Gegirl

21 District, the Sungai and the Aurat…

when you have 2 big kids and sorang tu terkial2 nak catch up abang kakak punya style, yang kecik memang kalah ler kan. It was almost 2 months school holidays (for abang about 2 months coz of SPM kat sekolahnya so dia cuti awal).

Jadi they had a very long list, to go there to do this macam2 lah, siap ngan entrance fees pun sama depa dah siap googlekan too.

Jadi semua tu bergantung pada makpaknya punya time table gak, but since I pun start cuti lambat but bapaknya dah started awal, jadi some tu depa pergi ngan bapaknya ler.

Ada tu depa pergi dengan the cousins sahaja, without the parents.  Depa tu means abang kakak ye, tak terlibat Zeeshan langsung, he kan my bag tangan, so tak boleh ler nak sembarang ngekor. Unless if bapaknya ada, ha tu diff case.

IMG_3986

at one of their wishes to do/go pun is this District 21. Ice Skating depan  District 21 tu dah berulang sangat depa pergi, so dok aim kan ni pulak, ok ler, kita laksanakan. But the entrance fees agak mahal, RM75 per pax. Tak kira ler umur anak korang berapa. Tu pasal kita agak reluctant ler dulu2 nak pergi, but ni since depa kan ada gaji memasing, so depa bayar sendiri but depa bayar sorang RM50 jer. Lagi RM25 each, kita tambahkan. Makan pun bapaknya coveredkan.

Jadi ler, dapat gak merasa sekali masuk. Itupun depa cakap bolehlah, pasni tak yah dah nak riuh masuk sini, dah tried everything.

IMG_3998

aku tak pergi pun, patutnya RD hantar je (Zeeshan pun ngekor), let them enjoy berdua, but pastu laki aku pun masuk sama, but dia bayar yang tengok dari side je ler, RM10, together with Zeeshan. Sampai sudah bapaknya tunggu sampai depa habis.

Tu pasal aku tak pergi, berjam2 kat sini, ada 2 sebab yang aku tak pergi, satu banyak hal kerja rumah nak membuat. Keduanya, dah kalau sampai sini, kompem le aku akan menyoppinggggggggggggg!! Jadi laki aku pun tak galakkan aku ngekor, hahahhaa….Reason ke 2 tu yang dia ngeri sikit.

District 21 is located at the IOI City Mall Putrajaya nun, hah memang tempat aku nak menyopping le kan.

IMG_4010

Memacam activities ler depa buat lam nih, adik tak berapa bosan sangat…

IMG_4016

coz for adik, dia boleh memain lam nih ler. tapi takat bape lama pun nak main lam nih kan, hati dia gundah jer tengok abang kakak dok main jumping terbang bagai…sentap ek dik.

IMG_4019

sodap yo kakak main nih? best lah mami, dapat gak merasa amende yang mahal sangat sampai RM75 dalam nih hehehheee

IMG_4029

ha kemain tinggi abang kau

IMG_4034

kira biasa depa buat outdoor, ni indoor pulak le kan

IMG_4038

break time, aku memang ada bekalkan mee goreng. Bila depa hantar gambar ni, hamboih ada maggi in a cup, ada jual situ lah ni! Kalau dengan aku memang takkan dapat maggi ni, dengan bapaknya dapat korang mintak yek…

IMG_4049

1,2 goooooooo

IMG_4054

wall climbing, of cos abangnya menang, kaki dia kan berguna sangat for this activity. Aku suh masuk lompat galah ke lompat jauh ko tak nak….ko panjang bang oi, berguna sangat tau.

IMG_4061

dan adiknya pun tidur lena…..nasib baik le bawak stroller. Anak aku ni dah besar 4 taun tapi ada kat mana ke aku baca komen ‘oi anak ko dah besar dok stroller lagi ke’ komen ni bukan tuju kat aku, kat anak celebrity mana tah.

Sebenarnya, stroller bukan sahaja untuk baby toddler pakai, tapi as long as up to 15kgs (depends on which stroller, or depends on the weight kgs tu ler), tak kisah pun pakai. Macam kes Zeeshan ni, dia kalau tengok tempat tu besar and kena berjalan, kompem dia akan mintak ‘troi’ (berdukung).

Kalau dah kena troi tu sapa mangsanya, kami berempat ler, biasanya RD and Abang. Penat worrr dokong lelama…so pakai le stroller.

