Helper

Ya Buk..bisa buk…..

Maid temanku lari!

Terdekat ngan aku pulak kawan aku nih. Tinggalkan her 5yo daughter je kat umah, waktu siang. siap dipecahkannya gobok lemari and amik passport + almost seribu gone. dah kira criminal pulak melampau maid2 nih.

My replacement maid memang tak dapat yet, agent tu hari2 kena gegar ngan laki aku, dah kena maki pun tak jalan, tak maki pun tak jalan. aku dah tak campur dah deal dia contact agent, tak larat. i will be more stressful with all the hantu2 nih sume. baik maids baik agents. Rezeki korang, bahagian koranglah coz  dapat maid yang reliable. not like our nasib.

Dah tersurat, aku dilopongkan kat sini tapi dimewahkan di situ. so redha.

For me, kami anak beranak memang rasa seronok takde maid. Selain hati tak sakit, aman tenteram je kat rumah. As a back up aku ada cleaners yang rotation buat keje kat umah tuh. Cuma for daily purposes, alahai, laki mak dah bising malas dah nak sidai2 kain baju, and basuh pinggan. letih dia malam2 kena dok buat keje2 gitu yang padanya keje2 pompuan tapi dah bininya boyot, kenalah jugak buat. Ko ingat kalau aku tak boyot dia nak buat, aku gak yang kena lipas kudung buat2 sumer tuh.

RD is a very typical man, tu yang dia malas nak basuh pinggan mangkuk bebanyak, dia suh aku pencen memasak jap. Bukannya tak nak ada maid, some more nak ada baby ni lagi ler perlukan bantuan though i wont get the maid to look after my baby, yang kakak and abangnya tu dah big, tak yah nak dimandikan jaga sangat. tapi baby ni bahaya woi….yang aku geramkan skang nih, kita akan tuntuttttttttttttttt jugak replacement maid tuh wpun aku suspect kalau dapat pun dia akan lari jugak.

You know why coz setelah disiasat memang agent hamlau tuh dah tak eran bila maids production dia ramai yang lari. huh hai. Dahlah first maid yang aku dapat tuh dia suh try seminggu, tu kena bayar 5ribu. pastuh found out maid tu cakap dia tak suka jadi maid, nak jadi Salesgirl kay, so agent amik balik and ganti yang baru si Mila yang lari tuh. Untuk dapatkan Mila dia suh bayar lagi extra RM1ribu coz katanya dari Jawa.

Bila aku check ngan Mila, bukan pun dia datang dari Jawa, datang dari Medan jugak sama ngan yang maid temporary seminggu tuh! Haprak betul. Ngam2 cukup sebulan dia pulak lari.

Total nak dapatkan maid dekat RM7ribu sahaja ngan lost plus kerugian kena bayar penalty kat Imegrisen + apa yang dia sempat curi and amik and yang aku kena bagi anto duit kat kampung dia gak. podahcit!

hah sementara aku dah teringat nih, masa Pipinnnnnnnnnnnnnn jadah tu lari dulu, kan aku cuti 3 hari kan, so aku kelam kabut roger in out contact2 yang leh dapatkan aku maid segera. Ada kawan pada kawan pada kawan kakak aku, pun datang nak tolong.

First time deal jer dah macam pentipu. Cakap konar2 baring, aku ni dah macam lawyer kalau ko janji a to b, aku tuntut cakap a to b kau, tapi kalau ko tetiba ada cde, ha sah aku argue. So lepas 2,3 hari ding dong ding dong, dia cakap ok maid dah ada, dia nak mintak deposit through online for 2k.

aku suspiciouslah jugak aku cakap aku ada seribu je dalam bank. lain sume cash in hand coz janji awal kata nak duit cash bukan suh transfer. then dia cakap oklah tfer jer 1k tuh, so aku transfer, ikut gamble je nih dahlah tak kenal tak hapa tau, main belasah jer nih, at that time laki aku pulak kat Afrika kan, so decision making mmg sume aku buat sendiri.

Then dia cakap thari nanti dia bawak maid and bayar the remaining balance which is about 4ribu lagi lah (since 1k dah deposited).  Janji tengahari tak dapat jugak, tak de bayang, bila sms tanya tak penah nak jwb, bila call baru jawab oh bz bz nanti jap gi sampai ngan maid.

Tetiba….

pukul 3.00 petang dia ada kat depan pintu rumah aku.

Aik. apsal ko datang sorang, mana maid aku?

Oh maid you tak boleh nak lepaslah, kena bagi lagi balance 4ribu tuh.

aik, awak ni, saya tak kenal awak, tetiba datang rumah saya mintak 4ribu?

Yelah saya nak tengok rumah majikan untuk maid nih.

Sejak bila pulak ada service or quota kena tengok rumah majikan bila amik maid?

