Bersama Mak Merah

Tolong Bantu!

Assalamualaikum,

pertama sekali terima kasih pada Redmummy kerana sudi menyiarkan masaalah saya ni.

Saya mengalami sakit di bahagian tumit dan tapak kaki yang amat teruk. Adakalanya sampai terhecut2 bila berjalan.Selain dari itu saya mudah rasa penat dan sendi2 rasa macam ketat,badan rasa berat ,kerap rasa mengantuk,pergerakan tak secergas dulu.Kadangkala rasa badan saya ni tua sebelum waktu!Ada orang kata ia mungkin sebab berat badan saya yang berlebihan,tapi sebelum mengandung dan bersalin badan saya gemuk juga dan tapak kaki sakit2Ā  tapi takdelah seteruk sekarang. Saya perasan masaalah ni makin menjadi2 lepas bersalin anak ketiga pada Ogos 2010.Dalam pantang ada urut dengan sorang Indon. Peliknya,hari pertama dia urut,kaki saya rasa lega sangat,sakit2 semua hilang.

Tapi masuk hari ketiga dia urut, kaki saya jadi bertambah sakit.Saya dah pergi jumpa doktor dan buat pemeriksaan badan menyeluruh,doktor cakap ada sesuatu yang kurang dalam darah saya,doktor tu pun susah nak terangkan sebab ianya melibatkan istilah perubatan yang saya pun tak faham sangat.Di bahagian bawah keputusan ujian darah ada di tulis begini “Impression: Latent mild iron deficiency should be excluded”.Harapan saya kalau ada di antara pembaca RM yang ada latar
belakang perubatan dapat membantu menjelaskan maksud sebenar ayat di atas.

Selepas tu,doktor ada bagi ubat nama Sangobion dan Dyna Ferros.Mula2 makan adalah berkurangan sikit,tapi lama2 ubat tu pun dah macam tak berapa berkesan.Ada juga cuba satu ,dua jenis ubat tradisional,pun kurang berkesan.Agaknya apa masaalah saya yang sebenarnya?Tolonglah saya!Masaalah ni benar2 menjejaskan kehidupan saya sekeluarga! Anak2(6 tahun,4tahun,1tahun) dan suami benar2 tertekan kerana banyak urusan rumahtangga yang tertangguh berbanding sebelum ini di mana saya mampu menyiapkan perkara2 asas dalam rumahtangga dengan mudah.

Harap siapa2 yang tahu doktor,klinik atau cara2 tradisional dan mungkin petua2 orang lama dalam mengatasi masaalah ini bolehlah memberi cadangan.Terima kasih bagi yang sudi membantu.

Kak Yah

Comment: 40

Suamiku kaki porno!!!

 

Hi Kak Red. Saya pnh menulis kpd Kak Red melalui ruangan ini. Entri suamiku pemalas. Alhamdulillah, skang suami saya sdh pun bertukar keje dan alhamdulillah, pendapatan nya lebih baik..

Alhamdulillah sekali lg, saya sudah selamat melahirkan baby girl awal bulan ni.. Baby dan saya sihat..

Cuma skang yg mengacau fikiran saya ialah suamiku suka sgtttt tgk porn.. Mmg saya dh tahu tebiat ni sejak dr bujang lg.. Igt kan pas dah kawen, tebiat tu akan hilang.. Ni tak, makin menjadi2 plak.. Dlm fon n laptop mmg ada byk gambar2 tu.. Bila tgk recent doc dlm laptop, almost everyday dibelek gambar2 tu.. Fon pulak mmg ke hulu ke hilir di bawa.. Masuk jamban pun bwk juga.. Selain dr itu, dia suka belikan saya panties yg fancy2. Saya tak brp suka tp layankan aje sbb maybe bole kurangkan addiction dia.. Tp tgk sama je. Latest saya jumpa sponge-like-vagina. WTH? Saya tanya amende ni? Alat utk masturbate katanya. Hoih! Kemaruk benor? Saya jd takut, geli n jijik lah Kak Red. Hopefully Kak Red bole share this with ur reader to see if this is normal or not. Maybe saya je yg over tp seriously, saya sgt turn-off by all this porn-addiction thingy. And maybe ada readers Kak Red yg ada pengalaman dlm mengatasi masalah ini..

