Abang

Entry senapas!marah weii, marah niii!

Ya Allah

ko tabahkanlah hati aku  yang ngah gelora jiwa duka skangn ih. bukan duka, salah salah, ngah mood marah mencuka, kira kalau piggyb lalu memang senaklah perut dia kena pijak ngan aku!  it started with abang first, ngah2 angin ngan abang, masuk lagi satu citer pasal bank untuk kita refinance rumah.

ko ingat aku buat adv arituh pasal bank sucks nih main2 ker? the stupid bank/developer/lawyer of my house memang the worst in my world, if not your world. eiiiiiiiiiii!! 7 bulan dah ok, 7 bulan! and they are going to extend it to min for another 3 months! yeah great, cukupkanlah setahun. benak pala aku lah, bank salahkan developer, lawyer pun salahkan developer, developer salahkan dbkl, dbkl pusing2 balik kang salahkan sapa aku tak tau. sume main toing toing tuding! fed uppppppppp! for over 7months aku tak riuh, sebab sirman yang take charge but semalam aku nya kesabaran langsung hilang bila sirman mintak aku pulak take over.

waaaa, sekali je aku deal pun aku dah panas hati, that s it lah the last aku nak amik tau dah pasal nih. no more! sebab tu lah aku yang tak leh nak mengamuk terus kuorkan F word dalam twitter! eii bencinya ngan biokrasi kat negara kita yang tercinta niii!

then back to Abang, grrrrrrrr! haritu aku ngamuk2 pasal Ustaz selamba je suh budak2 cuti, tapi takde bagi surat. dah aku taji, depa kali ni bagi surat. ha ni memang official nya cuti lah, aku pun tak tau lah cuti apa, tapi abang sudah buat silap besar bila dia tak present surat tuh kat makpaknya.

he knows the rule, no letter from school, no cuti for u. go to school. so gagau2lah dia carik tapi tak jumpa jugak. atuknya dah tunggu nak pi nganto sek agama nih, so belakang aku dia pi cakap ngan atuk, cuti, aku nya hamuk, amboi pandai ko ek, so dia dah kecut ngan makpaknya dah angin wpun melalui talian suarat di corong telepon jer, dia siap pakai baju sek agama semula, tepon atuknya mintak jemput.

atuknya yang baru nak santai rehat, pi lah balik amik dia anto dia bawak pi sek tapi memang ko cuti! ha kannnnnn! satu pelajaran untuk ko bang. next time u dapat surat sekolah, terus tunjuk kat makpak ko, ni lagi setengah jam nak pi sekolah sibuk tepon makpak bagitau harinya tuh cuti. mau makpak ko tak melenting. bapak ko yelah taji balik kat mak ko, dah mak ko idup tak keruan kat opis dok teleng2 pala ngan pangai tak responsible mana ko balingkan surat sekolah tuh.

tak cukup ngan tuh, pagi2 buta pas diorg pi sekolah, aku actually buat spot check kat bilik abang, aku jumpa buku2 sekolahnya kat bawah lemari baju. hangpa tau dia buat camne. tetiap hari dia susun buku sekolah dia, so dia malas nak susun memolek atas meja study dia, dia tolak sumeeeeee buku2 dia bawah lemari. ingat mak dia leh tak de idung nak bau mana dia sumbat buku2 sekolahnya. so aku pun apa lagik, biar ok biar.

ni pun masa nak marah dia takleh tepon cakap marah ngan dia kekuat, ngah keje kan. so aku bantai anto sms kat Fifin, sebab dia kan takde hp, abang dok bacalah sms maknya yang membebel over the hp tuh.

suara veto pun berbunyik:

1. ko nak senang yek, senang nak susun buku sekolah, senang nak capai buku, ko pi sumbat bawah gobok lemari baju yek bang.

2. ko tak responsible on surat yang cikgu bagi, should be given out since hari yang ko dah dapat surat tu lagik!

