Birthday

My Wed Eyes…

bini sapa lah ni kan, kesian dia tengok kuih cam nak makan tp ado ke duit nak bayau? iskk….bini awak ek?

kesian gak dia nih,mintak muka simpati kat sunglasses merah2 itu…

pakai jer hok brand ni, baling pun x sakit hati harga murah jer….

well ai dont wanna say, but korang nya pikiran sama x ngan aku nya pikiran bila tengok 2 gambar di atas….macam ta alif ha ya tak gambaran kasar itu? opsss…

saya x beli pun, was thinking to get for abang’s mini cake tp kang dia mengomel lak mulut bila tengok gayak gini kek nya.

so ai bought abang with instant cake from cold storage, sudahnya gegirl ngan sirman makan kan 1 slice, the rest aku anto ke sekolah agamanya.

Comment: 30

Abang turns 7 years old on 23 October 2008!

….happy birthday son, gegirl’s brother. Abang is turning 7 years old today, 23 October 2008

He completes our life, abang was born via cesarean weight 3.62kg

on his birthday nite, he s happy with the additional love from Cacha and Bobo

Happy Birthday abang, jadilah anak yang mengenang jasa orang tua, patuhi agama, belajar rajin sikit jangan ingat main kartun psp jer, melindungi adikmu sentiasa biarpun your parents sudah tiada di sisi….Love Abang from Daddy Mommy and Gegirl.

Comment: 50

Bobo & Cacha…

ini adalah kedai pet terkenal di brickfields, tp tokeynya dah tak ingat aku lagi lah. saya kan pencinta kucing dedulu, kuor masuk kedai ni cam aku punya jer. in fact kalo aku travel dedulu masa bujang, kat sinilah kucing2 ku duduk, sehari 20 inggit sewa letak kucing2 ku. dulu tu lam 6- 8 taun yang lampau yer….

3 ekor kucing utk dijual, ada mau? kalau awak kaya awak belikan adiahkan saya yer..saya suka kucing, korang ingat aku datang sini nak beli kucing? isk isk isk….pujukan kami bertiga untuk membeli kucing tak pernah berjaya wpun aku meleleh2 air liur nengok kucing2 nih. apatah lagi abang and gegirl.

Sirman janji umah CV boleh ado kucing..arap2lah. he kept on complaining, kang sofa bercakar (yes betul, umah lama aku dulu masa bela kucing jadi gitu) and umah pun boleh jadi busuk, bulunya berterbangan nanti sana sini, oh betul. tu pasal aku kalo masuk umah orang yang ada kucing, laju je idung aku membersin. kadang2 tuan umah pun x pandai nak jaga pun ye gak, aku kadang2 balik ngan baju2 aku penuh ngan bulu kucing ater dah sofa nya lantainya penuh ngan bulu kucing kan…iskk, kalo baby ada asma ke anak2 ada asma infact aku yang ada resdung nih mmg tak tahan lah ngan umah gitu. tp saya x dulik ada resdung ke hapa nak gak bela kucing.

cutenya anjing2 nih, alangkan the muslim x boleh nak membela.

introducing you Abang’s Cacha

n Gegirl’s Bobo

we decided to give abang’s birthday present a bit early. ini x plan langsung pun, sambil2 tunggu abang abih tuition, kami dok pikir apa nak bagi dia, so sirmanlah beria nak bela hamster lgpun abangkan pencinta binatang.

aku pujuk sirman beli rabbit nih, lawa manja lak tuh, RM60 tp sirman x nak. iskk susah tol laki aku nih pakai kuasa veto betul. kucing x leh, rabbit x leh. ikan hamster boleh lak!

patutnya kalo dah 3 VS 1, kami bertiga lah yang menangkan….ini asik sirman je yang menang tau. hangguk2 lah kami ni dok ok lah sirman. oklah daddy.

dalam kedai nih pun ada jual memacam, burung melambak bersepah2, pilih jelah mana yang korang nak. tp ai x nak bela burung, kecik2 dulu along aku ada bela, matilah pulok depan aku. ke aku yang ‘lastik dia’, hey ai was sooooooooooooooo small ye masa tuh.

abang’s birthday is this thursday,23rd october 2001, the 7th year old

the moment abang dapat jer hamster betina nih, namanya dia letak Cacha, and gegirl lak banyak lorat woo, memula dia pilih nama Airin, hamster gegirl tu lak jantan, so haruslah nama jantan sket kan, so dia letak nama adalah 2,3 types, Mike lah Upin pun x nak, last2 jadi Bobo…itu bapaknya yang recommend pasal penat nak memikir nama nya…so jadilah Bobo and Cacha.

sekor hamster is RM25, baka apa tah, kata baka baik..campo ngan umah and makanan and serbuk2 dia tuh jadi RM115.

Aku dah cakap awal…mommy boleh memain sama tapi jangan nak suruh mommy yang kemas, jangan nak suh Aunty Fifin yang kemaskan yer…ini kamu bertiga punya project n sila letak the hamsters di yard. kalo bela kucing, lagi sonokkan..

takpelah…as long as our method to bela hamster nih nakkan anak2 ada sikap penyayang pada binatang and responsible to their own pet. though ni birthday present abang, mestilah jugak kena beli sekor utk gegirl, bukan saja x nak dia menyentap tp x naklah hamster tu dok sorang2 x berkawan (rex – yang ko bagi aku dulu tuh namanya tikus putih, bukan hamster)

Itulah cerita ahli keluarga terbaru kami – Bobo and Cacha….

