Birthday

2 Birthday presents for our 2 big kids…

this was few weeks punya cerita bila I masa tu belum lagi beli my cordless vacuum, balik kerja terus nak pi carik vacuum tu lah kat area rumah, ada 2,3 bijik kedai letrik situ. Tapi semuanya takde cordless, there s one shop but ada satu jenis brand je dia jual. So kedai terakhir aku masuk was ni lah, SenHeng. Nampak macam meriah je dalamnya, rupanya depa tengah buat sale kaw kaw, macam moving sale ler.

Banyak barang dah takde, nampak benaulah macam dah lama je gaya sale nih. So I terus rasa macam hem…I should get something lah for my 2 anak yang lom ada aircond tu.

IMG_2004

Tapau bungkus 2 bijik terus…

laki aku dok cakap kang tak muat keter tu, compressors 2 bijik tu besau. Ai gigih la u…takkan ai tak timbang kati ukur check out ngan bebudak SH tu kan…

IMG_2007

ini rasanya purchase paling laju, less than 15min, dah bungkus siap sampai rumah. Purposely amik different brand for both.

Frankly speaking aku tak tau harganya murah ke mahal, coz for me dah depa buat sale and moving sale some more and banyak stock abis, so kira murahlah kot.

well actually dedua bilik abang kakak memang lom ada aircond (cabling memang dah siap ada kita dah buat), reason being laki aku dok nak ajar anak2 ni rasa susah sket, rasa tak sejuk haahha, tapi depa punya kipas masa takde aircond memang  bantai 2 bijik lah, kipas ceiling lain and kipas stand pun lain gak. Dulu kita dok condo tak berapa panas, itupun memang ada aircond for all rooms, so jadi cukuplah kot dah setaun lebih dok Red House and depa pun dok asyik menempel je kat bilik aku untuk dapatkan aircond so I rasa beli teruslah.

Masa beli ni pun aku wa laki aku dok kabau dia, memula macam dia hem hem la kan, but i said for their birthday presentlah (being mak yang shopaholic, ada je alasan!!), so approval dapat and tu yang terus bungkus.

Abang helped me angkut kekotak 4 bijik tu dari dalam kereta to the depan pintu rumah jer, yelah bagak2 tu kan, kena tunggu apaknya.

IMG_2031

by esok paginya gak, our usual aircond abang and his assistant datang rumah and mulakan process pemasangan. 2 bijik airconds tu pun makan 5 jam gak pasang, tak termasuk waktu untuk mengemas, vacuum and mop balik. But hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaa…..sonok abang kakak. Sukati aku je lah cakap ini birthday present depa, harga pun seketul seribu lebih kot 2 bijik dah berapa pun kan so just nice je lah.

Kakak’s birthhday is tomorrow – 9 September. Just nice her UPSR finishes today. She started early (last Thursday for sekolah cina), yet sekolah biasa lain baru start Monday baru ni kan. But she still cannot horey2 coz she has UPSRA on early Oct, that s dia so looking forward sangat.

IMG_2029

For abang, his birthday is end Oct and beza sebulan so boleh gak lah ni jadi birthay present korang. Depa pun memang mintak sangat bila lah mak paknya nak pasangkan aircond. Siaplah bill letrik apak korang nak menyetteled. Hiks…so far untuk sebulan punya bills with 2 new additional airconds masih lagi reasonable. yang paling memanjang menyala is my bedroom, itu wajibul sangat untuk on sentiasa at least waktu malam, siang kita kerja bukan ada sangat. But weekend hehehee…memang lenjan.

So well, anyway, speaking of cerita cordless vacuum tu kan, i bought kat KLCC at RM700 kan, baru ni aku gi AEON Maluri, jumpa sebijik same model, omeng, hang tau harganya berapa…..silalah tengok sendiri. Nasib baiklah sudah akak beli sesiapppppppppppp dari KLCC (thot harga kat KLCC lagi mahal rupanya lagi cheaper!!!).