3. ko susahkan atuk ko pi balik 2 kali ngamik anto ko, sudahnya sek memang tutup kena bawak balik ko, sian atuk ok! atuk ko tu dah tua!! grrrr (hujung2 dia ada mintak maap gak kat atuknya)

for the 3 yang ko dah buat silap, Abang is now grounded from playing at the playground and watching tv for a week! no bola di petang2 hari, no scooter, no games at all, no tv, no cartoon no psp ps2 segala bagai, 1 WEEK!

bila dia kena grounded, adiknya pun dapat tempias sama, coz adiknya tak boleh tengok tv bil abangnya ada kat rumah, adiknya tak boleh pi playground coz abangnya takdak sama ngan dia.

ok aku nak amik napas….abanggggggggggg!

bapaknya balik kerja ‘apa you bambu anak you?’

bambu? malas nak bambu, terus grounded jer,  for the 1 – 3 Actions, 1 Minggu!

**Note: entry ni dah a week ++ aku buat baru saje posting this, grounded punishment nih  dah selamat watamat, Abang sudah merdeka!**

Comment: 30

The veteran of Rollerblade!

IMG01035-20100713-1805

balik2 keje aku dari jauh leh dengo depa 2 beradik and fifin dok riuh….ni sah main rollerblade! kan betulll! abangggggggggggggg! tekejut dok dia dengo maknya jerit dari belakang…rasain, now nak sangat main iceskating kan, ha ko belajar dulu ngan rollerblade yek.

the rollerblade nih aku punya lor, zaman bujang2 dulu. aku memang minat main nih…sangat2 minat, so bila dah kerja ada duit sendiri aku belilah set rollerblade nih. sumpah dah lupa mana aku beli mende nih. tapi sebab aku simpan jaga molek2, so bila aku suh Fifin carik kat kotak belakang, memang senang je lah jumpa…bungkus jaga kaw2 worr…lebih 10taun dah umur rollerblade nih.

IMG01036-20100713-1806

it s very hard for abang to control benda nih, biasalah memula main. dulu aku start main ngan rollerskate, i was so young, a teenager, kita dulu main kat Galactica, Kota Raya. satu lagi kat Sg Wang, the Spinning Wheels ke spinning apa tah. tapi 2 tempat tu dululah aku suka perrgi, main benda nih. belajar main dulu manghaik, asik jatuh jer. but kalau dah lama2 nanti pandailah.

macam blogging, memula payah lah nak naik, nanti dah laser sana sini hahahaha nama ko pun naik lah. so it always start from zero, baru expert mar.

jiran lama umah mak aku dulu, ada rollerskate, so kalau weekend jer kita pinjam take turn main dia nya…nak brush up our skills.

i tell u zaman aku dulu the 80s for this rollerskate memang gelemer giler, lagi2 kalo ko orang KL, ha memang sangaplah kalau tak tau main rollerskate uuu….konon gitu.

IMG01041-20100713-1812

so bila tengok abang ke main semput nak main rollerblade nih, aku pun nak asah balik skill lama. lama worr, dah 10 taun tak main…kalo rollerskate senang sket, ni rollerblade, iskk, nak bangunkan jerr abang tolak aku dari belakang, fifin tarik tangan aku dari depan. pun payah. so aku berpaut ngan grill tuh utk bangun sahaja. tapi tak bergerak.

sah gambar hanya untuk tontonan awam tidak sama sekali aku main…dah pancit wuuuuii. tak confident aku nak berjalan mahupun berlari macam dulu with this rollerblade. sayang oh sayang…skill lama dah takda langsung. lagipun main kat corridor rumah so agak gelabah gak lah. padahal dulu aku belajar rollerskate pun kat corridor umah jiran aku gak.

but best rollerblade nih boleh buat berjalan kat jalan tar and jalan raya, tu pasal ada police2 kat European country diorg pakai rollerblade, but aku nak lepas ke jalan camner, nak bangun pun siksaan. n now tengok siksaan abang camne pulak, nak main iceskating kan, ha belajar ko dulu siksa rollerblade nih.

kat mana ada jual rollerskate yek, itu lagi syok sebenarnya….tayar dia 2 depan belakang tu lagi senang kita nak control balance badan dari jatuh.

