Abang

Hidup perlu ada disiplin…

IMG00153-20100607-2319

kan aku dah cakap rumah aku dah bertampal macam2, tu tak tengok lagi celoreng bilik abang yang penuh ngan sifir bapaknya tampalkan…

IMG00155-20100607-2320

nampak tak ada pen merah kat word MA SUK tuh…aku suh dia rapatkan…apadah bm ko bang, kedaung sungguh!

IMG00156-20100607-2320

ini lak pintu bilik Gegirl..

semua ada jadual waktu memasing. aku tak naklah budak2 nih nanti dok umah cuti sekolah dok main tv main tv main games main games ha ko, pening pala aku. ada waktu main ada waktu rehat ada waktu mengaji semayang ada waktu2 yang boleh korang beriadah….

makpak aku dulu takdelah buat jadual2 waktu ni utk aku tapi akak abang aku specially akak aku lah memang siap a to z dia siap sediakan. kebanyakannya buat keje rumah, sidai baju angkat baju lipat kain, mop lantai hishh..banyak tol. list belajar rasanya adalah satu 2.

tp for kids, aku matchkan, bagi stabil lah, untuk 2 minggu ni kita jalan2 ke mana pun tengok camna jadual makpak ko dululah….

Comment: 5

Ngepit with the kids…

IMG_1519

my baby girl yang sangatttt manjaaaaaaa…bila manjanya datang masa tu lah berkendong dan nak berpeluk berdodoiii

IMG_1517

makannnnnnnnnn timeeeeee!

IMG_1503

colouring….

IMG_1514

sblm depa bertukar tempat yang mana Gegirl nak makan kat sebelah mak nya jugak….biasalah ko, Gegirl kan manja, time tu lah nak carik maknya. wpun maknya garang tapi kat maknya lah jugak dia nak berpeluk… abang pun manja gak, but manja anak lelaki tak sama ngan manja anak pompuan..

IMG_1502

baru jumpa gambar dalam draft ko, lupa nak hapdet…bolehlah yek buat jajan waktu2 ngah cuti sekolah nih. ramai btol orang makan kat Chilli’s nih. aku kureng sket berkenan coz makanannya sepinggan sorang banyak nau for sorang, ni for me lah. aku nak makan nih, sirman nak makan yang tuh so tak sama selera. tapi for kids dapat foc meal sebab makpak amik main course.

kalo aku sendiri nak pi sini makan sorang2 idak ler, ataupun nak banjer orang pun aku kureng kenan tempat nih sebab tulah again, food dia banyak sangat. aku lagi suka Chakri, got tomyam putih youuuuu!

Comment: 11

Shopping and the Dating Day…

IMG_1740

After 2pm of my 2nd day of mc, i feel soooooooo fresh. rasa macam sihat walafiat sungguh walaupun kahak berketul2 and hingus ke main zerett zeretttt. so macam gatal je badan nih nak kuor gitu kan…padahal baru sihat tuh. never mind, i can manage. katanyalah kan….ku angkut Abang sementelah pulak dah bape kali janji nak dating berduaan ngan abang.

jom abang jommmmmmmmmmmmm!

Gegirl stays at home, katanya pun berdating berduaan ngan abang je kan, ngan Gegirl nanti lain hari.

IMG_1749

ni abang main amik gambar sembarang jer. first place, we went to Bukit Bintang. gagau2 aku carik parking, dah lama giler tak datang tpt nih, need to find something yang hanya ada dijual di sini yor.  Dating with abang, ngan syarat must hold mummy’s hand. dia ni mata kang melilau tetiba dah ilang dari mata aku.

Abang pun ada slot dating ngan bapaknya, so bapaknya hutang 2 datings wt 2 kids. aku dah langsai with abang, next week or this week ngan Gegirl one more day.

IMG_1752

tetengah jalan, aku terasa semacam je ngan wedges yang aku pakai. ya rabbi, punyalah tak sedor, dah koyak rabak ko! this is the 3rd sandal/wedges of the year, baru 2 aku bloggedkan. This one was bought in Jakarta, haisay. sodih. but gigih nih aku x nak gak beli baru kat Bukit Bintang.

IMG_1754

Stopped for a while at the shoes shop…tengok2 jer..

IMG_1759

tengok2 sambil ajak budak ni bergambar…

suker giler dia dapat dating berduaan, yelah mau taknya, he got something for him. nantilah aku blogkan. benda tu kena beli 2 gak, kang dia pakai, adiknya meraunggg plak tak dapat, so ngan adiknya pun aku angkut sama. berat2 dua benda tu aku angkut, abang tak daya heh nak bawak.