Comment: 28

Happy 4th Birthday Yaya

posing bertiga dulu depan McD Jalan Genting Kelang yer anak-anak…

baju n legging ku itu dari butik ttdi, baju is RM69.90 legging is 29.90 murah jorr, aisay pi je lah ttdi, mesti korang leh jumpa butik ni

birthday party invite from Myasefia for her daughter’s 4th birthday – Yaya (wah sebaya ngan gegirl gitu)

Mya – itu hadiah yang gegirl pilih and tolong wrapkan jugak, maaf kalau tidak menepati citarasa Yaya, but Gegirl cakap ‘Yaya mestiiiiiiiiiiiiiii suker’ – like she knows yaya so well lah pulakkan.

the space is not that big, but the invite pun x ramai sangat..senang nak control

aku pun nak buat ginilah tp kang kalo aku limitedkan invite aku ada yang makan hati merajuk, adik beradik anak2 buah jer dah berpuluh

the kiddos pun senang nak control, main one simple game…

yey! team abang and gegirl menang! sorry yaya, you are the birthday girl but kasik can lah anak2 aunty merah menang yer

birhtday cake!

cutelah tengok bebudak reramai nih, suci jujur je muka memasing

happy birthday do Yayaaaaaaaaaaaa!

oh saya hanya menonton dari kejauhan…bontot ku malas nak membangun

cake from Secret Receipi

kids photos with birthday girl

amboi suka nya diaa..

sebaya, leh kawan kamcing nih…

alahmak gegirl nampak tinggi sangatlah pulak ngan topi tuh

aa…baru cam geng purple gituuu

PURPLE THEME! tu pasal aku gigih gak carik new purple’s blouse, thanks Mya for the invite

she s my fren…orangnya baik cakap lembut. kalau ada yang x suka dia, samalah jugak dengan konsep orang x suka aku, tapi kalo ko x suka dia, perlukah aku mengikut jejak.

Mya x de hal ngan akak merah. sama lah jugak konsepnya kalau ko x de masalah ngan aku, motif ko pi jadi anjing tersepit ikut cakap orang yang x sukakan aku? wah…sangat lalanglah kamu kerana tiada pendirian 😛

n kalaupun red diva kena pakai purple with little diva, the 2 boys haruslah tetappppppp pakai merah! gigih aku tetapkan kaler baju measing yer..

pelajaran kita hari ini, kalau awak x suka Kak Ton (ni contoh) jangan saya dihasut2. biarkan saya berpikir sendiri.

pelajaran kedua, kalau awak pula dihasut, tapi sejujurnya awak takde masalah sama Kak Ton, hubungan kamu baik, janganlah ko bodoh pi ikut cakap orang. tp kalau awak dihasut and awak ikut hasutan orang tuh, nampak nau lah ko yang bebal.

ingat ye adik2 anak2…..

jangan juga anda cuba menghasut saya, kerana saya hanya akan judge base on my experience…

so far x de sapa pun berani nak menghasut aku, kerana saya sangat kuat dengan pendirian saya sendiri, tp kalau korang kena hasut benci menyampah ngan kak red mummy nih, oh that s not my prob anymore, that s your prob hiks…

berbelit2 ke aku cakap nih, bantai korang lah…huhuuuu

Comment: 20

Sirman’s Birthday Dinner…

skip cite lain dulu, kita terus ke nite of sirman’s bday lah yer..pastu kang kuor lah cite2 Bobo Cacha so on ok…

so after maghrib, we as 3 of us should bring the birthday daddy for dinner, tanya nak makan kat mana  sirman dok pikiak x udah2..iskk leceh tol pakcik nih.

ai drive n will take you to the dinner place

where to?

dont ask…(mana ler aku nak bawak birthday boy pi dinner nih, senang2 pi hajris ke sri melati pun sodap!)

kekdahnya aku pun x tau nak bawak sirman ke mana…but ai told myself, the first restaurant yang aku nampak, ai will stop and itulah tpt dinner nya…so dah sampai masuk tun razak pun tak tau gak nak makan kat mana nih..n yes, aku nampak fisherman restaurant kat ampang park, hapa lagik ai buatlah u turn parking depan restaurant lagik…bih cito!

family photo first yeah

ada orang tu kan, sakan berjalan kulu kilir baru sedo homework x siap, hegeh2 lah dia menyiapkannya

aku snap gambo pun dia marah ‘mommy, jangan kacau lah!’

gegirl x acik, ngelat tau! dia mintak tlg abangnya siapkan sama homework dia..

my seafood soup

terbalik aaa…35 aku nak jarikan, tp kena tengok version terbaliklah

aku makan soup ku sorang2….lelain dok main psp pusing satu restaurang. sonoklah pulak makan kat sini orang x ramai, ada sekapel mat saleh ngan bila kami ngah makan pun baru ada 2 couples

sambil aku makan seafood soup, aku dihiburkan oleh penyanyi dan penari undangan HEY MICKEY

sirman’s plate itu ada udang2 bakar2 donno, ngan salad

our drinks

sirman is latte mine is hot choc gegirl ngan abang kongsi orange juice, x leh num air banyak2, kong2 batuk kang, dahlah memalam nih

my solomon, tp nasi tu sirman yang ngamik abihkan – yes ai m on diet, stillllllll!

abang’s fish n chips,

gegirl kongsi udang ngan daddy

n sekali lagi kami bertiga specially birthday daddy dihiburkan oleh penari dan penyanyi jemputan Red Family – singing Hey Mickey!

we went back home, sampai umah at 845pm, simple and easy birthday

Closing entry for our beloved Sirman, Happy 35th Birthday….

next, Abang’s Birthday 🙂

Comment: 18