Comment: 19

Smart Reader Open Day…

IMG00239

nak kena call cikgu mandarin SR abanglah, apesal ke buku dah 3 minggu dibayar tak dapat2 lagik nih…ada Open Day kat Smart Reader abang…abih violin class, Gegirl ikut bapaknya amik abang tapi bila ada Open Day, wah Gegirl being Gegirl…dia pun excited nak join sama. we will enroll her to Smart Reader but not this year, tunggu dia masuk Year 1 and apa kelas yang abang pergi, she will attend too.

ni pun badminton session dia yang lebih kuah dari abangnya jugak. taun lepas dia masuk gymnastic, tapi setahun jer coz dia nak tukar ke violin. pas dah masuk violin dia cakap dia nak concentrate dengan badminton jer pulak. lorr….  kang aku dah anto pi badminton apa lagik pulak yang dia nak ngidamkan. bertukar2…

macam abang dia dah stick to badminton jer, taun lepas punya taekwando pun setahun jer coz kelas tuh Sunday morninglah. tak sesuai utk makpak yang bz seminggu pastuh nak menganto lagi anak pagi2 Ahad. Ahad tu lah kalau takdak event yang aku nak mandi petang…Ahad tu lah yang bapaknya nak rehat2 lama atas katil ngan mak nya. so Abang pun macam dah hilang arah ngan taekwando, walaupun bila tengok Karate Kid, dia punya sonok suka nak masuk balik taekwando, but kenangkan setiap pagi Ahad buta, yey tak yah lah….

aku dah cakap ngan anak2, apa2 kokirukulum, hendaklah waktu weekdays dan Sabtu sahaja. Hari Ahad apa course class extra or lelompat tali, tidak boleh masuk. So now for Gegirl, kita tengok dia punya syllabus violin, tunggu sampai akhir tahun. kalau dia nak jugak steady ngan violin pun tak per, nak badminton pun takper.

itupun budak2 ni dah rambang mata nak masuk ice skating pulak, wahahaha tidaklah. jauh koooooooooo! Sunway Pyramid tuh, ngan parking nak membunuh susah nak dapat. eh main je kasut roda yang mak ko punya, sampai skang molek lagi boleh dipakai….

Comment: 5

10 things your kids hate bout you!

IMG00883-20100708-2012

siapa yang tak rasa malu kalau ada orang malukan maruah kita, hina2 kita. siapa yang tak malu kalau ada orang yang kutuk2 anak2 kita? siapa yang tak malu bila keluarga kita dihina2? siapa?? kalau ko tak malu, pun tak marah jugak? siapa yang mahu menjadi tiang pastuh orang sembur ko macam ko takde nafsu perasaan.

when i was 18yrs old, kat ITM, kitorg satu batch nih ada 40 orang je kot. sorang student dalam batch aku telah ditorture kaw2, yang mentorture nih adalah dalam 5,6 orang, tapi semua kita 40orang kena duduk tengok sama. i was so sad. not coz aku sokong those yang buat budak tu macam tuh, coz i cant do anything. aku rasa ‘omg, hina sangatkah dia sampai korang buat cakap2 dia begitu kat depan kita khalayak ramai, tak boleh ke buat one on one kat bilik memasing’. ramai kitorg yang berdiam, tengok ajer. i know that incident was not right, but i cant do anything.

anw, setiap hari bila driving, aku mesti akan revise balik, apa yang aku buat untuk anak-anak aku. paling sedih bila aku akan rasa guilty coz aku marah diorg. lepas marah biasanya perasaan tu datang. masa marah tak ingat pulak hek. n ting, i got one idea…mbe i should ask my kids, 10things about your mummy, you dont like it. or hate the most.

so diorg pun apa lagik….!