But kalau dia datang active nak berjalan tu, stroller tu pun dia tak nak naik, dia sendiri yang tolak, and u can use the pram untuk letak shopping bags kau (that s what I did bila travel either dalam negeri or luar negeri).

Ko dah beli memahal stroller, pakai je le sampai lebam, apa nak sibukkan, bukan orang yang komen tu yang dukung anak kau kan. Dukung bukan main sekejap2, buatnya dia tidur ha macam ni, larat nak dukung berjam2?

IMG_4072

Well other than indoor, the next day nya kot, depa pergi pulak masuk hutan. Masa ni pun aku kerja gak. Laki aku angkut the 3 kids (dah siap bekal2 dari rumah gak, ada yang aku dah masak ada yang Mak Ajah masakkan too), pastu pi rumah kakak aku, amik the 2 kids pulak, dan segala maknek tikar food lagi.

Hah berkelah le korang kat sini.

IMG_4076

wui sejuk airnya….aku tengok pun dah terbayang sejuknya heh. Depa boleh  mintak nak pergi lagi, hish…mana boleh selalu. Sini pun depa spent berjam2, ada dalam 5 jam gak lah.

IMG_4084

tingginya waterfall ni. I told the kids, dulu mami pi waterfall masa darjah 6, pastu panjat waterfall gini ler, sekali tergelincir, terantuk pala kat batu2 waterfall tu. Tak perasan pun ada darah, tetiba kawan2 jerit, oi darah darah kat muka ko banyaknyaaaaaaaaaaaaaa. Bertobek dah dahi aku. Sampai skang ni ada tobeknya. hahahaha…. Ngamuk aji bakar, cikgu tak bawak pi klinik.

Jadi kalau pergi waterfall selepas2 itu, aku dah tak sanggup nak panjat kat batu2 gini, phobia.

IMG_4088

So RD masa ni, dia sorang je adult, entertained 5 orang kekanak.  Their age as of 2015: 14, 13, 11, 9 and 4 years old. Bagus punya bapak/ bapak sedara. kihkihkih…..

IMG_4103

Zeeshan dah siap sedia, pun abang kakak and the cousins tak gegeti nak naik ke darat hoh!!

IMG_4105

sejuk adiknya….kalau aku memang akan duduk tepi je ler, sesilap aku tidur hahahaha…yang pi sungai kat janda baik tu pun aku rajin letak kaki jer, tu pun dah kematu. Zezaman hakak dok berendam dalam air sungai ni dah long gone…

Ini Sungai Gabai by the way. Masa tu risau gak dengar ada kes yang 5 beranak mati coz of the air pusar ke air pusing tu kan but bukanlah kat sini kejadian tu. But tawakal, insyallah. They had planned this and so looking forward. Tapi banyak le aku pesan kat anak2, kat laki aku gak, agak2 nampak langit kelam, cecepat naik darat and blah. Agak2 hati tak sedap pun, tolong pack up and tinggalkan the place. Mak mak, pesanan beribu.

IMG_4134

Oh malam Maulud Nabi, both father and son went to Masjid kat depan rumah gak, ada ceramah Maulidur Rasul. Ini je gambar yang ada pun, adik bongsu aku yang pakai jubah putih tu hah, with Abang too.  Malas nak tunjuk gambar ni bercerita tapi yang mulut mengata amboi ke main pi sana sini, Maulud Nabi ko buat apa? hah mulutt…cabai nak?

Recently to start of my 2016, i received one harsh comment (dah lama gilerrrrrrrrrrr sangat tak dapat komen jaki kondem macam ni), saying that ai tak jaga aurat kakak my daughter yang bertudung.

Ms Bidaah, read this carefully.

1. Yes, i belum lagi bertudung litup etcs, aurat ai masih belum berjaga. Yes true. Noted, satu dunia pun tau.

2. Anak dara aku yang berumur 11 tahun tu, memang dah bertudung. Betul. FYI, sejak umur dia 9 taun lagi. Dan kemudian at age 10 years old, she wants to wear it all the time, even keluar rumah pun.

3. My anak dara tu, yang umur 11 tahun tu, belum lagi akil baligh. BELUM!!! Jadi at times dia akan rasa tak nak pakai tudung seperti contoh event berwater2 macam ni, kami izinkan. Coz dia belum BALIGH.