Thx Kak Red šŸ˜

Sender:

– Suri (Bukan nama sebenar)

Comment: 102

Islamic Private Boarding School?

Salam, mohon dipublish dalam slot Bersama Mak Merah ye Redmummy,

Kak Yah nak tau untuk:

1. List of Islamic private school for above 13 years old di Klang Valley/Selangor?

2. Kalau boleh Islamic private school ni ada asrama disediakan juga, untuk anak lelaki Kak Yah sebenarnya.

3. Sekolah agama private ni pun untuk sekolah menengah kalau boleh hendaklah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, tak naklah yang sekolah2 pondok pulak.

Terima kasih untuk pembaca Redmummy yang sudi membantu.

Kak Yah

Comment: 35

Suamiku Pemalas (bukan suami RM kay)

Salam Kak Red and redmummy readers..

Pertama sekali terima kasih kpd kak red krn sudi pilih rintihan hati saya utk dikongsikan bersama dgn redmummy readers yg lain.. Saya tak pasti samada rintihansebegini pernah disiarkan atau tidak. Jika pernah, saya minta kak red inform saya link nya. Kalau belum, bole lah dikongsi dgn readers lain..

Masalah saya adalah masalah rumah tangga. Kami baru berkahwin 3 tahun lepas atas dasar cinta sama cinta dan telah mempunyai seorang cahayamata. Bulan 10 ni insyaAllah, kami akan menimang cahayamata yg kedua.. Mula2 berkahwin, mmg indah.. Sama indah mcm masa bercinta.. Tp lately..

Utk pengetahuan semua, kami sama2 bekerja.. Cuma nya gaji saya mmg dr dulu lebih sikit dr dia.. So mengenangkan perkara itu, saya pun setuju dgn sendiri utk sama2 berkongsi segala perbelanjaan rumah tangga.. Tak dinafikan mmg saya keluarkan lebih belanja dr dia.. Mula2 kawen saya sbr lagi.. Saya fikir, bg dia masa utk berubah.. Tp smpi skang anak dah nak masuk dua, tak berubah juga.. Naik lemak agak nya.. Masih ditakuk lama dan susah sgt hendak memajukan diri.. Nak kata saya tak support,Ā  saya support. Bantu dia beli kamera DSLR utk dia buat kerja2 photog. Tp last2 dah 3 tahun saya tunggu, ape hasil pun takde..

Yg merimaskan saya ialah, gaji dia ngam2 je smpi ujung bulan.. Kdg2 sebelum smpi hari gaji, duit utk mkn hari2 dah habis.. Tetiap bulan camni kak red.. Saya rimas..Dan menambahkan kerimasan dan kerisauan saya ialah camne nnt bila dah beranak dua? Tp dia buat kewl jer.. Kami selalu bergaduh ttg hal kewangan.. Dia lansung tidak mempunyai simpanan.. Saya ada lah sedikit simpanan yg bole lah digunakan utk kecemasan..

Kerja dia sekarang ok.. Cuma nya gaji tidak setimpal dgn beban kerja.. Saya minta dia mencari kerja shift sbb kerja shift je yg gaji nya agak masyuk (utk customer service, shift odd hours mmg masyuk). Tp dia buat alasan nnt takde masa utk anak2.. Saya takleh terima lah alasan tu.. Adik beradik dia ada je yg keje siang mlm. Siap anak2 tido ngan bibik sbb mak bapak sibuk sgt bekerja. Ok je, anak2 tidak terabai dan takde yg rosak.. Pd saya, ini alasan org malas..

