Abang

Skate lagik…

IMG_0537

aku dah cakapkan yang kemeja2 baju bapak dia, abang dah buat harta dia. Ada yang baru bapak pakai sekali, ada yang baru pun dia sebat gak. so baru ni aku amik dari Zalora, 3 helai lagi kemeja baru! now bapaknya memang takde le dalam list, bapak plak kena pinjam baju anak hehehehe….

 

IMG_0542

our late lunch, datang kena makan dulu, nak balik pun kena makan jugak. Ini kami berempat, aku abang kakak and Kak Ngah. bapaknya kerja, Zeeshan pulak dah bed time, so tak yah ikut. Lagipun abang kakak nak skate.  KFC paling senang nak bedal coz the queue adalah the paling pendek, yang lain sume nak makan dalam IOI tu mak datuk ko panjangnyaaaaaaaaa and penuhnya.

 

IMG_0553

settled urusan bayau bebudak nih, aku pun tunggu la kejap. dok pikir nak balik ke datang balik or suh kak ngah bawak depa balik naik cab or aku jenjalan. coz Zeeshan kat rumah tu sian bangun tidur sure tak dapat jalan.  Nak pikir ulang patah balik tu yang tak berapa rajin ler mak ko ni kan.

IMG_0562

diorang nak beli kasut sendiri, yang harga RM500. aku cakap tak payah! tunggu kaki korang dah tak boleh membesar lagi baru boleh beli and dah terer berlipat pusing main macam omputih ke skaters tu main hah baru ler mak leh consider. itupun bukan taun nilah, korang kena sangat expert sampai lari lajuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu cam professional tu yek. hah cabaran nih yek abang kakak.

diorg ni dah kali ke 4 rasanya skating sini.

Zaman memuda kita dulu siap ada Speening Wheels lah, Galactica kan? Wah….ingat lagi?

IMG_0566

alahai sian anak kecik nih, umur baya2 Zeeshan kot. makpak nya tak main sama, kakaknya kot yang jaga dia main, asyik jatuh jer. nangis jer dia…

IMG_0578

enjoy le korang, pastu cuti sekolah ni nak pergi lagi, aku suh depa kumpul duit sendiri nak bayar parking. as of now kakak katanya dah siap cukup duit, bagus bagus. pandai yek, nak skate memasing rajin nak kumpul duit kan.

IMG_0605

so aku jalan sorang2 kejap, tengok ada booth jual roller blade, aku pun ada gak satu kat rumah, depa bebudak 2 orang tu practice pun pakai yang bertahun2 aku punya gak.

IMG_0607

hah yang kaler ijau biru pink kuning ni masa zaman kita dulu, roller skate, lagi sedap kot pakai ni aku rasa dari roller blade. yelah aku dok belajar pun dari roller skate nih. ada jiran aku dulu dok Alah Shah, dia ada ni jadi kami dok pinjam ler hartanya hah, nak beli tak mampu, nak pergi Galactica ke Speening Wheels tu pun aku rasa aku pergi 2,3 kali je kot. Ongkos tarak mar….that timelah. skang dah tetua memang tak de le aku nak skating sama ngan anak2 aku tuh, baikler pi tengok wayang.

So sementara tunggu bebudak skate tu, aku pun pi ler tengok wayang sesorang, cerita Kingsman.

Ada pulak ticket free voucher yang aku pegang for GSC, memang untung sangatlah jimat banjer

 

IMG_0623

habis aku tengok wayang, depa pun dah abis skating. Nak ajak dinner tapi tak yahlah, nak cepat balik kesian si kecik kat rumah tuh. Antau Kak Ngah balik langsung terus sambung riadah kat rumah pulak. Cuti sekolah ni nak kena pergi lagi, oh

IMG_0544

awalnya sebelum tu waktu tunggu jap depa anak2 ni main skate, ada adik nih, alahai dik kalau orang sebat isi dalam bag tu dik, bahaya tau.

aku dah nak bangunlah tegur, remind adik nih, wpun tak le dekat, but nak kena berjalan ler kan, but no hal pun coz aku pun melanguk je tunggu bebudak, tapi dapat berniat je lah coz pastuh si adik manis ni bergerak jalan lelaju ngan group dia, heharap ada le yg tegur ye dik.

manusia skang nih tak kira dok nak mencopek tu panjang je tangan memasing

chop! tu macam Mulberry brand kan? skill handbag aku masih ada lagi rasanya nih 🙂

Comment: 9

Before and After…

IMG_9518

before

IMG_9529

and after

terus sarung pakaipun.

