Ramadhan

The dokoh…

IMG_5618

Ini kurung suraya dokoh, ada 2 bijik dokoh besau kat badannya, tapi selepas few hours pakai, aku cabut. Hiks..I dont like it. Masa beli awal2 dulu takde le trending sangat. but kemudian macam kes yang top fishtale aku beli mahal aritu gak lah, dah beli baru perasan oh my merata2 ada jual. So ini pun sama gak ler, udah ler aku rasa masa beli bayau mahal a bit, some more aku amik 2 colours lak tuh. Hish…

 IMG_5524

I sarung dari awal pagi terus pi kerja, biasanya aku akan menyalin dalam kereta but dah nak mood mood raya nih and biarlah ramai orang tengok yang aku dah pakai dulu kain baju dokoh nih hahahaha, walaupun orang nak pakai masa raya, so aku dah pakai awal2 dulu. After work I terus pi event, unlike last year, cantik je aku awal sampai tapi taun nih aku sesat. Bila heavy traffic, aku baca waze pun lintang pukang dah salah masuk simpang. Husband sampai dulu than me. Haiyahhhh…Kitorangkan split asing2 locationnya, kebetulan dia ada conference that week so dapat ler join sekaki aku masa nih

IMG_5542

The same cronies for Astro buka puasa, wajibul untuk yearly event. Sesatunya event yang insyallah i never miss kot, lelain mungkin akak pass batton but this one wajib. Tapi sayang kepayang as years goes by, ai dah tak rajin nak snap gambar2 artists and specially with the handbags yet itulah trademark. Let the job goes to Beautifulnara 🙂

This is Beautifulnara and Redmummy’s teams

IMG_5553

Pun gambar yang ada full outift untuk hari tu selain yang di rumahlah…with the journalist from Metro, Syanty Octavia. Unik giler nama ko dik oi….

IMG_5633

The  next day nya ada lagi buka puasa di luar, kali ni boleh bawak the Red Family.

I rushed back home nak amik kids, patut RD datang terus ke Convec but he dapat habis conference awal and kita bertogether2 ler satu keter je lagi senang.

IMG_5681

We parked at KLCC but we jalan ke KL Convec, so banyak pitstops ler coz aku menyinggah habib ler (again) singgah memacam tempat gak lah..

IMG_5692

The red boys…

IMG_5705

Sebab banyak persinggahan, banyak le jugak gambarnya gak hahahaa

IMG_5770

hantu choc cake betullah budak ni

IMG_5823

habis buka puasa kita jalan kaki dok kejap kat depan park

IMG_5827

tetiba tourist sebelah tu tanya abang camne nak gi Pudu Raya, menggelupur le anak aku nak menjawab, mana le dia tau Pudu Raya tu mana apa bagai. Mamat tu nak pi Genting esoknya so esoknya la gak dia nak ke Pudu Raya. Den ajar ler sesikit on how to get to Pudu Raya from KL nun..

IMG_5643

Kok ada yang ingatkan akak merah beli bag baru coz ada paperbag Chanel tu tak de ler dik oi, dalam tu ada our telekung, banyak paperbags dalam keter tuh so kakak tak nak bawak bag besau yang biasanya kita usung dalam bulan puasa ni for berbuka bagai, so pakai le paperbag tuh.

So ini kain purple yang berdokoh yang akak tak cabut, sama sebijik dengan yang pink atas tu gak, cuma yang pink tu asalnya ada 2 dokoh gak tu yang akak cabut. Hok nih aku saja tak nak cabut. So dedua dah pakai sebelum raya, and dah boleh let go hahahaha. Tak tau ler bila masanya nak pakai lagik. Biasanya bebaju macam ni aku pakai sekali je kot.

Kakak punya dress jubah taun lepas pun semua aku dah let go since dia dah makin tinggi, itupun sama max dia pakai pun 2 kali je dalam setahun, so sangat molek cantik pekerti lagi. It will end up to my nieces gak nanti, barang baik lagi kan.

There, the stories of my kurung suraya, namanya kurung 2 dokoh nih.

