Birthday

Gadis-gadis comel berdating…

Sep 8, 2013 | Girls day out by redmummydotcom on Keek.com

 pertamanya adalah tengok keek kami anak beranak2, berdua tapi technically bertiga ngan so called ‘photographer’.  After sending the boys balik, takde kuasalah depa nak ikut coz yelah abang ada session ngan cikgu petangnya, lagipun laki aku malas nak jadi tukang kejar RB tuh bila kita nak jalan free and easy. yelah easy sangat pun, maknya nak menyoping tuh.

elok sangat gak depa tak ikut coz sepanjang petang tu dari BSP to TTDI memang hujan.

but sampai je Rasta rintik2 dan stop terus. Syukur ler sangat but aku bawak gak back up small umbrella kot le melebat payah pulak nak ke parking kereta.

 IMG_7674

aku dok tanya kakak nak apa nak apa tapi langsung takde yang dia mahukan

kakak, kalaulah masa mak dulu baya2 ko, kalau nenek tanya mummy nak apa, sah mummy dah berderet wishlistkan tau malangnya dulu kami sangat susah so takde le or jarang sangat nenek akan tanya soalan macam tu, masa kekecik dululah.

dan justeru aku pun syukur le sangat coz kakak bukan jenis meminta2, benda dia rasa penting je dia akan demand. Itupun ke sebab dia ni dok kocik lagi. jangan sok dah besau dara sunti tetiba mom nak chanel mom nak lv mom nak prada

ha tu memang kena siku le jawabnya. share2 ngan mummy punya takpe ye kakak.

IMG_7685

makan hati senyum dalam tempat sempit dok carik apa tah, baju je le banyak pun kat Rasta nih. Aku first time le pergi sini wpun lalunya banyak kali. ada sorang ngokngek agent aku dok kat depan2 Rasta tu so memang menghafal sangat jalan nih, papago ke waze ke tak perlu.

 

IMG_7694

dalam entry ni memang akan nampak back side je lah, photographer tak nak snap dari depan.

kat sejam kat sini, kot. cabut lari. tak makan pun kat sini, kakak kenyang lagi. abis tu ko dah makan kat Lunatots, ko dah makan kat Secret Receipe maunya tak kenyang. So let s OU. anw kat Rasta dah datang pun first time, ada le gak aku membeli, kain labuh ada, kebaya ada caftan ada apa2 tah lah….

nothing for kids, so nothing for kakak lah.

by the way, kitorg bertukar kain baju actually, kakak tukar di toilet Upin Ipin. aku cam biasa changing room aku dalam kereta.

Kuasa ler kan nak pi berjalan bagai ngan modern kurung tuh.

IMG_7715

backside lagi. jalan sampai dah naik lenguh le kaki OU nih.  amenda yg dicarik pun tak tau hahahaha. patut pi KLCC jer boleh gak layan movie eh macam dalam ni takde movie but tu lah, tak nak le spent berejam sangat pun coz aku pun ada the boys kat rumah tuh.

IMG_7718

dating ngan anak dara, harus pose tetengah public

padahallllllllllll…..

IMG_7729

then we shop there and there. beli pun sket2 jer coz aku serious mental block btol nak shopping apa dalam nih.

ended up nak makan kat one restaurant yang tak perlu kita sebut nama. duduk tunggu menu dah bape min, tengok menu yang sorang nak air je yang sorang nak fries jer, dah after few min takde gak datang waiternya, jadi langsung aku blah, kang bayau memahal dahlah korang nak minum nak fries jer pastu service lembab tak yahlah heh…

IMG_7745

dan pabila si birthday girl (this was a day before her actual bday day) nampak McD. terus dia kebulur. hah bagus. senang, mak leh beratur je and bayau. makanlah kau. Bercerita ler kita hal tu hal ni, gegurau senda. Sebenarnya kita tak boleh nak gedegang celebrate pun pasal esoknya hari sekolah some more abangnya kan UPSR so pasal tu lah kita slow down a bit.

but sok malamnya ada jugak sikit mini memakan, satay gegemuk! aku balik kerja tengok satay tu dah tinggal 2,3 urat jer. eloklah habis, dari beli makan tak habis, memang tak molek.