IMG_9554

bebudak ni makin galak pulak skang ni ngan spaghetti bagai. dalam seminggu memang 2,3 kali gaklah aku kena buat tapi sekarang abang akak dah expert buat sendiri cuma kena dok belakanglah tengok perati depa buat tuh. macam aku cakaplah, aku bagi masa kakak 2 tahun to expert on the kitchen stuff and masak memasak, pasnih once she turns 13, dah by right tau nak memasak segala bagai. So sebelum pergi sekolah dia dah boleh masak untuk satu rumah punya makan.

Ha senang dah mak kau…

IMG_9573

untuk adik bongsu sorang ni pulak, happily jer kat sekolah. Ini solat Dhuha. Kadang2 kalau mood dia rajin, dia amik sendiri sejadah and solat, as per practiced kat sekolah and tengok di rumah. Tapi jangan nak suruh geganaslah memang dia tak nak, tak suka dia bersuruh2. dia nak kena ada mood baru dia pi solat.

Di sekolah diaorang ni akan take turn untuk jadi imam, this day Zeeshan was the imam.

Good job budak kecik. We love you love you love you.

Comment: 8

3 little updates…

IMG_8639

remember konda kondi?

nah, those coming tetaun anak2 kita mungkin tak kenal konda kondi ni, tapi kalau those yang dari zaman aku, sangatlah ingat permainan rakyat kita.

So the bapak depa one day pi bawak depa korek tanah and main konda kondi nih. Si kecik pun terpaksa belajar sama jugak. Dia of coslah mengekor je, asal dapat main kat luar dah clap clap sukaaaaa.

IMG_8641

dari umur aku 5,6 tahun sampai secondary gamaknya aku masih lagi main konda kondi, bola chop bagai sume tu. Tin selipar, so many more. itu semua permainan rakyat kita.

IMG_8646

korek biasa jer nih, kita dulu ke main dalam punya korekkan? ni janji boleh lepas kayu nak songkek

IMG_8648

ini apa ke songkek kau ke main panjang dik! belasah je lah

IMG_8649

iyeeeee! u made it. kena selalu main so he would remember this game sampai dia membesau sok sok

IMG_8651

nak ajar main bola chop hemm….tak kot. sian sakit adik kau kang kahkahkah

IMG_8653

kakak too…ngan seluar tidur jerr

IMG_8655

hah ini namanya patuk ular! mesti kita ni dah ramai lupa the rules regulations of konda kondi. takpe takpe, boleh je google, semua sudah ada di internet tu kot lah korang lupa. Aku pun bukan ingat pun, nak kena main team up balik ngan all the gangs lama Alam Shah dulu.

Those days in Alam Shah 🙂 . To be exact Quarters Sekolah Alam Shah, yang kat Cheras KL nun, kami anak2 pekerja Alam Shah.

IMG_8294

selain dari itu, depa jugak belasah main kat tasik permaisuri, berhujan. Ini tak nampak rebasnya, tapi aku kat rumah dok message bapaknya, bawak anak2 balik nowwwwwwwwwwwww, raining lah!

bolayan je bapaknya ngan message maknya.

Lagi dia suh anak2 main hujan.

IMG_8295

bola al sepak

IMG_8298

Tudung kakak ni dah sama ngan tudung gegambar atas tu yeh. Dia suka ler tudung nih, jenis sengsarung tu jer, yang ke main berlipat ikat bagai tuh, once a while je kalau jalan nak vogue, setakat pi tuition main segala, memang kakak simple girl as this jer.

IMG_8296

Zeeshan ni 4 hari tak sekolah coz ada kes HFMD kat sekolah dia so aku tak berani lah nak hantar. Ada 2 orang budak kena, jadi cikgu kata kalau anak tak sihat better dont comelah, lagipun dia kena bebatuk gak last week.

Early last week gak ada officer KKM datang visit sekolah anak aku nih, kalau ada 3rd child kena HFMD, sekolah diminta tutup seminggu 2 terus bagi clear the virus.

Pernah aku tengok anak buah aku masa kena HFMD nih, alahai siannya sangat. A fren of mine, playhouse anaknya pun kena tutup seminggu gak, memang that s supposed to be lah. Kalau dah 2,3 orang kena, baiklah cecepat tutup and janganlah hantar anak2 kita, takpelah ponteng ler bape hari pun, either way pun kita kena ingat the health is much more important than anything else.

This week insyallah, Zeeshan sambung pergi sekolah semula.

Also to kakak, she s gonna have the Badminton Tournament peringkat Zon something le bunyiknya. Wakil sekolah kau kak, the only anak melayu dari her chinese school been selected for this. Proud of you Cik Kakak 🙂 . All the best, memoga mami boleh amik cuti nak pi skodeng anak kat sekolah yang ada tournament tu  hiks….

