Cat

My 5 assets…

IMG_5510

gebu nor?

tak gebu….tak gebu bila diorang mandi. fyi, kucing2 aku sume mandi once a week, hari jumaat. wahhhahahhaha….korek2 telinga pun pagi jumaat gak. kira sume mandi lulur spa bagai hari jumaat lah… bila mandi sume jadi kucing paling kering dan kontang. bulu je ke main gobu….

berbulan2 gak lah aku ada bagi diorg additional menu. sian ko asik makan Iams jer…tak cemerlang reddy nak makan. Reddy tu lagi dah makin jemu coz dah bape taun ko asik Iams, so aku beli makanan bertin2 yang macam ko nampak kat pala Reddy tuh.

Setiap hari hanya pada waktu tenghari sahaja kita bagi makanan dalam tin tuh and campur together kacau2 ulam sekali ngan Iams yang kering. for Mozel and Reddy sorang satu mangkuk, tak boleh share. pala dedua besau.

For triplets pulak satu mangkuk besau dikacau2 yg sama gak, depa makan dalam cage…

IMG_5533

selesai makan, lelima kompem tidur lena 2,3 jam! kenyang sangat2…..

sebab tu lah waktunya triplets akan duduk dalam cage, bagi diorg tidur kaw kaw, budak2 lagi kan….bila dah petang baru diorr kuor berjimba pusing satu rumah…

IMG_5525

Mozel pun akan terus tidur, dia ni tidur pelik sket, dari kecik sampai dah tua ni pun tidur dok mengangkang je kaki belakang tuh. Mozel ni jantan and dia masih lagi musim nak mengawan but takde betina so entah dia mengawan lam mimpi kot hahahahah….

dia rapat ngan aku, ke mana aku pergi dia mesti ngekor. kadang2 dia ngah tidur pun dia nak dok bawah kaki aku kalau aku ngah kerja depan PC…

asal dia tidur tu dia nampak bayang muka aku pun dah cukup heaven lah to him.

IMG_5537

Tapi Reddy pulak lain sikit. dia suka tidur carik tempat aircond. kalau aircond tak berpasang, dia akan masuk bilik Gegirl or Abang and tidur bergelaplah dia dalam bilik tu sesekor….masa aku carik dia yang ngah bongkang, Mozel pun ngekor sekali…

tumpang tidur sama sebelah Reddy, tapi tak leh lama, bukan dia leh ngap pun si Reddy tu so kejapan nanti Mozel akan kuor and carik balik mana muka mak merah…and kat situ dia sambung tidur.

kira kat rumah aku pas diorg lunch, itulah waktu terbaik diorg tidur lenaaaaaaaaaa huh. syok or.

IMG_5955

di malam lain, oh reddy tidur sebelah daddy! ehehehhe….

nikmat bela kucing ni korang tak paham, hanya aku and abang je yang paham haahhaha. Gegirl biasa2 jer, Sirman lagiiiiiiii tak kuasa!  Pencinta kucing je yang paham….

Comment: 58

You asked for cat’s entry :)

IMG02922-20100930-0837

very quick one…waktu aku ngah bersiap2…sekor2 akan datang menggesel. tengoklah pagi tu sapa punya turn kuor cage, either triplets + Reddy or Mozel sahaja. That s Ams yang menyendeng, sebelum tu si Paris dok naik rimas aku dibuatnya apa le yang ko nak. rupanya ngadu telinga kebas….semua pagi2 kena korek telinga pagi2, Fifin memang rajin menibai telinga depa kasi kemas. itu kira baik fifin yang korek, kalau aku korek, lagi dalam macam doctor pet tu ajar. tak rosak nya telinga depa, coz doctor dah prescribed cara yang betul mengorek telinga kucing.