 

IMG_7750.

love you so much kakak. sok sok dah besar sure kakak panjang lebar baca entry ni yek.

 

IMG_7767

 

IMG_7790

IMG_7775

dalam Isetan mak ko jugak menyopping tapi kuor tangan kosong coz apa yang ada kat Isetan OU tu sama jugak ada kat KLCC nun. dok ngapain heh

IMG_7708

mak engkau dah tak larat dah nak sambung entry ni.  Begitulah sahaja entry gadis-gadis comel berdating, tapi yang menyopping maknya je lah.  laki dok tanya bilo nak balik. hey suami, sebelum u tanya bila nak balik ai dah start engine balik tau….

Anw, habis UPSR, depa terus flew down to Singapore.

Tengok keek the prize giving ceremony bapaknya to them! yang hujung2 tu Hong Kong tu memang nak kena cili budak ni hiksss. anak oh anak. asal kalian gumbira UPSR is finally over.

Sep 13, 2013 | Birthday gifts for abang and kakak by redmummydotcom on Keek.com

Comment: 17

Lunatots to the mini birthday celebration…

IMG_7591

ada kalian pergi Raya Open House Lunatots? aku pergi yang kat BSP’s outletlah dah tentunya kan coz sepelaung sangat ngan rumah pun.

Datang2 depa suh makan dulu tapi aku punya perangai datang2 kena carik tuan rumah dulu, kena tunjuk muka dulu baru pikir makan. Tuan rumah tengah sibuk dalam kedai…..

Zeeshan dapat masuk dalam nih, memang dia lah juara bintang kan. Dok leka tekan2nya toys situ, tapi tak sesuailah toys utk dia coz tu for little baby, dia kan dah beso, dah toddler batch pun.

IMG_7603

ada sama dalam majlis open house Lunatots, Rose and Family. Sehari sebelum tu Rose lepak rumah aku so impromptu aku ajak dia pi birthday luncheon Gegirl. Kita tak boleh nak gedegang celebrate sangatlah kan coz Abang tengah sibuk sangat for his UPSR.

Ni pun ada slot kita dapatlah keluar. Kebetulan private tutor dia pun dapat datang di petang hari, jadi dapatlah kita keluar rumah sat yek.

IMG_7613

Makan light2 jadi heavy heh. sedap bonar ayam masak lomaknya. Aku memang ngah melemakkan badan. 25 tahun dok kurus melengking, pastu kurus gemuk kurus gemuk, so biar 3,4 tahun nih kita menggemukkan badan untuk satu project ‘ biar gemuk tapi sebenarnya boleh kurus’

Nuffnang ler suh buat gitu.

hah petik nama Shah!

IMG_7618

The owner of Lunatots, she is beautiful inside and outside.

and kalau dah jumpa Sue ni, memang manjang bercerita pasal breastfeeding jer. Her knowledge on breastfeeding, ko tanya je apapun, insyallah Sue boleh bantu.

Jemputlah korang pi Lunatots, Bandar Sri Permaisuri. Dah beso panjang lebar puas sedap shopping skang dalam tuh, masa aku pergi tahun lepas tuh, masih lagi kecik compact kedainya.

IMG_7621

bergilir makan and nah, RB masih lagi bertangga di sini. Abang dok baca buku kot situ, Mia menemankan RB. kakaknya masih makan lagi masa nih.

IMG_7630

mi miiiii

dia panggil aku mi miii jer ler kan

dok tunjuk atas, nakkan basikal atas tuh…

IMG_7628

maknya angkat le jugak coz bapaknya malas nak layan, terjingkit2 aku mengamik coz tempatnya tinggi

dia nak gak motor ni tapi motor ni dah bukan untuk batch RB dah, he s big already. dia pun ada motor hok gini gak dulu, tak sesuai, kalau ada pedal 3 lagi satu aku boleh je beli lagi. but tak leh lah yang nih.

IMG_7629

 dok ribut gaduh nak jugak hahahahaha. takmo ler dik yek, ni untuk baby2 la dik, big boy kena amik lagi big bicycle yek

IMG_7636

our group photo, Thanks Sue Lunatots for inviting us.

walau jarang kita cooperate tapi takper, taun2 akan datang, boleh lagi colleborate. maklumlah production anak akak bukan tetiap tahun hahahaha….insyallah RB will be our last dah kot.

