Gegirl

The Street…

tu pasal kalo pi The Street ni mesti keluar gak duit…tp sbb ai nak ngamik terompah so pusing2 la jalan2 gak. gegirl nak jam tangan, dia org 2 org tu selang sebulan mesti beli jam. bukan depa tengok pun waktunya tp nak ek ek syen kat kenkawan

she chose one memula nak amik duck la, ada ke kaler kuning pe hallak kata suka merah. and one for abang..aku dok tepi je lah paneh nyah, mak malas nak join sekaki. baik jadi snapper gambo. lepas tu kitorg msk mall kat sebelah tu, hampeh tol dah 1115 pagi pun kedai dalam tu melambak tak bukak lagi. ramai tol tokey2 kaya kat msia ni, x bukak bisness ari ahad, x rugi ke korang bayo sewa. bukan ke ahad lagi ramai customers datang.

girls power!

1120 kita cabut pi ttdi balik amik abang. sementara tunggu sirman amik abang kat atas, aku cuba lelap lam keter. aku kan kena resdung so aku x nak makan ubat tp mata ngantuk la sangat ngan panas bahang kat luar.

oh nxt sat kelas aku start…sapa yang jumpa aku in person jangan ko cuba tanya aku apa kelasnya yeah. kerana jika ko choba2 bertanya, maka terbongkar lah rahsia kelas itu sebelum sompek den memblog.


parmisi!

Comment: 3

Red terompah…

dedulu takde lah aku nak pi memana kedai sebelum kedai tu bukak. kedai nak tutup aku baru nak nampak muka, yes ado! sampai kat sini at 1015am, orang dok sibuk nak susun barang kat kedai aku dah mencanak tunjuk muka. aterrr, patut ai datang sabtu tp sbb ai dok sibuk massage badan, mana leh sei..nak pi lepas tuition abang pun hujan gempita, baik jer terus ke shah alam kan.

so these r the red terompahs, RM90 for 2 pairs. aku dah tempah terompah ni a week ago from auntie ni, tp utk atas kepala kaki tu takde kaler merah ada kaler lain so pink la paling match wt the red background of the clogs.

sebab maknya excited terus pakai jam2 tu gak, anakdaranya pun bukak sock tanggal kasut pakai sama. sibuk je budak kecik ni nak ikut mak nye style tau tau tauuu….


2, 3 kali aku pusing carik si nurul n along, tak ada pulak. last2 sirman ckp depa kan niaga ari sabtu je not sunday. eh eh ek? asal aku promote dia niaga sunday gak ek..aku bedal gak si nurul tu kang…

kedai lain x menarik hati, ada kedai baju for girls, tak bukak jugak arini, sunday ramai rehat tutup kedai sume dah kaya gitu. hiks


Comment: 21

Dinner in Shah Alam…

Dari TTDI kami ke Shah Alam, to get our dinner…gila bapak jauh weiiii, macam le kat kl nun takde tpt makan kan. ada sebab la u, nanti next entry kowang tau le napa kena ke shah alam gitu. anw, gambo gegirl nangis ni pasai dia kena sakat. she was asking to have another sister, so we told her bout the pro and contra having another adik.

bila dia dengo x leh tido ngan mom and dad anymore, x leh dpt dukung coz nnt daddy kena dukung baby, x leh dok depan keter ngan mom coz nnt mom nak kendong baby, x leh tu ni bagai..dapat lak abang dia menyakat..ha meraunggggggggggggg la dia.

no, gegirl nak jadi adik forever. gegirl x nak baby, gegirl nak baby tidur kat bilik gegirl, gegirl nak tidur ngan mummy n daddy jugak. nooooooooooooo!!!


Abang tarak kisah, dia suka la adik adik, specially kalo dpt baby boy. ni pehallah macam aku dah planned je nak ngandung lg gitu kan. tak kot, x terbuka lagi hati ku gitu. at least i have 2 kids already, one pair some more.