Pagi2 dah bagi diorg exercise lari satu rumah, dok balik dalam cage, turn Mozel lah pulak kuor. Reddy memang sentiasa 24jam di luar skang nih, dia kan queen of the cat in our house. Reddy is the most diva queen lah, muka sombong toya pun macam tu gak lah dr kecik sampai dah jadi mak-mak….!

image

tq to Tuah, one of my readers. dia nak sangat aku tunjuk bukti kita boleh meng’kasi’ kucing dan anjing supaya tidak terbiar merata-rata… oh aku blom spray lagi si Mozel. nan ado masanya heh….skang ni musim raya je kan, so takpek sangatlah nak pi bawak pet shop. tapi rasa macam nak suh vet datang rumah jer pi cucukkan vacci budak2 nih…aku ada satu je big carrier, bayangkan nak bawak 5 ekor pi vet huhhhhhhhhhhhhh!

vet tu takde lah jauhhhhhhhhhhhhhhhh, tapi membawak 5 ekor at 1 time, dahlah kita bukannya boleh kuor tetiap hari, klinik tu bukan bukak memalam, so agak masalah. weekend pulak dia bukak sampai jam bape je waktu petang, yet petanglah waktu yang kita nak berkejaran ke vet gak. eh al kisahnya aku ni bila dah beranak 5 ekor kucing hah memang harap2 lah sangat kalo vet tu datang umah jer buat vacci.

standard je lah, bagi ubat cacing, ubat vacci depa…tapi tak tau lah bape yang kono. ater dari mengendong bawak 5 ekor in one time…… baiklah ko datang umah aku jer.

Comment: 19

Hilang Ams for 12 hours…

IMG02706-20100913-1847

OMG! Sometimes Gegirl is soooooooooo cute!!

she s so wanted to have a baby sister, to look after….so dia berangan bawak Ams jalan2 satu rumah. mana betah budak tu nak duduk lelama, and stroller tu pun kejap je pakai dah terkoyak pun hehehehe.  Kalo tak silap aku ini baby doll nya stroller yang ke 3 or ke 4 utk gegirl.

First time dulu dia pakai masa kat Beijing, mengamuk merajuk nakkan jugak. dah beli tu sudahlahkan, tapi masa nak naik flight dia insist jugak tak nak stroller tu masuk lam luggage. so kedek2lah dia jalan masuk flight ngan stroller tu dia menolak sambil dolly dollnya dok dalam tuh..orang menengok pun gelak jer.

hai Gegirl…

IMG02740-20100914-2309

anw tetiap malam depa berlima menemankan aku berjaga blogging. tp biasanya Reddy Mozel takdelah nak mengempet sudah, diorg dah besau kan. but the kittens memang mengekor je bila kau ngadap pc…ini aku ngah buat keje betul2 si Ams ni menebeng kat muka pc tuh…kalau baran aku datang, orang lagi nak cepat, aku masukkan jer tetiga lam kandang. diorg memang bebas berjalan lam umah but most of the time jugak dok dalam kandang. tak leh lepas sokmo. banyak lemak korang…

IMG02750-20100914-2314

paling tak tahan, sambil aku ngah buat assignment, sekor2 membongkang, nak jugak tidur depan mata mak merah gak yukk…I was doing lots of work that nite, tapi gelak gak sorang2 ngan pangai 3 ekor nih. tu memang diorg ngah tidur mati tuh…sedap betul kan coz Sirman pasang aircond. cukup masa tetiga sekali aku peluk hantar ke cage depa…bergiliranlah dengan Mozel and Reddy.

Reddy tu wpun dah tua versi mak mak gitu kan, tapi kena jugak bagi attention, kena gak dibelai2 borak ala mak mak gitu ngan ai…

n baru2 ni jugak, aku tak keruan….waktu ngah sibuk siapkan semua tasks, aku perasan 2 ekor jer ada berkepit, Paris and Lon. Tapi Ams takdak langsung. it s time to sleep so aku angkut dedua masuk dok tidur lam cage dulu pastuh carik si Ams pulak.  Reddy pulak meresah, was trying to tell me something. dia dok berlari pusing sana sini…Mozel buat bodoh jer.

Habis aku carik satu rumah tapi tak jumpa gak si Ams. ah sudah. lepas setengah jam carik, aku kompem ni mesti dia terkeluar rumah waktu maid aku kuor pi buang sampah.

masalahnya waktu aku mencari tu dah midnite. mau 2,3 jam sebelum tu dia dah kuor. ya allah. seriau dah. so aku bisik2 kat sirman, dia tarik selimut lagi ada ler…hampehs tol. nak tak nak aku kena tidur gak, coz tak berani nak kuor umah, dah past midnite tuh.

