Petronas Motorsports

Petronas Motorsports – The ride!

48hours sponsored post

Petronas The-Ride

Korang dah tengok video pendek Abduction dari PETRONAS Motorsports yang memaparkan aksi hebat kuasa pecutan kereta yang mendebarkan, melarikan diri di celah-celah bangunan di bandar dari serangan kapal induk makhluk asing dan anak-anak kapalnya? Ala dari entry aku yang lepas tu, yang akhirnya mendedahkan kuasa hebat pecutan kereta itu tadi adalah hasil gabungan kerjasama diantara PETRONAS dan AMG.

Sekarang saksikan pula iklan terbaru dari PETRONAS di mana seorang janitor yang sedang berkerja dalam makmal MERCEDES AMG-PETRONAS begitu asyik dan terpegun melihat kehebatan jentera terbaru AMG dan ditambah pula dengan satu minyak pelincir yang digunapakainya. Apalagi, dia pun nak test power la prestasi minyak pelincir PETRONAS SYNTIUM 7000 dan dengan selamba dan secara senyap-senyap dia memandu sendiri kereta berenjin turbo AMG 2.0 liter empat silinder tu. Yelah, nak test power kena la test drive sendiri.

Setelah puas pusing seround test power kereta tadi, janitor tu pun balik dengan perasaan yang sangat teruja dan memang dia terpesona dengan kehebatan prestasi yang luar biasa tadi. Rupa-rupanya, janitor tu juga ialah makhluk asing! Even pada anggapannya, kehebatan spesis baru yang dihasilkan manusia ini memang cukup luar biasa. Terus cargas makhluk asing tu melarikan diri ke kapal induknya sambil mencapai sebotol PETRONAS SYNTIUM bersamanya.

Petronas_The-Ride_Redmummy

Teknologi yang dihasilkan cukup luar biasa, sehingga makhluk di planet lain sanggup melakukan apa saja untuk cuba menandinginya 🙂 Dan sudah semestinya ianya collaboration between PETRONAS dan AMG dan minyak pelincir Syntium itu tadi adalah outcome dari penyelidikan yang dilakukan oleh PLI sebagai the official technology partner kepada Mercedes GP PETRONAS Formula One Team!

Khidmat pesanan masyarakat PETRONAS Motorsports is brought by Redmummy.com

Comment: 9

Mysterious light caught on camera!!!

cahaya_misteri

Baru-baru ni semenjak ads Mak Merah kuor kat youtube hiks, aku macam rajin pulak dok layan youtube videos. So malam tadi sedang aku syok layan dari satu youtube video ke video yang lain, aku terstumble la kat this one mysterious video!

Happen kat one of the highways in Germany, yang sempat di rakamkan oleh camera CCTV and even ada eye-witness yang nampak incident aneh ni. Rakaman CCTV ni menunjukkan yang sebuah cargo truck terangkat, yes terangkat ke udara sambil diterangi dengan cahaya aneh! My feeling macam ada something yang pursuing the truck but terus hilang sekelip mata.

On my second thought pulak rasa macam kejadian ni saja digembar-gemburkan untuk publisiti or adakah fenomena aneh ini benar-benar terjadi? Entahlah tapi aku curios jugak lah nak tau apa yang ada dalam cargo tu dan apa pula sebenarnya cahaya misteri yang dirakam oleh kamera litar CCTV???

Korang tengoklah sendiri youtube video ni…

So apa pendapat korang?

Comment: 7

Cool Interactive Wall by Petronas Motorsports @ KLCC!

48hours sponsored post

image001

Aku kan dah bertahun-tahun kerja kat KLCC so memang ramai la member aku bila mai datang sini mintak dok suh aku temankan depa see around. So ada la sorang member aku dari utara nak datang mai KLCC for the first time. Dia nak la aku temankan dia tour jalan-jalan situ. Aku memang momantai la, tapi dia dok berhajat la pulak nak pergi tinjau skybridge KLCC tu pulak. Aku yang dah bertahun-tahun kerja sini pun ada la sekali jer naik skybridge tu hiks 🙂

So before dia mai aku pun riki la pergi visit Petronas Twin Towers Sky Bridge Visitor’s Center nak check masa lawatan or any special events yang ada kat situ.

image002

Lucky me masa aku pi check out tu kebetulan ada Interactive Wall betul-betul kat area Sky Bridge Visitor’s Center tu. Korang sure tak kan terlepas pandang lah Interactive Wall tu kalau korang pergi situ.

image003

So sedang aku dok nak figure out ape ke menda special sangat wall ni, datang sorang jejaka staff Petronas yang sudi mengexplainkan pasal wall ni.

Ya Puan, boleh saya bantu?

Erkk apa benda sebenarnya ni bang?

Ooo kat rumah Puan ade Kinect? Ala sensor untuk games XBOX tu. Ha Interactive Wall ni pun guna teknologi yang sama macam Kinect tu. Cuma ni bukan games macam XBOX jer la 🙂

Ala saya takde Kinect la bang, so camna nak main ni?

Basically kita kena gerak-gerakkan tangan kita so elemen dalam wall ni pun ikut la sekali. Elemen cecair dan logam dalam skrin wall ni akan bergerak mengikut arah tangan kita. So bila dua elemen ni bertembung each other, a short animation comes on. Kita dapat lihat pusaran seperti merkuri dan apa yang muncul tu ialah salah satu daripada 5 benda iaitu mechanic heart, diamond grille, piston, shark, and headlights.

Ooo ni benda related dengan motorsport la ek…

Ye Puan, actually tujuan utama game ni untuk mencari partner yang dapat menolong kita menolak elemen-elemen tu dari sisi tepi ke tengah-tengah skrin wall tu. Dan yang menariknya kita dapat melihat bagaimana pasangan yang berbeza menggabungkan kedua-dua elemen tadi tu bersama-sama, tetapi  keputusan yang berlainan dihasilkan.

Ooo kena ada partner la ek, cuba abang demo sket…

image004

Cayalah abang Petronas ni siap tunjuk demo sekali 🙂

Apa lagi aku pun try join sekali la hiks

image005

Korang boleh tengok sendiri Interactive Wall dari youtube video bawah ni yang aku shoot, tapi lebih afdal lagi kalau korang experience sendiri benda ni. Tapi kena cepat sebab Interactive Wall ni ada kat Petronas Twin Towers Sky Bridge Visitor’s Center ni sampai 18 January ni jer.

Dang! Sebabkan aku dok ralit sangat layan Interactive Wall ni sampaikan aku terlupa lak the main purpose aku sebenarnya pergi ke Sky Bridge Visitor’s Center tu nak check masa lawatan skybridge tu hiks! Taper nanti aku repeat pergi lagi 🙂

Hang nak mai KLCC cepat sket no, nanti tak sempat pulok nak pi tengok PETMOS Interactive Wall tu 😛

Korang pun sama, bila last time korang main dengan bayang-bayang? Sure zaman budak-budak dulu kan. So korang mesti try wall ni yang akan seakan-akan bayang-bayang tetapi yang lebih cool dan hebatnya dia akan berinteraktif dengan kita. Kalau main dengan member lagi for sure fun giler!

So jangan ketinggalan to check out this sophisticated visual presentation of science and art by Petronas Motorsports  at:

Venue: Petronas Twin Towers Skybridge Visitor’s Center
Date: Today – 18th Jan
Operation hours: 9:00am – 7:00pm (TBC)
 
Ni pulak official video depa:

 Khidmat pesanan masyarakat Petronas Motorsports is brought by Redmummy.com
Comment: 12