Gegirl

3 little updates…

IMG_8639

remember konda kondi?

nah, those coming tetaun anak2 kita mungkin tak kenal konda kondi ni, tapi kalau those yang dari zaman aku, sangatlah ingat permainan rakyat kita.

So the bapak depa one day pi bawak depa korek tanah and main konda kondi nih. Si kecik pun terpaksa belajar sama jugak. Dia of coslah mengekor je, asal dapat main kat luar dah clap clap sukaaaaa.

IMG_8641

dari umur aku 5,6 tahun sampai secondary gamaknya aku masih lagi main konda kondi, bola chop bagai sume tu. Tin selipar, so many more. itu semua permainan rakyat kita.

IMG_8646

korek biasa jer nih, kita dulu ke main dalam punya korekkan? ni janji boleh lepas kayu nak songkek

IMG_8648

ini apa ke songkek kau ke main panjang dik! belasah je lah

IMG_8649

iyeeeee! u made it. kena selalu main so he would remember this game sampai dia membesau sok sok

IMG_8651

nak ajar main bola chop hemm….tak kot. sian sakit adik kau kang kahkahkah

IMG_8653

kakak too…ngan seluar tidur jerr

IMG_8655

hah ini namanya patuk ular! mesti kita ni dah ramai lupa the rules regulations of konda kondi. takpe takpe, boleh je google, semua sudah ada di internet tu kot lah korang lupa. Aku pun bukan ingat pun, nak kena main team up balik ngan all the gangs lama Alam Shah dulu.

Those days in Alam Shah 🙂 . To be exact Quarters Sekolah Alam Shah, yang kat Cheras KL nun, kami anak2 pekerja Alam Shah.

IMG_8294

selain dari itu, depa jugak belasah main kat tasik permaisuri, berhujan. Ini tak nampak rebasnya, tapi aku kat rumah dok message bapaknya, bawak anak2 balik nowwwwwwwwwwwww, raining lah!

bolayan je bapaknya ngan message maknya.

Lagi dia suh anak2 main hujan.

IMG_8295

bola al sepak

IMG_8298

Tudung kakak ni dah sama ngan tudung gegambar atas tu yeh. Dia suka ler tudung nih, jenis sengsarung tu jer, yang ke main berlipat ikat bagai tuh, once a while je kalau jalan nak vogue, setakat pi tuition main segala, memang kakak simple girl as this jer.

IMG_8296

Zeeshan ni 4 hari tak sekolah coz ada kes HFMD kat sekolah dia so aku tak berani lah nak hantar. Ada 2 orang budak kena, jadi cikgu kata kalau anak tak sihat better dont comelah, lagipun dia kena bebatuk gak last week.

Early last week gak ada officer KKM datang visit sekolah anak aku nih, kalau ada 3rd child kena HFMD, sekolah diminta tutup seminggu 2 terus bagi clear the virus.

Pernah aku tengok anak buah aku masa kena HFMD nih, alahai siannya sangat. A fren of mine, playhouse anaknya pun kena tutup seminggu gak, memang that s supposed to be lah. Kalau dah 2,3 orang kena, baiklah cecepat tutup and janganlah hantar anak2 kita, takpelah ponteng ler bape hari pun, either way pun kita kena ingat the health is much more important than anything else.

This week insyallah, Zeeshan sambung pergi sekolah semula.

Also to kakak, she s gonna have the Badminton Tournament peringkat Zon something le bunyiknya. Wakil sekolah kau kak, the only anak melayu dari her chinese school been selected for this. Proud of you Cik Kakak 🙂 . All the best, memoga mami boleh amik cuti nak pi skodeng anak kat sekolah yang ada tournament tu  hiks….

 

 

Comment: 6

Bukan salah Mak lah….

you know sekarang ni kita setiap minggu sangat ler huru hara. Aku ngan RD ler. So sama macam weekend baru ni, pagi aku ikut laki aku pi melawat kawasan, he usually hari2 pergi tapi aku either Sabtu Ahad je lah boleh pi visit. So bawak Zeeshan sama, abang kakak pulak di tuition, tu lepas hantar depa baru kita pergi.

