jap lah…sementalah pula aku ada hal luar malam nih.

rajuknya hati seorang emak……

IMG01263-20100722-0813

The next nite aku balik lambat lagi, sebenornya pretend lari dari rumah, coz merajuk ngan si anak, dia tepon banyak kali aku cancel call tak nak jawab. merajuk kay!! merajukkkkk!! ha ko tu lah, mak ko kalau merajuk, sampai tidur atas lantai. iya nyahhh…..aku tidur atas carpet, lapik ngan toto coz depa 3 dah tidur mati atas katil, sampai aku takdak ruang. udahlah ngah merajuk sendu, so macam memang sentap giler. tarik je toto tidur le kat lantai…bangun pagi baru sirman geti angkat kan ke katil, sakit2 dah pinggang badan aku, udahlah aku tak leh baring atas lantai, sejuk tu menangkap ke tulang. wahhahaha boleh je pi tidur kat bilik diorg or kat luor, but aku bukan majuk ngan laki aku, majuk ngan anak aku jer…

so…

surat tu dia tampal kat meja make up aku, aku diam x nak jawab, dah 2 malam pun tak jumpa ngadap dia, coz 2 malam maknya lari dari rumah kan. bila diorg dah tidur baru mak nya balik hahahahahah!

tu majuk ngan anak tuh, kalau aku majuk ngan laki aku, dapatlah korang bayangkan camner kay……so la ni masih lagi perang dingin, abang trying to pujuk lah over the phone/surat tapi maknya masih lagi membawa hati yang pilu luka lara. tak tau lah malam ni nanti, takkan hari2 nak balik pas diorg tidur jer….ado gak kono jeling ngan laki den.

kena kuat lagi pujuk nih, pengeras kurang…kalau power lagi dia pujuk baru maknya sejuk hati sket kot. so sirman, mainkan lagi perananmu jadi middle man for us. benda merajuk nih bukan macam memain ko…dia macam alahai, alah kita dah jadi mak ni paham lah, so aku dah pahamlah napa mak aku dulu ada merajuk kecik hati ngan aku gak dulu…

**parenting tip is only applicable untuk surat menyurat anak beranak kay, but not the lari dari rumah 🙂

Comment: 31

The Red Kids…

IMG01043-20100713-1826

Ms Dolly and Baby Doll are taking the evening break kat balkoni….kira kereta ke korang? muahahaha…

gegirl oh gegirl….apa saja lah ko nih

IMG01047-20100713-2012

abang emm…apa pulak ko jadik nih

Robot baru abih semayang nih mummy, nak pi swimming atas katil plak

hahahahha….ada saja je korang ni nya idea

IMG01051-20100713-2057

lepas aku tidurkan diorang, tengok2 kat sofa merah, Dolly Doll and Baby Doll sedang tidur membongkang…

sayang bebenor Gegirl ngan dollsnya…

pagi tu aku tanyalah napa tak bawak dolls ni masuk tidur sama sekatil?

tak bolehlah Mummy, dolls tidur lasak!

hamik ko….

Comment: 18