IMG02709-20100913-1849

nilah budah bertuah si Ams yang menaikkan bulu roma aku. Hilang ke mana saja ko nih. So malam tu dalam resah aku cuba tidur, tapi tak boleh. hati aku kuat kata pi carik jugak. so aku bisik lagi kat sirman dengan harapan dia akan bangun temankan aku pi carik, nan ado. siap pesan ‘ha bebaik’. waaa nangis. aku turun katil and dengan sedikit keberanian yang ada aku kuor rumah. pi carik kat top 4 floors kat tangga, coz dulu Reddy pun pernah hilang kat situ gak tempatnya aku jumpa.

Tapi nan ado, nak turun bawah pulak, ada tangga gelap. hishh…lari aku pecut masuk dalam rumah semula. so pagi esoknya sbelum pi sekolah maid aku, abang and sirman pi gagau tolong carik tak gak jumpa. Sirman and abang carik di bawah, maid aku carik semua floors takdak jugak. Bila aku pi nak pi kerja, aku ajak lagi Fifin satu round temankan aku carik si Ams menuruni tangga rumah..

so turunlah kami 13 tingkat weih…setiap satu floor tu turun pakai tangga yek. Tapi takdak. sampai ke ground floor pun terus ke keter aku, maid aku sambung balik carik. bila aku dah nak sampai opis, she called me saying jumpa dah si Ams ngah duduk terperuk celah tangga, at 15th floor.

huk aloh. masa dia nampak maid aku, ke main melaju dia lari meloncat ala2 pertemuan yang lama giler. mau taknya, she has been missing for more than 12hours! takut ko yek. we suspect dia kuor umah masa maid aku kuor tu lah, dia ikut sekali dari belakang. diorg ni kan ligat, ngah kitten kan, laju je sume benda dia nak explore. Hamik ko, lebih 12 jam ko berlapar dah lah pagi2 tu hujan mencurah, memang sangat2lah kedaung hopeless gamaknya. kan kan…orang dah cakap dah, aku piat gak telinga ko Ams.

degil bonar…

worst pulak, kaki aku yang turun tangga berbelas2 tingkat tu jadi shaking kaw2. bayangkan tekan pedal minyak keter, bukan main dia beralun gegar macam vibration je kaki aku. eiii, tekejut gila kaki aku dibuatnya. sib baik lepas abih driving tu, takde apa2 dah….tapi cam biasa routine bila salah makan, hari tu jugak sekali lagi aku sakit perut kena cirit birit….arghh!

abang dah muka pucat jer bila tengok Ams hilang…mau tak seriau, pencinta kucing dalam umah aku hanya aku and Abang. Gegirl light2 jer….Sirman lagilah hahahahaha.

Comment: 17

Dongak ke atas…

IMG01822-20100814-1106

mula2 kita dongak tengok mamat nih jadi technician, set lampu ni ada 3, setahun lepas pindah, yang tengah pecah sebab angin kuat giler sampai teroleng2 ha ko berderai. pastuh dah bape tahun dok VA, Sirman tengok lampu biru tuh macam dah retak antara lampunya. wah bahaya kooo! buatnya ngah sidai2 baju jatuh berderai. wah nangis. nangis je takpe, andainya kena kepala hah, letih insurance aku nak uruskan kes family aku nih kang.

so diamik cabut buang. terang benderang balkoni umah aku dah takde penghias deco lampu tu udah, semata2 ada lampu mentol kuning jer….

IMG01854-20100814-2027

pastuh diorang ni kan, si triplet, kalau orang ramai2 sibuk dok bilik abang, diorg pun sibuklah masuk sama. eh tak abang yang kurung diorg dalam bilik dia sebab dia nak belajar berteman. aku pun ado sama temankan abang tetiba tengok si kecik London tuh siap ke main keletah memanjat. wahh koo! dahlah tinggi tuh…

Sirman datang rescue amik turunkan dia…

IMG01821-20100814-0946

dia datang naik panjat lagi, kali ni panjat kat lampu pulak, and dok bertenggek gak kat atas net tu lagi, datang lagi Sirman rescue die, eii budak kecik nih. masalahnya kalo dia buat, kang yang lagi 2 kenit tu pun buat sama….