Kemudian habis sejam, kita lari pulak pi tengok school Zeeshan. By right aku kena pergi lagi recce 2 sekolah dia, tapi macam aku nak settle down je ngan yang satu aku visit tu lah, the review is also not bad. Cuma aku nampak ada toilet student, takde seat. Kita yang tua ni pun kalau duduk kat WC seat tu takde lapik seat tu pun sakit tak sedap. Heharap depa dah pasang baru ler, kalau takde gak pasang sampai aku register, ha…memang jegil gak kang.

Nanti aku lari lagi pergi check the other 2 schools, if not ko pegi je lah sekolah tu ye dik. Ko asyik duk rumah main jer, tengok tv jer, hah pi sekolah jap. Bukan full day pun aku hantar, 4 jam jer.

Then kita mencicit split, laki aku drop aku, aku balik lu ngan Zeeshan, siap bagai, pas Zuhur, aku kena pi meeting, venue punyalah jauh kau. Depa balik dari tuition, kita kuor serentak, tapi anak2 and bapaknya pergi klinik and lunch pasal abang pulak masa tu macam demam. Maknya terus ke venue jauh untuk meeting.

Bapaknya hantar laporan, sempat gak tidur sebelum kol 4 for kakak’s badminton. huh sedapnya.  Mak ko gak tak dapat.

Pastu RD hantar Kakak pi badminton, dia terus ke  satu tempat ni to check on the doors, kira pi kedai pintu2 bilik/toilets lah. Habis aku meeting, about 35min perjalnan aku pulak join laki aku kat location dia. Itu dah 530 petang.

Kol 6 kita habis meeting, split lagi, laki aku amik Kakak, aku lari pi Tesco coz need to buy barang2 makan aku (orang diet tak leh suh orang lain belikan, kang lain acuan bahannya). Tapi knowing me, patut beli 3 barang, aku end up beli 100 barang kot! penuh trolley.

By the time aku sampai rumah, laki aku ngan abang kakak dah nak keluar pi tengok The Hunger Games (memang beli tix untuk depa 3 orang jer pun). So depa poi, aku kemas2 dapur ngan bibik, pepotong bagai, masak segala, 3 main lauk diet aku, siap sume letak lam tupperware and tunggu sejuk. In between main tetembak, sesepak bola ngan Zeeshan.

Jam 10 aku longlai terus atas katil. Dipijak2 dek Zeeshan gak.

Almost midnite, depa balik dari movie, muka memasing muncung tak best boring ngantuk maknek bagai bila tengok The Hunger Games. Kakak tidur dalam wayang kooo! derrrr…

so ni citer panjang aku kan. Jadi in between nih nampak siang tu macam RD yang manjang with Kakak kan? Betullah tu. Rupanya kakak dok mintak her tab dari sejak habis Kumon, pastu balik dari Klinik sebelum badminton, kemudian balik badminton sebelum pi wayang. Semuanya bapaknya bagi alasan ‘alah nantilah kakak, dah nak pi badminton, dah nak pi wayang bla bla bla’

so aku tak terlibat pun dalam dialog dan kejadian tab bapak anak ni tau.

Cuma midnitenya, bila depa balik, aku suruh Kakak tepon nenek coz that day was Nenek’s birthday (my mom) but she hasnt wish so aku suruh le dia tepon jap. Aku tak tau pun drama masalah yang dia mintak tab dari siang bawak ke malam kat bapaknya pun tau. Aku innocent gila.

Terus bila suruh tepon, dia turn and entah aku tak nampak bayang hidung. Merajukkah?

Datang Abang hantar laporan, Mummy – kakak sedang menangis teresak2 di dalam biliknya. Ler………………

Pastu Kakak ada tulis kat Board, for Mummy.

Aik, aku masuk le pujuk dia, baca board tu. Apakah? Mak kau seharian kulu kilir tak tau pun pasal kes tab ni, tetiba mak ko dapat nama, bukan apak ko. grrrrrrrrrr!!

Lepas dipujuk, she tepon neneknya, she tolong buatkan susu and aku terus bagi tab. Aku bagi gak. Yelah deal memang Sabtu dia datang, by right selepas badminton, tapi bapak ko yang langgar the perjanjian tapi mak ko dapat nama. cis.

Tetiba Mummy pulak yang tak adil??? Mak ko satu hari longlai, haiyo.

Bapak ko lah….!!!

image

 

Comment: 9

On 23rd of October….