IMG_2661IMG_2662

Esok special entry for my daughter, she s turning 12 years old and sudah boleh buat MyCard. Yey 🙂

 

Comment: 3

Chanel for my birthday…

IMG_8343

i went down pagi on my birthday, ado all these…

bunga ni aku suspect laki aku beli kat florist, bukan yg florist hantar coz pagi betul ada kat meja makan hah…on 11th July tu hari bekerja but both of us amik cuti, quality time. Bebudak pun dah start school too

IMG_8345

dia siap2 letak bagai pastu dia pi sambung tidur hahahaha, bijak bijak. Kalau tak silap aku malam sebelumnya was the final bola tu pasal dia kena qada tidur. hemm….anyway bunga tu, dah bape taun bape kali celebrate dah aku cakap, jangan bagi lagi dah bouquet2 ni, aku dah tak nak. Aku nak bunga berpasu sudah. Tapi kalau takdak pun takper, dah tetua ni tak heran dah sume ni pung…tapi adiah ye, alwajib ehehhee

IMG_8372

kek pun ada gak, tapi petang tu ler dia pi beli. Yang sonoknya dia beli kek coz his BFF is coming to our house that nite, depa datang all the way from Jakarta and raya kat KL ni so harus ler kita menyambut malam tu, hari lain kang laki aku takde pulak, so takpelah malam birthday aku pun no hal. Lagipun Zeeshan sangat ler pencinta chocolate cake tu yang laki aku nak gak beli. Sebelum tetiup segala, dah kena potong sekokak coz Zeeshan tak sabar sangat nak makan, his fav indulgence flavour nih.

Banyak kali kalau dia cakap nak choc cake kita kena beli indulgence nih, kalau hok brownies yang aku buat tu dia makan gak but idok le aku nak bake hehari heh…

IMG_8398

We served nasi ayam and bihun goreng. The Jakarta frens, tiap kali aku pergi Jakarta pun mesti jumpa depa and if they are in KL pun depa mesti datang our house.

IMG_8420

The blow blow cake but Zeeshan yang terlebih dos untuk dia coz he ingatkan birthday dia ler kan

IMG_8438

Dedua laki yang susah badan nak naik pastu bini bergempal2 herhehhehehe…

IMG_8445

Rememer aku ada pakai baju Prue Fishtail from Blubelle nih, so malam depa datang on my birthday tu aku pakai balik tapi this time aku match it ngan my reropol long skirt, in black too…

you should see the red reropol skirt nanti, one day ai melaram

IMG_8349

 ok iklan, part of mak’s job hahahaha tengah rumah orang ke mana tah nih, susun kain baju kotor

 IMG_8931

so so this is my birthday present, officially.

I want an iphone 7 but belum keluar lagi so tu kita simpan during the anniversary lah, jadi bila suami tanya apa mau, aku nak persian cat ler. Sekoq je nak pun. Yang 9 ekor punya cerita will be in different entry ye.

I got a new Chanel 🙂

2 months old, female. My husband bought from donno who lerr, if i m not mistaken dia contact sampai 11-12 sellers. Ini first time kami beli kucing, tak pernah dalam hidup aku kot dapat kucing belian, biasa kucing2 orang bagi, tak kira le persians apa pun.

Cuma masa dapat, seller tu hantar datang dengan baldi jer, pastuh tak groom bagai, telinga pun ya tuhan kotornya, mandi jangan cakap le kan.

IMG_8915

so for now, for Chanel, i m her mom lah. Dia akan mengekor aku 24jam. Kalau aku make up sejam, sejam le dia dok kat kaki aku, tunggu dok situ. Kalau aku turun, dia ngekor sama, kalau aku masak, dia pun dok kat dapur sama….she sleeps with me but when my husband balik, she will transfer her dalam bathroom (she is still new for the house so kena belajar pakai pasir in the bathroom first, new kitty to new home memang macam tu)

IMG_8906

isn’t she cute????