IMG00888-20100708-2118

this is abang’s list – sebenarnya dia dah siap buat 10, pastu waktu aku kemas2kan meja makan, and ada air sirman lagi segeleguk tak abih, aku terus minum, sambil berdiri, apa lagik, dia pun tambahlah, Mummy suka minum berdiri. yang bercakap sambil makan tuh memang tak leh nak elak, masa makan je lah aku ngan sirman bercerita hal anak2 hal isu sana sini hal kerja….

semua tu betul aku setuju jer, tapi part aku membebel kan aunty tu ha bidaah. itu dia nak sedapkan cerita. pastuh main computer, ehheheh…itu blogging ler bang. suka menjerit…ater 10kali cakap lelembut korang tak jalan, ha kuor ler gempita suara mak ko! rotan ko setaun 2,3 kali je yek, ke main ko kira plak. lain tu iyekan jer…betul betul.

ni 10things u hate bout your mummy ke apa punya list ni weihh…??

IMG00885-20100708-2013

budak kecik ni pulak, dia tak pandai nak ngeja, so banyaknya nih dia pi tiru abangnya. tapi hasilnya sendiri, dia mintak Aunty Fifinnya tolong ejakan, so dia tulih. ok ok…sama je lebih kurang ngan abangnya jugak, dah dia tiru abangnya kan, but the last 2 tuh, mummy tak suka bersepah, ooo, ko sepahlah toys kain baju korang, memang mak ko prung prang. and last one tu patut dia nak tulis, Mummy suka pakai seluar pendek. itu bukan 10things u hate ler Gegirl, itu pakaian mak ko dalam rumah yang ko tulih dalam list tu silap darr…..

her Mummy suka kerja lambat…means maknya sokmo balik dari kerja lambat. tu ada sedih sketlah, adakalanya with new task nih, memang aku balik lambatttt sangat. sokmo kol 8pm or 9pm baru kuor dari KLCC, so ada sedih di situ. but kalau line clear, boss oversea memang aku balik sharp, bila he s in town jer mak ko kena balik lambat.

cubalah korang buat, tadah je telinga baca apa yang diorg tak suka pasal kita sebagai mak. soon nanti aku nak suh depa buat for bapak depa pulak. pastuh aku pulak bagi list apa yang aku tak suka on their attitude ke or perangai semacam yang tak patut ada.

ni yang aku tak sure ada kuor kat mana buku or Prof Madya mana yang bagi parenting tips nih, it s totally from my idea bila aku sokmo fikirkan hal family anak2 while on the road. open arm and open mind, insyallah, for anak beranak nya relationship. Tujuan aku buat nih, nak depa sharing their thoughts, tak nak diorang tertahan2 rasa dalam hati, tak nak diorang memberontak slam the door macam aku kekecik dulu yang sangat bengang, nak mengadu kat kakak abang, sume bantai bagi balik, nak marah mak dah jadi durhaka so makan menahan hati. aku nak anak2 aku sharing all their stories, secrets with us, so tak nak ada border line between the kids and the parents.

if they wanna shout their opinions or disagree for something, they are allowed to say it out, kalau salah, memang aku bagi sebab2 kenapa salah kenapa ko takleh ni tak boleh tuh….itu je concept parenting tips yang aku rasa leh share kat sini.

Comment: 33

3 different stories in RM…

IMG00711-20100704-1455

for Dila’s wedding dan seperti biasa jugak wedding2 yang kita kena attend, memang aku and Gegirl akan gagau2 carik barang kemas. aku ni tak sangat dahlah, coz i dont have the collection anymore. ada pun diamond ring seketul tu jer, coz on 5 tahun dulu rumah aku dah dipecah masuk, so habis sumer barang kemas aku langsai! bukan je barang kemas, banyak jugak barang yang kena ngap, itu pi carik lam 2005 nya entry lah, orang dah nak raya pulak tu rumah aku kena pecah. ok not to go there lar…

so ever since that tragedy, tiada lagi koleksi barang kemas but coz aku ada anak perempuan, mestilah aku nak belikan for her…sampai bila2 pun dia akan pakai rantai yang sama, rantai budak biasanya halus mulus, ni pun dah 2,3 tahun gak lah rantainya, aku beli yang betul2 kuat kukuh nya grams and tebal sebab takut senang putus. gelang tangan dia dah putus dah hahahaha, tengok harga emas skang takut gua nak gantikan yang baru. nantilah ek Gegirl.