Nanti aku pakai Minaz pulak, itu lagi ler kawan aku pi tolong belikan, siap tak tidur lagi tu beratur pagi buta depan butik depa, wohai…..nasib baik le dapat. Kalau aku nak pergi beratur bagai tu memang hidok le dik oi, akak tak koser….Berebut2 betul orang nak pakai Minaz….ai dapat 2 helai, one is online one lagi pulak tu yang kawan akak tolong belikan.

Comment: 1

Vendeur Festival, wajibul visit.

IMG_5293

Siapa ada pergi the Vendeur Festival kat Matrade arituh? sorry ler dah abis, 2 hari jer, itu pun sampai kol 2 pagi depa bukak. Akak pergi yang on Saturday, asal cadang nak pergi right after Zuhur but banyak hal ler pulak kat rumah. Some more nak tunggu abang balik dari visit Sejarah dia (he chose the Muzium Negara, anak korang pilih mana?), tu yang lagi lambat keluar rumah.

IMG_5276

abang bawak the camera for his project but adiknya terus sebat tak nak bagi tinggalkan, jadi kulu kilir ler dia membawak camera tu hah, banyak giler dia amik gambar yang bembukan. Lambat abangnya tidur malam tu dok delete gambar yang adiknya amik, abis tu takkan  nak transfer semuanya ke PC pulak….

IMG_5278

Basically shopping raya kali ni untuk abang, dan sikit untuk aku. Itu perancangan asal ler. Yang benornya, aku punya lagi banyakkkkkkkkkkkkkkkkk dapat hahahahaa. Abang nakkan jubah, his baju melayu ada jerr but he tak nak pakai baju melayu, first day nakkan jubah. Of cos have to go for red colour. First booth ni je dia dah tertawan but RD and I tak setuju. Selain harganya yang terlampau mahal (for the quality we can get better price), warnanya dan design macam biasa sangat merata ada.

So kita KIV dulu booth nih, if dah bertawaf pun tak jumpa baru kita amik ni lah.

IMG_5282

dont think aku amik something from this booth, Seleksi Akma brand rasanya but aku ada banyak tops baju dari depa, bought from Zalora. jadi tak dapat ni pun tak kisah jer…

IMG_5284

Terpegun Zeeshan tengok tv tu punya iklan hahahahaa….

IMG_5289

I kan tak pergi Jakarta tahun nih, by right dah nak siap terbang pun hari tuh, sekali tengok passport aku kojol dah rupanya hikss…aku lagi rela pergi Jakarta dari pergi beratur renew passport so batal trip Jakarta. jadi tak dapat le menyopping kain baju raya di sana.

IMG_5319

Got to meet Nisa Kay at one of the booth

IMG_5337

Sebelum kita jumpa PenMerah’s booth, abang dah nampak replika patung Chazynash tuh kat luar and he s so excited sangat. Yelah dia ni fan to Chazynash tu sangat. So terus kita mencarik boothnya. Cikta pun ada gak kat one of the booths (ash annas, aku tak beli dah situ, dulu2 dah penah beli).

So jumpa je booth Penmerah, terus carik ownernya yang also my blogger fren, my dik angkat too. I hv known her for so longggggggggggggggggggggggggggg.

Abang terus tried ler the Jubah Lima Waktu, he would like to get 2 pcs, the red and the blue. Wrapped it up and Anne Raihan bermurah hati to sponsor the 2 pcs of jubah lima waktu for Abang. Rezeki ko lah sangat bang, walaupun sponsor, harganya logik gak lah better dari booth yang sebelum2 tu abang dok nakkan. Punyalah abang peluk cium jubahnya, suka betul dia dapat jubah idamannya dari booth and his fav celebrity pulak tu.

Malam tu kat rumah dia dok menerai2 lagi, betul2 gembira dia dapat the jubah lima waktu nih. Thanks Anne for the sponsorship.

IMG_5341

dalam banyak2 barang kita shopping, abang hanya pegang his paperbags of jubah lima waktu jer ahhahaha…lelain bapaknya yang pegangkan.

Rasanya tak sampai 2 jam pun kita shopping kat sini coz kita dah nak gerak berbuka puasa di Cyberview Resort & Spa. But walaupun sekejap aku dapat gak sebat 13pcs of baju raya for me hahahahaha….Maybe 10setslah yang lagi 3 tu lah is the pairnya. Pantas tak pantas?? hiks…

Ada jugak yang kenal Kak Red so i dapat sponsor give away from the booth owner jam jam masa tu jugak, I will definitely instagramkan each of them for sure. But baju2 akak tu, tak semua pun for raya, ada jugak for events and also for office/casual wear. Bahaya ler pergi festival raya macam nih, never balik dengan tangan kosong!