 

 

Comment: 6

Those 2 boys…

 halahai anak aku kan, cerita kisahnya ni was like early December. Lama dah rasanya.

 

IMG_3040

berbulan depa buat planning nih, the year end dinner, for all Prefects, all batches of their schoollah. Sekolah abang ni memanglah sekolah kebangsaan but 90% are chinese. So even that nite pun, dia sesatunya Malay yang ada. Cikgu2 pun ada jugak sama malam tu. Depa buat event ni kat Viva Hotel, the most closest hotel and convenient in Cheras area.

He was sent by his Uncle, coz initially Abang cakap dinner boleh datang after Maghrib pastu dia dah cuak bila ramai kawan2 dia semua by 6pm dah pergi. Then he told me only like at 5pm. Mana le aku mampu nak sampai around 6pm with my works commitment vs jam lagik. Thanks adik aku yang rescue to send him.

IMG_3046

but dah hujung2 habis dinnernya tu, aku datang amik lah dia. Aku lepak kejap kat bawah, minum sat. Pastu aku dok luar ballroom dia pastu pepelan aku masuk dalam. Ler hai, ada gak parents lain menebeng sama tunggu dalam nih. So aku pun joint the club ler, lagipun depa dah nak abis sangat, dah sibuk2 amik gambar, dah habis ucapan bagai. Abang pun dah nak turun stage too.

IMG_3053

can you imagine that this boy was wearing all top to toe bapaknya punya outfits and shoes, they have the same size, tapi kemeja merah jer dia punya sendiri. Thanks Zalora!

a day before nak cari pakai baju apa (kan bapaknya dok kerja) abis dia try sesatu and snap and antau gambar, of cos the mother has to be his fashion designer nya dong. IMG_3049

grand betul kekecik lagi dah event kat hotel. kekita dulu hado?

IMG_3058

nak gak melepek sama

 

IMG_3057

eloklah pun ko pakai bang,  bapak kau pun bukannya pakai sangat suit dia nih

next year kalau ada, aku kata tak yah pergilah, takde sangat apa2 dinnernya nih, takat korang beborak among them. kalau form 5 bolehlah, coz masa tu dah ada farewell bagai kan.

IMG_6936

on another day pulak, depa bertiga (kakak was at school) pergi VIVA Mall. Viva ni aku rasa selang seminggu 2 memang kita akan datang, selain untuk movies, tapi jugak untuk compare barang dalamnya. Tapi paling penting ni hah, giant car for bebudak naik. RM10 for 10min or sukahati kalau takde orang, lagi lama kau boleh pusing. Udahlah

IMG_6937

totally macam kereta betul, ada pedal for minyak laju slow ada reverse segala. Bestnya adult pun boleh duduk sama at the back of your kid, even abang’s size pun boleh je naik gak kalau tak nak share2. Pastuh luas sangat tempat nak ronda kereta nya pun.

IMG_6955

like i said, bapaknya pun sama amik satu kereta. Racing depa bertiga dalam nih. Yelah orang takde, depa jer. Sonok worr!

IMG_6962

nak naik berdua pun beres. Ada sekali masa tu kita bertiga je, aku RD and Zeeshan, naik ler ni kan, gegilir. So masa bapaknya ngan dia, begitu beria begini, bapaknya pandang tempat lain, Zeeshan pulak tak turn left, abis langgar orang tetepi yang dok tengok. kahkahkah, dulu tu first time lah. Skang dah banyak kali naik Zeeshan pun terer.

Sok lusa pun aku kena ada kat Viva Mall gak, ada misi yang tak hehabis yet.

Baru ni, this week pun kita ada kat Viva Mall, tengok Taken 3. Dah tengok?

My short review – Taken 2 lagi best than Taken 3 🙂

Daa….assalam.

Comment: 9

The reds…The Hobbit!

Merundum tak korang kat opis, those yang kerja ler. Merata orang cuti kan. Kita jer kerja. Aku adalah no hal one. I got to do lots of stuff, banyak benda yang macam tak boleh buat waktu ramai orang, dah boleh buat, clear kan tu ini, kemaskan segala. Can work peacefully.

Then lagi satu aku dah 2,3 bulan le gak tak turun makan bawah, pastuh memang tak langsung menyoping. If i were sakit jiwa sikit datang, baru turun. but ada satu bulan tu, sekali 2 jer aku turun. Kes ada barang anak2 dah almost habis yang which masa tunggu Kumon class depa weekly sokmo i did tu, takde or lupa nak beli di Tesco. Jadi terpaksa gak turun.