 

IMG_7644

lepas tu langsung kita ke Upin Ipin. Ini tempat pilihan kakak, for the quick luncheon with Mia’s Family too. RD Kakak and RB ada pergi Midvalley aritu beli Baskin Robbin’s ice cream cake, pun kakak yang pilih gak. dah beku2 dok dalam fridge rumah aku, datang sini kan RD tak hantar dulu kat Upin Ipin. Selamba makan kat Lunatots, hamik ko….mencair ice cream kek kakak hahahaha

but boleh le makan lagi…

cuma masa nak bday blow blow tu, dia dah mencair kooo.

dry ice takde kekdahnya, so gitulah.

IMG_7669IMG_7670IMG_7671

hahaha sedih separut seret beret ice cream cake ko kakak. tapi kakak ok jer, dia kan selamba, she s not perfectionist, dia jenis tak kisah. asal syarat boleh blow ada mini celebration dapat hadiah bday dia dah syukur jer. Tu pasal apaknya selamba je biarkan kek tu dalam bonet. hishh laki aku nih. orang lelaki ni memang selambaaaaaaaaaaa jer.

aku dah cakap dah antar dulu ke Upin Ipin tapi dia malas nak pusing stering tuh ke Upin Ipin padahal sepelaung jeeee pung

Alangkan Kakak adalah jenis yang redha dan pasrah hahahahah dapat kat maknya, mau aku &$YLJFDF&(F^%%

IMG_7673

tapi semua orang dapat makan, siap staff Upin pun dapat sama gak, sedap, ice cream kooo! vanilla and jamaica. Pergi beli ngan apaknya, ada ke patut amik Jamaica. depa ingatkan choc. tanya le mak ko dulu tak pun tanya staff Baskin tuh. Choc flavour punya banyak.

Nilah hasilnya bila serahkan kat RD kerja2 beli kek

unlike kek bininya, sesungguh dia pi carik siap tempah hantar gambar lagi Chanel Boy yek

tapi dapat kat anak yang simple nih,apak ko main belasah jer.

Next year aku kena tak over balik kerja beli tempah kek nih. Tak yah taun depan, pasni bday the boys, aku take charge back heh. Kerja bahagi 2 lor, balik kerja aritu aku ada event luar, jauh….so hari tu plak RD ada slot so dia ler yg pergi beli, nak tempah kek lain bukan tak boleh tapi kakak dah special demand nakkan ice cream cake Baskin.

Few days sebelumnya masa aku beli baju maid aku kat Jusco, pun aku order kat Baskin tapi Malurinya aircond rosak, yapadah…tak leh depa nak buatkan kek tuh.

IMG_7658

lalunya kita makan lagi dan makan. budak2 ler yang makan pun, abang memang kaki steak, bila kakak pilih Upin Ipin untuk venue makan, wah kencanglah dia order steak sajar. kakak makan mee kari, baby rose pun. aku order steam gak but untuk disuapkan kat kakak apaknya and abang lagi. semua dia belasah. mee kari kakak pun abang belasah gak. sungguh kuat makan cik abang.

kalau kat rumah, pas makan nasi, makan lagi roti. pastu mintak lagi rebus ketam cam sushi tuh. or ayam goreng. abang memang kerjanya makan jer, tu pasal kalau kat luar memang kena berenti banyak kali le makan tau. belum lagi kalau balik sekolah tu, if kita jemput dia balik ha kedai jambu depan rumah tu memang singgah sesaja.

 

IMG_7665

Zeeshan mengamuk kat sini, nak tidur sesangat. nak salin diapers pun dia ngamuk tak bagi bukak. akhirnya tidur dia kat pangkuan bahu bapaknya.

IMG_7672

sebelum dia mentidur, hah comot betul makan oreo! nak suh gang ngan baby Myra memang dia tak nak ler kan, budak tu beza setaun ngan dia and pompuan pulak tuh. kalau dapat boy mau gak dia seligi hiks.