Untuk kakak pun dapat 2 pasang jubah dress too, yang satu tu common sangat berdokoh2 gak but dah dia nak sangat, boleh ler tu kak…

Nothing for abahnya or adiknya, dedua dah settled awal2.

IMG_5371

So kita berbuka di Cyberview, as a courtesy from the hotel for our relationship. Sedap sangat!!!

IMG_5393

dan as mentioned berbuka puasa di Cyberview ada kids corner, disinilah Zeeshan melepak lepas dia dah kenyang makan (he ate first sebelum azan).

Masa kat Matrade sebelum tuh, tengah aku sibuk pilih baju, tetiba dia hilang dari pandangan. Kitorang split berempat mencarik dia, rupanya dia dah keluar dari building to the center area (sebelum to the next building) main kat situ. Luruh jantung aku heh. Lepas tu sekali lagi dia hilang pun dia pergi tempat yang sama. Situ memang le ramai bebapak yang lepak ngan anak2 kecik dok main situ yelah jenis yang tak nak ikut bini pi menyopping kat dalam kan, tu yang Zeeshan join situ ada gang2 dia anak sesapa tah dok buat main. Hish budak kecik nih.

Dah jumpa yang 2nd round tu aku tinggalkan depa and terus lari masuk dalam sambung amik kain baju yang aku baru nak beli sebelum tu tak jadi2 dek anak hilang kejap dari pandangan.

I love this Vendeur Festival, dah 2 kali aku pergi (last year tak pergi), 2 years ago lagi ramai orang. Masa this time aku pergi tak de le ramai sangat, mungkin coz baru first day, but if depa buat lagi taun depan insyallah aku nak pergi lagi jugak. Ada aircond, tak sesak, parking pun smooth ada RELA jaga, kira i ll come back lah. Dah takde dah benda nak shopping, skang aku ngah shopping kuih2 raya pulak, dok tunjuk2 sana sini heheheh….This week depa ada buat kat Kota Damansara but aku lagi suka pergi yang kat Matrade.

Comment: 1

Parents buka puasa…

Aritukan aku cakap amik cuti bagai kita nak buka puasa ngan parents bagai kan. So pergi ler, 2 keter asing2. Keluar rumah serentak but Zeeshan and Kakak ikut bapaknya. Abang pulak ikut aku.

Depa pergi balik Kapar to fetch my mak mertua and adik ipar. Aku pulak ke rumah parents aku to fetch my parentslah. Tu pasal I need abang coz he needs to help me on atuk nya wheelchair. Angkat bukak katup bagai mana le hakak merah ni geti….

Kita keluar rumah pun awal, to avoid traffic, better early than late ler. Aku lagi sakit jiwa ler nak driving dlm jem tu gak nanti. So sebelum asar kita dah gerak ler, aku sampai dulu to the location, kat Shah Alam nun. Laki aku sampai lam sejam lebih kemudian, dia datang dari Kapar bukan jauh benar.

Dalam tu kita split, abang bawak atuknya ke surau lelaki, aku ngan mak ajah ke surau pompuan ler, asar kat situ. Lelepak jap dalam tu while tunggu kol 6 camtu.  In between tak tidur pun, tengok orang2 dalam surau, ramai anak2 muda yang datang sama menunggu di surau, macam fresh grad je adik2 tu, baru kerja. Berbuka by their company kat situ ler. Tengok gelagat2 depa…

IMG_4339

So about time, kita masuk le ke dewan. Jauhnya lahai dari buffet lines. Padahal dah cakap yang aku bawak parent yang wheelchair nih. That s my mak mertua, dia dah menyarung jubah raya yang aku belikan hehehee

IMG_4344

Zeeshan dah bukak puasa awal2….makan cakes tu je 2 plates. Dia belajar makan cakes ni pun mostly dari sekolanya, kat rumah susah dia nak telan, skang dah suka ler…

IMG_4361

apasal le laki aku ni makin mengering, aku yang paling berpampam.