Dalam hati aku, tau ler aku sorang2 takde laki, ni nampak sangat nak pau duit aku nih weiiiiiiiiiiiii! Memang tak leh trusted langsung.

anw berbalik pada duit 4k yang dia mintak tuh, dia cakap kalau tak percaya, hah bolehlah pegang IC dia. siap dia passkan tepon dia suh cakap ngan kawan punya kawan punya kawan kakak aku lagik.

Eh ko lupa ku ni blogger and otak aku panjang akal jugak.

Pedulik hapa aku ko suh pegang IC ko pun, nak aku release 4k kat ko yang banyak cong cangnya oh tidaklah. tetiba sanggup datang rumah nak amik duit tu yang tak menahan. Hamlaunya sangat. Ni taktik nak duit cash mana kita tau dia betul nak rolling kat maid kan, dahlah dia tetiba menebeng depan pintu rumah aku. anw aku tak bagi masuk pun ,cakap through grill jer, pehal nak bagi ko masuk pulak.

So i didnt give. but he promised to come back that night with a maid, so aku leh bayau later.

Harammmmmmmmmmmmmmmmmmm nak dapat duitnya!

Pastu start chasing duit refund dari dia, yang 1K tu coz kita tak nak pakai service dia dah lagipun dia dah banyak cong kan.  Ko, sampai laki aku yang balik dari Africa pun chase dia pun tak gak dapat2….finally kakak aku yang jadi introducer + laki aku sound bertepek dia refund gak but short RM17! ahahhahha

yalohai…

ini punya olang pun ada jugak.

So anw, harap2 aku dapat ler reliable maid/helper, Abang and Kakak dah besar boleh diorg bantu2, i m also independent wife gak, but problem is bila kita dah ada baby. Skang buat keje rumah agak terbatas coz i m boyot, tunggu kalau dah beranak pinak, takkan sumenya haku nak buat, so memang nak pakai pembantu, tapi bila ramai yang lari, tak kira ko ada anak besau pun anak kecik lagilah depa lari. Macam anak2 aku 2 orang tuh, bukan ada kat rumah pun, kat sekolah jer seharian tapi pun maid lari gak apatah lagi yang ada baby or anak kekecik.

Apalah saja yang indo2 ni nakkan lagik, sibuk datang msia nak kerja, tak boleh ke kerja yang halal and dalam keadaan legal, nak jugak jumping sana sini, pastuh dah korang lari, kita pulak kena bayar penalty kat Imegrisen. Whylah our gomen is so ikut sangat cakap negara Indo sana tuh. huh!

Tapi kenang2kan, anak2 depa kat sana pun depa tinggalkan, apatah lagi anak2 kita yang depa jaga, pedulik hapa pun diorang nak bela memolek! ni ada jiran aku dia tak tau yang maid dia dah lama kerja bertahun2 ngan dia tuh dok merempat kat bawah berborak setiap kali siang dia bekerja. Hai ….

Semoga Allah memudahkan perjalanan Red Family.

Comment: 51

Never ending story….

alkisah sebenarnya

entry ni panjanggggggggggggggggggggggggg sangat. mau 2,3 muka surat jugak. tapi kemudian, itu baru episode 1. Bila ada episode 1, kena ada sambungan episode 2 and so on. huh….macam dibayar jer buat sponsored posts. so aku amik jalan mudah, delete je sumeeeeeeeeeeee story tuh.

Malas nak bersambung2 part2 ni sumer.

Lagipun benda tu sume secara asasnya aku dah citer dalam twitter. sorry ler, benda yang meruap2 nih memang tak yah tunggu blog, terus pancut lam twitter jer. lagipun lagi aku citer imbas balik sume episodes maid nih, lagi naik temperature aku, korang pun suh aku cool off kan, jangan bagi aku naik darah some more i m pregnant. Some more janganlah nak main hentam keromo jer kome2 pasal bibik maids kes ni kalau ko tak baca and tak tau the live update on the issue. Tu lah dah tau tak de twitter main puji melambung je si bibik lahanad nih

ni orang lain yek, si Fifin tu lain citer. yang bibik lain citer yek. Ko tak tau citer jangan banyak kerenah pulak. Duit aku beribu2 habis dek bibik nih, mana ngan drama airmata dia mintak duit lagi suh anto ke kampung, keje tak sampai 2 minggu yet,  ngan dia kiben macam2 brg aku, heh…panjanggggggggggggg hazablah citer ni. bosan! benci nak berkongsi kat RM nih, coz aku dah belasah lam twitter pun.

