Helper

Kami mahu berholiday!

img06437

pembulian gegirl to makcik fifin. ngekeh2 dia gelak…ni dah abih ngaji, budak kecik tu kan manja, pertama kalinya dia mintak aunty fifin cang kat bahu, suka betul dia. kadang2 aku buat gak lah, biasanya sirman yang buat. cukup suka tol dia bila dikendong gitu. dedulu masa baby, sedaplah buat sbb nak dengo dianya gelak, la ni, haa kau, nak tampung berat badan tu yang mak nya selalu ngelat

img06440

seperti yang kubilang, aku akan berpergian cuti x lama x sekejap lah. aku mahu berehat, ye ke berehat? tengok dari itineary yang sirman and 2 ‘penyambut’ kami, macam hazabbbbbbbbb jer. full day sehari suntuk tuh.

entries waktu di sana insyallah ada, bergantung pada wifi jugak. no internet connection kat tpt aku tinggal. lagi jugak since kita cuti raya cina, aku tak nak lah pengsan letak entry bebanyak, cam aku cakap awal2 kang korang yang balik cuti jenuh baca lompat2 pulak. udahlah tulisanku suh ko baca, ada gak yang tak paham nanti kang dok melompat je kejenya.

either 1-2 entries per day aku tempek, itupun aku x nak janji2 bangat. wifi ni kang ada yang slow ada yang laju. dpt yang slow, bila nak sudahnya kan.

ni sapa yang tau tpt aku pi tuh dendiam ye…biar aku sendiri yang bukak molot kasi tau olang.

actually aku berajat je nak tempek entries Guest Writer (GW) and BMM, masa cuti nih, ada banyak jugak masih lagi on q, tp aku paham ada yang masih tidak berapa suka entry ‘orang lain’  – korang nak baca entry aku je kan. tp korang kena gak terima, wpun ko tak berapa minat ngan entry cam tuh, the contribution from other readers, tp ada jugak yang suka membaca. so aku kenalah sama rata. lgpun 2 entries je per day aku letak for GW and BMM, ini pun sbb sambutan sangat menggalakkan.

redmummy.com is a platform for them to post their writings, kita tolong-tolonglah sikit yer. mana tahu satu hari kamu juga ada cerita dan masalah nak dikongsi kat GW and BMM, kamu semestinya mahu pembaca lain membatu kamu kan.So kita cuma anggap satu, hari ini kita tolong orang, satu hari bila kita mintak tolong orang, orang akan bantu kita.

Hidup kita kan ibarat roda, kita kenang budi orang. satu hari kita dengar orang tu perlukan bantuan, apalah salahnya kan kita help each other? Soalnya nakkah kamu membantu aku selepas aku membantu kamu?

hikss..

love u guys, happy holiday, happy chinese new year and happy always …

Comment: 38

Project Rahsia…

ni bukan project rahsia, ni cebisan2 kerja fifin ari ahad, diperabihkannya cat grill di balkoni plak….

abang n gegirl dok main ps2, rehat jap layan kartun, ps2 lagik, sampai satu masa gegirl nak belajar, abang pun ngajar lah adiknya. abang ni malas sket mengadap buku tak cam adiknya tp sbb makpak x nak ajar adik, so terpaksalah dia merajinkan melayan ngajar adiknya

n makpak ada project rahsia nih hiks….

korang nak teka ker? huhuuuuu

Comment: 7

White Vanilla

weekend baru nih, fifin dah mula mengecat grill….sirman pilih dari option yang korang cakapkan tu lah..

white vanilla kaler nya, gitu bih kuranglah

sungguh2 dia buat, ada lagi grill lain dia nak catkan, mesti cantikkan….

baru ni aku bagi gaji dia, aku naikkan lagi 50 sbb dia ada ngajar anak2 aku ngaji kan, tp dia x nak. dia cakap dia ngajar ngaji tu ikhlas x nak apa2 bayaran pun, tp aku putau balik cakap x pelah anggap je lah naik gaji, so dia pun happy. tp dia marah kalo aku cakap additional gaji tu utk mengaji. apa2 lah fin, asal kamu gembira, akak pun senang hati.

kita doakan wanita besi ini selamat sejahtera hidupnya yer…

Comment: 11

Grill

few days ago bila aku balik fifin dok kemaskan selongkar gobok dapur…rajin budak nih

x yah ko suruh, tp ni dia buat coz cuti sekolah ni baju budak2 x hazab sangat nak dibasuh iron sidai kot…anw semalam dia mintak aku beli cat utk grill

kak nanti suruh sirman beli cat grill kak, nanti fifin nak cat, ada yang dah berkarat2 lah kak, x cantik.

aku penah bilang benda ni kat sirman, tapi korang pun cam dah kenal je sirman tu kan…nan adonya dia nak amik initiative, buat x tauuuuuuuuu jer.

so skang dah kuor lam blog, fifin pun dah berbunyik2 nak mengecat, silalah sirman.

ok all, grill aku kaler kelabu, so apa kaler yang sesuai utk dicat. merah? iskk..x agak2 lah korang, x nak lah merah, x diva lah grill kaler merah.

putih?

kaler apa ek?

Comment: 19

2 lovely photos

sabtu siang yang penuh kesabaran for sirman….

ai finally got what ai want for my sparkle grey wpun memulanya sirman x berapa setuju tp setelah menggunakan kuasa 7 petala langit azimat panah berduri mandrem hembus2…sirman setuju gak. TQ sirman coz topkan RM200 from the budget. tq gak pasal menunggu 4 jam lebih utk project yang sekian lama aku aim. Alhamdulillah…

n sementara sirman dok menunggu sparkle grey siap, me and kids plus Fifin melenjan kat umah mengemas x hengat. well fifin lah paling teruk bekerja kan, aku lak tolong light2 jer…tuko deco sana sini, termasuk bilik abang…sampai aku kena sinus lah tau tak!

bilik gegirl aduh…x larat aku nak buat sok2 lah, bilik dia punya toys asal aku nak buang je dia dah naik pitching. memandangkan kita nak beraya…fifin pun of cos lah nak beraya gak, selain dpt gaji, Fifin juga dapat duit raya.

dia belum bercuti lagi ngan aku, masih lagi bekerja in fact sunday pun dia janji nak datang coz banyak bonarrrrrrrrrrrr lah kain baju nak diiron lagik. mana lagi ngan carpet sume dia basuh, wuii banyak kerojer adik kesayangan aku nih yer. nxt wk pun dia ada lagi tp siaplah balik raya hahahahhahaa…kain baju melambaklah kau nak kena sental fifin oi. tp dia rela jer…dia kata kalau aku buat sume, aku x pakai helper, kalau aku x pakai helper, camne dia nak carik side income.

Selamat Hari Raya dari Fifin utk korang…akak letak gambar saya malu lah kak, nanti kawan2 akak gelakkan saya...isk ko ni Fin, ko tu kesayangan akak, kalau akak sayang ko, readers akak pun sayang ko. ramai orang mendoakan kesejahteraan kau tau!

kan kan kan?

Comment: 11