Gegirl

Life of PI/The Hobbit @TGVCinemas

Suh datang awal KLCC ni, bapak ko degil, mak tau lah tun razak tu jalannya gi mana kan.aku kerja, depa datang for lunch pastu depa sambung tengok Life of PI. aku dapat tengok sesipi jer then sambung kerja balik. sokay. Mak sokmo gitu, mengalah. mak kedekut cuti, tak leh cuti sembarang bila ada baby ni. hikss! so aku hanya provide tickets wayang for them, lagipun RD cuti, dia kan opis selangor arituh ada public holiday.

kalau keluar awal, takde le asngkut kat jem tun razak. situ makin lama makin hari makin menggila jemnya. 16tahun aku kerja, 16 tahun aku ikut Jalan Tun Razak and semakin tahun you really need to back up at least an hour kat atas Jalan Tun Razak tuh. bukan di hujung di pangkal, but nun atas jalannya sahaja yang bernama Tun Razak.  Adakalanya untung sabut, clear best. paling siksa kalau hujan, kalau depa tutup smart tunnel, merasalah koooooooooooooo!

IMG-20121211-WA001

huh bapak ko menyedut spaghetti olio!

kakak dalam kereta tidur, tu lah jam punya pasal so dia bangun2 nak Chilli’s ater sampai lambat kakak oi, nak tunggu seats nya lagi, Pizza Milano sudah! sepanjang dok kat sini abang pening pala betul tengok orang berebut carik kerusi meja makan. Sampai ada satu kejadian dia nampak group dari negara India sana tu berebut ngan Arabian untuk kerusi meja makan for 5,6 pax.

alah bang, tu standard dah mak tengok kat sini. di sini, nak dok meja, ko jangan tanya kawan ko, eh nak do sini sinu kosong tuh, kalau ko nampak orang dah nak bangun, sila buat terjun tiruk terus ye ke kerusi meja makan tuh! if not, babai, pergilah carik meja kerusi lain.

IMG-20121211-WA002

anok2 dah besar nih, kita kalau makan berempat, buat sharing cuit-cuit apa yang dia makan. Janji depa dapat pizza, pizza hut jauh nun kat concourse floor so yang ni pun boleh gak buat ganti, lagipun in a rush, lagipun ada olio yang sedap, bersedut2 kakak and bapaknya makan. abang berebutkan seafood manjang, pastu tengok orang kiri kanan depan belakang, yang tak dapat kerusi meja makan. hahahaa ko tak sesudahlah bang.

btw semua tops kami dari Bandung. Baju hijau aku tuh, tak intend sangat nak beli, dah aku letakkan, aku bagi 2 bills kat RD, so aku bawak lari RB, sekali dia datang ngan baju ijau tu jugak rupanya aku dah salah bagi bills, jadi abaikan jer lah, dah bayo.

IMG-20121211-WA000

Just the 4 of us, technically depa bertigalah, i kan joined sekejap jer. Baby tinggal, jaga diri sendiri. ahhahaha! sumpah sapa percaya korang memang hish mengarutlah, tak logik tuh. Tapi memang tinggal ler, but of course ler ada yang jaga. Sorry RB, ada masa awak boleh ikut, ada masa awak kena tinggal coz masa abang kakak awak baby baby dulu pun, sama je nasib dan pangkat depa.

Begitulah putaran hidup ye RB.

Life of PI, memula anak2 macam eh ni cite orang tetua ke, for kakak ler specially, tapi bila dah keluarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr harimau godangnya ha ko, jadi gang, best movie ever for them.

IMG-20121212-01319

full crowds at the TGV One Utama for The Hobbit

IMG-20121212-01322couple seats but i m very sure, kalau kids ni boleh muat 3-4 orang, parents can letak a child as well in between! superb selesa!

You dah tengok The Hobbit, best gak, aku pi tengok tuh masa soft launching of TGV Cinemas at the One Utama, best besar gilak cinemas baru kat situ, carpet pun tebal. Couple seatspun selesa, jadi couple jap aku ngan si Nara arituh, seats tu colour merah sesuai benor le ngan mak merah, the IMAX screen besaunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, puas hati, huh untunglah hangpa yang dok kat area One Utama tuh, pecut je pergi TGV.

Jangan silap baca, the Life of Pi my family datang TGV KLCC, jimba sama maknya but for The Hobbit, i pergi solo with Nara to the soft launch TGV One Utama, hari lain walau dalam minggu yang sama.

Thanks TGV Cinemas, thanks anak2 and bapaknya datang jimba2 di KLCC. Thanks korang baca redmummy.com gak 🙂

Comment: 15

Jannah Camp!