Sep 8, 2013 | Happy 9th birthday Melysha by redmummydotcom on Keek.com

 

ni aku berglitter2 mata, ha tengoklah. Yanok je yang nampak kahkahkah

IMG_7668

galaknya Rose gelak sakan belakang tuh. prize giving ceremony from Mia to Melysha

IMG_7667

so happy birthday kakak wpun simple, tapi kawannya ramai gak bagi adiah birthday . apa aku bagi dia adiah yek, or the Sony Walkman tu aku pakai kan sejam je, hah pastu dia amik buat harta. pastuh aku bawak jenjalan, campak the boys balik. pastuh bawak depa ke Singapore. Insyallah.  Flight tickets pun dah booked berbulan lepas.

cuma

ada masalah lain berbangkit…..

apapun, semua benda boleh bincang, dan solve it. Happy 9th Birthday our little princess, the one and only, Melysha. Masalah tu hem…masalah tu yek, ngah pikir camne nak selesaikan nih.

Comment: 10

The 9th for 9th September 2013

 

IMG_7583

Ulang tahun ke 9 Kakak, alhamdulillah. You are our princess, our darling our moon our blood our everything. A very very veryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy veryyy sangat good sister to your big and small brothers. Loving daughter to mummy and daddy.

Happy 9th Birthday Kakak!

IMG_7585IMG_7586

 

 

 

IMG_7709

IMG_7667

Yang remis ditanak

Yang kurik letak perca

 Yang manis itu anak

Yang molek itu Melysha

Comment: 11

Little Celebration….

I nak borak cite pasal my birthday event lah.

Takde mende pun

Sakit demam lagi ada ler. Yang entry korang baca aritu, on my actual birthday date but beritanya yang seminggu lepas. So untuk hari kejadian, dah tentu le makan seminggu gak baru kuor kan. Oh well….blog memang lambat kuor berita.

Abang 2 hari demam, dek sukan sekolahnya. Pastu aku pulak rasa tak sihat, hah memang demam nak datang. Laju2 makan panadol, pergi le kerja, beria.

Tumbang jugak. Sehari selepas kerja tuh, lari ler jugak pergi clinic. Klinik yang ketiga baru aku dapat jumpa doctor. First clinic tu susahnya parkinggggggggggggg, sehari sebelum Ramadhan kan. Pastu pi klinik baru, dekat2 ngan Ambank rumah aku, tekan doorbel banyak kali baru le ada sorang kuor staff nih, ngan gedik2 jalan ngan ngah hisap2 jari (ngah makan ke hapa)

oh tengah waktu rehat saya lah skang nih

so jam berapa baru bukak balik?

9 lebih kot

kat sini takde tulis waktu rehat pun, 9am to 11pm! kalau ada waktu rehat berjam2 macam ni, tulislah kat depan nih

Dia jeling tutup pintu

Dapat kat orang sakit kan….masa tu lam 6.30petang. lamanya nak tunggu ke malam kuasa ler heh. pala aku dah pening2 lalat, orang demam nih.

Naik balik kereta, carik pi 3rd clinic. aku ada 2 clinics lain boleh pergi tapi klinik tu pun sama je pesyen pangai parking hazab. at the 3rd clinic baru dapat jumpa doctor, ubat berkoyon2 dia bagi. Ngan medical leave lagi. First MC of the year aku dapat hah.

Pasnih aku nak sebati kat klinik baru tuh, syok. orang tak ramai. parking pun senang.

IMG_1191

Jadi malam tu tumbangler…demam kan. abang pakaikan stokin. katanya stokin ubat. Neneknya suh apaknya belikan untuk abang, RM180 ok socks tu. Pas Abang pakai, baik kebah demam, aku pulak pakai. Tu yang aku cakap stokin azimat hooooo.

Anw laki aku memang nak hantar pi klinik, dia suh balik dulu pastu dia anto ler, tapi kenangkan kalau dia hantar aku, aku nak kuor balik rumah, ngan batallion askar nak mengekor. oh takpe ler…aku redha ler pergi sendiri klinik tu pung. Masih mampu, lain ler dah pengsan kot.

Jul 9, 2013 | Tumbangnya seorang redmummy by redmummydotcom on Keek.com

Nak jugak keek ngah tumbang2 tu heh!