IMG_0088

Dating bertiga, habis kerja, mencicit terus amik the kiddos. Tapi in between dedua kena tembak. Tak punctual! suh siap by 6pm, dedua 615 baru masuk kereta. berbulu je mak depa.

aku memang kepantangan sket latecomers kalau dah janji sipolan time, hah, sedapla anak2 kena menceceh

Tapi sekejapan je lah, it was Abang’s actualy birthday date. Walaupun a day before dah bawak dia pi dinner and dapat hadiah segala kan.

AKu bawak abang kakak tengok movie, bapaknya mana boleh ikut, kerja tak sama ngan kita manusia normal nih. Dia kerja ‘abnormal’ hiks..

Zeeshan lagi tak perlu ikut coz tengok movie kan, dia mana boleh lagi stage masuk wayang nih lagipun dia kalau tidur petang, selagi tak kol 7,8 malam selagi tu tak bangun!

IMG_0106

Ada ke orang tidur dalam kelambu ni mom?

ada ler, kalau takde takkan orang jual!

IMG_0093

Kakak nak set meja make up nih! amboi besarnya, you are not even teenager yet!

IMG_0112

kitorang meronda dalam kedai ni just to kill off time, sambil nak cari tempat makan and nak pi Maghrib kat surau depa at the 2nd floor

IMG_0120

pastu mak nya berkenan kat tepon umah nih. boleh beli. cantik cun. dah tried pun kat situ

IMG_0119

ada 3 designs. kakak dah pilihkan yang design bawah. Berkenan betul ler. Harganya lam RM130 ke RM150 lesser, tak ingat sudah.

IMG_0118

Design yang kakak pilih.

Bila kita amik stock baru, ada digital tarikh bagai, aku suh orang tu setkan ke current date. Last2 dia failed. Dia dok tetekan sampai tahun 2010 jer, aku cakap mana taun 2014nya, belum pass lah kak, kena study lagi camne nak setkan tarikh ni to the current date

ayoooo, ok tak yah lah akak beli dulu, ko study dulu kasi pass date tuh, nanti lelain hari akak datang lagi check and buy if ko dah pass kay.

Takkan nak beli kalau date tu tak uptodate.

IMG_0139

nak menunjukkan yang aku actually pakai palazo! bukan flare skirt.

IMG_0148

kita pusinglah 3 tingkat cari kedai makan dah takdeeeeeeeeee, semua dah tutup le lam Viva Mall nih, ada pun kat LG/Ground Floor. Eh malas ler nak turun bawah, coz movie pun dah nak start. Jadi anak2 tak boleh le nak heavy dinner.

IMG_0164

ada left satu kdai kopi ni, Kakak abang berkongsi milo dinasour, pun tak habis, depa cakap rasa payau tah hape, roti bakar habis sedap but roti telur, kakak kata sedih the taste. So tak yah, teh tarik aku pun payau gak. Jadi kita borong apa yang ada dalam MBO Cinema and buat makan dalam tengok wayang tu sudah!

IMG_0172

Habis dah tengok wayang, kita layan FURY. Ada boyfren lama aku si Brad Pitt tuh, best gilak citer nih. Kakak Abang dok zikir nak tengok lagi, syok syok.  Korang pergi lah tengok the FURY tuh, cite peperang zaman Hitler dulu. US vs Germany. Cool movie.

Kita tengok kat Viva Mall coz aku ni member kat most of the cinemas tapi Viva ni close by to rumah aku, kalau patah balik to KLCC lagi payah, unless anak aku dah pandai naik LRT bolehlah aku tunggu depa kat KLCC (mana mungkin le kan maknya nak bagi depa naik public transport!).

So itulah penutup birthday abang.

Balik malamnya kita bergaduh ngan Zeeshan….dia tu kuat mengadu betullah, bila main kalah je ngan abang kakak or bibik, laju jer mengadu ‘abang buat, kakak buat, bibik buat, daddy buat’

semuanya dia report.

IMG_0192

The next day nya, habis kerja, aku fetched kakak and bawak dia makan kat mamak. Tujuan utamanya nak tunggu abang yang telah kuarahpaksa pergi keluar rumah gunting rambut.