IMG23233

then we went to Midvalley. caya tak….2 malls dalam semalaman sahaja 2 beranak berjalan. terus laju aku ajak Abang masuk Charles & Keith. dah tebal muka ni pakai kasut koyak, buat dek jer….so kena lah carik wedges ganti balik yang dah koyak…

IMG23235

i chose this purple kayu wedges, sebab abang cakap ini je yang cantik. since it s my dating nite with my son, ok aku amik je lah, dah anak aku yang pilihkan. they dont have red colour, purple pun bolehlah….match with my light pink skirt gak. abih ajer beli nih, takde tempat lain dia nak tuju, jom makannnnnnnnnnnn. tang makan nih yang satu hal, aku nak makan nih, dia nak makan tuh. last2 kita nampak McD…moh mohhh!

IMG_1766

the staff of McD tu macam seronok je tengok kitorang 2 beranak, borak2 pasal Shrek coz Happy Meal set tuh kan dapat toys Shrek, rupanya dia tanya ada makna….

besides, soalan tak menahan ‘rajin akak layan anak buah yer’

ha? eh anak saya lah

ooo, nampak muda sangatlah akak dengan anak akak tu

vavaaaa! potonglah rambut pendek maka terserlah kemudaan mu hahahahaha!

IMG_1769

oh btw, rupanya staff McD tu tanya2 tu bermakna, pasal dia nak bagi poster Shrek nih. dia cakap kalau budak tu minat jer dia bagi, kalau tak minat mmg dia x bagi. so Abang dapatlah satu. hah tampallah bang kat bilik ko, dinding ko dah penuh ngan sifir 1 sampai 12, tak tau mana lagi ko nak tampal. iye kor, aku kalo snap gambo bilik abang, bapaknya tampal segala maknek sifir.

bilik dia penuh sifir, bilik aku dah penuh macam gallery lukisan, penuh ngan lukisan diorang kat dinding bilik aku. dulu ye lah gak tampal kat fridge la ni semua nak show show suh makpak tenung lukisan diorang lam bilik makpaknya…

IMG_1771

nasib baik dia mintak belikan buku Doraemon nih, i had a briefing for the Astro Saturday’s event nih, so terleka lah dia kejap. Hope to see you guys to come and support RM kat Midvalley sabtu ni yer, from 10am to 6pm ke gitu, those yang register tak yah beli tak yah enroll apa2, but register je kat North Court of Midvalley (next to Jusco), akan dapat free gift from Astro, but you must come and mention to support RM.

Red Family will be there too…

korang sayang Abang kan, sayang Gegirl kan hahahah….Gegirl tu ramai fans nya, ha mai lah jumpa dia and tolong support mak nya yang dok dalam glass cage gitu. bih kuranglah yek… mai mai yer!

oh sangat puas hati dapat dating with abang. bapak and adiknya sampai kena tolong bawakkan barang yang kitorg shopping kan jugak. I hv promised my daughter to take her out, ke mana ye kita ek Gegirl nak pergi…

KlCC or Midvalley again? I hope Sirman can bring Abang for go-cart, do something yang bergegar2 lah for men kan or apa2 je lah, dia asik plan nak bawak anaknya tengok wayang je tau. iskk, tak challenging betul dating bapak korang tuh.

Comment: 12

Tangankan anak biar dari rebung…

IMG00090

berapa kali lam setahun korang pukul anak?

pengalaman aku sebagai anak, almost everyday hahahahaha…serious masa kekecik dulu sebelum akil baligh tu datang, asiklah kena bantai jer, dahlah kena debik ngan mak abah, kena jugak ngan kakak and abang-abang aku gak. hoi ko jangan, abah mak kalau rotan sket punya berbirat ooo kaki. biasanya kalau cuti sekolah or hari minggu lah, pi main masak2 tak hengat nak balik makan, ha terlepas waktu makan masa tu lah yang abah mak dah tunggu ngan rotan sasa. bila dah kena rotan terus berselirat lah kaki tu kan, tidur kong2 lar…masa ngah tidur tu lah mak abah aku nanti telek kaki aku yang depa dah perambat haahhahha.

eh aku pun tidur2 ayam, yelah sedih woorr kena rotan gitu. depa letakkan minyak gamat balik kat betis kaki aku. oh kasih mak abah.

now sejarah bermula kembali. to be honest, aku ngan sirman tak menggunakan rotan dalam mendidik anak2. kira aku communicate guna suara and mata sahaja. itu wajib. but tak bermakna tangan tak naik. naik mbe dalam setaun tu adalah 3,4 kali. rotan tu tak diwajibkan. rotan hanya akan keluar bila he failed in any of his papers. itu memang wajib. if not tak de kesedaran.