Apa2pun…buat masa ni kami memang bebas dari maid. Empat2 kami bergotong royong bantu membantu sama bersinsing bahu buat kerja…

paling tak bley blah sedih je dengo Gegirl cakap

takpelah Mummy, kakak tolong kemaskan katil Mummy, tapi tak mau ada bibik maid lagi ye Mummy.

sedih oh sedih….coz anak2 aku memang sanggup berhempas pulas buat keje umah sesama, kemaskan segala, tapi tulah, demi anak2 gak aku terpaksalah pakai maid, bukan sesuka jer. Pikiran korang dok kata suh aku berenti kerja, ko ingat laki aku bagi? oh tidak,……if anything happen, biarlah aku ada duit sendiri, memang dari blogging earnnings alhamdulillah boleh cover tapi kita tak tau future, berapa lama iklan di blog boleh bertahan. lagipun, takpelah bertahun2 dah aku macam ni, insyallah boleh bersusah payah anak beranak sesama kita…

So kami skang jadi supermak, superpak and superkids!!

Comment: 25

Ceritera Maid…

image

 

image

image

image

 image

Berkongsilah apa sahaja cerita baik buruk pasal maid/pembantu rumah kita…mana yang boleh kita bandingkan jadikan panduan. Sapa yang follow twitter aku memang pahamlah kan betapa menghanginnya aku ngan maid baru skang nih. Wui! banyak drama betul ko yek.

Naik jemulah nak citer kat blog, sblm raya aritu aku janji nak cite kisah agent nak chong aku pun lom citer lagik, ni beban baru pasal drama2 maid. mana ngan air mata tersimpuh sedunya. Hoi! baru kerja dah berbayang2 mintak duit!

Ok now is your turn, i ll story mine soon.

Tragis tol aku baca komen2 korang dalam Fanpage aku nih pasal maid memasing….ya allah dijauhkanlah aku dpt maid yang perangai hamlau2 gini weiii….

Comment: 24

Moody Part 2…

IMG_5964

cerita sebelummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm ramadhan!

ok antara mood swings coz of pregnancy.

had lunch at the X with bff, i m not a fan of X…so my fren ordered this for me. boh je lah. ngap ngap ngap….balik opis lapau lagik. betullah perut aku ni, apa saja le ko nak tekak oi.

so ada nasi dalam plate nih.

aku mintak sudu. datang dibaginya sudu soup. dah lebih 10 taun aku makan kat X nih, tak pernahlah depa nak initiative supply ngan sudu nasi betul, putus selera aku tengok sudu soup nih. ok small matter, cuba lupakan kemenyampahan pakai sudu sup tuh, mmg aku tak pakai pung.

Then air aku abih, so nak kena refill, i wud prefer if kalau makan, biar kawan aku yang mintakkan apa2 coz nak menjaga mulut and hati kemaruk moody aku nih. tapi kawan aku panggil tak jugak datang2, ada satu kelompok waiters dok belakang tu, jarak kami dalam 5 langkah jer….kau 2,3 kali panggil tak datang, aku ketuk meja tu ngan suara high pitch. oh u dont want to hear my high pitch voice!

Bergegas 2,3 orang datang….

Masa tu jugak aku nampak sorang nih dok stareeeeeee je kat si boyot nih. Aku pandang dia and tanya ‘tengok apa??’

dia senyum sumbing!

dahlah dia berdiri terpacak lagi kat situ, aku memang kena facing dia, tak habis2 dia menengok aku. kau apa lagik…....WHAT ARE YOU STARING AT???

hahahaha melaju manager dia tetiba datang bila dengau aku dah naik high volume.

Oh my, pregnancy makes my mood so swing upside down betul.

Please forgive me if you happen to kena my lancang mulut.

Maid lama aku si Fifin, masa aku marahkan, aku tak cakap apa2, aku terus diam jer. so dia pahamlah aku anginkan dia, boleh sekali pas aku hantar Gegirl sekolah, aku patah balik rumah coz sekali lagi  masa tu lens sebelah aku bukan tercabut but terselit kat belakang2 atas mata aku. aku nak masuk rumah, dia takde!! dia pergi balik rumah dia.

Ko bayangkan, tetiap hari kitorg sume pergi sekolah pergi kerja, dia pun sama kuor rumah balik rumah dia. So bila aku balik rumah, eh sukatilah rumah aku bila masa siang malam aku nak balikkan…so masa tu dia takde rumah. Memang aku ada kunci rumah but saja aku tinggalkan kat kereta, so aku tepon dia, aku mengalah takpelah aku turun balik kat kereta amik. Then dia hegeh2 balik jugak coz dah rasa bersalah kan, majikan kuor, ko pun sama kuor. tak cukup ngan balik awal, pas majikan kuor pun ko balik rumah. eiii bikin panas betul.