Haritu kan cuti sekolah 3 hari dek Deepavali and Awal Muharram so dia dok rumah asyik ler dengan PC PC PC. Jadi pas Asar , Fri tu aku suh dia pergi gak jogging. Jadi the WA group between mak pak and anak2, end up abang kena pergi gunting rambutnya kat not so far not so dekat jugak their fav barber, by bicycle. Satu cabaran tuh.

Aku lah yang cuak, nak suh anak jogging takper lagi tapi nak suruh Abang pergi gunting rambut tu memang banyak ribu le pesanan mak merahnya, naik basikal pulak tuh..  Abang and bapak steady je, jawab pun sisikit.  Hampehs.

So aku amik kakak, bawak pi mamak yang sebelah kedai Aunty Yelly. sampai 2 mangkuk maggi dia bedal ok, she s so fav ngan maggi soup kalau pergi memana mamak! Kak ngah pun datang joined makan gak.

Kekejap aku tepon Abang, tanya location. Kejap tu dia sampai, dengan berpeluh2, sib baik bawak bekal air botol, datang bedal maggi gak. Misi berjaya berbasikal. Dah boleh panjangkan lagi langkah tuh. Seronok btol dia, siap demand nak belajar naik motor. Memang kirim salam le kan takkan mendapat dari mak ko.

IMG_0199

kita singgah pulak kedai handphone yang tokey ni memang harganya murahlah, korang kalau battery iphone korang membodoh baru charge tetiba dah kojol, hah datanglah kedai nih. Termurah harga battery dia bagi dari tempat lain, so kat sini we sent kakak’s hp coz kena air, kena dari botol air si adiknya, waktu kakak charging hp and pi sek agama. So kesian.

Ganti pakai ngan Nokia yang beli untuk abang tapi tak berpakai langsung, pun dapat pakai sekejapan jer coz maid aku yang handal tu sudah terpecahkan skrin Nokia tu. Memang ler tak sengaja, tapi kena gak bawak pi kedai betulkan, pecah seribu ok the skrin! Bibik oooi bibik nih. Tolak gaji lah apa susah.

But rezeki kakak and adiknya, esoknya dapat Samsung Tab 4 🙂 . From my ads sponsor.  Sedap la ko yek Kak. Sharing basis, abang also can use.

IMG_0202

Balik tuh, nak mengutilisekan kakak yang pakai sport shoes, so aku bagi dia berlari anak dengan abang yang bawak basikal. Aku ikut dari belakang. Dah malam ko, nak dekat kol 8 kot masa ni hah, nak cepat balik. Gambar was a bit blurry coz viper aku dok jalan tuh, hujan kan masa ni. Rebaslah. Kakak nak jugak berjogging lari anak dari kedai BSP tu sambil abangnya ikut riding dari belakang. Tak termasuk mak le kan. Mak very the possesive risau anak2 hiks.

Weekend kemudiannya pun Abang ada pergi naik basikal, dia dah confident dah jalan luar ngan basikalnya. Dia pergi Hero beli guli, nak buat main congkak. Kitorg kan baru balik short trip, so nanti tu citer kemudian. but cun lah, dia dah terer pi memana, but asal jangan jauh ler, around BSP ke umah nenek bolehlah.

There u go, story about my 13th year old big boy. Malam semalam pun Abang pi tengok lagi Fury tu, temankan bapaknya pulak, dah bapaknya takde gang nak tengokkan, diajaknya aku, malas acik nak tengok 20 kali kahkahkah….abang skang ngah cuti 2 bulan, ada 2,3 hari je sekolah coz kan SPM, so tu yang Sunday nite boleh tengok wayang ngan bapaknya.

Comment: 8

On the actual day…

photo 5

hah ini yang kakak dapat di harijadinya, terus dari tangan the runner/baker.

bouquet and balloons tu aku dah ordered dari seminggu sebelum her birthday, dengan remarks – to be delivered before 12pm.

Thanks florist! you are so on time.

photo 4

ini pulak dari baker, from my fren too, she did for Zeeshan’s birthday cake as well last year. Rumah kawan aku ni senapas jer, so senanglah dia nak hantar, coz deal was aku nak baker anto sendiri, aku tak nak collect coz aku nak anak aku terima sendiri dari tangan baker.

all well planned, alhamdulillah.

photo 1

unfortunately masa dapat semua nih, takde recording coz makpak bekerja, aku cuma perhatikan setiap detik dari kaca CCTV, live. Bukan main lagi senyum simpul lagi kakak bila dapat bunga and kek. But by using her nenek’s handphone dia hantar gambar lah, live update hehehehe….