20121208_092305

My laki got event on Sat noon so for Inspire Jannah camp, budak2 semua kena pi pagi2 hazab, tak leh macam biasa orang dah abis register korang baru nak mampir. jadi kali ni among the first batch yang sampai di Inspire Camp Jannah, nun di Broga. Under Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.

Kira sebelum Bandung trip depa pergi KICK Camp pastuh abis Bandung, hadhir pula untuk 3 hari 2 malam sessi Jannah.

1 luggage, 1 backpack memasing, Luggage kakak lagi besau dari abangnya coz anak perempuan ni standardlah, banyak barang. itupun amboi ke main baju suor baru dari Bandung dia bawak, aku tolong lipat2kan and checkkan jer, mana caya kalau depa jer yang buat. specially Abang, adiknya dah siap pun dia masih hegeh2, sudahnya aku bongkar balik and rombak semula.

20121208_092646

semua camps yang depa pergi, kita bagi pilihan depa untuk pilih either nak pergi or not, so memang depa sangat ngan camps dari Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah nih, insyallah ada rezeki lebih mak pak ko, kita pergi hantar lagi, provided depa nak pergilah jugak and intipati contents camps pun tak de persamaan dari camps sebelum2 nih. Kalau sama jugak, memang tak molek ler pulok dok.

Untuk Jannah Camp nih,  harganya setiap anak adalah RM350 untuk 3 hari 2 malam sahaja. Pendek sket harinya dari yang KICK Camp, itu 4 hari, cukup ler kan. Cuti sekolah ni pun depa tak ke mana2 but they will be going to Sunway Lagoon, they tu tak termasuk mak and adiknya. huh mak ok jer…

20121210_155923

on the way back down, mesti kena singgah beli durian, beli kat tepi2 kampung ohmang murah ler jugak dari kat umah aku BSP tuh. sedap pun sedappppppppppppp!! Durian, manggis and rambutan memang wajib beli. Hari tu punya trip untuk 10 biji was RM40 pastuh yang kali ni RM30 untuk 15 biji. 2,3 hari punya pulun langsung licin.

Aku ni sejak dah beranak 3 ni memang makin galak pulak berdoyan, dulu 2,3 ulas ler paling max can go, skang heh….tak sesabo nak balik coz nak pekena doyan. Senang perut mulas ko bila dah berulang rambutan, manggis and durian. hangpa try le sama.

20121210_160314

Abang kakak surrendered, membuta dalam kereta, budak kecik steady dapat jalan2 ikut amik abang kakaknya. So this is the final camp for abang kakak, the next one will be next year, not sure for early or midst yearlah, up to them to decide coz memang depa nak jugak pergi lagi, we ll see how la yer.

Lepas sehari dua balik, memasing sibuk doke email kawan2 memasing, yang bergayut pun tak tahan gak tuh, abang more to on the phone, adiknya pulak ngan emails manjang….datang si adik dok pap pap iPAD depa mencicit lari sume dok tempat tinggi, adik mengaconya jer depa.

20121208_090921

Assalamualaikum

good day all 🙂

Comment: 13

KICK Camp for Abang Kakak!

IMG-20121125-WA002

Rumahku syurgaku sunyi. abang kakak tiada 4 hari pi Inspire Camp. The 4th time for Abang and 2nd time for Kakak. aku rasa aku nak kena bilang ngan Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, bagi aku permanent sign up lah ngan camp depa nih. Camp nih ngan nama rasminya KICK Camp -Kem Inspirasi, Charisma dan Kepemimpinan, u searchlah FB surely jumpa.

Lagipun aku dah tetiap tahun promote KICK Camp nih…tahun nih jer 2 kali kan depa pergi. U all boleh lagi sempat nak hantar, ada lagi 2 session depa nak buat. satu lagi jugak is Jannah, tu mungkin anak2 aku akan pergi  jugak.

Tanya anak-anak nak pergi tak, manjang je depa mau! Moleklah hantar sini coz dok umah pun, balik2 keje yang sama jugak depa kena buatkan. So the other day, aku macam halahai, terpaksa reject offer ke Perak, terpaksa jugak batal hasrat ke Melaka, penyudahnya dok umah je ngan RB while RD pi anto and uruskan Abang Kakak.

Some more family aku berpecah untuk weddings di Melaka and sempadan Taiping dan jugak di KL so aku mewakili hok KL ler, bawak Pak Aji end of the day.

IMG-20121125-WA000

Location nih kat Broga, N9.