4. Dan ada gambar2 di dalam rumah pun, ai letak di sini or in my social medias, dalam keadaannya tidak bertudung. Coz once again, Kakak belum BALIGH.

5. Do i have to repeat the 1-4 again? Kenapa aku masih izinkan gambarnya tidak bertudung diposted di sini?  Kakak belum baligh!!! Lepas ni kalau ko tengok aku dah tak letak gambar kakak sangat, semua tu dalam blog/social medias, means dia dah datang bulan ler. Pahe dok?

I wont be posting anyone punya gambar yang bertudung tapi ai tersnap waktu depa tak bertudung/tutup aurat and put dalam nih. Gambar mak aku, mak mertua aku, ipar duai aku, my adik beradik yang tido baring tak bertutup aurat tu mana aku jaja dalam ni. Hish…inikan pulak anak aku sendiri.

You can judge me, easily,  up to you. But aku kakikan ko gak kalau ko nak mengata2 anak orang, she s innocent. As for me untuk bila datangnya waktu itu… doakan jer lah, insyallah.

Hah garang aku arini. Ko pun start 2016 dengan komen macam tu, gamaknya penuh sarat bahu kiri kau dok mengata2 mencarik salah orang kan? Baru 1,2 hari 2016 ko dah membantai, dasyat ko punya new year resolution ye Miss Bidaah.

Comment: 7

Cut cut…

IMG_7392

hah pink bag tu kan, is my make up bag yang khas untuk dalam kereta. Jadi datang saloon dengan muka tak berhias at all, rambut kembang macam tu lah, while waiting for Kakak potong rambut, aku bermake up le sikit, tak de heavy mana pun, asal tak macam kak jah udah.

 

IMG_7402

I teman kakak potong rambutnya. Cik kak sorang ni bukan jenis yang suka berhias melawa, jadi walaupun dia bertudung tapi hadoih tak semenggah aku tengok rambutnya yang mengerbang (pada aku ler), kat dalam rumah tu. Dia pun dah mintak potong2 rambut. Cantik kemas je rambutnya bila dah berpotong pendek. Padanlah mak aku dulu suka benar memendekkan rambut aku masa zaman2 umur kakak ni dulu. Now I know. Cos aku pun sama cam mak aku hahaha…yelah kekecik dulu mana nak bergaya sangat, asal ada rambut sudah. Ceh…

IMG_7414

Dan aku pun sama potong rambut gak. Sikit je pun 3 inci. Tu tidur tu, tidur betul yek. Terteleng2 pala aku dok tidur mana ngan Michael dok kerat rambut aku lagik. So sleepyyyyyyyyyyy! Korang tidur bape jam hek? Aku tidur sehari dalam max 4-5 jam jer la kalau weekdays tu, if weekends tu lama sikti la tapi in between banyak bangun2 gak.  Tapi hari nak potong rambut ni memang mengantuknya lahai.

Kalau tak kerana dah delayed ngan rambut kakak tu, memang aku malas betul le sangat nak keluarnya.

IMG_7446

Pendek hok gini jer lah rambut aku pun.

I ada one project coming soon, to reveal kemudian insyallah tahun depan pun projectnya.

Top by Zalora, as usual guna code ni untuk 15% discounts for first time customer : ZBAPZDSU

Alis red shoes ni of cos, by Cipela. I ada kasut2 baru Cipela, so excited to show to all of you. Esok yek esok kita posing posing 🙂

 

Comment: 1

The 11th…

 

IMG_6242

This was on the birthday nite of Kakak. Kitorang ni bukan type yang keluar malam weekdays. My concept is weekdays (unless kerja or event , which is of cos part of kerja lah kan) kita  mmg takkan kuor malam. Selain dari bebudak sekolah, it s gonna be tired, nanti waktu depa tidur pun lari.

tu dia 5 ketui air, termasuk air botol suam Zeeshan hiks…

IMG_6246

Kita makan kat restaurant baru yang kat Alam Damai tu tapi asalnya dulu restaurant yang masa birthday abang gak, diorang suka bebenau ler makan sini. In fact abang dah looking forward nak makan on his birthday kat sini too.