Baju abang pakai tu, sekali 2 je kot bapaknya pakai and dah berpassing turunkan kat anak, abang pun walaupun ada baju sendiri yang even belom pakai (bukan le baju raya) pun masih suka selongkar cabinets bapaknya coz for him baju bapak lagi best dari baju dia sendiri. huk aloh…

IMG_4365

abah boleh ler jalan 2,3 tapak jer ngan tongkat tapi tak kuat, so memang kena pakai wheelchair.

IMG_4393

mak pun tak berapa kuat gak, boleh le berjalan lagi rancak jalannya dari abah but masih lagi ada sesakitnya gak. Kebetulan kan abang kakak and their cousin dayana pun pakai pastel colour. Aku bawak sekali Dayana anak buah aku ni coz ada seat extra aku terlebih bayar arituh.  Daripada membazir baik le bawak dia sama.

IMG_4512

Bestnya dapat jumpa kak ani, my muallaf reader, for so longggggggggggggg dia used to buy my handbags also jadi reader di RM, and finally met her up, tak sesangka bertemu kat sini hah

So ler very talkative ini lecturer sorang

 IMG_4530

anak buah aku tu paling close ngan kakak, malam tu dia tidur rumah kami, dapat dia 2 pasang kasut raya aku belikan gak aritu baru dapat bagi. Malam tu gak dia tidur rumah  kami, esok noon baru dia balik. Biasa dah pun macam tu, kitorg kan adik beradik mostly dok dedekat, ngan makpak, senang dia mintak tolong dia, dia tolong dia bagai.

IMG_4506

ni memasing baru balik dari lepas Maghrib

IMG_4553

so gitu ler bukak puasa for all 10 of us, RD’s mak and adik lelakinya, and also my parents gak ler. Kitorang dari dulu pun kalau berjalan bagai mana pun yang penting parents je lah, lelain tu kang tak de masa ler, jauh ler, mahal ler, jem ler, tolong belanjakan ler, tak best ler, ramai orang ler, heh banyak alasan. so baik ler kita bawak mak abah jer, itu lagi penting. Hem…ayat lagi penting tu penting sangat ditulis di sini, kang ada yang salah paham 🙂 . Urusan kita tanggungjawab kita to the parents, itu hal kita, yang lelain tu yang banyak bunyik nak hapa bagai, let it go, kitorg laki bini malas nak amik pusing, biak pi ler, dah penah kena bagai, tak sanggup dah.

We expect gak ada orang Ramadhan ni nak datang mintak maaf pun tak de kesedaran. U know betullah kalau kita salah dia punya nampak sebatu, tapi kalau dia punya salah, nak mengaku pun jangan harap, nak mintak maaf lagi ler, dosa besar gamaknya! Yet bukan kesalahan pun, fitnah plak tu, hish… A reminder to myself.

Balik tu, berpisah kita lagi, me mak abah and abang patah balik to Cheras KL and RD hantar mak and adiknya dulu baru balik rumah semula. 2 malam berturut2 aku laki bini tak tidur coz dok bukak puasa luar  and balik lambat and dingdong2 dah lewat so tunggu sahur je lah(malam ketiga no choice kena gak tidur coz esoknya kerja hahaha). This place punya buffet spread, not recommended. The food is ok so so, biasa jer, but the crowd and the ambiance, kita tak berapa suka ler. Specially to the red family, for our parents depa ok ok jer. So no need to mention this place, if you tau tempat ni, tak yah sebut hiks…Walaupun tak best ke hapa, alhamdulillah dapat gak le makan berbuka bagai, with our parents some more…

So the family 3 hari berturut2 makan buka puasa luar with buffet spreads bagai le kan, tapi aku 4 hari coz on Mondaynya pun aku kena bukak luar too, apaknya yang bukak puasa ngan depa kat rumah, berganti2.

We still need to host the buka puasa for my big family members gak, coz aritu aku terpaksa tunda. Mencarik tarikh..if tak sempat gak, terus melompat ke raya le gamaknya hahahaha

 

Comment: 3

Selera Ramadhan di Casa Ombak!!

IMG_4734

Dah masuk minggu kedua kita berpuasa, so last weekend sempatlah pergi menjamah dan menjamu selera dengan menu berbuka puasa ala kampung di Buffet Ramadhan @ Casa Ombak. Tahun kedua berbuka di sini, harus datang whoihhhh walaupun patutnya akak dah ada planned lain.

