Helper

Serampang Ahad!

IMG11227

sabtu thari aku biziiii rombak bilik. ekon aku dah nak mula pasang, patut sabtu dah leh pasang sekali management tak kasi suh buat ari lain, ciss ko mngt mmg saje le kan. so aku n fifin n sirman rombak bilik, 2 kali rombak coz design asal tak kena langsung utk new aircond.

IMG11230

menggodam wayar2 pc agar terurus kembali…ha gitu! lotih tak lotih, kalau dah 2 kali design tukar. kali ke dua tukar tuh aku n sirman je yang buat coz tak nak kaco fifin yang ada byk keje lain dia nak buat..

ponekkkkkkk!

IMG11253

alahai sian tak anak2 aku….ni odw to birthday party, sejak dah kena pasang seat belt kat seat belakang nih, depa adalah macam kekangan jer nak tidur. susah tol kan…tp kalo dah jauh perjalanan sangat susah nak tidur selesa, aku suh je depa bukak seat belt tu, baringkan je badan terus.

nanti kang aku tempeek le gambar2 masa bday party….

dah macam pertemuan bloggers pun ado gak

sbb yang buat bday party tu member aku aka workmate aku aka blogger, n jemputan adalah terhad utk bloggers sahaja. huhuuuu! banyak gambo cecantik.

ya arini ahad

ari tidur

ari riadah

ari aku nak mencari cage!

cage yer…cage means kucing tak lama lagi akan dapat

insyallah…dedoa lah ada rezeki kitty tuh ngan red family.

Comment: 9

Anak sulong anak kecil

IMG11046 IMG11047IMG11048

rajin fifin kan…

sayang aku ngan dia

lam bulan june, aku ada janji dinner ngan fifin and suaminya (sirman pls take note!). tak penah kami berenam plus kids kuor makan special sama ngan dia, so aku dah cakap nanti nak dinner special sket ngan diaorg. menjaga hati fifin, wpun dia helper aku, tp cubalah korang tanya dia penah tak sekali aku marah dia or naik suara. enggak yer….

dedulu punya helpers pun sama…tetiba teringat kakak, one of my helpers yang terpaksa pindah ke klang ikut suaminya…

so anw, aritu balik kerja aku ajak fifin sama tungkus lumus angkat lemari besau tuh, tak berdaya nak angkat heh, terpaksa aku tolakkkkkkkkkkkkkkkk, fifin tarik. tv besau aku tuh tv lama x lama adalah lam 2,3 taun, masa tu LCD lom famous lagik so tv tu kena dok lam bilik gegirl. sbb kat hall bilik aku sume dah penuh ngan lcd. apatah lg LG LCD dpt arituh. rijiki…

btw, tu peringkat menyapu, fifinlah sapukan, lain2 bukan dia buat sorang, aku pun tolong sama…

sakit pinggang mak tau gegirl nak mengalihkan furniture bilik ko. semata2 ko nak position katil ko nearer to the fan.

IMG11045

so position katil dah bertukor….

suka ngeletis tol dia…

n gegirl adalah rajin, tiap pagi sblm pi skul dia kemas katil and susun the dolly maknek bagai siap selimutkan lagik. takut naulah dia nya dolly kesejukan sepanjang siang.

IMG11050 IMG11052

ni hasil rembatan dari pasar malam, gegirl’s project and sirman. sib baik ado satu belon gak utk abang. arituh nan ado kan..

well cite tidur kan, aduh abang abang, dia betullah mata dia kol bape pagi mesti bangun masuk bilik aku. yet for adiknya tidur straight sorang2 lam bilik dia pun takper. senang jer budak kecik tuh. abang tuh tidur lam bilik aku, kol midnite ke bape bapaknya angkat letak bilik dia.

kang tetiba pagi aku bangun dah ada sblh aku balik!

hishhhh

bulan 10 ni ko 8 taun bang oi…bila nya nak tidur lena kat bilik sendiri. asik ler nak melekat kat makpak ko lagik.

Comment: 7

The Helper…

IMG08512

pagi yang hening, itu idung kena sinaran mentari aaa….light make up gak

IMG08517

dan thari nya aku jadik gini, emm nak kena gunting rambuttttttttt!

so now back to business,

aku nak buat citer serious sket lah…

IMG08516

gambar ni saja aku gelapkan!

ada VVVIP, ha bape banyak V aku letak tuh, makan kat food court, with those 3 maids. depa the VVVVIP laki bini ke adik badik ke makan, so the kids maid jaga. kids tu dok bantai2 je maid aku tengok takde lah yang adult parents ni nak tegur. pastu depa dah abih makan, barulah maid tu pi amik food depa.

itupun sorang yang ngamik for them the 3 maids ni lah. pastuh kan depa makan light2, tetiba tuan besar tu blah, kau, lauk nasi sepinggan tak usik lagik. ai know that VVVIP, tp aku cam was2 dari mana, sekali bila tuan2 beso tu dah blah, maid yang sorang tu tu ngah tercungap2 nak masukkan makanan lam mulut dia, sian sangat tau coz tuan2 dia dah blah kan, sempat aku tanya dari mana. dia ckp lah dari mana. kompem! perkhhhhhhhhhh!

laju dia tinggalkan food dia, terus dia lari2 pi ikut tuan2 beso dia. tak silap aku yang lg 2 orang makan pun dpt 2,3 sudu jer…eii siannya. ko tu dahlah VVVVIP, ko makan kat food court, orang ramai leh buat judgment bila ko layan maid2 kamu begini. gamaknya nak jimat banjer ke or malas nak makan kat tpt mahal ke aku tak sure lah but sian sangat maid2 tuh,dibagi makan tp x ditunggu untuk depa abihkan makan.

ikan goreng ngan nasi tu pun tak sempat dia nak cuit.Ni nama2 VVVIP ke apa aku tak bley cakap yer…tu gambar tu pun sengaja aku tak sharp kan, let s just take this as a reminder to kita diri sendiri gak lah yo.