IMG_8938

mengerekot ko yek sedap betul dalam aircond

IMG_9264

since dia baru je 2 bulan, aku memang bagi susu lagi la, susu kambing, sume bembarang kucing aku beli balik dari pet shop, terus jadi member to 2 petshops near by my house. Dia belum vacci, will send this later coz tengok weight dia tak boleh lagi untuk vacci. Kuku dia aku dah ketip, mandi je belum lagi, rasa nak amik cuti betul sehari to groom dia, sesusah aku panggil je service grooming tu datang rumah (yes i did already hahaha).  Cos service depa tu lagi complete, tu kemudian ler cite ye.

Pasir pulak aku pakai pine wood, memang mahal, seguni bag tu je RM45 but it s better than pakai the usual pasir. Lagipun aku ada sekor je so takpelah invest mahal sket for her, tak payah banyak keje, senang tu satu hal. Kalau pasir biasa tu leh dapat 3 bags at RM50 but tu kalau banyak kucing senang ler. Setakat sekoq ni je pung…

Food pulak dia makan blackwood, wet food aku belum bagi lagi, ngah timbang kati the best one.

Reason ai nak bela balik kucing (walaupun banyak stray cats yang kita bagi makan gak), coz kalau dah pencinta kucing, tak leh le nak hilang ke mana. Last kita bela pun masa aku pregnant, so many cats yang kena gave away, depa pun semua persians. So i need one indoor cat, lagipun yang kekucing lain tu sume tak masuk dalam, depa kan dok ka porch (once a while je depa dibenarkan masuk pun), lagipun sharing the same hobby with my kids, suka kucing, specially my anak sulong yang penyayang benau ngan kucing.  Suami pun dah terima hakikat, tu yang dia hadiahkan this cutey.

Cuma tu lah, nak kena beli all the scratches tiang bagai segala so dia tak boleh nak mencakar kat sesofa hakak ni….

IMG_8994

 

Because she s still bebaby lagi gitu kan, yelah 2 bulan, so dia dok tidur pun macam nak kena dodoi2 gitu. kalau tidur ngan aku kan, if tepuk2 badan dia ha kejap je dia tidur, tu dia suka. Ini dia tidur kat peha my bff’s punya anak, tidur2 terlentang tup2 dah berdengkur. I hope she s gonna be manja, senang dijaga sumenyalah.

That s my beautiful Chanel.  Thank you suami for the birthday gift.

Comment: 6

I m 41!!!

Sampai kena sound bila nak update blog LOL.

Sorry ler, ai is cuti2 lama sket raya kali ni, hari ni pun masih lagi cuti gak, special day, it s my birthday ler today.

Tapi nothing special, perabih 2 hari dengan melipat berlonggok-longgok kain baju yang dari sehari sebelum raya sampai la ni, cuci kain baju segala etcs.

Tapi istimewanya gak, Kak Red tengah beranak 10 sekarang nih.

FYI, Aminah dah dekat 2 weeks tak bebalik, hilang ke mana ler dia. Tinggal Cathy je ler kan.

So yesterday akak wished nak bela kucing persian sekoq je pun…tup2 menjelang tengah malam, ai dapat sampai 9 ekor! dari 2 ibu, ibunya pun ada sama hah. 4 kittens baru lahir dalam 10 hari, lagi 3 kittens baru lahir 2 hari lepas. So apa lagik bersilat le akak kau hah ngan 10 ekor kucing serentak datang. But tak mungkin ler akak bela semuanya nih, i ll let go coz banyak sangat nih, akak tunggu depa habis susu je, skang masih lagi menetek dari dedua ibunya nih. But tak semua ni persians pun, ada yg beranak 3 tu je yang macam mix persian. Camne akak dapat bagai segala, tu nanti kemudian ler kita cite yek.

apapun, thanks korang for the birthday wishes, nanti ler akak update blog lagik, sok lusa dah kembali ke asal. Insyallah.

Salam raya korang….

Comment: 0

Isyraf Zayd’s Birthday Bash…

IMG_9165

you know orang belakang tu kan, dia tau dalam tu ada present, hadiah birthday for a little boy. So dia tau jugak his job untuk bawak the gift, tapi over pulak bila dalam kereta langsunglah tak nak lepas tangan walau sesaat on the paperbag. Matanya pulak kan dah mengkuyu sangat. Actually mata aku pun kuyu sangat gak, ngan panas berdentingnya pastu dengan jem nya. satu package sangat.