With the BIG N GOOD NEWS yang aku dapat semalam, insyallah i want to have a good stage in my life too. nantilah bila dah official mendanya aku bagitau. there r things yang aku terpaksa simpan till im so ready.

Nak jadi cerita best kan, ai berangan la ngan sirman, if lah kan ni kalau IF!!! kot la dapat anak lelaki, nak je aku teringin name him SHAQEEL. maknanya x google lagi lam islam. hiks.. nama baby girl, gegilr dah meraung x bley sempat nak pikir..kang lagi emo dia kalo dengo ada nama baby girl plak yang kitorg pilih. She is our princess kan..for her, she s the last.

oh sambil makan, dema buat drawing. bukan buat hmwork ke hapa. aku biarkan je janji dema dok setempat senang nak nyuap makan.

balik dr TTDI, ha dedua baring. bukan depa tidur tp saje aku pasang AF from Era agak kuat. sedap pulak dengo si Hetty Koes Endang tu mengomel2….

I m happy Saida keluar, dia mmg x boleh nyanyi, bakat hadiah menyanyi lebih kepada adiknya, bukan dirinya. Anak dah 4, move on wt your family je… kalo aku pun dpt offer jadi penyanyi ke berlakon, tak mungkin aku nak berubah arah, susah you. aku bukan artist, x de jiwa jadi artist pun.

Riz tu muka konon rock, nyanyi rock tp apesal pakai gloss. n napa takde sapa nak tegur. nyampah lak aku nengok jantan pakai gloss lah…sket2 udahlah x nak nampak kering tp ni dah ketara cam pompuan tau le ko tu hadek2.

gitulah cerita sejarah sabtu, aku sangat penat ngan netball separuh hari, n ke ttdi wpun dpt massage kan tp tetap gak mlmnya lenguh kaki tp sbb netball lah apa laik. x byk sket mmg geliat sana sini.


Comment: 5

Sirman and Gegirl…

ye silalah tengok anak dara saya. asal datang sini ari sabtu mesti tidur. depa 2 org mmg gitu, asal masuk je keter terus tidur. abang tu senang sket bangun coz dia pun dah beso. makcik ni leh tido ye atas meja gitu. tp kejap tu sirman amik red love pillow dr keter, letak kat kerusi, dia tidur baring le pulak…

sampai maknye dah abih massage pun dia masih ketiduran ye. ngantuk gitu. ikut mak pi netball lagi molek, balik leh tidur sesama petang ngan mem, ni x bley nak enjoy buat memacam pdhal buku kaler satu beg bawak. sudahnya bongkanggg…

and if u notice la kan, arini sirman dah x pakai cap. kalau korang ingat sejak dia balik dr US aritu, dia x penah cabut cap dia kan. terpaksa botakkan rambut lagi ada. dia ada masalah rambut masa kat US, abih sume rambut dia gugur, so lepas jumpa specialist makan ubat sana sini, ada my readers yang bagi tips memacam, the hair now dah baik alhamdulillah.


aku pun menyampah gila ngan rambut botaknya, rasa x stim je nengok gitu tau. thanks all for the tips, laki mak dah ada rambut yeyeyyyyy!



Comment: 8

Mom and daughter…

the big one belongs to the mother, the smallest one, gegirl lah yang punya.


i bought mine during Redken’s big promotion at KLCC years ago, Gegirl punya was a gift from her grandmom, my mom bought from Mekah.

ni isi perut make up box gegirl. kan aku cakap VS body splash tu jadi harta dia…getah2 rambut pun lam tu lah. dah makin kurang, pagi aku ikatkan rambut dia, balik umah nenek, ditinggalkannya and tah ke mana ilang. so aku sorok tempat lain getah baru, and bila dah sikit lam ni aku tambahlah …. budak kecik ni pantang nampak yang baru sume nak disebat msk lam box ni.

maknya x yah bukak bg nengoklah…blushers, lipstick yang aku kepoh beli taun lepas, jewelery sets n hapa2 lagilah lam tu.. normal thing that girls always have jer.

Comment: 4