 

photo 3

Belon dah kena paw dek adiknya. Kek tu, aku dok pikir apa le tema yang aku nak letak kat kek anak dara aku nih…but Allah tu Maha Mengetahui, dipetikkan idea untuk ‘hijab’ kat Mak nih. Since kakak pun baru fully hijab, ai think sangatlah sesuai dan kena sangat. Aku google gambar, tanya member ko boleh buat cenggini tak, laju sahaja boleh. Hah settled.

Selain merah, kakak jugak suka purple, so that s why kek ni in purple and white but inner dalam tudung tu merah. Pandai bijak baker sorang nih.

Memang aku dah pakat dengan mak aku ngan bibik, jangan bukak pintu kalau ada florist or baker datang, biar Kakak yang sambut. Mission accomplished.

 

photo 1

Malamnya kita bawak dinner di Wadihana Islamic Steak House, Alam Damai’s outlet. Senang situ near by gaklah ngan rumah. Itupun kita surprise gak, bapaknya dok pakat cakap ‘kita pernah pergi tapi tak pernah pergi’. Jenuh abang kakak dok memikir mana ler tempatnya…

Sesampai jer, terus melonjak bebudak dua orang tuh, depa kan suka makan kat sini. Nampak gayanya kena repeat lagi makan kat sini, aku rasa kalau tak once a week, once a month kena makan kat sini lah. Anak2 suka sangat.

photo 2

This teenage boy, bertowel masuk bilik mak, bukak lemari bapaknya terus amik baju nih. Aku tak tau lah, semua baju bapak dia, dah jadi baju dia. Dok cakap baju daddy semua hensem2, lah bang, baju ko pun hensem bang, cuma dia memang kerja nak menibai baju bapak jer. Lantaklah ko asal bahagia, bapaknya pun dah malas nak larang2, asal jangan amik baju baru belum pakai, ha tu memang kena siku ngan bapak ko kang.

Pakatan abang pulak, takde hadiah dari dia, biasa ler jimat belanja but a day earlier bapaknya dah tolong belikan birthday card from him and little boy, so abang’s job tulis card lah.

photo 3

si kecik nih skang tak berapa kisah sangat nak explore youtube etcs tapi dia dok sibuk 2,3 hari ni dok amik gambar kiorang. ADakalanya dok selfie memanjang….asal ko diam!

photo 2

jokes from the big brother to the only sister

photo 1

Oh aku lunch tuh pi lari belikan hadiah harijadi dia, but from his dad. Bapaknya this week on course so dapat ler balik macam manusia kerja biasa tu yang kita dapat dinner ni but tak dapat nak cari adiah anak dek tempat lokasinya. So aku ler yang pilih hadiah, claim kat laki jer lah.  I bought 5 pcs of tops for Kakak gak, long sleeve since dia dah berhijab kan. She wants that style of baju, she ada jer inner tapi lagi senang selesa if dengan baju lengan panjang terus.

photo 3

budak ni kan, dahlah muka kita tak masuk frame pastu bila orang ajar dok memarah tak bagi usik. eii mak ko picit pipi tu kang.

Lagipun this week punya Preschooler advise saying:

You may notice playtime becoming increasingly elaborate and using more props. Beginning this year, your child is
entering the rich world of pretend play (next year he'll become even more engaged in it). When you're invited into 
these games, follow your child's lead rather than directing the action yourself. His imagination
is starting to work overtime, and telling you to be "the baby" or "a puppy" is his way of calling the shots for a few
heady minutes.

photo 4

adik ni busy sangatlah….

photo 5

kejakunan abang tengok hadiah kakak, padahal dia dah tau mesti ‘girly’ type gak hadiahnya

photo 3

bapaknya (mewakili maknya) hadiahnya a sling bag and a purse. Satu set.

The boys bagi cards jer…cukup.

photo 1

Depa sume makan besar malam tuh, tetiga dengan steak lah, pizza lah. aku hanya makan mushroom soup dan roti cicah soup. Sedap gak, itupun kena gak pau ngan depa. Coz kalau steaks ni memang no point aku makan sama sepinggan pasal adat kita makan, akan share2 and suap menyuap each other. Tu yang aku dapat rasa 1-2 garpu dari memasing punya plates. Cukup ler kan…

Zeeshan with his fries….dahlah fries tu datang pepanas, orang dah cakap hot hot, dia amik gak masuk mulut, hahahaha mencungap keluarkan balik.