IMG_9170

sian Shan, menahan mata dia. Aku suh gak tak yah le adik pegang paperbag tu, still dia tak nak jugak.

Kalau macam ni aku tak caya dah lah if dia boleh dengan rela hati nak bagi hadiah ni buat birthday boy

IMG_9177

even he bertukar position pun masih gak sama tak nak dia lepaskan the paperbag. Pastinya pasnih ada le drama hadiah birthday

IMG_9199

Blue and purple theme but macam blue je lagi banyak ni

The little boy is Isyraf Zayd, turns 1.

Ko tau tak dulu masa kau dalam perut mak kau, sikit lagi mak kau nak terberanak terkejut dek kita buat baby shower untuk mak kau. Hah ko baco tak ni Isyraf?? Skang dah setahun ko yek, Allah selamatkan perjalanan anak kecil ni, sama2 dalam kasih sayang abang and kakak2 serta ibubapanya. Happy Birthday Isyraf Zayd

 IMG_9192

Jentik gak lidah Yanok ni kang. my GBM heroin dah habis bebas dari dunia pantangnya, that s the little Jalil. This photo ni kena photobombed dek yanok tu, aku nak pose kejap je le ngan laki aku coz dia hanya datang joined dapat lepak for 30minutes jer, pastu he left me and Zeeshan kat sini, he kena balik untuk fetch my 2 big kids from the tuition to the badminton session.

Ada benda boleh ponteng but ada benda tak boleh ponteng, for eg badminton tu depa berkira sikit tak nak ponteng, suka sangat ngan badminton tu kan. So since my gang2 are all here, laki aku pun tak kisah le rush balik jap.

IMG_9209

 ha kan ada gang kat sini, all 3 GBMs pun ada ngan package anak memasing. Anak aku ni dah paling bagak, hujung tahun is already 5 years old. tapi manjanya kepalang, kalau nak berdukung tu hadoih…(i have to mention dia punya meraung kat sukan sekolah dia, oh my satu wetland leh dengau tau).

Ko ingat mak kau tu gergasi, nak patah pinggang aku kendong dia, dah apaknya takde kan, kalau tidak memang tak sanggup le aku. Lama pulak tu dia melekat macam nih.

IMG_9222

The GBM and the host, Liza. My super dear frens. Complete sudah dulu 3 orang kita ni (except yan lah) anak semua dah bagak2, lepas tu one after another pregnant. I remember lepas je aku pregnantkan Zeeshan, Yan and Rose pulak joined the club. Dan kemudian Liza amik batton nih. Begitulah rezeki memasing dah kertu (except Yan again hahahaha).

IMG_9228

So anyway, anak ai si Zeeshan yang tak geti nak turun jejak tanah asyik melekat macam nak masuk dalam perut mak nya balik jer, sebenarnya merajuk coz hadiah untuk birthday boy kena bagi. habis tu takkan ko nak simpan pulak. Dahlah dia pegang pastu dia nak bukak hadiah tu kekdahnya, mana le boleh. Ada aku belikan adiah untuk anak aku gak but aku sorok simpan kat dalam kereta satu lagi (for that week kita kena pakai keter sponsor), so memang takde le barangnya.

Hok yellow, wrap ngan Toy’s R Us kuning tuh, yang kita bagi, sian Zeeshan. alah dik ko nih, semua toys ko nak tau.

 IMG_9235

macam proper je amik gambar ni,  behind the scenenya ko tak tau hazabnya hoh. Aku dah lah makan pun blom lagik, dari tadi dok memborak jer…

IMG_0546

begini hah Zeeshan, dok meriuh merajuk nangis bagai. Merengek2. Dia bengang hadiah yang untuk birthday boy tu kena bagi,

Tau le bahang petang kan, dengan anak ko mengamuknya, dengan nak berdukung, rambut dari lelawa terus aku mintak getah nasi lemak tu kat waiter D’Saji nih. Itupun Zeeshan ni dok melekat macam ni lama betul tau.