hah, sirman tak pilih lagi tuh between 1 – 3 yang aritunya entry aku mintak dia bagi! oh tapi aku ada selai rantai emas hadiah dari bonda ku, semua anak2 perempuan dan menantu perempuan dapat dari mak aku, she has given up wearing all the barang kemas, dunianya ibuku hanya pada Allah dan Mekah, kerna itulah setiap tahun dia ke sana. She s not a woman yang suka beli benda2 lain kain ke, barang kemas lagi lah…sumernya earnings dia, hanya untuk dia ke Mekah sahaja.

IMG00718-20100704-1459

the pendant ni patutnya pakai satu jer, but alang2 ruby batu tu dah hilang tercabut (bengang giler aku camne leh tercabut, ngeng nya quality Poh Kong) ….so kita tambah ngan pendant M yang pun dah lamaaaaaaaaaaaaaaa aku beli. The M pendant is sangat2 berharga coz it looks cheap but actually duit beli pendant tu datang dari duit mas kahwin yang aku dapat dari Sirman. Wilayahnya mas kahwin was RM80 kan ke minus plus so he top up sket lagik and jadikan pendant. sebab kalau tak dibuat apa ngan duit tuh, kekal je lah jadi pokok pulak cenggitu jer….family mertua aku buat duit tuh jadi versi pokok berdahan so kalau tak masuk lam box memang berabuk worrr.

that s the pendant story, those yang nak kawin or dah kawin kalau tak tau nak buat apa ngan duit mas kahwin yang kita dapat, bolehlah diemaskan….negeri lain lagi mahal ye dok, ha lagi mahal ko dapat lagi macam2 tebal ko leh buat. M stands for my daughter’s name and my short name. It belongs to Gegirl now.

IMG_3547

wahhh lama giler tak tunjuk muka mata make up. sekian lama aku tak make up cenggini kak…lama sangattt! ini pun sebab Dila’s wedding main capuk2 jer coz dah kelambatan. RedGlow masih ujud lagi, i have not seen them for quite a while jugak sebab masa tak pernah match. bergossip pun manjang ngan wa jer, day and night. Ina is ….

IMG_3543

sorang ke main lawa sorang simple jer. Abang sets the rules, any weddings dia memang tak nak pergi! haisay, ko abang…sebab kita tak nak guna kuasa veto makpak, oklah tak nak pi wedding, sokay…anto pi umah toknek ko. abih wedding terus jemput dia semula.at first pun Gegirl tak nak ikut, dia kan rapat ngan abangnya but sebab ada anak Rose, Mia, so she changes her mind. demi kawannya gitu….tu yang bila orang tengok eh mana abang, ha abang nan ado, abang tak suka pi wedding, tapi kalau aku jegil mata suh dia tukar baju gak, lam bengang2 dia pi lah jugak.

The scooters ni aku beli waktu aku dating ngan abang dululah, punyalah siksa nak membawak coz berat kau! dia dok mintak toys jer, macam2 game tah hapelah, aku suh tukar amik scooter, memang melonjak je lah dia alangkan scooter lama dia masa umur 3,4tahun dulu pun dah jahanam. the Ben10 scooter for abang and red Princess scooter for Gegirl, both at RM200 or less kot ha lupa hahahaha..mana receipts? ha receipts ado tapi gagau nak carik.

that s part of the hadiah dating day and for their exams too gak, and i m so proud to see Abang;s mandarin ada development baik kat sekolah maupun kat Smart Reader. Result exam sekolah agamanya je yang blum dapat yet…

Btw harga scooter tuh aku tengok kat Toy’s r us sangat membunuh, ni aku beli kat Sg Wang so leh tawar menawar jugak. antara ayat aku menawar ‘weii apek, susahlah mau angkat i banyak barang mau kendong, angkat ini 2 kotak lagi, berat worr…kasi murah lagi lar’ ya gitu….! 🙂

Comment: 9