So So esoknya, bulan Ramadhan. Puasa aku anak beranak kalau weekdays memang homecook lah. But sahur pertama, laki aku uruskan, bininya demam panas lagi kan. Tapi aku puasa. Takdelah nak lelembik tak puasa pun coz ubat makan masa sahur ngan bukak puasa ler.

Amalan bazar Ramadhan kami pun, simple jer. Hanya RD jer yang pergi beli, anak2 tak boleh ikut coz kang nafsu memasing over dari tekak and jugak depa pun melepek. Specially Abang, dia kan baru baik demam so tu yang lembik sket, compared than kakak, kuat! tapi dah hujung2 jam tu memang dok melepek depan tv je lah.

Dia tolong angkat pinggan pun dah cukup baik.

Eh tu citer puasa.ni cite entry birthday hakuu. Pas bukak puasa, tup2 RD suh anak2 tutup mata mak merah. Datang 3 biji cards, Zeeshan hantar. hahahaha supercute postman kecik aku.

IMG_1261

Bebukak mata tengok haaaaaaaaaaaaa kek Chanel!!

ha abang kata, dia nyesal tak record. maknya bukan mai lagi melopong2 suka sakan sungguh, macam le dapat bag sebenar. kek je pung. kata si abang hikss

IMG_1273

ohEmGeeee

Serupanya pulak baker ni buat. hoi mana awak tau camne citer leh order kek Chanel Boy ni RD woiii??

hah ceritanya…

Jap tengok dulu, detailing baker ni buat. almost the same sungguh.

IMG_1267

Yang sampaikan ada bilang, the cake lagi cantik dari the real Boy!

oh kesian kad birthday anak2 nun ada di belakang 3 ketoi. Cam biasa ler kad si adik bongsunya depa ler yang tolong contengkan….

IMG_1284

Ni RD citer ler…

saya pi amik gambar Chanel Boy dari laptop awak, hantar kat baker tu. mintak colour burgundy cam handbag awak, dia tak boleh buat, so similar colour yang ni jer dapat, kira ok ler. dah tu, i bayar ler…

kenyang terus nak makan kek awak nih, RM250!

hahahahah mekasih suami.

Bersusah payah, made an effort to complete my birthday day. Walaupun bini mung pun bukan sihat mana.

Malam tu memang tak potong kek tu, tak sampai hati nak makan, kek tu cantik bebenorrrr….

 

IMG_1298

Esoknya the actual day, a bouquet sampai. Told him in advanced tak yah ler hantar bunga, malas nak turun collect kat bawah…but dia hantar jugak.

Sekali lagi terima kasih for loving me…perkh! cair air. ah dak kira.

ai know awak cinta sayang saya bangat….bini cung deh! hahahahhaa

IMG_1312

Love the details of the gold wrapper bouquet!

IMG_1301

Semoga 38 yang akan terus berpanjangan umurku, bersama suami dan anak2…keluarga. Happily ever after, yang pentingnya, biar bahagia dan anak2 selamat dunia akhirat.

IMG_1285

Kerna tu le muka birthday girl agak tak ceria sangat, ngah demam…..apapun. thanks semua for the wishes. Seronok baca kat FB, IG Keek. Kek tu esoknya aku potong and kirim kat RD yang pi tarawih, orang masjid le dapat. Some pulak mak ajah bawak bagi kawan2 suraunya. Takde le grand mana pun my birthday celebration.

Kek ni flavours choc dalamnya, moistlah. OKlah rasa sedap gak, elok makan masa siang lapar2 tu hahahah ni makan masa ngah full pas bukak puasakan. Ada kek buat syarat jer. Aku rasa total RM250 yang laki aku bayar kat kek, aku makan seringgit je kot hahahhaha, anak2 pun sama makan sorang sekokak sket. coz memasing dah full dek bukak puasa kan.

Yang, nak kek tak buat rasa ni, birthday kek bini awok niiiiii

Taknaklah, ai dah kenyang RM250 makan kek tuh!