Dah ok sikit aku ajak dia pi carik his food, ada potato wedges yang dia suka nak makan, pastu dia dah mula nak borak2 sikit ngan anak Rose, Myra. Selamat le sikit. Baru le aman mak kau nak soksek..haih

IMG_9237

one of the ex K 🙂

IMG_9244

But i love this one, satu kaki punya kain kot hahaha…Ini Zeeshan dah good mood and dah horey jugak pastuh bapaknya datang semula, terus dia mintak apaknya dokong and bila nak snap gambar ni terus dia hug Uncle Azmannya. hiks…Azman is Liza’s husband – Isyraf’s father. Baju depa berdua corak sama kau hiks..almost the same lah.

So that s one of my Saturdays yang kena keluar rumah (i wont go out if not coz events pun), kalau nak shopping def not Sabtu petang gak. Tapi pastuh aku rushed gak pi KPJ Tawakal, visit my anak buah admitted. Dah discharged as of now (alhamdulillah), then pastuh rushed pulak kami amik anak2 from the badminton session.

So event birthday ni the host buat kat D Saji yang kat Felda tu. First time gak aku masuk situ, biasanya kat dewan yang besar wedding tu kan. Not bad lah, food wise pun sedap, my fren was charged RM29 per person, i think ok dengan food nya dengan ambience. Of cos lah ada indoor and luarnya, pun ada kipas but buat sengsiang mmg ada bahang. Nama pun msia mar..paneh tu wajib. Tapi kalau buat akad nikah, birthday, just gathering pun molek la sini, so highly recommended, thank you Liza babe for inviting us to your #IsyrafZaydIsOne .

Comment: 7

Our little dinosaur….

 

IMG_9498

jarangggggggg yek aku nak amik gambar ootd bagai kat cermin umah. But that day exceptional case coz aku nak ajak Zeeshan bergambar ria sebelum kita pergi sekolah. Tapi dia tak nak, so biarlah mak kau jer…

IMG_9500

tapi tetiba dia mencelah hahaha

dapat le snap ni satu jer. Perut apak kau, kasi cover sikit.

Ini costume yang hampir 3 minggu ke sebulan aku ordered online dan sangatlah aku teruja untuk beli coz anak aku ngah stage suka dinosaurs.

Ayat teruja fuiyoo.

IMG_9507

Kek Zeeshan, dengan flash – dari cikgunya

tema hari tu ialah dinasours

IMG_9508

ini dengan takde flash. ada 4 ekor dinosaurs, rerumput pokok hah complete. Aku tempah dari kawan aku yang dah bertaun jadi bakers kami anak beranak. Dengan dia senangnya, kalau malam ni esok ko nak kek, insyallah laju jer. Ini pun kawan aku terus hantar ke sekolah, so sebenarnya aku tak tengok pun kek ni actual, aku pun tengok dari gambar2 jer. Tapi dapatlah makan, sedapppppppppppppp bangat dong.

IMG_9549

The goodie bags bagai….tapi goodie bags untuk aunties short pulak dalam gambar ni, depa dah amik kot. Eh entry ni boleh keluar coz depa dah selamat pun buat event ni last week. tu pasal aku selamba je kuorkan entry goodie bags few days ago. Ni pun aku tengok dari gambar je gak. Aku tak join the event pun. Tu pasal gambar2 ni sizes macam cinonit je kan

IMG_9542

waaa ini dia my little dinosaur dengan keknya. Ada video happy2 bday bagai, Allah selamatkan kamu, tapi aku hidok le macam biasa kan tak rajin nak update sini. Janji mak dah simpan save untuk kenangan. Walaupun mak kau takde di tempat kejadian. Set2 topi merah mask merah tu pun kita provide, paper plates cawan pun kita provide gak yakni the memerah.