The maids ni aku rasa depa dah immune dahlah kot, but bagi pandangan aku, kesian lah diorg ni.

Fifin, red family sayang ko, will never treat you like them.

aaaa fifin nak cuti sebulan setengahhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Comment: 22

Cleaning Service

img07338

mana you dapat pamphlet nih?

kat post box

nak buat apa nih?

your readers kan ari2 dok email tanya pasal fifin lah, helper lah part time cleaners lah, hah amik nih kasi promote.

so all of you, thank you to sirman lah coz bawak balik umah iklan oren nih kay, nak tak nak aku blogkan lah jugak wpun tokey cleaning service nih idok tau pun aku promote business dia. but ai m just helping you korang yang asik lah dok tanya aku pasal part time cleaners etcs…

img07341

aku enlarge kan gambo nih terus bagik korang nampak terang2, nampak idok?

ada 3 Package yang Mr Ooi ni provide:

Package A: 2 trips per month, 4 hours harganya RM110 nett

Package B: 4 trips per month, 3 hours harganya RM160 nett

Package C: 4 trips per month, 4 hours harganya RM200 (sesapa signed up package C, customer can enjoy extra 5% discount)

img07343

The services ni incuded Home/office cleaning, premoving house cleaning or even party helpers…

Berminat tepon Mr ooi at 016-333 9192 or 012 963 9192.

aku promote cleaning service nih with few conditions yer:

1. Mr Ooi tuh tak tau aku promotekan sebabnya dia letak flyer dia nih kat lam post box aku, so korang tolong jangan tanya aku details pasal service dia, aku tak tau apa2.

2. Aku promotekan jugak coz hampir everyday aku dapat email dari korang2 yang dok lah tanya pasal Fifin my best bestest helper tuh, since aku tak tau dah camne nak tolong by promoting this korang bolehlah try kot2 depa leh buat kan umah korang tuh. ni diorg ni kemas umah bukannya jaga anak2 pulak.

3. Credit lah sket redmummy.com kat dia, kang menderu2 orang tepon dia sure dia terpinga2 sapa pulak yang jaja no dia kan yet dia letak kat post box aku, so korang pandai2 lah kautim.

N sebarang soalan bantahan ke hapa, direct to Mr Ooi tuh….

anw dia ada gak tulih kat flyer nih yang housekeepers are dropped and picked up by them, safe, reliable, honest and flexible time bla bla tanyalah dia sendiri yer…

hope this helps you a bit. kalo fifin cuti sebulan 2 aku pun boleh pakai service dia gak kot….kot lah, tak sure aaa. sesapa dah pakai nanti bagitau lah kat sini ek ok idok dia nya service nih.

Comment: 19

Yarivaaaa!

img06932

little girl udah sihat…..tapi rambut ala serabai ye pagi tadi pasal dia mintak ‘ikat one je mommy’ . ikat one tuh ikat satu lah, kalo ikat 2 kena lah buat tocang lipan ke tocang lipat or biasa jo.

ai forgot my sunglasses lah mommy, kena sun lah muka gegirl

takpe, jangan pandang sun. mana s/glasses?

kat bilik mommy lar

napa letak kat bilik mommy lak?

yelah nanti dolly nak pakai, dia pun kena sun gak

dolly adalah si patung2 bear dia tu lahh!

img06930

the boy is 8 years old, the girl is 4 years old. comel kan…sian ibubapanya keje jejauh kat kl nih, anak2 kat indon. ini anak2 fifin, dia bawak gambar anak2 nya yang baru dikirimkan dek kakaknya. anak2 dia dok ngan maknya, family dia lah tolong jagakan. dia keje banting tenaga keje 14jam sehari.

tengok umah mak nye memang cam senang, tak lah susah mana, tp betullah cam katanya

saya datang malaysia bukan sebab saya orang susah di indon kak

lalu kenapa?

suami saya merajuk sama ibunya, tanah ibu banyak tapi tak mahu diberi pada anak2 untuk dibajak, kerana harta jugaklah suami lari merajuk ke malaysia. saya kena ikut sama lah kak, suami suruh saya ikut jugak.

ooooo….sampai bila yeah

tak tau lah kak, tp taun ni mahu lawati anak2 di indon

oh nak cuti ye, lama ek?

sebulan 2 kak

perkhhhhhhhhhhhhh

sebulan 2 koo….!!!

alompakagogo lah aku kat umah sendiri ni kang kalo fifin bercuti panjang!!

Comment: 43