IMG01855-20100814-2027

ha kan, baik je dia dok atas tuh,dahlah mak meghah ni kemetot tak sampai nak capai dia, so datang ler lagi si Sirman amik dia dari atas tuh. diorg pandai naik, turun tak pandai, buatnya jatuh hah patah riuklah ko pulak.

IMG01857-20100814-2033

maknya tengok anaknya memanjat, maknya pun sama tak nak kalah, tapi sampai kat atas tv je lah, gamaknya sedor diri badan dah godang mana boleh nak panjat sampai atas tuh…

IMG01887-20100816-0452

oh they are happy family hehehehe….memang si triplets tu dah mula makan tapi susu maknya pun jadi pojaan gak. tapi sebab memasing dah besau, and cage tak muat so depa tak leh minum susu maknya dalam sekandang. bila kuor je dari cage, ha bertemu anak2 ngan mak terus rakus menetek….

but diorg kecik 3 nih kelakarlah, asal lepas je ke main lompat melompat2, bergusti sesajar…eii bestlah tengok moment2 ngan depa skang nih…syok tau! sorry lah yek those yang tak minat kucing, tapi saya sangat pencinta kucing and telling a story bout cats in RM is a must.

si Mozel masih lagi macam tu lah, aku pisahkan dia ngan triplets….

Comment: 19

Mozel nak mengawan pulok!

seks adalah tuntutan wajib bagi manusia yang berakal mahupun binatang. hari tuh Slash dok memekak nak mengawan so the previous owner took her back. i tot masa untuk Mozel belum masanya….sekali dang! aku nampak dia peluk2 anak2 si Reddy, jilat2 usap badan. ok lah, dah berkawan kan…wpun depan mata maknya si Reddy. tapi bila aku dengau si kenit dok mengiau semacam, wah, melompat aku terus angkat si kenit yang baru 2 bulan lebih tuh. Mozel nak taram dia kooo!

then mbe tergigit kuat ke waktu memain, aku observed lagi. udah aku laki bini keje memerhati si Mozel coz nak ensure dia ni nak mengawan ke hapa, mulut tak bising but bila sekali lagi dia cuba bertenggek atas salah sekor kenit, oh my god! ko nak rogol anak Reddy ke Mozel! ngeng2….apesal ko tak ngorat si Reddy, anak2 nya yang putih suci bersih dan mendara tu gak ko nak taram.

So i had no choice, to split them. waktu anak2 Reddy dok sakan main kat balkoni, aku kena lockkan Mozel dalam cage. waktu anak2nya masuk cage, Mozel pulak kena dok kat balkoni.

IMG01767-20100810-0924

Sebenarnya aku plan nak anto ke empat2 ekor nih nanti pergi potong. Well, aku dah tanya kat hospital kerajaan even kat signboard depan spital kerajaan yang untuk pet tuh pun ada cakap, dalam Islam pun digalakkan kalau dah terlampau banyak sangat….kang jadi buang anak merata2 pulak kucing2 nih. macam tak sampai hati lah. cuma masalahnya kalau aku tak buat gitu, setiap tahun aku akan dapat berpuluh2 ekor anak kucing! mak tak larat dik. I think 4 ekor ni cukuplah sudah, lagipun the triplets tu adik beradik, kang diorg ngawan sesama sendiri pulak lagi bahaya. but dari sebelum Ramadhan sampai nak masuk bulan puasa tak jugak bawak Mozel and Reddy pergi vet.

Kalau ada fakta korang yang boleh menguatkan lagi hati aku pi bawak depa pi vet untuk proses pemotongan ehem2, do let me know lah. I have to do it lar, takkan nak hantar Mozel pi kawin plak, pastu baru amik dia balik, pastu amik kawin amik kawin, huh satu keje jer, orang kalo dah amik tak nak pulangkan….

Wanie – Abang rindu Kemek! Sha – Abang pun rindu Slash!

how arr? korang aku tau suh je depa beranak pastu anak2 nya bagi kat korang, isk nak memisahkan anak dari ibunya pun aku dah tak sampai hati, pastu comel2 tu nak bagi kat orang, kang dah sayang mayang, lagilah nangis2 nak bagi korang. oh tak nak lah. so camne yek?

tolongggggggggggggggggggggg!! pi anto potong le kan?

Comment: 20