Harga bayaran untuk setiap sorang anak is RM450 kali ni lama sikit, untuk 3 malam 4 hari (sebelum ni 2 malam 3 hari jer). Awal2 bulan aritu aku dah siap belikan depa punya tracksuits baru, kali ni untuk kalis air pulak coz skang kan musim hujan lagipun dah tau sangat depa punya outdoor activity boleh tahan melasak jugak.

Staff Dato’ Dr Fadzilah yan tegur RD asking for RM – kem salamlah kat Dato’ yer….tanya bila kita nak collaborate? Bagitau Dato’ ye saya nak permanent sign up untuk anak2 Redmummy nih.

IMG-20121125-WA001

Dedua anak2 aku dok belakang, kekdahnya sampai lambatkan, bapaknya meleka je banyak hal kat rumah, so the last to register ahaks! tu yang dok belakang, taun depan anak-anak pergi lagi, in fact Jannah early Dec ni pun pergi jugak. Ada some of my frens pun hantar jugak anak2 pi sini sejak depa nampak aku promote nih…

but kena balancelah, hantar sini, bawak tempat lain pun kena jugak. Depa dok berzikir dok ajak bawak pi Sunway Lagoon tu lagi, aku agak liat malas nak pi hahahaha, hazab ngan bahang ngan ramai orangnya ngan ada baby lagi, maybe RD ler kot bawak budak2 tu jer. aku rela lagi dok umah, nak dok hotel pun, probably one good idea.

image

Torch-lights and raincoats Legoland was bought at RM10 each masa kami kat Legoland dulu, memang aku prepared untuk camping depa nih, they do have their own raincoats untuk pakai kat sekolah tapi agak tebal, sian pulak depa nak melipat mengusung masuk lam luggage, so this one is better, aku pun ada 1 khas for me gak. coz aku pun nak travelling gak ahaks….kot le tempat aku pi hujan kan.

oh btw depa dok umah dapat gaji sehari RM5 coz tolong buat keje2 umah. Basically, Kakak do the vacuuming, Abang mop, buang sampah, siram pokok bunga. basuh pinggan pun ada shift memasing, sapa malas buat keje umah, kena potong gaji dari RM5 per day tuh. dah 2 kali abang kena potong gaji hahahaha, pastu dia tak berani dah. At least depa ada pengalaman le buat keje rumah, jangan harapkan maids memanjang jer.

Tapi depa away 4 hari nih, sian adik kecil depa tak berkawan. Bila aku jerit ‘mana Abang Kakak?’ dia terus pandang bilik abang kakaknya, alahai, rindu ler tu, biasa abang kakaknya berlawan main ngan dia.

 

Comment: 9

The cut, the emotions, the buburs!

Kuala Lumpur-20121115-01134

Featuring kakak!

the new hair cut. takde le hebat benau pun cut budak umur 8 tahun. aku mintak hairstylist tu samakan jer rambutnya, dulu kan boycut. ajak abang sama dia tak mau potong rambutnya, so the boys sume tinggal.

Kuala Lumpur-20121115-01138

RM12! bolehlah ye kakak, nanti kita bela panjang sket lagik yek.

IMG_7114

balik dari saloon, dia terus modelkan si adiknya, semua emotions adik dia snap. so lovely le ko budak kecik, tapi ko kan iskk, tak tahan betul ada satu malam tu dia nak tidur bertampung lengan or even berpeluk di badan aku hah. hoh lenguhnya!! sampai jam 4 pagi!!

aku letak dia jaga aku letak dia jaga

bila letak tangan letak kat badan dia lena

aku rasa malam tu aku tidur max 3 jam je! betul2 tingtong palaaaaa.

ini kakak kata muka adiknya terkejut kakak snap gambarnya!

IMG_7116

ini pulak caption dari kakak, adik muncung bengang kakak tak nak bagi pegang camera tuh

IMG_7110

ini budak kecik yang dok sibuk dok tah tih nak berjalan. kalau ramai2 agah nak amik dia, ke main sakan action tunjuk gaya nak berjalan.

eh aku dah cite lom budak ni dah tumbuh gigi bawah seketui. wahhh!! lagi sedap le ko minum susu mak ko kan! ko gigit siap ko! mak picit hidung ko!

IMG-20121115-01123

 nah for 3 – 5 days stock up!

yang bekas2 besar the kiri sekali 7 sets tu, bubur nasi campuran macam2. sedapppppppppp! coz aku calit2 kat kakak pun dia suka. yang belah kanan tu pulak purees. macam2 flavours and fruits. dari jam 9 pagi sampai kol 1 lebih baru aku dapat rehat, bukan ajer buat makanan RB jer, masak for lunch too, sebelum tuh for breakfast, pong pang2 dok kerja kat dapur, wahhhhhhhh, kat 4 jam hokey!!