 

photo 3

comotnya kakak makan steak, sampai tudung kena mancut2 hah…

photo 4

up lah lelebih gambar birthday girl, ini je anak pompuan yang aku ada, dok mintak adik perempuan but tak bolehlah Kakak, cukuplah kakak ada sorang abang sorang adik lelaki…insyallah.

 

photo 1

sukanya dia dapat purse!

photo 2

sling bag

konon amik gambar diam je nampak sopan jer padahal aku dok tercungap2 ngan Zeeshan yang dok acah2 nak pergi ke jalan raya belakang kita tuh…kereta tak banyak, lengang but still………..!!!

photo 3

apakata entry ni penuh dengan repeat gambar je lah, penat aku upload kan, so pasrah letak jelah semua

 

photo 5

baju baru dia nih,she loves it so much, polkadot and kekembang and kain lembut sejuk, hari tu 5 helai aku beli, takpelah boleh pakai for our jalan2…

 

photo 2

Ya Allah, mak pinjam kejap je ipong ko, punya melalak macam kena deraaaaaa!!

photo 2

#wefie the Red Family

photo 5

pastuh ada budak yang nak tolong amikkan gambar, but senget bengetlah sikit. Pastuh lepas satu snap, amik jelah lagi 10 snap or 80 snaps kan, but dia asyik tengok balik gambar yang dia amik. Dah tuh tunjuk kat kita ngan gaya ok tak nih adik snapkan nih? or maybe soalannya ha adik pandai amikkan gambar….

yang kita ni pasrah jelah tunggu dia amikkan, asal ada masuk dalam frame pun dah cukuplah

photo 1

tertunduk2 semua orang dibuatnya dek ko yang jadi photographer tau dik. Bila ajar tak nak ikut, tak bagi pegang ipong tuh, hah ni lah hasilnya, apapun, harus kita upload gak dalam nih. Anyway, itulah seronoknya menjadi Birthday Girl hari tuh, at least for Kakaklah. ada memory yang dia akan ingat bila dah besar, ada memory oh dapat bouquet, oh dapat delivery cake lagi, dapat makan besar dapat kasih sayang, forehead kiss from the big brother too.

Also wishes from her nenek atuk, makcik pakcik bagai, dapat Genting Highlands gak ehehhehe, so on.

Alhamdulillah, rezeki umur kami panjang untuk sambut her 10th birthday, coming soon, bulan depan, kopak lagi untuk birthday si bapak dan si anak sulong.

Ok the boys cam biasa, korang kena kongsi lagi cake ok?

Alah mummy ni, kenapa lah beranakkan dedekat ngan birthday Daddy?

hahahahha hoi! ko ingat boleh tahan ko keluar lagi sebulan setengah dari tarikh birthday bapak ko??

Korang, thanks for the well wishes and doa selamat for Kakak, let s pray for the best of her. Alhamdulillah. The cake tuh kita packed up for 20pcs and sent to her sekolah agama (since sek keb cuti), party cake ler depa. Some pulak for our family members, shukran, dapat le panjang2kan. Kalau sorang memang tak habis ler makan pung.

 

 

 

Comment: 9

Hijrah and Birthday for Melysha….

 

getting kakak her new konon ‘Lofa’s tudung. Tak tau le apa namanya tudung shawl lofa tu but she wants that style. Itu sesuailah ngan mukanya, aku lepaskan anak aku pi ngan cousin dia ngan bibik pi Jalan Tar, coz nak beli banyak lagi tudung but yang macam tak sesuai ngan muka and umur dia yang depa beli.

So kita top up lagik.

Ini kat Seksyen 7, Shah Alam tu.

Rambangnya kat situ, bukan main banyak ler lagi kedai tudung le kedai baju ler shopping segala merata situ heh…best btol ek, aku baru tau ujudnya tempat happening gitu, itupun pasal aku pi visit Princess Victoria Stylo.