IMG_6248

4 plates for them. Aku makan cuit apa saja yang depa makan. Portion boleh tahanlah kira memang tak yah ler aku nak order sama plate pun. Zeeshan tu sepinggan plate of fries, dia tu susah betullah nak makan, menu dia statik sama jer. Kalau tak nasi, nasi nasi….mat nasi sangat. Dedulu masa baby, macam2 menu aku buat senang je telan, dah makin besar ni lagi payah nak menelan. Aku rasa kurus je dia…

Habis dinner kita terus baliklah, aku pun memang tak sihat sangat sebenarnya pun, kalau tak kerana birthday anak aku, memang aku takkan keluar, malam tu laki aku tolong sidaikan baju, aku dah terus tidur.

Anyway, this week kita ada cuti raya haji, pastu aku pun memang sambung cuti gak yeak, some more ngah cuti sekolah too. Hangpa pi memana? Aku tak pi mana2 but my family depa 3 orang insyallah akan ke Cambodia and Vietnam for qurban aqiqah and little bit of jenjalan.

 

Comment: 2

11th on 9th September…

IMG_6119

mak kau nak crop ni … keterlupaan la.

Ini brownies cake, ada strawberry lagi. For brownies ni special request dari kakak RD (depa nak mai rumah) but yang 10 tahun supplied untuk brownies aku, tak boleh nak buat on time, so aku amik order dari tempat lain – up ngan strawberry – for this size about RM70. Top up pulak ngan chickenpuff and dapat pulak percuma puffgebu. Hangpa nak order boleh get from Pinkydotz Apron – boleh buat delivery – at RM15. they are based in Shah Alam. So depa hantar pagi Sabtu (tanpa pengetahuan kakak le).

Order from Pinkydotz Apron https://instagram.com/pinkydotz_apron/

Number 0132914065.

IMG_6124

Depa balik je dari Melaka (wedding belah lelaki untuk anak sedara RD) aku tak bagi dia bukak baju dulu. Ni ramai ada nih, mak mertua, akak2 ipar duai ada, but kita bagi spotlight kat Kakak lah yeah. So dah alang2 nak order brownies yang akak ipar aku mintakkan tu, aku suh gak ler depa buatkan wishes note sket untuk Kakak. Her birhtday falls on 9th September.

Habis bagi laluan Maghrib, lam 20min later barulah celebrate sesikit.

IMG_6135

Terkejut dia ada kek ada candles bagai, ada namanya lagi kat kek. Memalu gitu…

sian muka kakak, letih yo. Dari pagi ke Melaka, kat nak Maghrib baru sampai rumah.

IMG_6146

Penat kakak dah blow tak gak padam2 candles tu, ini seperti biasa magic candles, ko blow la macamana pun dia takkan boleh padam, sampai 3 orang bantu pun, takkan padam. Adiknya dah hapal lagu Happy Birthday coz kat sekolahnya kan asyiklah orang celebrate kan. Half, my family mertua makan brownies tu, half lagi kakak bawak ke sekolah, untuk menjamu kawan2nya, sek cinanya dan sek agamanya.

IMG_6082

Cantik betul dress purple ko ni kan kak. dia punya lace labuci tu meriah sangat. Takde merah, kalau tidak memang aku dah suruh amik merah. Dress ni lah yang dibeli di kedai kat Kuala Kangsar tu, match ngan lilac tudung. Harga dress purple ni RM160 (dont la cakap mahal hahahaha), tapi memang cantik ler. She chose this colour, terus semua keluarga mertua kena pakai purple untuk majlis bertandang ke Melaka coz aku cakap since kakak dah amik purple, hah kita pilih purple kay. kehkehkeh….

Hadiah birthday udah dapat – an iphone 5 (preloved lovelove dari maknya), nak bagi ASUS but dia eager nak gak pakai iphone, she memang an iphone user sangat. Pastu dari apak dan maknya gak – trip ke Cambodia and Vietnam, hah birthday gift gak lah tu 🙂 .

Terima kasih kakak, jaga Red House, jaga abang jaga adik. Sejak menjak takde maid ni, banyak kerja dia bertambah, kadang2 kena tolong lipat kain baju (paling wajib malam menonton Super Spontan). Dok dapur dah tentu ler kan tolong mak, tolong neneknya. Kalau weekend je wajib semua orang tolong siang bawang merah and putih, senang nenek nak pakai for weekly usage.