Hahahahaha kuajoq, saje je. aku suapkan gak sesudu. buat rasa RM250 kek mahal dia tu kan…

Comment: 10

Chanel Medium Boy in Burgundy for the 38th!

ye ye ye. hari ni my birthday. 38 tahun.

terima kasih. but dah takde le excited sibuk benau heh nak blow2 candles ke bagai. Bulan puasa pun. makan buka kat rumah jer ngan family seperti biasa. Weekdays mar….unless ada event baru makan luar. Sokay, today is my birthday, so kita cerita panjang sikit on my hunting getting the Chanel Medium Boy!

IMG_0773

Chanel KLCC memanggilku…medium boy dah sampai pagi tu jugak. so during lunch break, i pergi buat lawatan. Really wanna get one, coz knowing the Boy is very hard to get. Tapi gambar yang aku amik nih, the brown bukan Boy, itu Portobello. aku suka jugak nih. coz colour brownnya. aku dah lama sangat teringin nak colour brown.

 

IMG_0767

but then, let s display the Boy back, ada green and burgundy. black pun ada. the grey, pagi tu jugak dah habis. laju betul ler pompuan2 ni dapat tau, sekejapan dah habis heh.

IMG_0771

The Portobello ni ler sangat aku berkenan. Yang dedua size pun tak kisah…warnanya yang aku nakkan pun…

IMG_0776

so aku cuba shortlistkan, the same size of medium Boy and Portobello…

IMG_0761

Back to burgundy

IMG_0786

looks like the burgundy it is! why why? coz yang hijau adalah lebih mahal lagi dari burgundy. Udahlah yang burgundy, apatah lagi Boy ler kan dah mahal, inikan pulak nak amik lagi mahal.

IMG_0779

it comes in red too, but sama harga with the green! i have to avoid the red, berderet bebenau handbags merah heh. Udahlah my Jumbo and GST pun merah…so no more merah. Hangpa kalau nak merah, pergilah terkam cepat, tak tau ler ada lagi ke idak, entry ni pun dah seminggu lebih aku beli baru up pun.

IMG_0780

so saya sudahi dengan sessi muka sendiri

tunggu payment. highlight RD, katanya ‘beli je lah, kang memekak kat telinga saya pulak tak dapat boy tuh’

IMG_0782

Siap, wrapped and I is happy redmummy 🙂

IMG_0789

dok situ diam2 ye dak kecik!

IMG_0823

balik kerja bertembung dengan laki kat parking hahahahaha….sib baik ler dah bagitau pun nak beli, kalau tidak memang kena soal siasat ni kang!

Malam tu jugak bukak and buat video utube on ‘betapa happy sukanya bukak kotak Chanel for the Medium Boy’ katanya kannnnnnnnnnnn!!! Bolehlah tengok kat utube tuh the exact colour/bag of the Chanel Boy yer. Keek pun ado. terbagitau harga le pulak! macam hangpa tak boleh check pun.

ok tetiba teringat, aku ni jual le handbags lama, ada yang nak beli bag aku ngan harga RM500, nangis aku wei! bag ribu2 agak2 le dik…

Jul 3, 2013 | My new Chanel handbag bought frm Chanel KLCC yeyyyyyy! Kengkonon hadiah harijadi maaaa by redmummydotcom on Keek.com

So begitulah, hadiah hari jadi untuk diri sendiri but RD funded a bit lar, part of the birthday present. Takkan ler dia kuasa nak melayan bayau ni kan, bukan murah tuh. So inilah bag yang aku dok carik masa kat Milan, sepanjang2 mencari, contact kaki2 nun kat Paris London pun memang sold out everywhere. Dan sudah sangat dijangka the Boy akan sampai ke KLCC, laju je menebeng.

It comes in large size, almost getting it too tapi takde colour yang molek. Tinggal hitam jer. Aku kalau hitam ni for handbag boleh kira, not keen on black.

Dah dapat Chanel boy awak nih, tolonglah cuti rehat beli handbags for 2 tahun boleh?

Eh, ini special case. This is for my birthday ler.

Banyak le alasan….

Baiklah…saya rehat berenti kejap beli handbags. See berapa lama bertahan. Thanks RD coz top up sket and Happy Birthday to Redmummy. blow blow the Chanel Boy!

Alright, bolehlah korang sambung back the birthday wish to me….

Comment: 21