Ditambah dgn satu lg masalah, peel ahli keluarga nya.. Saya rimas lah kak red.. Semua hal nak libatkan, nk minta tolong dia.. Esp adik dia yg mmg suka mengkulikan dia.. Ada ke kwn dia dtg dr oversea, dia suh laki saya amik cuti utk bwk kwn dia pusing2 kl? Sanggup plak tu laki saya amik cuti. Saya sendiri tidak pernah merungut apabila dia memilih utk kerja pd public holidays. Saya rela dia pergi bekerja dr bercuti utk lepak bersama saya dan anak. Fyi, adik dia kebetulan terpaksa ke oversea. Ok lah, dimaafkan lah dia tu. Tp rupanya laki dia ada kat malaysia ni.

Apesal tak suh laki ko je? Mana bole nak suh laki dia sbb laki dia pun sibukkkkkk keje! Nmpk tak betapa losernya laki saya pd pandangan dia smpi bole disuruh gitu2? Tp bila saya berbetah dgn laki saya ttg perkara ini, dia kata saya dengki dgn adik nya itu. Bila saya tanya, kete disediakan ke? Duit poket diberi ke? Dia kata nnt dia check. Smpi satu hari seblm hari nak cuti tu, bila saya tanya semula, kete ok diberi pinjam (dh bwk kwn2 ko, takkan nak pakai kete aku kan?) tp duit, laki saya kena advance kan dulu segala belanja. Mujur dah hari gaji tp nnt kalau tak diganti, maka short lah lagi belanja bulan ni..

Satu hal lagi, mertua saya.. Mmg lah mulia niat mrk nak belanja laki saya gi umrah, tp tgk time lah.. Diaorg nak ajak gi bln 12. Masa tu insya Allah saya dah bersalin no 2. Saya yg bekerja, dgn anak dua org nak uruskan semuanya sendiri? Ape diaorg takde akal fikiran ke? Mak mertua saya terang2an dah ckp tujuan utama nak bwk laki saya ialah utk temankan diaorg.. Takut nnt jd mcm masa umrah lepas, ayah tetiba sakit kaki sgt smpi takleh nak jln, takde org nak tolong.. Laki saya juga yg mrk pilih sedangkan diaorg ada 2 anak lelaki yg lain, yg punya bibik dan anak2 dah besar so xde masalah kalau laki diaorg gi ikut mereka gi umrah..

Kesimpulan nya, saya 1. Rimas dgn keadaan kewangan kami yg semakin meruncing dan tiada usaha dr pihak dia.. Saya ni takleh nak tukar keje sekarang sbb mana ada org nak menggaji pompuan mengandung kan? 2. Rimas perut dgn peel ahli keluarga dia yg semua nya nak suh dia.. Itu ini semua dia.. Mcm dia tidak bekerluarga dan tidak bekerja.. Masa bujang dulu bole la.. Skang dia dah bekeluarga sendiri pun, dia jugak yg kena..

Saya runsing.. Saya ada ceritakan dgn mak saya tp mak saya setakat dgr je lah..Terdetik di hati saya utk minta berpisah sbb dah jemu dan muak dgn semua ni. Kami tak pernah dpt berbincang hal ni dgn cara baik. Mesti bertekak. Ada sekali tu saya dah marah sgt, terpacul dari mulut saya, “kalau smpi bln 6 tak berubah jugak, kita berpisah je”.. Saya nak tgk camne sementara nak sampai bulan 6 ni.. Kalau betul dia sayangkan saya dan anak2, dia akan berubah.. Kalau tiada apa2 perubahan, saya nekad..

 

Sender: Jasmine

 

 

Comment: 89

Bersama Mak Merah – Hiperhidrosis

Salam.

Tujuan saya menulis ini bukan apa.Rasanya ramai yang belum mengetahui perkara yang sebenar.Pernah tak kita mengalami peluh yang melampau?.Tapi bagi certain orang,kadangkala peluh yang berlaku ke atas diri mereka terlalu banyak.In other word,ini merupakan hiperhidrosis.

