Gegirl

Sifir Mandarin by Abang and Gegirl…

 

Comment: 12

A month old…

IMG_6389

anak sulong and anak tunggal perempuan kami yang skang dah boleh sangat diharap untuk amikkan barang2 baby, amikkan diaperslah, amikkan pumps maknya, tengokkan adiknya. Tapi bila RB nangis, mencicit korang panggil makpak yek ….. cepat je lari. Bila dia tidur jer korang asyik nak kacau pulun cium2 dak kecik tuh….

Thanks Abang and Kakak for helping mom looking after your little brother…

IMG_6382

aaaa nangis orang tak nak kendong dia!

asik nak berpegang je ko kan…tak jadik kerja makpak ko dibuatnya tau kadang2. RedBaby dah melepasi sebulan kelahirannya alhamdulillah. Minggu ni memang bawak pi check up gak once bapaknya balik from his business trip. Oh berpantang waktu laki outstation  memanglah takde kelas sungguh. Tapi sib baik ler aku ada mak mertua yang sama jaga si merah and cucu2nya tuh. Makpak aku pun ada datang jejenguk sama gak.

RB had his first light fever a few days b4 he turns 1 month. Probably berjangkit dari maknya yang asal lebih awal demam, tapi alhamdulillah dah kebah dah sihat si kecik nih.

Dak kecik nih kalau kentuk huiii bauuuu….kadang2 aku ingatkan dia berak rupanya memang baby baya2 gini kentut ke main ‘hensem’ betul. Lain2 development, he s now doing eye contact ngan makpaknya, kakak abangnya. Bangun malam boleh tahan gak worr….so far tak pernah lagi aku dapat straight tidur dari malam ke siang hiks…

Gamaknya ko ni ikut style akak abang ko ler RB, tapi dia bangun pun untuk breastfeeding je lah. cuma ada waktunya siang dia tidurrrrrrrrrrrrr setidurnya tapi malam ha ko, after isya’ ke after 10pm mulalah dia berdansa ingat baru pukul 10pagi ke dak kecik hekk…

IMG_6412

apa ko nak aku citer lagik waktu ngah lam pantang ni pun…citer pasal baby jer le. cite dari sudut pandangan mata aku yang dok dalam rumah ni jer….oh aku pun dah habis guna service confinement lady, cukup 30 hari gak. untuk penutup pantang pulak ada lagik, lom habis lagik. namanya pun 44 hari, selagi boleh habis kita pulun buat….

Frankly speaking aku takde ler riuh nau sibuk nak keluar, coz my determination lagi kuat kat nak susutkan berat badan nih. Waa…..takut ngeri nak tunjuk gambar skang.

On the delivery date of RedBaby, my last weight was 73kgs, agak2 ko berapa aku nak kena balun balik turun to get my figure back. hiks…

Comment: 57

Camp Out and 3 movies back to back!

IMG_7800

The final ala2 summer camp or this is called CAMP OUT, this time for both of them. n very short one, just 1 night and takde le sampai 2 hari pun, ngam2 like 24hours jer. Overnight pun dalam camp/tent, venue kali ni kat Palm Garden Hotel, IOI Resort City. Harga untuk setiap anak dari usia 7 tahun ialahRM80 so for both of them RM160 lah. Mia anak Rose GBM pun ada joined sama.

Aku menda2 gini tak pi hantar amik, bapak depa yang settledkan. dah menyarat sangat pun. Pi #napbas pun alahai, bercinta tol jalan.  Kesianlah kat Gegirl dia memang suka camping2 gini macam abangnya pergi 2 kali tu kan, so luckily adalah yang untuk her age.

Takde dah pasnih, next year kita register lagi for them.

IMG_7814

So petang tuh, as usual aku kan dah 2 weeks timing lari. Siang membuta tapi malam berjaga. I didnt sleep at all tau waktu malam, pukul 5,6 pagi tu either dok main chess online or tengok tv. blogging pun kadang2 at one go waktu malam tuh, i dah on long medical leave, rehat je atas katil nun. Serius bangun dari katil pun dah nak menangis apatah lagi do the walking. Tu pun banyak forced jalan gak, kalau tak, lagi kaki lelenguh on the sides.

Since kids pergi out camp, i ngan bapaknya pun pi tengok wayanglah. 3 movies at one go! huh! pasnih tak leh lah tengok 3 movies, 2 movies pun dah cukup back to back. Mbe sebab badan aku dah tak fit kan so tengok 3 movies memang payaulah. Pusing jalan kuor dari cinema pun dah ke main siksa jauhnyaaaaa.

Kita pergi tengok Songlap, Mission Impossible and repeat balik Ombak Rindu. We tried the Popcorn Royale gak, mahal but worth it coz pastuh anak2 belasah abihkan.