Bubur nasi tu pun ada yg nak tau camne nak buat for baby. senang jer. ko tanak je nasi, cam nih aku buat tanak atas api le lam periuk, pastu buat 2 pot nasi, lebihkan air beras tuh, taruk le brocolli hijau, kobis bunga putih tuh, ikan solomon, kentang, carrots, ikan bilis hish apa lagik, macam2 lah. pastuh aku pakai Little Bean Food Processor aku terus blend kan, coz skang RB dah nak masuk 11 bulan, aku tak buat cair pun, biar pekat2 gitu asal dia boleh ngap ngap and telan. kunyah depa pun gitu2 je kan. and ada jugak hujung2 blend aku pi campur ngan tomato, tu pasal ada yang kaler merah sket buburnya ada yang tidak.

pastu purees pulak aku kupas epal merah ada, jambu air, plum, kiwi, jagung emm….macam2. ada yang 1 flavour, ada yang 2,3 flavours in one blend. oh tu aku steamkan dulu, pastu baru blend. pun tak blend cair sangat.  at least every 3-5 days memang kerojanya kena buat ni lah. then simpan lam freezer atas, or lam chest freezer, bila nak pakai amik half for bubur tu, hit in the microwave for a minute jer. then selang seli, pastuh makan puree, pastu kadang2 aku try bagi epal besau tu kat dia, nak dia nyonyot dia tak nak hahaha, but if aku gigit and picit2 kecikkkkkkkkkkkkkkkkkkk masuk mulut dia nak jer! ko kan.

nanti masuk RB 12bulan, setahun tuh kita akan tukar lagi tambahkan menu dia ikut umur dia.  Kadang2 sambil makan bubur ni sume dicampurkan gak ngan EBM, tengoklah, dia belasah jer. kalau dulu masa baru kenal nak makan umur 6 bulan boleh tahan payahlah jugak nak membagi skang nih bila dia main pun dia akan datang kat kita menganga mulutnya mintak suapkan.

Kakak pun boleh harap jugak bagi makan adiknya, abang tuh…tak berapa pantas macam Kakak, so dari adik kenyang, jadi lapar jer tunggu abang menyuapkan. homecook nih buat sendiri le sumer nih, mak2 tu rajin2 le buat sendiri jangan harapkan orang jer buat, kang dibaginya anak ko makan bembukan. Bapak2 pun sesama le amik tahu sket hal makan minum baby ni, jangan asyik pandai suapkan jer, kot le kan…

Comment: 19

The 9th for Gegirl…

Kuala Lumpur-20120909-00344

aku tengok dari dalam kereta through tingkap jer, tapi pastuh aku sendiri turun coz macam bapak dia pun terkial2 je nak pilih tudung kakak for her birthday present, from her mom paid by her dad. im so broke lately. hoh.

she got the cards the presents from the boys already, but from me dia pilih untuk tudung, so we got her 6pcs. aku pun bukannya tau fashion apa yang IN tapi aku tengok budak2 baya dia pakai yang fashion macam tuh, oklah gamaknya heh. up ngan brooch berketul-ketul.

IMG_5735

Anis Magic buatkan kek nih – RM150

yang makannya tak ramai, orangnya memang takde sangat pun, ni memang just red family jer. tapi sok dibawak ke dedua sekolah untuk makan2 with her frens and teachers.

theme is legoland coz aritu kan bawak dia pi Legoland, konon2 her birthday treat le kat sana tuh

IMG_5744

happy birthday kakak on the 9th September

budak kecik macam kakak dok kira janji ada blow cake le ada belon sket ada bestfren dia, dah seronok abis…

IMG_5749

tu ler kawan baiknya, kitorg jer and cousins dia not in the photo. we made the beehoon, then tempah satay station, pizza hut but food memang saja lebih dek ada orang didnt turn up gak. so pack up and gave away to my kaum kerabat. Happy Gegirl. Love u darling, we love you Kakak soooooooooooooooooooooooo much!

Abang nak party2 jugak ke?

Tak nak! Abang dah big lah mummy

Dah big yo poyoooooooo

Not just that pasnih RB’s birthday pulak, waaa banyaknya birthday event party makan2 kena handle. Next is RD, oi oi birthday present aku ip5 tak dapat lagi ni pak…

Comment: 26