U like my black baju raya? tapi dah pakai di awal Ramadhan, ok i ll tell you a story about it sok sok.

So ok, this time buka puasa yang kena repeat wajib setiap taun is at the Casa Ombak.

 IMG_4586

hish hish, masa ni aku pepusing ngan Zeeshan, member asyik merayu mintak cabut peplastik tu sume, tak sabar nak makan. Tau la ko tak puasa dikkkk

IMG_4567

Mee kari ni aku ngan kakak berlawan2 makan

IMG_4575

roti jala yang skang dah masuk list fav kakak gak

IMG_4581

aaa abang punya fav kuih seri muka, mom too

IMG_4584

Menu makanan dia memang bermacam-macam pilihan. Dah nama pun Buffet Ramadhan ala kampung, so dari ulam-ulam kampung, masakan kampung sampailah ke western food, goreng-goreng, segala jenis mee. kuih-muih, manisan, buah-buahan, roti john, roti jala, keow teow goreng, ikan bakar, ayam goreng berempah dan pelbagai jenis masakan panas dan instant food, semuanya ada!

IMG_4573

Ikutkan hati memang nak jamah semua, tapi kena control diet gak hiks. Tapi teh tarik dia memang umph, bergelas-gelas aku repeat!

i memang fan of teh tarik sangat

IMG_4588

Dekorasi yang sangat cantik dan sedap mata memandang juga sangat selesa untuk kita menjamu selera. Memang pandai dia hias tempat ni, cantik so makan pun makin berselera dan bertambah-tambah Akak!

Susun atur kerusi meja makan pun a bit loose, so senang nak gerak ulang alik pi ambik makanan. Tak le dok bergesel-gesel celah-celah kerusi hiks, just nice.

Umpamanya ko makan lauk gulai but berkonsepkan garden yooo

IMG_4602

Bukan aku sorang jer, aku ditemani of cos Red Family dan paling best ramai geng-geng bloggers lain yang turut memeriahkan suasana 🙂

On the same table with me ada Izee and family (Faizal PJ’s) and Aida (Eizil’s Denaihati)

IMG_4607

Kambing panggang memanglah menu wajib di sini 🙂

2 pinggan kecik tu abang kakak licinkan

IMG_4614

Jjamah secubit rasa tak la rasa guilty sangat hehehe. Yang penting kena merasa, kalau tak nanti menyesal pulak 🙂

but now, for buffet spread of buka puasa, apahal diet? apa tuh? eh makan jerrr

IMG_4579

Berbuka puasa di Casa Ombak ni seolah-olah rasa macam berbuka di dalam taman. Sebabnya Casa Ombak adalah sebuah halaman kawasan banglo mewah yang dikelilingi dengan pokok-pokok dan tanaman yang hijau dan rendang, dan dihiasai pula oleh bunga-bungaan ala-ala taman gitu. Memang rasa santai dan tenang. Boleh juga ditempah untuk pelbagai function lain seperti wedding, nikah, tunang, akikah atau apa-apa sahaja events.

IMG_4618

The owner the lady boss, Akma Omar

IMG_4626 (2)

Zeeshan tu kenapa buat muka camtu plak

dia makan nasi putihnya je 2 mangkuk

IMG_4634

Bro’s family

IMG_4637

Red family yang aku rasa nak lepuk je si Zeeshan tuh, kalau tak bagi kang hp tu dia tak nak makan and dia pusing satu bungalow

IMG_4648

Deknor (lamanya lahai tak nampak), Bro the househusband, salute u dik and Kakak tabah, Kak Adza Irdawati

IMG_4654

wah skang aku pulak yang berjalan carik depa untuk bergambar, yelah depa anak baby2 kekecik nak pusing carik akak pun dah tak bermaya ye Nunu Jamar

IMG_4706

Antara bloggers yang datang

IMG_4718 (2)

Faizal PJ and anak, kita ada sejah bersama esoknya hahahaha, heippp diam

IMG_4569

 Ada surau untuk solat, lengkap untuk laki dan perempuan 🙂

IMG_4725 (2)

Bersama tokey Casa Ombak, terima kasih Akma atas jemputan!