Ok pasnih tak leh gak tengok wayang 2 kali movies yg sama coz the impact the feel tak sama dengan yang pertama. Sebab aku dah tengok the first round, si RD yang bukan pencinta movie melayu sangat doklah tanya ‘what s next, apa dia buat pasnih, mati tak? pastuh apa’ astaga…tengok je lah!

so by midnite baru abih movies, ngan nak mengekedek jalan turun ke parking P4 yang semua escalators dah tak function hahahaha ko tak nangis ker. Coz aku nya pregnancy kali  ni ada complication, tak cam yang 2 dulu tuh, tu pasal bila jalan kena berpaut, kena ada orang pegangkan.

Ni ngah pikir nak bawak kids pergi tengok movies, tapi tapi memang aku dah tak leh join dah kot.  Itu Songlap, best…MI, of coslah ok wpun macam tak logik je manjang hahahah terer btol Tom Cruise tuh. O/Rindu pun hah….bila dah tengok yg ke2 nih, in fact RD pun yg tengok first time tu perasan, nanti korang tengok scene hujung2 masa Lisa and Maya Karin kat tengah sawah bendang tu kan, yang lepas2 dialog ‘redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah’, masa Lisa bangun nak berjalan hala ke Aaron, ha ada camera amik shot dari belakang Maya Karin. aisay, boleh nampak microphone compactor set kat belakang kain baju Maya Karin. Kain baju dia tu kan jarang wpun dia pakai inner tapi tu lah tak cover and tutup bebetul. Masa first time tengok pun aku tak perasan, but ni ternampak plak. jelas plak tuh. But tu hanyalah iklan selingan, ceritanya tetap bagus.

Comment: 15

Kakak’s day….

 

IMG_7580

That s our daughter, little Gegirl. Now u must call her Kakak kay. aku rasa yang most excited nunggukan baby nih dia ler…sampaikan jap jap dia dok mendukung and membelek je sepupu dia yg baby tuh. This was last week, few days b4 the school break. Kakaknya dapat top 3 i class, terus tak jadi aku nak berentikan dia Sek Agama.

Bukan apa ko…ada sebab dalaman kita nak quitkan, tapi coz of her good performance, hemm, she s asking for extension. Ustazah pun mintak jangan tak datang2 tahun depan coz she belives in Gegirl yang quite cerdik gak dalam studies.

IMG_7584

Lagipun tak sangka she can score coz dia kan kena chicken pox, dengan 2 weeks++ tak datang, tapi masa c/pox tuh ada gak aku suh dia buat revision coz Ustazah dia sampai smsed aku mintak Gegirl jangan tak study coz the moment dia nak kena masuk kelas selepas cuti panjang from c/pox, memang first day exam.

Tu pasal aku tak letak big hope…

but nah, a day b4 the prize giving ceremony nih, Ustazah siap tepon lagi aku suh mintak dia and parents datang.

 

IMG_7586

Tahniah Kakak, belajar and jadi anak solehah comel ye sayang….

Habis jer dia amik adiah, menderu kita laki bini pi kerja terus. Patut event nih sampai kol 12 tapi dah kol 9 lebih settled, malaslah nak tunggu makan bagai….depa cuti sekolah ni takdelah pack sangat tapi penuhlah jugak for abang specially, lagipun pas midst Dec, semua kena concentrate to the Queen for the delivery of RB.

Anw, tahniah kerna anda juga membaca ulasan bola #harimaumuda / #harimaumalaya ku ditwitter, kemenangan buat Malaysia, terhebat abad ini 🙂 . Wpun dalam keadaan menyarat..naik adrenaline dek semangat bola!

Comment: 25

Little girl is having chickenpox…

IMG-20111023-00018

sapo nak mc??? long mc days?? meh meh jumpa Gegirl :0

puteri hakak kena chicken pox sayang oiiii! aloloooooooooooooo. 2 hari sebelum aku nampak poxnya tuh, she balik sekolah demam panas, terus dapat mc 2 hari. tapi dia utilised sehari jer coz she s so eager to go to school, practice for Hari Kanak2 celebration kan…

Then semalaman demam panas tu memang aku berjaga ler coz temperature masa tu mmg high sangat it was 39 degree. Pastuh bila dah kebah ingatkan abis kat situ. 2 nights later tu dia cakap badan dia gatal, ada macam bijik2, aku pun being mak, belek sume satu badan. ooo terus alamakkkkkkkkkkk, ko kena chicken pox ni gegirl oi!

Malam tu jugak bapaknya bawak pergi clinic amik ubat segala, so bermulalah sejarah melumur calamine lotion.

IMG-20111023-00019

aku ingatkan dia ni jangkit dari sekolahnya ker….

ceii rupanya ada satu 2 hari sebelum dia demam panas tuh dia sudah bergurau senda melepak sama anak buah aku, sepupu dia si Zara yang baby tuh, n Zara pulak jangkit dari sorang lagi sepupu, anak kakak aku. Kakak aku hampehs, anak dia ngah c/pox tu dia pi bawak umah mak aku and bertemu ler ngan Zara makanya virus pun berpassing2 among the cousins.