so masa tu aku tak cakap banyak, terus aku masuk bilik aku. takde sepatah marah pun kuor. tapi dia pahamlah tu. lainlah aku maki hamun dia ko nak lari logiklah. lagipun ko dah salah, aku pun boss aku ada marah aku kalau salah buat kerja. ngek! Itu aku tak cerita yang kes baju aku dia hilangkan…

aku tanya sket jer, camne boleh hilang?

dia dah meraung2 melalak. dia kan cembeng cepat lembik!

pastu dia cakap ‘saya dah bilang suami saya kak, nanti saya ganti, suami saya pun cakap gantikan jer kain baju tuh’

aku sound 2 tepek ‘ko yang hilangkan, apehal ko nak sibuk kaitkan laki ko? ko keje ngan aku, yg ko sibuk nak relatekan laki ko ngan aku punya kain baju apehal?’

pokoknya…ada ke dia ganti baju aku yang hilang? No yilek pocik!

Comment: 23

The first ramadhan yang pilu…

dah seminggu ye puasa

baru ler aku nak bercerita borak sket2….

ni 1st Ramadhan, 3 hari selepas kami tiada pembantu rumah. agak perit waktu ni, coz i m adjusting everything some more takde lagi back up maid. luckily budak2 tengah cuti NK coz ada sek ganti untuk sports day sebelumnya, cuma ada sek agama jer.

Coz of first day, memang diorg lemah sangat specially Gegirl. Abang pun dok berapa kali mintak minum air tapi aku suh depa bertahan jugak.

Pasal serabutnya aku hari tu, toksah cakaplah, hari tu jugak aku dah start angin puting beliung dalam twitter pasal kes Fifin the keparat, cuma blom blogkan jer, entry tu kan kuor after 5th Ramadhan.

Quite letih coz masa tu lah aku nak carik back up, mana ngan ngah bawak perutnya, uruskan umahtangga lagi, kerja lagi wpun ngah EL, eh  macam2 lah. So petang lepas Abang balik je dari sekolah agama, terus kami ke bazar ramadhan. First day je aku bawak anak2 aku ke bazar lepas tuh aku tak bawak dah coz depa melepek sangat nak berjalan ngah panas beli juadah.

 

IMG00923-20110801-1819

nak amik gambar pun memasing tak nak posing, abang tu tolong bawak air sejuk, Gegirl awak badan jer, dah cembeng2 lembik, mana le mak ko boleh dukung sayang oi. udahlah masa ni hari pertama aku kuor lambat sket coz tunggu abang kan, hah parking pun bukan dpt dedekat, jauhlah jugak menapak dari bazar ramadhan, aku pi yang tasik permaisuri, coz complete sumer ada kat sini. yang kat JPJ/Hajris tu kuranglah, tak seronok, lauk campur takde pun.

ada lagi 5 – 10 min nak sampai ke kereta…..

IMG00922-20110801-1818

selipar kiri aku putus pulak!! astaga!

mana ngan anak2 mood masam mencuka coz lembik badan

mana ngan aku dok bawak barang2 dari bazar ramadhan nih

mana ngan bawak perut

ngan selipar putus!

eii nak nangis sedihnya haiiiii…..

pastuh aku cuba menapak dengan sebelah selipar sahaja…cei, orang pandang toksah cakaplahkan. last2 selipar sebelah kanan tu pun aku balingkan….menapak kaki ayam ok, kalo maternity dress aku labuh heret tutup kaki takper pulak, tapi tak pulak. memang orang yang menghala ke bazar ramadhan and yang driving nampak aku jalan tak berselipar, but apokan nak dibuat hai….

abang sompek melawak….mummy, mesti orang tengok2 tu tau mummy ni Redmummy kan, Kesian mummy takde selipar.

ahhahahaha lantaklah!

everything has to put aside 🙁

cid_IMG00552-20110805-1659

ni selipar belah kanan yang dah dibalingkan, Sirman snap waktu dia ke bazar Ramadhan. hahahahaha!

Susahnya hidup oi coz kalau ada warning dari si keparat tu takpelah jugak, ni takde, seminggu lepas memang kami suami isteri took turn bertangga di rumah. Oh yeah aku blom ceritakan lagi pasal kes nak dptkan maid baru kan, dealing ngan maid agency, ada yang cong aku, ada yang datang rumah selamba jer mintak duit waktu aku sorang2 kat umah. huh…..tu nanti aku citer kay. Yelah masa kejadian2 ni sume laki aku kan takder, dia masih di Afrika, luckily aku ni panjang gak akal.

apapun, pesanan komen korang pasal kes maid tuh, insyallah aku praktikkan. Thanks all.

But ada jugak yang aku tak leh ceritakan, apa yang kita followupkan, let it be lah. yang asas je lah aku citer dalam RM, yang buat pening pala korang nak tau jer, tu takyahlah…..

Comment: 41