Hiperhidrosi ini bukan merebak melalui udara ke apa.Ini merupakan masalah genetik.Kiranya,siapa yang alami hiperhidrosis ini bukannya dia yang menyebabkan punca.Tetapi melalui genetik ibu bapa.Ingin saya kongsi di sini.Saya merupakan seorang pesakit hiperhidrosis.Hiperhidrosis ini merupakan kelenjar peluh yang bertindak terlalu aktif sampai tidak dapat di kawal oleh sistem saraf perpeluhan.Cukuplah sekadar penerangan.Kalau ingin lebih lagi,boleh google ya. šŸ™‚

The thing is masyarakat susah untuk menerima kami yang mengalami hiperhidrosis.Di sisihkan kerana berpeluh sakan,tidak boleh bergaul dan sebagainya.Kami sering di ejek,dikutuk belakang.Kadang-kadang,ada orang yang selamba kata kau ini kuat peluh.Geli lah,apa lah.Itulah cabaran bila bergelar seorang pesakit hiperhidrosis.Lagi malang lagi bila kami terpaksa bersalam dengan orang lain yang tidak pernah memahami.Selepas bersalaman,surely mereka akan mengesat tangan seperti kegelian.

Bukan mahu menyalahkan takdir,tapi jauh di sudut hati kami janganlah buat kami seperti najis.Terlalu geli untuk bergaul,terlalu sensitif dengan tangan yang basah,kaki yang basah mahupun muka yang sentiasa dipenuhi oleh peluh.Bukan ini kami pinta,bukan ini kami inginkan.Bukan mahu meminta simpati,tapi jangan buat kami seperti ini.Rasa sakit hati.Kadang-kadang rasa terkilan dengan diri,rasa macam diri ini tidak sempurna.Tetapi bergelar deorang peskait hiperhidrosis,ini dapat mengajar saya tentang nilai manusia.Syukur Alhamdulillah.

Namun,setiap benda pasti ada penawarnya.Kecuali mati,hiperhidrosis boleh dipulihkan dengan mendapatkan rawatan di hospital.Malangnya,tidak banyak hospital yang menjalankan pembedahan untuk mengatasi masalah ini.Untuk pengetahun anda semua,setelah saya mencari beberapa hospital,hanya 2 buah hospital sahaja yang menawarkan pembedahan ini.Satu di Insititu Jantung Negara dan Subang Jaya Sime Darby Hospital.Both hospital ini merupakan private hospital.Saya pernah mendapatkan rawatan di IJN.Malangnya,kos yang dikenakan terlalu tinggi.RM12k untuk pembedahan yang hanya mengambil masa selama 1jam sahaja.Bayangkan.

Lebih malang lagi,tiada hospital kerajaan yang menawarkan pembedahan ini.Kami agak terkesima dengan pihak Kementerian Kesihatan kerana tiada tindakan di ambil walaupun saya sendiri telah menguhubungi mereka melalui emel.Rasanya,kami ini seperti tersiksa.Dengan kos yang mahal,mana mungkin kami dapat membuat pembedahan.

Kesimpulannya,jangalah perkecilkan kami.Tangan yang basah tidak mencemarkan diri anda as long as kami tidak menyentuh anda.Tidak perlu menarik muka,memandang serong kepada insan seperti kami kerana ini bukan kehendak kami.Jangan terus mengata kami itu ini.Cuba bayangkan kalau anak anda alami hiperhidrosis ini.Masa itu baru terhantuk baru nak terngadah.Terima kasih kerana membaca.:)

p/s:Kalau siapa tahu gov hospital mana yang membuat pembedahan,please leave your comment here.Nanti saya akan follow up.Thanks. šŸ™‚

– pesakit hiperhidrosis

 

Comment: 147