Alhamdulillah – usia blog aku pun dah turns 11 years old too, sama lebih kurang ngan umur kakak, sama depa membesar, dari kakak tu cinonit kecik kuat sentap merajuk, now dah anak dara. Pemalu pendiam but ngan kenkawan meriah. Plan nak buat birthday partynya, terpaksa bertunda2 lagi, 2 weekends kita penuh ngan wedding pastu nak buat this weekend, kakak pulak ada camping. She  dah looking forward sangat, ngan camping tu, laju je mintak bapaknya RM100 nak pergi camp tu if lambat tak dapat seat. The first 20 submit the forms n fees dapat pergi.

Happy 11th Birthday Kakak Melysha (also known as Gegirl dedulu). Allah lindungi anakku ini, jagalah tutur kata langkah lakunya, jaga Melysha untuk kami. Sentiasa anak kami ini dalam RahmatMu.

Tetiba dah 11 taun, pastu sok sok, dah beat tinggi maknya, dah anak dara sunti. Cepat besar bebudak ni.

Comment: 13

Sport’s girl…

 

IMG_2147

Adik ni kalau dah malas berdiri malas jalan, dia kalau mintak dukung, korang janganlah tak buat. Kena gak lah dukung. Usually jadi mangsa is si apaknya…

IMG_2151

si hensem tall and dark ni, adakalanya ada. Most of the time, takdeeeeeeeeeeeeee, lelepak ngan gang2 dia (yg mostly seniors dari sek ni gak lah, sama batch ngan dia)

IMG_2163

Kakak dah bersedia nak berlarian. iyah iyah

IMG_2181

eh dah abis pun. 4X100 meters, kakak pelari ketiga dan menang tempat kedua.

IMG_2186

Kenapa ko dok rumah kuning kak? Ko mintak la tukar merah kak…alah setahun je lagi pun

IMG_2191

Dia seret botol air dia, sampai tutup biru botol tu pun tercabut! adik niiiiiiiiiii

IMG_2193

ada games untuk abah dan anak! bapaknya wajib masuk.

IMG_2201

bersama penyokong kecik, yang sebenarnya waktu panas berdenting ni dia dah mintak dukunggggggggggggg dari apaknya

IMG_2211

game ikat kasut bapak by anak…sort of

 

IMG_2223

kemusykilan betul Zeeshan tengok. Nama pun game kan dik. Eh Zeeshan also won the musical chair kat sekolah dia. Gelak2 aku tengok video cikgunya hantar. excitednya ko dik main musical chair.

IMG_2239

dan tamattttttttttttttttt….depa dapat number 4. Pun dapat gak hadiah woi. Ingatkan 3 places je dapat hadiah ahhahaa

IMG_2248

kawad perbarisan

 

 

IMG_2271

cantik plak combination pink and kuning ni kan! hemm…leh lah ada idea sikit buat main warna sok sok

IMG_2275

Congratulations Kakak! Skang dia ngah concentrate untuk hafalan the pertandingan bercerita untuk English pulak. Haritu yang dia menang in Malay kan.

IMG_4072

Si adik yang balik tu, mandi makan, terus tidurrrrrrrrrrrrr. tidur sama berdengkur dengan bapaknya and kakaknya.

IMG_4076

si abang, diuruskan maknya, tuition dan kulu kilir sana sini lah. Aku tak pergi ikut sukan pagi tu, tu pasal aku takde dalam picture mar….aku ada urusan kerja lain. Tapi petang aku took over semua hal anak2, kasi laki aku rehat pulak selepas half of the day dia dok spent kat sukan bawah matahari tu kan..

IMG_2303

Photo ni took by Kakak’s teacher. She suka tengok the 4 beranak ni, so happy go lucky. Hallo teacher u tak tengok mak depa yet, lagikkkkkkkkkkkkk happy2 walaupun tetap orang kata aku muka garang bagai apa pun.

So anyway, speaking of Kakak…her birthday is coming, this September. I m planning to host her birthday party lah, bukan bebesau alam tu, kekecik jer. Jadi aku ngah pikir tema. Tema tak yah merangut2, dia pun dah 11 tahun. Cartoon2 ni dia tak minat.

Tapi dia minat Iqbal penyanyi budak Indonesia tu lah. Running Man Korea tu her fav gak. Tema apa ek? Yang simple dan mudah nak deco ler, dan senang nak mencarik. Nak buat kat rumah jer, coz she dok looking forward sangat to have a birthday party at our new Red House. So, untukmu anak, jom kita buat birthday party kakak yek. Not a surpise2 one, invite pun untuk kenkawan dia, bebaya dia jer…

Thanks for the ideas…

Comment: 8