IMG00089

so yday sirman pi amik result periksa abang, actually dah tau pun dia ada failed kat mandarin dia, but nak tunggu official kat report card lah. we got home quite late that nite so tunggu the next day untuk confront abang for his result. sirman was still sleeping, usually aku ngan sirman berdua ngadap abang. but i cannot wait for his dad.

aku paling kepantangan bila ada unsur2 penipuan, mak ajar korang honest tapi kalau dah mula nak menipu, memang berdas2 lah kan. memang aku bagi abang sesungguh, bukan saja geram but that s part of the lesson he has to learn. dia boleh cakap kat kawan2 ‘makpak aku tak pernah rotan aku’ no way man! you gonna have to get it, yes mak tak rotan ko hari2, but setahun 3 kali memang wajib.

cikgu pun rotan dia dulu taun lepas, tapi tu tahap melampau2 sampai anak aku phobia giler menangis2 takut nak pi sekolah. if u remember lah citer taun lepas kan. hampir je aku nak bawak ke kementerian. ok about abang, adoi letih lah nak citer. baru pas perambat budak tu.

terus rajin giler buat maths mandarin. dia nipu bapaknya cakap takde spelling mandarin and english, bila bapaknya jumpa cikgu tu yang baru tau. tiap kali tanya cakap manjang je takdak, balik umah bila mintak kuorkan  buku spelling, ha ko…memang ada! itu yang menyirap je darah makpak nya.

but darah  mak nya lah lagi naik….

huh letih…

aku checked kaki abang, takde tanda bersirat langsung kat betisnya, means x kuat sangatlah aku rotan. time aku dulu fuiyoooooooooooo, jangan ko tanya memang kaw2 makan hari baru hilang tandanya. oklah, at least aku jadi orang gak lah…

Comment: 22

Soon to rabak lagi…

IMG_1523

aku suka betullah kalau jalan2 ngan Gegirl, coz dia suka catwalk ngan mak nya. waktu kami kat sini, kan aku kena lari ada job kejap, for 15 min jer tapi dia punya bengang. tak nak lepas tangan mak nya…

napa mummy kena work lagi, kata hari ni jalan2

jap jer, 15min jerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

after getting our dinner, we bawak depa pi ToyRUs sebab satu jer, nak belikan pampers si Baby Alive tu. ha dia kendong bawak BA tu kulu kilir ngan tak berseluar and berpampers kay. dahlah ada masanya aku kena pegang.

actually bapaknya x bagi bawak, suh tinggalkan jer dalam keter, sian aku tengok muka dia bila bapak tak bagi bawak, i said bawak jer, kalau Gegirl x nak pegang kang, mummy pegangkan.

lagipun hbag aku besau, kalau nak sumbat BA nya pun boleh. bapaknya jer malas nak pegang barang….

IMG_1527

sampai2 tengok BA yang boleh bercakap tu, tak puas hati tol dia napa maknya x nak belikan tuh. oh no no. lain kali lah yek. aku pun nak gak tau apa yang bestnya BA tuh, dok press2 menda tu dengo BA tu bercakap. memanglah best but iskk, ko nya accessories pun mengada2 banyak and mahal.

IMG_1530

we got her pampers, as promised lah. RM19 kot ada bape keping tah. aku suh dia jimat kaw2. jangan bagi BA ko minum, kang minum, kencing dah kena salin pampers lain. pastuh dia tawaf adalah 10 kali, udah kata pampers je tapi nak gak paw menda lain, since Abang wants a new Ben10 pencil case, ok Gegirl can take 1 more toy, drum set. tapi ada satu lagi yang dia nak, set katil tidur baby.

gambar aku tak letak lah lam entry nih, but aku mmg dah amik coz mmg nak belikan jugak next month, buat stock up. she s been doing her exam so good. set katil baby tu, harganya sama je ngan BA yang tak bercakap ke gitu but sangatlah worth coz banyak giler barang2 baby tu dalam tuh. i tell u anak pompuan aku mmg kemaruk lah barang2 baby doll, dari dia baby till now.

IMG23015

for next month too, during the school holidays, aku kena belikan ni utk abang. amik gambo je and reminder to myself. boleh je beli skang but kan bapaknya malas nak pegang barang bebeso, kita nak pi nengok wayang. n some more lak, skang bukan cuti sekolah. ha masa cuti sekolah ko main la sakan…

Cuti sekolah ok lah, takde bawak depa pi mana pung, so main la korang siang malam….

kan aritu aku tanya pasal online site yang ada jual toys kan, ha tu lah ada project sket, tapi tak memberangsangkanlah site2 yang aku dpt dr RM, emails and FB. mostly site2 tuh jual soft toys, and preloved, n for babies. so aku kena buat manual keje lah ngan pi carik kat actual shop gak. thanks anw.

Comment: 13