IMG_0926

so so, maknya tak pandai hal tudung ni kan, adik kedai ni ler tolong ajarkan. tudung ni ada ala2 yang macam lofa pakai tu lah, bukan yang Lofa jual, tu memang lagi ler tak sesuai  ngan Kakak. Kawan aku pakai, pun tak berapa happy. So anyway, Lofa should come out ngan tudung simple yang dia pakai tu lah, sangatlah simple takde meleret2 takde bergantung2 yang penting dia tutup dada.

Yang pakai tudung tapi nampak dada tu yang akak hemm…hemm…

kat sini beli 2 helai. Pusing2 lagi….pusing kedai sebelah sana sini

.photo

jumpa lagi konon tudung lofa untuk kakak, but aku pulak try oiiii ini punya petak kotak besar ok! memang tak bolehlah kakak pakai, tapi merahnya cantikkkkkk, sebab besar so aku try ler, fail liau!

IMG_1176

so sudahnya kedai ni kita repeat 2 kali, coz amik 4 helai, yang kekedai lain takde yang up to kakak’s standard.

Aku masuk gak Jovian’s nak cari baju le alkisah, but dia kan banyak dress kan, yang aku berkenan sket lagi nak beli online aritu, nasib baik le tak beli coz rupanya yang kekecik size dia pun kalau aku pakai dah boleh macam 1 1/2 orang yang pakai.

Ada gak kita beli telekung lace, baru RM50 per set kat sini. Aku beli 2 sets.  Sebelum tu aku bayar online sampai RM110 perset, dahlah ada hiccups, bila aku dah make noise baru dia citer hal sebenar. Tak honest! Imagine i paid RM330 for 3 pcs of telekung lace, I can close eyes lah, but aku tak suka orang kelentong, benda dah salah, ada hiccups tolonglah honest!  tak baik diam pastu bagi alasan saya meniaga kecilan, abis tu aku punya duit tu kecilan to u so you could do this to buyers?

Some sellers ni tak nak bagitau the hiccups coz hoping tak de le buyer nak perasan or nak bunyi. So takpelah, dah tau ler mana nak carik telekung lace, RM50 jer, 3 layers lagi, siap ada merah cantik sangat.

IMG_0975

Kemudiannya kami dinner kat Wadihana Islamic Steak House, sedapnya depa semua sukaaaaaaaaa!!!

IMG_0977

aku makan olio aglio ni tapi pedass…nangis hakak. so aku hanya makan the seafoods jer, lelain laki aku perabihkan..

 

IMG_0990

abang pun makan steak jugak, Zeeshan makan fries jer. Bibik langsung tak nak makan, dia dah kekenyangan dari makan umah mertua aku. Pastu aku cakap, ko tak makan kan nanti orang tengok cakap Ibu dera ko tak bagi makan.

ke main dia jerit, knowing her kan kalau cakap memang gempita satu Shah Alam pun boleh dengar – Taklah Ibu, aku kenyanggggggggggggggg!

IMG_0988

Ke main kepak tangan ko kak, anak2 aku macam bapaknya memang suka ngan steaks lah, even dalam diet aku dulu pun kalau rasa berat naik, makanlah steak tapi jangan le makan sebesau pinggan kakak tuh, cukup buat suku sudah.  By the way, since today waktu entry ni aku keluarkan is Kakak’s 10th Birthday, we will come back to have our dinner di sini kembali but at outletnya yang near by lagi to our house. Because she lovessssssssssss this restaurant sangat, so let s take her there.

Juga kerna hari ni adalah hari Kakak/Gegirl, to announce, she actually dah fully hijab sejak few weeks ago. Though i told her she can wait till her baligh time but she said kakak tak tau bila nak dapat period, maybe lagi setahun 2 kan, so Kakak nak pakai dululah, Kakak tak nak tunggu sampai period. Because of that, i give her the full support, walaupun maklum tau ibunya masih lagi belum terbuka hati untuk bertudung.

Today, i have made an arrangement with the florist to send her a bouquet. Deliver terus ke tangannya, mesti hati bunga2 and memalu bila nanti dapat bunga. Juga a special cake, also will be sent by the baker deliver terus ke rumah to her hand. Surprise for her. Birthday treat – we just got back from Genting Highlands, for my blogjob but that s can be considered as her birthday getaway gak lah.

May Allah bless you Kakak, jadi anak solehah. Happy 10th Birthday on 9th September.

Comment: 22