IMG_9533

tapi ni memang win ler, siap ada sessi YB bagi adiah kat rakyat jelata tu!

he gave the goodie bags to each one of his schoolmates. Girl ni is one of his fav frens, nama ni je sokmo aku dengar dia sebut, with another girl

IMG_9538

kita supplied ngan nasi lemak, kuih muih and bihun goreng. Laku bihun rupanya ni, anak aku susah betul nak makan bihun. tengok dia je yg makan kek. Mee goreng or spageti dia nak ler, payah bonar le nak makan heh. Tapi at least ada food yang dia dah boleh nak makan bila pergi sekolah ni, abis tu dok reramai makan bagai kan, hah jadi seronok le.

Contohnya abang, anak sulong aku tu, ada yang dari kecik payah betullah dia nak makan tapi bila dia besar, specially dah teeenager ni, lagi le banyak dia cuba  makan coz kawan2 dok ajar. Dia tengok kawan makan so dia terpengaruh, hah baru tau sedapkan.

Aritu pun aku ajar dia makan apa yek, muka food tu buruk, aku paksa, semua rasa, korang kena rasa jugak, baru judge sedap ke tak, sesuai ngan tekak or not, hah apa lagik, bila dah ngap, terus berngap2! see ini ler contohnya, tapi nak suh bebudak kecik cam Zeeshan ni mencuba, agaklah payah.

IMG_9540

pengantin bersuap2 lagi….tapi kek ni memang sedap ler

IMG_9561

thanks Dee and aunties lain yang look after Zeeshan. Lawo cikgu Zeeshan nih 🙂 . This week anak korang dah cuti kan, tapi anak aku this week masih lagi sekolah, final one. coz depa started lambat masa awal taun tu yang cuti pun extended 1 week baru start.

 

IMG_9467

ini malam sebelum his birthday, abang kakak dok teased je dia. sian Zeeshan, tapi dia nak le maknya amik gambar dia ngan costume ni. so dia ajak aku pi kat living area, pun abang kakak dok mengintai gak. eii menyakat je le korang nih. Ini dia dok kibas2 ekornya ler. hahahaaa, ada ke abang aku cakap (from the photo), buaya idup worr! oi Dinosaur le.

IMG_9468

ada pulak yang cakap macam dragon. abangnya ler, so dia dok jejerit nak nangis, no noooooooo ni dinosaur!!

IMG_9475

hah ni dari sisi kepalanya pulak. Suka betul dia dapat nih, tak larat dah mak nak beli lagi costume ko dik.

Masa pergi birthday dia tu, dia pakai baju lain ler kat dalamnya, and half costume tu aku ikatkan lah.

At first dia malu le tak nak pakai, tapi nak tapi tak nak. But bila birthdaynya tu cikgunya pakaikan, terus dia excited dapat pulak kenkawan dok puji2 wow wow wowwwwwwww kat ko kan, of cos le kembang bagai.

IMG_9474

Jadi sapa2 lagi nak sewa costume dinasour ni (yang ada gak kata macam buaya and dragon) bolehlah datang kat akak gak hahahahaa, dah jadi macam supplier betul. Last night kita pi tengok the premier of the Good Dinosaur, pun dia bawak sama gak, tapi tak pakai ler (speaking of that move, ada banyak huru hara terjadi, insyallah aku cite kat sini).

Semoga tahun akan datang, Zeeshan akan pilih costume lain pulak ler, tema Hang Tuah pulak boleh tak, senang sikit keje mak kau.

By the way parents tak boleh nak join the birthday event kat skul, depa punya regulations. Cuma aku terkilannya kat BB outlet lain, boleh pulak parents datang. Member akak siap bawak clown lagi for her daughter’s birthday kat BB.

 

I did mentioned this la kat BB pun takde feedback yet. Takde le aku make noise napa le tak boleh parents join kan, but rerata most of the kindies boleh je parents menyelit sama untuk special occasion nih. In fact ada BB outlet lain pun boleh. Heharap, consider ler, rules undang2 ni ciptaan manusia, jadi pasti boleh diolah dan dipertimbangkan.

Kan BB? ..additional 2 orang adult jer or maybe 1 of the parents jer, and bukan sepanjang hari, max pun 30min kot.

Comment: 3