IMG-20111023-00017

So berpantanglah Gegirl, tak sekolah, makan minum pun kurang selera. Hari2 aku mandikan dengan air beras and air dari daun semambu. Rumah aku pun dah ke main bersepah ngan daun semambu gak, mana taknya, supply senang nak amik, tu hah kerja the boys tetiap hari, panjat amik daun semambu kat bawah rumah aku jer. Si bapak panjat, si abang pegangkan tangga.

Sebabkan daun semambu ni tetinggi, aku rasa ado gak Sirman kena panjat atap kedai tu sket untuk capai amik, galah mano ado. lain le dulu masa kekecik, galah lam tangan aku jer.

Gegirl buat masa ni memang ngah quarantinedlah kan, tapi sian dia, wpun orang suruh aku berasingan dari dia, camne nya, itupun banyak Sirman yang dah buatkan. kita tidur asing je mampu and menyapukan calamine lotion or bedak sejuk pulak bapaknya yang buat.

Keje aku just rebus2kan air daun semambu, sediakan air beras, the rest bapaknya yang settlekan coz nak minimisekan dari aku sepatutnya get closer to Gegirl. tapi camner…dah mak anakkan. Takkan nak anto anak aku ke rumah family aku pulak untuk jaga dia. Sian dia.

Makan pun aku buat yang rebus2 jer, air kelapa pulak eii liat betul dia nak minum, abis satu jam Ahad lepas aku mengadap muka dia suh abiskan gak, memang dia tak suka ari kelapa muda tuh.

IMG-20111023-00020

ni pokok semambu yang oi…jenuh aku ajar laki and abang aku pokok semambu nih

If you all nak tau tips dari readers RM pasal chicken pox, boleh baca kat my fanpage nih coz situ dari last week aku dah jerit2 and ramai dah membantu. samo le kat twitter gak. biasa ler, citer lam blog memang sokmo slow hehehehe…

Oh pengalaman chicken pox, aku dah kena, ngan satu batallion kami adik beradik dah kena masa tu aku rasa aku ngah semester break ITM. So satu package ler kitorg sume kena adik beradik, yang tak syoknya masa kena pox tuh, serentak ngan demam and kita odw down back from Melaka, so bayangkanlah rasa sakitnya haiiiiiiiii, memang double triple sungguh. That time aku memang pakai apa yang mak aku dptkan dari klinik kerajaan jer, so kita berkongsi adik beradik pakai ubat. semua pox aku hilang takde parut tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii mother of chicken pox aku tak nak hilang ko. dia satu jer seketul tak nak nyah, dok kat muka pulak tu, tepi hidung. ceiii!

Abang aku lagi degil, dah tau kita semua kena pox, dia pulak turn lambat sket kena tapi the mother dah kuor, dia pergi pulak mandi sungai ikut trip kawan2 dia, siap mandi hujan lagi muahahahah, kesian koooooooo! degil lagi cakap mak abah, abih bertanda2 muka badan dia ngan pox tuh.

So memang aku dah pernah kena chicken pox.

Setaun lebih or sebelum Abang setahun pulak, bapaknya sudah kena c/pox. sehari 2 kemudian, abang pulak berjangkit. Dedua kena serentak demam and pox. Ya cam nak gila aku dibuatnya coz dedua merengek, oklah si bapaknya kot merengek leh aku sergah jer ahahhahah ni si abang masa tu baby. Mana ngan rumah depan belakang isi dalam penuh ngan daun semambunya, tu sib baik parents aku tolong2 sket coz aku pun tak leh cuti lelama jaga depa, kena gak pi kerja. Menyapu le kat depa 2, alhamdulillah, dedua pun berkat dijaga takde tinggalkan parut.

La nih, bermulalah episode Gegirl pulak.

Dia kan, malam kena pox tuh, esoknya tak leh ler pergi sekolah kan, kesian kau dia, menangis sedu2 dia….coz she s so looking forward for the Hari Kanak2 celebration, bag pun dah siap bagai. Apakan daya, kang ko sampai sekolah pun, mau tak sampai 5min cikgu sekolah ko tepon suh jemput ko balik.

Mana le ada parents or skul or anybody yang mahukan patient with c/pox disease kan, melainkan ko memang pemalas tak nak pergi kerja, hah meh ler berjangkit2…leh dapat rehat koman2 2 weeks kay.

Doakan Gegirl cepat sembut, as of today memang belum kering yet. Ada yang nampak gambar dia kat twitter napa rambutnya pun berputih bagai, coz kat kulit pala pun ada pox tuh, makanya satu badan bapaknya tenyehkan. Takper, dia ngah quarantined pun, kuor umah pun ada sekejap arituh for abang’s birthday and clinic, dia berselubung dalam shawl 🙂

Sian Gegirl.

Comment: 29