Dengan harga yang berpatutan dan memang sangat berbaloi. Untuk tempahan boleh hubungi nombor di bawah ni:

Buffet Ramadan “Ala Kampung” di Casa Ombak yang menyelerakan dengan suasana garden outdoor dan sangat santai 🙂

Casa Ombak
No 22 Jalan Damai Off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur

Call/whatsapp : 013 6241417 / 012 6621062 / 03 2181 8750

RM58 nett/pax Dewasa
RM28 nett/pax kanak2 (5-12tahun)

Frankly speaking pada akak harga sangat worth to the max sangat coz ini tengah bandar and very the sedap pun ye. Senang nak lari shopping ke KLCC lepas tuh hehehehee

Facebook page : Ombak Creative page

Landmark
(Berdekatan dengan Ampang Park dan Lokasi belakang Double Tree Hotel dan The Intermark)

Comment: 9

Ramadhan Kareem…

Dah Ramadhan ye kita

Sunday night tu, dapatlah anak2 aku pergi tarawikh (i still cannot go coz of Zeeshan, ditakuti bila kita solat dia tak leh takkan dok diam and mengular ke mana, risky). So just RD and abang kakak je pergi. But hehari biasa coz apaknya kerja, so Abang je lah yang pergi tarawikh sorang2 coz kakak memang aku tak izinkan, unless if bapaknya ada. Risau macam2 hal padahal abang cakap ramai je orang jalan kaki dari rumah ke masjid tu Mom. but takpelah, aku memang possessive mak pun so tak nak ler amik risiko. Even abang pun yang pergi sorang tu pun I always rasa tak sedap hati je selagi dia tak sampai rumah on time. Gitu ler.

So hehari lain, kami buka di rumah jer.

IMG_4261

First ramadhan aritu, aku balik kerja, amik Zeeshan and baru masak. Tak singgah bazar coz cuti sekolah so i let abang pergi yang near by to our house but my boy ni suh beli kueytiau goreng utk kakak dia beli yg ladna punya hahaha.  Air kakak pun takde. So tak leh lah, kena aku gak sendiri pergi beli. Aku first day masak buat ikan siakap stim tapi aku tak kukus ler (kukus ada tapi aku malasnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak mengukus hish), so aku buat short cut jer, sama gak rasanya, sodap baitu. Ada gak sambal telur rebus and jugak ayam goreng perap.

Sayangnya ayam goreng perap aritu, laki aku beli ayam tua rupanya, liat masyallah  nak makan. so tak lalu ler nak makan. So buang gitu jer, 2 ekoq kau (goreng sikit jer ler).  So esoknya laki aku beli ayam molek sket, 2 ekor gak, aku mintak dia siang sesiap, nak suh da tolong perap tak pandai le pulakkan. Jadi balik tu baru aku perap. Ayam goreng perap ni, ikut mood le apa resepinya, kita yg buat dia kita campak2 jer dalam tu. Adakalanya aku letak all the jenis kari2 gak dalam tu, kunyit wajib gak ler, daun kari segala. Serai pun. Adakalanya aku letak halia yang dah cincang hehancur kecik halus tu, daun kari and sos tiram (eh ni wajib ada).  Sometimes aku tetukar la perapnya letak ngan black pepper, white pepper, herbs. The idea is to gaul and perapkan a nite before, coz aku buat perap yang jam2 tu gak, dia tak kill sangat rasanya. Kalau datang hari lain, perahan lemons or limau purut kasturi tu pun aku perapkan sama dalam ayam tuh. Dah perap2 tu, nanti taruk minyak and goreng le, eh lam ayam tu letak le gak garam. nak add on kicap pun boleh, serai tadi tu cincang halus. Daun kari kalau sekor tu letak le 3,4 ulas, carikkan. Ya Allah sedapnya ayam goreng perap nih haih…

so itu resepi ayam goreng perap hakak ler…bahan perapnya bergantung pada bahan yang ada di dapur pada hari tu ler. Kadang2 kayu manis or jintan bagai tu pun akak letak gak, sodap je sume tuh. Like i said, kita buat dia 🙂 .