So macam aku cakap le bila datang biol ngeng sakit jiwa merana aku pun turun ler, kasi hilang stress sket. Dah lamaaaaaa sangat tak beli baju. Tapi kenangkan baju banyak dah masuk dalam kotak for moving, i have a little bit of space (gila ler, sampai sudah le tak habis baju nih), so aku beli le, they have SALE everywhere. Year end kan.

IMG_4874

 

Merah ni design dia cantik, lama betul nampaknya aku tak datang sini sampai baju ni jatuh to SALES item. Ada in black, i nak amik jugak, but sampai entry ni aku buat pun aku masih lagi tak turun2 mall KLCC tuh.  Malas ler nak turun, member aku pun macam dah pasrah tengok aku yang malas nak makan kat bawah tuh. Bila tak makan, takde le point nak membeli belah jalan2 sana sini.

Family aku nak datang this week during lunch break masa tu nanti ko nampak hakak turun ler hakhakhak.

Eh ai ada pergi Jusco Maluri 2 hari last week, coz nak kena beli undergarments anak2 dan bibik. Hah tu keluar terus KLCC kau. Yelah baju dalam / spender anak2 baya2 depa murah di sana. Tak perlu ler berjenama for them, amalan aku belikan yang sedang2 sahaja for anak2 aku, tapi beli banyak ler, so macam 10 helai for all sets. Idok le selai dua. Aku nak pi Jusco tu pun bercinta.

Thanks to 2 orang adik RHB yang tegur akak di Jusco yek 🙂

 

IMG_4881

Baju ni belum berpakai yet, maybe dimangsakan this week. Kalau dia jual in kuning ke hijau mungkin aku takkan beli but for that day aku beli semua in reds.

IMG_4885

i dah pakai ni, mungkin entry yang aku pakai baju nih keluar this week.

IMG_4814

on a different day pulak, weeks ago, i pergi berduaan tengok The Hobbit with Abang, Under Nuffnang/Churp Churp. A premier show, dapat tix 2 ketul jer so bawak Abanglah, some more kakak dok lepak umah nenek ngan her cousins. But 3 days later, Abang pergi lagi tengok dengan bapaknya, kakak and my bro’s family too. Aku tengok sekali tu je lah, bestlah tengok ngan IMAX TGV tuh. kali kedua aku tengok via IMAX, dulu pun tengok Hobbit gak.

IMG_4827

Mummy, tolong amik gambar abang kat sini, nak hantar kat the cousins and frens abang.

Gelaplah bang

takpe mom, janji The Hobbit tu nampak.

Balik kita berduaan malam tu, aku terikut jalan Fed Highway pulak dari Damansara, podahcit btol, udahlah midnite. Tapi moleknya dia tau mana Menara TM, mana bangunan RTM, apa itu gerbang Selangor Darul Ehsan, Fed Highway panjang tuh, dan macam2 lagi, kisah kenapa kereta dok right lane, left or middle lanes, semua aku ajarkan. Facts. Kalau tak asyik ler bercerita pasal dia punya main ice skate je kan (he went again with his sis and the cousins, bawak by my bro a day before).  So as he grows, kena cerita benda2 serius jugaklah. Termasuklah aku kena kisahkan balik kenapa orang yang langgar kereta aku tu dulu.

Boleh tahan penat ler jugak nak bercerita, benda yang kita tak pandang dah tak heran coz ketuaan kita tapi bebudak, it s a new thing for them. Dan ko nak menjawab seribu satu soalan depa, non stop. The kids no matter how old depa pun, tetap akan carik the parents as their wiki/red pages 🙂 .

Apapun, the cuti2 year end buat malas nak update blog sangat, aku tak ke mana so takde alasan tak update cuma i tengok the hits menjunam coz ramai bercuti jadi macam hahaha lagi le malas.  Tapi kalau tak diupdatekan lagi ler makin delay.

My point is, bukan takde benda nak update, jugak bukan malas. but I tengok orang cuti, so I pun saja auto schedule kan ikut alang2 mood. No matter what pun those yang bercuti will still come back and read, i have my own regular readers gak kekdahnya.

Blog ni pun ada mobile theme, masalahnya ramai came back to me tak puas baca via mobile or via hp cecanggih memahal tuh, nak jugak baca dari lappy/pc. Sukati hangpa ler.

Aku sendiri pun tak puas baca dari ipong aku unless nak cepat cari something dari machine tangan tuh.

See you soon, i have bunch of stories.

Comment: 7