IMG_4260

Then sahur biasanya aku panaskan lelauk yang aku dah masak masa buka, lagipun memasing bukan makan bertambah pun waktu sahur, dah kira baik ler mata memasing terbukak, dulu kakak tu tidur sambil makan hahahaha, skang dah besau ler. Tapi goreng ayam masih kena goreng gak ler, bukan takat panaskan lauk je.

Esoknya 2nd Ramadhan aku sendiri pergi bazar, so balik kerja aku singgah dulu ler, yang kat Hajris/JPJ Permaisuri tu, skang dah bertambah2 stalls nya kat situ jadi aku pusing buat seround. Laksa kosong takde hapa (just telur and laksa and kuah 3 benda ni jer) 5hinggit kau! Silap beli memang dapat gerai mahal. Tapi kakak suka rasa sedap. Hok laksa mee bagai nih kan anak2 2 orang tu kena makan masa kol 10malam depa, lepas tarawikh bagai tu kan. Hah diorang le makan. Aku dah alkhatam tidur kot hahahaha…

Speaking of tidur, coz i had to wake up at 430am every morning for sahur preparation, aku skang tidur awal ler.  Masa tidurkan Zeeshan jam 9malam tu aku melayan mata aku sekali lagipun solat sume siap dah.  So ha kat bazar tu beli memacam ler, aku biasa bawak satu shopping bag yang aku campak all barang belian dalam tu. no handbag, bawak purse jer.

dah habis beli bagai baru le aku amik Zeeshan and terus balik rumah. Salin baju, pakai apron and masak bagai, coz kakak skang cuti sekolah dia yang tolong masak sama ler. Abang ada kerja2 lain nak kena buat, late petang gak tu nanti abang keluar kejap pi beli cendol dia, susah nak dpt cendol yg sedap except the one yang dia suka kat BTR tu.

So sambil masak tu sambil bagi Zeeshan makan gak, or dia makan sendiri (yakni akan bersepah for sure), day 2 tu aku masak ayam goreng perap lagi (ini menu wajib ler hehari kena ada melainkan aku buat ayam masak lain so aku tak buat le perap), udang masak lemak and sup bayam rebus. Pastu coz kan pergi bazar kan lagi ler bloated perut hah, dengan kuih bagai. bubur kacang merah. Hish…

IMG_4287

Day 3 aku buat kari sotong, kerang rebus and ayam goreng perap again, also ada balance bayam ari sebelumnya lom masak, sebelum kecut aku rebuskan gak. Bazar pun pergi gak.  Routine. Penat takpelah, anak2 nya pasal, depa pun banyak buat keje rumah this week. Anak2 aku tu yang 2 teenagers tu lah, makan macam ada perut 80kilog kosongnya. Aku makan sikit dari depa pun dah macam pregnant 9 bulan, yet depa hish…boleh keep on repeating makan plak tuh. Sahur pun lepas makan nasi, roti, biskut, dates 3,4 pcs. Hebat le ko bang.

The 4th day of the week of cooking hehehe…but sahur masih masak ler. Sup ayam, sayur campur and telur mata simbah kicap hahahaa…hok nih takde ayam goreng perap le coz dah ada sup ayam tuh. Rumah aku memang hehari wajib ada ayam, depa semua suka benau ayamnya than ikan.

IMG_4285

my 5th – 7th day, Insyallah berbuka di luar. One thing for sure, if weekeend memang kita kena buka di luar coz anak2 aku adalah sangat suka dengan buffet spread. Tak rugi bawak depa pun, they can eat them all hahaha…

So for today, Insyallah i m having berbuka puasa with my parents and my in law too, we purposely amik cuti to spend and berbuka with them. Kalau hal kemas2 dapur tu, since school holidays ni abang yang tolong basuh plates maknek bagai lah, kakak tlg sapu mop dapur tu. For after sahur tu, aku suh diorg tinggalkan je, nanti pas bangun dah nak masuk tenghari tu baru basuh lah, bagi chance kan. But kang dah start sekolah balik pun aku tak bagi depa buat pun after sahur tu. mak kau dah pong pang2, korang dah pi sekolah pun so nanti bapaknya le yang bangun thari tu nanti leh basuhkan.

wow this is one of my entry yang macam rajin giler hahahaha…yet  i m so damn bz. Thank God it s ramadhan.

Comment: 2